Definition of BronchospasmBronchospasm is an abnormal contraction of the smooth muscle of the bronchi, resulting in an acute narrowing and obstruction of the respiratory airway. A cough with generalized wheezing usually indicates this condition.
the above definition is obtained from
here******************************************
Starting from today, kami akan buat lawatan mesra ke 'hotel 4 bintang orang tak berapa sihat' (sepital la tu..) for 3 times a day. Sumeyyah (our youngest) has been diagnosed for Bronchospasm. Dia batuk dah lebih semingu (ye.. sila lah marah kakak-kakak nurse dan doctor-doctor sekelian). Semalam bila doctor tahu yang Sumeyyah dah agak lama batuk, dia marah kami hehee.. Best kan kena marah. Padan muka sebab suka sangat take things lightly. Kalau orang tua tak kisah sangat. Sumeyyah baru 3 bulan lebih. Segala penyakit yang datang sangat bahaya sebab immune system dia belum kuat lagi.
Tapi kan, tak yah fikir lebih-lebih ya. Doctor tu tak lah marah kami dengan gaya seorang bapak yang geram bila mengajar anaknya buat homework tapi tak faham-faham jugak lagi. Oppss!! Ada yang terasa ke? Sowwwiiiii. Jangan marah tau... nanti kena jual! Doctor kata, bahaya biarkan lama-lama, nanti bla bla blaaa... tak ingatlah apa dia kata sebab dia guna bahasa doctor hehe..
Alhamdulillah sebab kami tak payah berumah tangga di wad. Mungkin sebab anak kami tak demam. Kami cuma perlu pergi 3 kali sehari for nebulizer (ala.. yang letak mask kat hidung then ada cecair yang jadi gas dan akan disedut tu laaa). Macam kat bawah ni. Tapi tu Shahmey bukan Sumeyyah. Lagipun saja nak letak gambar tu sebab caption pada gambar tu. Orang yang berkenaan, sila ambil perhatian caption tu eheemmm...

Gambar Sumeyyah tak ambil sebab semalam tak bawak camera (ni lah masalah jadi blogger. Kalau nak kemana-mana camera mana boleh tinggal. Kalau tidak, camana nak buat entry bergambar.. hahahaa!!!).
Neeza tanya doctor, sebab virus ke, Sumeyyah jadi batuk teruk macam tu (batuk yang ada phlegm). Doctor kata mungkin jugak. Mungkin juga sebab cuaca dan sebab-sebab lain. Semalam, Sumeyyah nampaknya tidur dengan lebih lena (1st dose dah bagi masa kami ke hospital semalam). Kalau tidak, about 1 - 2 am, kami kena bangun sebab Sumeyyah akan batuk dengan amat teruk. Kesian kat dia sampai merah padam muka bila batuk. Orang yang pernah batuk teruk mesti tahu perasaan tu.
Benda ni bukanlah benda baru kami. Anak-anak kami biasa kena macam ni masa kecil. Cuma ianya tak melarat. Alhamdulillah. Kalau melarat, boleh jadi asthma. Semoga Sumeyyah cepat sembuh, InsyaAllah. Ameen.