Rajin-rajin lah click ya :)

Monday, May 2, 2011

Bila 2kg nampak besar tapi 20kg tidak ;)

photo ihsan google



Kelmarin, I weighed myself. What???? Naik 2kg? Banyak tu sebab baru 2 hari sebelum timbang, takde pulak 2kg tu. Tapi tadi, bila timbang, memang takde pun. Sah! Penimbang tu rosak hehe..

To me, naik 2kg besar lah sebab sekarang ni kalau boleh nak turun berat or at least maintain. Makan banyak, exercise malas tapi nak kurus. Boleh ke tu? Kira boleh je lah :P. It is a big deal kalau naik 2kg.

Tapi heran juga sebab ada orang buat-buat tak nampak je bila berat badan naik. Kalau sikit takpe. Ini, naik 20kg dalam masa tak sampai setahun!! Of course I'm not gonna mention who and I also not gonna mention berapa berat asal dia. Boleh agak sebenarnya. Kalau berat asal 40kg and naik pulak 20kg, itu orang akan cakap pregnant dah dekat2 nak bersalin. Deinitely, bukanlah berat asal dia 20kg kebawah kan sebab kalau naik double macam tu, agak pelik sebenarnya unless hari2 dia kena paksa makan batu :D.

Kalau dah naik and berusaha untuk kurus, normal lah tu. Tapi kalau tak berusaha dan tak rasa bersalah pulak, mungkin perlu tengok balik. Lagi-lagi pulak kalau seseorang tersayang dah complain, "berat sangat ni.. cuba lah kurang-kurangkan..."

Harap-harap my weight tak lah naik macam tu sekali. Nauzubillah...

Monday, April 18, 2011

Not feeling good vs Sick


You're not feeling good because you're sick or you're sick because you're not feeling good. Complicated? Takdelah.. easy stuff :).

Ada orang, bila sakit dia akan rasa sakit-sakit sendi, sakit perut, nak demam dan sebagainya. Ada orang pulak, disebabkan ada something bothers his/her mind, dia akan rasa sakit-sakit.

At this moment of time, I'm not feeling good and I know, due to that, I had stomach pain, feel dizzy and nausea. Alhamdulillah.. at least I still have all my 5 senses work well.. Semoga Allah permudahkan semua ini untuk diri ini. Ameen...

Thursday, April 14, 2011

Mengadu domba

Patutlah ada larangan tentang mengadu domba dalam Al Quran dan Hadith. Bila kita bercerita pada orang lain tentang apa yang diceritakan pada kita, tendency untuk kita mengubah cerita tu sangat lah tinggi. Macam permainan telefon karat. Cerita yang asalnya cuma A akan menjadi ABCDEF....Z!! Bab menokok tambah memang skill yang tak perlu dituntut!

Ada masanya kita cuma meluahkan perasaan pada seseorang dan seseorang yang mengaku dirinya boleh simpan rahsia tu pun mendengar penuh minat dan prihatin. Bila dah bercerita, macam-macam akan keluar - kisah duka, memek muka, andaian, sangkaan, kemungkinan dan macam-macam lagi. Benda yang kita kata kemungkinan akhirnya menjadi satu fakta bila sampai ke telinga orang ke 3. Tu baru orang ke 3, belum orang ke 20! Akhirnya satu cerita dah menjadi fitnah. Secara percuma orang-orang yang menyampaikan cerita dah menyebar fitnah.

Keadaan akan bertambah buruk bila fitnah tu menyebabkan silaturrahim renggang atau terputus. Berpuas hati dan bertepuk tanganlah orang-orang yang berjaya memutuskan silaturrahim itu. Bravo!!

Sesiapa yang terlibat perlulah menjawab perkara ini. Kalau bukan di dunia, di akhirat esok. Sesungguhnya, doa orang-orang yang teraniaya itu tiada hijabnya dengan Allah... Wallahu'alam

Saturday, March 19, 2011

KRMJ Family Day 18 March 2011

If I were to comment about our KRMJ Family Day yesterday, I would say... it was a great event for everyone who came. Gulai Daging tak dapat dilupakan. Sampai ke petang masih ada yang cicah gulai dengan roti.. Jazakallahukhaira to all the cooks yang mengorbankan masa untuk tidak bersama family semata-mata untuk memasak untuk kami yang bersuka ria di beach camp.

