Rajin-rajin lah click ya :)

Sunday, May 31, 2009

Terharu di malam Jumaat



Mama!

Panggilan biasa sebenarnya tapi tak biasa bila suara itu datang dari seorang lelaki dewasa gagah perkasa (tambah perisa lah pulakkk...) di dalam flight. Kami nak turun flight masa tu. Mungkin dia panggil ibunya ataupun mengejutkan ibu yang sedang tidur, Neeza tak pasti.

Mereka berjalan dihadapan kami. Ada 2 pasang lelaki perempuan tapi bukan pasangan suami isteri atau kekasih. Mereka adalah pasangan anak lelaki dan ibu yang agak tua (dalam 60 tahun ke atas saja gayanya). Neeza tengok saja mereka berjalan, bersaing. Si anak dan si ibu. Sama saja kedua-dua pasangan tersebut.

Sampai dekat toilet, Neeza bagi tahu Abang yang Neeza nak masuk toilet. Then, jalan ke tepi sikit dekat kerusi so that Neeza boleh dudukkan Sumeyyah pada Abang. Mungkin makcik tadi perasan Neeza nak masuk toilet, tak pasti pulak.

Makcik tua tadi masuk ke toilet. Anaknya memanggil, "mama!" Lepas tu dia cakap apa entah. Cakap arab lah. Mana lah Neeza faham sebab dia cakap laju. Walaupun Neeza ada belajar bahasa arab, setakat ni tak dapat lagi tangkap apa yang orang cakap kalau laju sangat. Setakat sepatah dua tu boleh la..

Masa Neeza nak berjalan nak masuk toilet, Neeza nampak pemuda tadi tunggu diluar toilet macam nak masuk toilet. Then, bila nampak Neeza menuju ke toilet, dia cakap, "please....". Neeza toleh. Dia cakap, "mom.. mother.." sambil letak tangan kat dada bermaksud 'mak saya'. Cara dia dan muka kesian dia menunjukkan dia mintak Neeza tolong mak dia. Neeza cuma cakap "sure!".

Sebaik saja masuk toilet, mak dia panggil Neeza sambil senyum (nak mintak tolong kan heheh..), "please...". Neeza tak sure apa yang dia nak mintak tolong tapi Neeza masuk je toilet tu. Baru lah Neeza perasan tangan makcik tu berbalut macam kena simen. Dia nak bukak panty hehee.. jangan gelak ya. Dia tak lah angkat kain sampai nampak segalanya. Dia bersopan. Tangan sebelah kanan lorotkan belah kanan. Dia mintak Neeza tolong turunkan belah kiri. Lepas Neeza tolong tu, dia cakap "syukran.. khalas..". Neeza ingat dia mintak Neeza tunggu walaupun Neeza rasa malu jugak. Dia suruh Neeza keluar. Tak merasa Neeza jadi nurse sambilan kat toilet hehee...

Keluar dari toilet, makcik tu dah keluar pun. Neeza nampak kelibat mereka berjalan keluar nak cari taxi kot sebab dia tak pergi ke parking area pun. Lama Neeza berfikir apa yang Neeza tengok tu. Neeza rasa terharu bila lihat seorang anak lelaki yang dah besar pun (dalam lingkungan 20an kot) travel bersama ibu yang tua dan sakit. Neeza rasa mereka buat umrah sebab kepala that guy botak.

Ada lagi rupanya anak yang baik dalam dunia ni. Anak yang prihatin terhadap ibunya. Anak yang sanggup malu muka dan merendah diri mintak tolong someone yang bukan sebangsa dengan dia. Alhamdulillah. Selalu tu, anak lelaki malu nak bawak mak berjalan sebab takut jatuh standard. Tak kurang juga ada yang tendang terajang mak sebab nak mintak duit tapi tak dapat.