Of course, in any event pasti ada kelemahannya. Tak dapat di elakkan because we can never fulfill everyone needs. Try to accept everyone's strength and weaknesses is the best way to improve. InsyaAllah.

Ramai juga kawan-kawan dari Dhahran turun. Alhamdulillah. Semoga mereka sudi datang lagi di event yang akan datang... InsyaAllah..








Thursday, March 3, 2011

I adore your spirit..


I have a new friend. She's a S@udi lady whom I met in the bus. She also studied in the Jalyat (Dakwah Centre). The different is, she enrols in English class while I'm in arabic class. While I'm struggling myself to learn arabic, she is struggling herself to learn English.

However, her spirit and interest to learn English is much much higher than mine. She did many things to ensure she could grasp as much English words as possible. She purposely phoned me to talk to me in English. In this case, I feel sorry for her because I'm not that free to talk through the phone. My kids are all around. So, it's kind of hard for me to concentrate on the conversation with her. Yet, considering her kindness, I tried to accommodate her needs. Alhamdulillah, it went well so far.

She invited me and my friends to her house only after 1 day we met. MasyaAllah! Ops! It was not her house. It was her friend's house, whom I also knew. They are 3 of them. All of them have this spirits. Everyday, the 3 of them went to my class, just to speak English with us. MasyaAllah Tabarakallah.. I pray to Allah, one day.. all of them could speak English fluently. Ameen..

Saturday, February 26, 2011

Seronoknya mereka...


King pergi buat rawatan 3 bulan. Balik negara dalam keadaan sihat. Dia umumkan peruntukan 37 billion untuk elakkan kacau bilau. Gaji rakyat mereka naik dan macam-macam kemudahan dia bagi. Syukur kepada Allah. Seronoknya mereka.. Kami? Setakat ni kami enjoy cuti 1 hari yang diumumkan esok (Sabtu). Yang lain-lain tak tahu lah.

Bertuahnya orang. Ada pepatah kata, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik lah negeri sendiri? Sesungguhnya sangatlah tidak ku faham pepatah itu. Kenapa lah macam tu pulak? Memang lah.. kalau nak ikutkan, memang selesa tempat sendiri walau best macam mana sekalipun. Tapi apa kena mengena dengan pepatah tu? Confuse sungguh laaa... :D.

Sunday, February 13, 2011

Routine continues...

Class has started and I'll be having 3 1/2 hours less at home for 3 days in a week. So, I have to schedule myself dengan bijaksana so that takde kerja yang terbengkalai. Hahaha!! Sounds so perfect huh! Since I'm not that perfect (though I always wish to be so), I'll try as much as possible to complete necessary things at home.

Bukan senang nak adjust balik lepas 3 minggu cuti. Dah biasa bersantai-santai buat kerja sambil jenguk-jenguk computer. Bila kelas, ada homework kena buat, ada ayat Al Quran kena hafal. Semua tu takes time kat rumah pulak. May Allah assist me in everything I do.. Ameen...


Kerja paling tak suka!!! tapi.. kena buat jugak.. ;)

Monday, February 7, 2011

Busy makes me happy... sometimes!


Sometimes, I like to get myself busy. When I'm busy, I tend to forget things that I don't like. When I'm busy, I'll focus myself on things that I'm doing. I'll be productive and I'll get good result. InsyaAllah...

There are 2 kinds of busy; planned and unplanned busy. I like planned busy because I know what I need to do and have to do. I kind of dislike unplanned busy because I can't gauge what to expect. Unplanned busy usually occur when someone makes or decided something to be done without your consent. Kalau kita suka benda tu, of course it's gonna fun. Otherwise it'll become a total nightmare!

How to plan for myself to be busy? Senang saja. Bangun pagi, ucap syukur pada Allah kerana masih diberikan nyawa untuk meneruskan ibadah kepadaNya, then fikir kejap. Apakah yang akan dilakukan hari ini dan esok, dan lusa. Kalau boleh hari ini sajalah sebab kadang-kadang, plan yang kita nak buat tu melibatkan orang lain. We need others consent also :).

Itu saja coretan dan bebelan untuk hari ini. Semoga ianya bermanfaat untuk ramai orang. InsyaAllah...

Tuesday, February 1, 2011

Reward and no reward


When 2 people did the same action, one got rewarded but the other one didn't, is it fair? Of course, many people would say, it's not fair.

Kalau benda ni jadi di tempat kerja, biasanya the one who didn't get the reward will lose motivation to work. Reward is not necessarily money. Job satisfaction is a reward too. So does good treatment from the superior. Pujian pun satu reward juga.

In life, reward comes in many faces. You name it. Anything that makes you happy after performing something, is a reward. Tapi tak selalunya kita mendapat reward yang kita nak tu. Ya, kita akan rasa sedih bila apa yang kita buat tak mendapat reward sebagaimana orang lain. Tapi dalam hidup, kita tak boleh lose motivation coz' life has to go on. Hidup mesti diteruskan. Amanah Allah kita kena jaga. Biar apa pun yang kita dapat atau tak dapat, sepatutnya ia tak boleh menjadi penghalang untuk kita teruskan hidup.. Lagipun, perasan sedih, kecewa, suka, duka dan gembira tu hanyalah sementara. Bila sesuatu perkara baru datang, perasaan tu akan bertukar. InsyaAllah...

Being said that, I feel happy! Alhamdulillah.. it looks like having a blog is a reward to me :)

Saturday, January 29, 2011

Bila anak-anak bercerita..


Hari ni 1st day of the week. Seperti biasa, mood nak prepare lunch box untuk anak-anak agak kureng. Idea tak datang. Tapi, digagahkan jua untuk prepare. Kalau tidak, tak makanlah anak-anakku sayang :). Sophea, Sobhan and Shahmey masing-masing bawak bekal.

Tadi Neeza buatkan mee goreng mamak. Coan je yang nak bawak. Dia kata,

"takpe.. kalau Oan tak habis, Oan bagi kawan.".

Neeza tanya ada ke orang nak makan food Coan? Neeza tanya gitu sebab kawan-kawan kelas Coan takde sorang pun Melayu. Wonder jugak, ada ke bukan melayu nak makan makanan melayu. Kata Coan,

"ada Ummi! XXXX selalu mintak makanan orang sebab dia hari-hari bawah vegetables. Tapi Mrs Snider dah kata, kalau kita nak food orang, kita kena change dengan food kita."

"Habis tu. Coan makan ke apa yang XXXX bagi?"

"Makan! dia bawak nuts.. Oan suka nuts"

Terfikir jugak Ummi. Kalau Coan boleh cerita apa yang XXXX bawak everyday, XXXX and lain-lain pun boleh cerita apa yang Coan bawah everyday. Heheee... apa lah yang mereka cerita agaknya... ;)

Friday, January 28, 2011

Ummi pun salah?

Shahmey: nak bola! nak bola!

Sobhan: What is best about bola?

Ummi: Bukan what is best about bola lah. What is good about bola...

Sophea: Tak la... What is good about ball... hehehe.. Ummi pun salah..

(ye la tuuuu... :P)

Monday, January 24, 2011

Semakin banyak dia datang, Alhamdulillah...


Syukur kepada Allah. Vitamin R itu semakin banyak. Harap-harapnya biarlah ia berterusan. InsyaAllah. Semalam dah plan nak update blog tapi disebabkan terlalu sibuk dengan tugas-tugas hakiki (Re: kerja rumah yang tak pernah habis), maka terpaksa let go untuk update blog. Tak kisahlah, ada orang nak baca ke tak. Yang penting Neeza happy :). Yeay! Nampaknya ada kawan-kawan yang masih sudi singgah. Tak baca habis pun takpe heheee.. Betul, memang tak kisah sebab Neeza tahu Neeza pun jarang menyinggah blog orang ;).