By the way, lelaki dan makcik tu Neeza rasa bukanlah saudi asli sebab:

1. Dia putih (saudi asli berkulit sawo matang atau gelap terus bagi Badwin)
2. That guy tak pakai hijazi (jubah putih). Dia cuma pakai jeans dan tshirt dan mak dia tak tutup muka
3. Mereka balik naik cab - mungkin mereka tu Bahrain



pssttt.. tajuk kat atas tu betul la.. peristiwa tu terjadi di malam Jumaat. Sape pikir lain tandanya, kena cuci otak pakai dynamo..

Saturday, May 30, 2009

28 May 09 trip


Nak cerita apa yek? Takde apa sangat rasanya sebab ceritanya hampir sama dengan cerita dulu tu. Cuma kali ni kami pergi bertiga (Ummi, Abah dan Chomey). Hajat dihati nak bawak Chomey tawaf for the first time tapi tak kesampaian. Kawan Neeza beriya-iya offer untuk jaga.

Terima kasih bebanyak Kak Zah Zainuddin dan family yang banyak sangat membantu kami pada trip kali ni. Hanya Allah yang dapat membalas budi baik mereka. Terima kasih juga kepada Kak Ana Malek dan family yang menjaga 3 anak kami yang besar di Jubail. Bukan senang nak layan kerenah anak-anak Neeza yang tengah membesar tu. Ada lagi kawan, As dan Roy yang offer untuk jaga anak bertiga tu tapi kami tak sampai hati pulak sebab As tu masih dalam pantang. Nanti tak pasal, Shahmey cucuk baby Zahraa pulak heheh..

Kenapa Neeza pergi sedangkan last year baru pergi? Jawapannya, sekali pergi, mesti rasa nak pergi lagi dan lagi. Rasanya kebanyakan orang akan cakap macam tu. Neeza doakan semua kawan-kawan yang belum pergi atau yang dah pergi akan dapat menjejakkan kaki kesana tak lama lagi. Ameen....






Friday, May 29, 2009

Duka sepasang sahabat


Terkejut Neeza apabila menerima offline message dari seorang kawan tempat kerja lama (di USJ). Lyza bagi tahu anak kawan kami (Din dan Zarina juga colleague kami) meninggal dunia pada hari pertama dihantar ke nursery. Sebak dan mengalir air mata Neeza. Baru lagi rasanya tengok gambar-gambar Iman Aryan yang di hantar melalui email. Kawan-kawan Neeza semuanya pergi tengok Iman Aryan di hospital. Neeza saja yang tak pergi sebab jauh.

Bila dapat berita tu, hati Neeza nak sangat tahu cerita selanjutnya. Nak telefon atau sms Din dan Zarina rasa macam kurang sesuai. Kata Lyza, nursery bagi tahu anak Din (kawan Neeza tu), lemas. Tapi, bila buat post mortem, ada kesan lebam dan darah beku di belakang kepala Iman. Something wasn't right. Mungkin Iman terjatuh akibat kecuaian. Tapi, nursery tu tak mengaku pulak. Mereka claim, Iman memang sakit.

Hari ni, Lyza hantar message lagi bagi tau berita tentang Iman keluar di newspaper metro. Beritanya disini. Sedih betul Neeza tengok Din dan Zarina memegang baju Iman. Bayangkanlah, Iman anak sulung mereka. Baru sehari hantar ke nursery dah jadi macam tu. Walau bagaimanapun, Iman sekarang sudah pun berada di syurga.

Kes ini patut dijadikan iktibar oleh semua parents yang hantar anak ke pusat penjagaan baik nursery ataupun ruma orang. Mereka patut lebih berhati-hati dalam mengendalikan anak-anak yang dihantar.

Thursday, May 28, 2009

Cuti sehari




Neeza tak akan keudara selama sehari. Makanya, blog kawan-kawan tak akan dilawati. Blog sendiri pun akan terbiar, cuma sehari, Insyaallah. Doakan segala-galanya berjalan lancar untuk kami ya. Terima kasih... Ameen...





Wednesday, May 27, 2009

(Hang up)



Trooottt... trooottt... trooottt...

Hello...

Min Hazha?

What?

Min Hazha?

Who do you wanna speak to?

Min Hazha?

It's Jubail. (tak faham soalan betul hehe..)

What's your name?

(Hang up)


Tengahari. Penat sebab baru balik dari sport & recreational centre. Baru masuk toilet nak wudhu'. Dengar telefon berdering. Berlari keluar sebab takut panggilan penting. Tak sempat tengok number di screen, terus angkat. Cait!!! menyakitkan hati saja. Ingat rumah ni tempat mencari kenalan ke?

Rasanya ni 2nd time dapat mystery call dari arab yang miang dan gatal. Sah takde kerja. LAN line rumah ni memang dah banyak kali dapat call dari orang yang tak dikenali. Tapi itu sebab salah number. Ada yang nak cakap dengan bank officer lah. Ada yang nak book ticket flight lah sebab diorang ingat number telefon ini telefon airlines agent.

First time hari tu, malam. Arab yang call. Memang boleh cam jugak suara diorang ni. Kalau pinoy, memang lain accent dia. Kalau ind1a, ada macam terbelit sikit. Kalau arab, memang lain. Cakap arab fasih cakap english tergagap-gagap. Hari ni jadi lagi. Terasa jugak nak 'bahasakan' saja tapi tak guna pun. Bukan dia kenal pun siapa yang dia call tu. Diorang ni main tekan aje kot number-number. Sah! mereka ni takde kerja...

Kalau dekat handphone tu jangan ceritalah. Sekarang, kalau ada number tak dikenali, Neeza suruh Abang aje yang angkat (kalau dia ada dirumah lah). Kalau tidak, mungkin tak berangkat lah, depends pada masa. Kalau sesiapa yang call dan guna number yang Neeza tak kenal, sorry lah kalau Neeza tak angkat ya. Bukan tak sudi tapi berhati-hati :).

Takde update?



Hari ni takde update rupanya.. dah malam sangat pun. Ngantuk... uuarrrgghhh!!! esok nak bangun pagi sebab subuh masuk jam 3.15 pagi.. semoga dapat bangun awal sikit.. tak macam selalu.. subuh dah siap-siap nak balik baru nak bangun... hmmmm..

Sekarang cuaca sangat panas.. ya sangat sangat. Berbahang betul. Suhu biasa adalah melebihi 40 Celcius. Bayangkan orang yang terpaksa bekerja diluar tu kan. Kesiannya mereka. Beruntung sape yang dapat duduk dalam bilik yang ada AC (aircond). Sangat nyaman. Orang diluar tu, menahan perit matahari saja...

Dalam pada takde update, nak jugak menulis tu hehehe.. okaylah.. nak tidur dah.. babai.. salam semua... :)

Monday, May 25, 2009

Kerepek 'Ninja'



Sebelum keluarga kami berpindah ke Terengganu, Neeza tak pernah makan mahupun kenal dengan kerepek ni. Nama sebenarnya lain tapi kami panggil Kerepek 'ninja'. Errr.. takde kena mengena dengan pahlawan ninja bajasakti mahupun ninja turtle ya tuan puan. Tak tahulah kenapa orang kat sana panggil macam tu. 'Slang' lah rasanya ;)

Lepas Ma Neeza buat business kecil-kecilan jual kerepek 'ninja' ni, lagi lah Neeza suka makan kerepek yang lemak lemak pahit ni. Ramai orang tak suka tapi Neeza sukeeeeeeeee sangat hehee..

Semalam dan hari ni Neeza makan kerepek ini yang digoreng oleh dot dot dot (takleh cakap sape sebab nanti orang kata Neeza malas walaupun memang Neeza malas nak goreng sendiri pun :P). Kerepek / Emping belinjau (nama sebenar dia lah rasanya) ini telah dibagi kepada Neeza oleh Z. Terima kasih ya Z. Dah lama dia bagi... errrr dalam 2 bulan dah kot tapi baru lah kelmarin digoreng oleh dot dot dot tu. Terima kasih dot dot dot... :)

Jadi, kepada sesiapa yang ada tanam pokok belinjau ni kat belakang rumah dia dan rajin pulak buat kerepeknya, jangan lah lupakan Neeza ni ya... kikikikiiii...

ini lah rupa pokoknya - gambar pinjam dari pemancingikan.fotopages.com/?entry=1297184


Sunday, May 24, 2009

Nyawa yang murah



Dalam bas masa balik dari sekolah tadi, Pak Rahman cerita ada 3 orang pekerja buruh binaan terbunuh di jalan raya yang tak berapa sibuk bersebelahan dengan sekolah tempat Neeza belajar. Mereka dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu warga saudi sendiri. Kata Pak Rahman, warga saudi tu memandu dengan teramat laju sebab terlambat ke tempat kerja (cerita tu pun datang dari kawan dia).

Kalau ikutkan, logik lah sebab kalau tak laju, memang susah untuk melanggar sehingga mati serta merta dan 3 orang sekaligus pulak tu. Jalan tu memang lah selalu lengang sebenarnya. Bila kelam kabut dia tak perasan ada orang tengah bekerja di tepi jalan lah. Agaknya lah. Neeza pun bukan lah witness kejadian pun. Tak pasal-pasal pulak Neeza jadi tukang penambah perisa cerita tu.

Neeza tanya Pak Rahman (sebab dia dah lama di saudi ni), selalunya apa hukuman bagi kes macam tu. Katanya orang yang melanggar tu perlu bayar ganti rugi kepada keluarga mangsa dalam SR60K - SR100K. Ianya bergantung kepada siapa yang dilanggar. Kalau warga saudi yang dilanggar, gantirugi yag perlu dibayar lebih tinggi. Kalau orang luar, murah saja.

Macam tu lah. Kiranya nyawa kami yang merantau ni murah saja lah agaknya. Tapi Neeza rasa, ianya mungkin bergantung kepada dari mana orang itu. Kalau orang itu hanyalah pekerja buruh datang dari negara yang tak berapa maju tu, mungkin kuranglah nilainya sebab possibility untuk keluarga mereka upah lawyer bawak kes ke mahkamah amatlah kurang. Kalau orang lain yang mampu untuk upah lawyer dan tahu perihal undang-undang ni, mereka gerun lah sikit. Kalau di Malaysia, kes langgar mati sebab cuai ni membawa hukuman mati kan. Betul ke?

Saturday, May 23, 2009

Berat sangatlah mak ngah...



Betul lah seperti yang dijangka. Blog Neeza berat (300kg!! hahahaha!!). Bukan berat tu tapi berat sebab sarat dengan macam-macam application. Jadi, semalam, Neeza dah buang 2 application - feedjit (hari tu saja letak tapi lupa nak delete) dan imeem (lagu-lagu yang dulunya complete tapi sekarang ni apa kena entah dah jadi 30 seconds). Jadi, daripada ada tapi menyakitkan telinga sebab dengar lagu tak habis, baik tak payah.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi berkongsi sebab kenapa blog Neeza bermasalah. Bukan blog Neeza aje tapi ada blog lain juga. Harap-harapnya tak lah berpanjangan sebab tak best lah kan, baca sekerat jalan, terus dapat error message. Dah lah masa untuk blogging Neeza dah kurang sangat sekarang.

Setelah sekian lama, semalam baru lah dapat bukak facebook. Itupun sebab tak boleh bukak blog hehee.. Banyaknya message di facebook (kebanyakannya message untuk group). Ada invitation message reunion untuk pelajar SPM 91 di sekolah lama. Kebetulan masa tu Neeza akan berada di Malaysia. Bestnya!! Insyaallah, kalau takde aral, Neeza nak pergi. (Boleh ye bang.. takpelah, kalau Abang tak nak pergi, Abang duduk lah rumah jaga anak-anak huhuuu...)

No other great stories for today. Stop dulu lah. Nak melawat blog kawan-kawan pulak ;).

Oh ya, sebelum tu, terima kasih ya Ijah atas kiriman kad yang cantik tu. Baru aje dapat sebenarnya. Lupa nak bagi tahu. Heran jugak, kenapalah lembab sangat s@udi post buat kerja. Bila tengok date, terkejut badak jugak lah Neeza hehehe...

Friday, May 22, 2009

Tolong! Tolong!



Geram betul dengan bl0gspot 2 3 hari ni.

Sape pernah experience dia tak boleh bukak blog dia sendiri?

Tapi boleh balas comment kalau cepat click pada comment box tu?

Nak baca blog orang pun jadi problem.

Ada yang boleh bukak, ada yang tak boleh.

Memang geram tahap gaban niii.. &*^$%(#&^#!!!

Neeza sempat tulis entry ni pun sebab cepat click pada new post tu.

Kalau lambat 2 3 seconds, langsung dapat message "error! blogspot cannot open neezashahril.blogspot.com"

Apa yang tak kena sebenarnya? Internet di negara kaya tapi tak maju ini atau apa yek?

Help! Help!

Tolong! Tolong!

Tuesday, May 19, 2009

'Pmpers' membahayakan kesihatan??



Walaupun brand Hugg1es, mam1poko, dryp3rs atau lain-lain, orang tetap panggil P@mpers. Mungkin sebab p@mpers ialan jenama disposable diapers yang mula-mula keluar. Macam lah ubat gigi juga. Walau jenama apa sekali pun, ramai makcik pakcik tetap panggil c0lgate! Kalau air pulak, biar lah 0valtine pun, orang nak gak panggil m1lo.

Bukan pasal tu yang Neeza nak tulis hari ni. Ini ialah tentang email yang kawan Neeza forwardkan baru-baru ni. Email itu mempromote cloth diapers. Rasanya, ramai dah aware tentang cloth diapers ni. Frankly, Neeza tak pernah guna mahupun beli. Dengar kata, ianya menjimatkan dalam jangka masa panjang. Betul lah tu. Dah namanya pun boleh dibasuh. Boleh la pakai semula. Kalau disposable tu, maknanya pakai dan buang lah kan.

Satu benda yang Neeza kurang berkenan ialah cara mereka ni mempromote cloth diapers. Nak promote, buat lah dengan cara yang betul. Tak perlu lah mengutuk product orang lain. Ada statement didalam email tersebut tentang "disposable diapers boleh release chemical dan babies akan absorb chemical tu". Pendek kata, ianya ingin memberitahu kalau babies pakai disposable diapers, kesihatan babies akan terjejas.

Kalau makcik kat kampung yang tak baca paper dan tak surf internet dengar statement macam tu, mungkin akan kata, "oooo.. patut lah si polan tu asyik sakit-sakit aje. Sebab pakai lampin pakai buang lah tuuuuu..".

Please... kalau betul pun ada statement macam tu, tolong lah support dengan relevant study. Bukan 1 study tapi banyak studies untuk confirm memang disposable diapers membahayakan kesihatan. Boleh ke mereka yang buat statement tu bagi supporting facts?

Kalau tak silap Neeza lah, disposable diapers ni dah lama digunakan. Lebih dari 20 tahun kot. Setiap pengeluar dah ada R&D mereka sendiri sebelum mengeluarkan sesuatu product. Setiap company ada standard piawaian masing-masing dan yang berdaftar dengan badan-badan tertentu. Agak mustahil kesemua pengeluar disposable diapers tak mematuhi standard piawaian tersebut. Kalau 1 mungkin lah. Kalau semua, tak mungkin. Bila keluar cloth diapers, terus keluar statement disposable diapers membahayakan kesihatan babies. Agak keterlaluan lah rasanya.

Ada jugak Neeza g00gle tentang isu ni dan kebanyakan article memang tak agree dengan statement tersebut. Banyak lagi sebab lain yang membahayakan kesihatan babies. Alam sekitar yang tercemar ni tak masuk list pun. Makanan yang dimakan pulak macam mana?

Neeza bukan lah pro mana-mana company