Janji nak update pasal percutian hari tu kan. Nampaknya terbengkalai dulu sebabnya... panjang sangat cerita percutian tu. Nanti tunggu bila free banyak sikit, boleh cerita pasal tu. InsyaAllah.

Sekarang ni, every time Neeza duduk depan computer, Sumeyyah memang akan duduk atas riba. Dia bukan nak main sorang-sorang. Kalau kakak @ abang dia balik baru lah dia tak duduk atas riba Ummi. So, layan je lah menaip sambil melayan Sumeyyah :).

Beberapa hari ni, Neeza asyik senyum sendiri saja. Kenapa? Sebab Neeza ada anak yang akan masuk 11 tahun. Anak perempuan. Dia cerita her little secret to me. Tapi, sorry... dia pesan, "Ummi jangan cerita kat sape-sape tau!". Since dah janji, tak boleh lah cerita kan. Cumanya, Neeza nak kata kat sini, I'm so honored that dia sudi nak share her secret. Kalau dulu, rasanya Neeza tak cerita secret2 kat my mom. Mungkin sebab Neeza tak berapa close dengan my mom masa kecil. So, I have to keep the secret. Or else, mesti dia tak nak cerita lagi...

Tapi kan, my daughter ni, walaupun umur macam dah besar, perangai lebih tak matured kalau nak dibanding dengan adik dia yang 2 tahun lagi muda. Pagi tadi, dia buat some action. Then adik dia tegur "You're a sister". Dia nak kata, awak tu kakak!! hehee.. tu bahasa Ummi la. Bahasa adik dia lembut dan slow aje sambil menjeling kakak dia. Anak oh anak... seronok jugak tengok keletah anak2 bila time gitu :).

Saturday, January 22, 2011

The urge is there, the time is not..


I love to write but definitely not a proper writing in a sense that I've to check the grammar and the sentence structure. I love random writing to express what I want in a way that I want.

This blog has been abandont for quite some time due to the 'busyness' of the owner. Now that I have a 3 weeks off, I hope I can fill something here. Best sebenarnya menulis blog sebab kita dapat express apa yang kita nak tanpa ada orang perlu kata, no... you can't write that. Hehhee... kalau ada jugak yang nak mengata, kata je lah. This is my blog. Kalau tak suka, jangan masuk sini. Buat tambah dosa je bila awak mengata saya dan blog saya tulis begitu begini. Banyak lagi blog lain yang awak, awak dan awak boleh baca. So, silakan pergi... :).

Cool! Lega dapat express a few lines kat atas tu. Memang ada kat dunia ni manusia yang selalu tak puas hati dengan apa yang orang lain buat. Mereka buat takpelah pulak. Apa lah punya orang macam tu. Duduk dalam hutan je patutnya. Mungkin mereka ni takde blog ataupun tak reti nak tulis. Sebab tu suka sangat nak mengata orang. Tunggu lah esok esok, bila mereka ada blog dan menulis blog. Barulah mereka faham. Tak kenal maka tak cinta. Tapi kan, tak patutlah mengutuk orang disebabkan apa yang orang tulis. Mind your business boleh tak??

Talk about writing again, now... I'm quite in the mood of writing. Biarlah takde orang nak baca pun. Anyway, myself pun jarang sangat masuk blog orang. So, I don't expect any reader pun. Kalau ada, ok je. Thank you kawan-kawan yang sudi dan suka baca blog Neeza walaupun Neeza tak baca blog kawan-kawan ;). InsyaAllah, kalau ada masa Neeza masuk rumah kawan-kawan ya :).

A few days ago, I was thinking of actively writing in my blog again. I have to discipline myself. I can only stay online for certain minutes or hours. Kalau lebih pun, a few minutes lah. Kalau tak buat macam tu, definitely sekali je lah blog tu berupdate. Lepas tu dia akan bersarang balik. Sebabnya, bila duduk terlalu lama depan computer, the guilty conscious will come and to reciprocate, I'll abandon the blog ;).

Hmmm.... dah lama tak letak gambar kat blog. Nak letak la satu gambar. Mungkin takde kena mengena pun. Tapi takpelah... may be, kalau rajin, I'll about the picture :).

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin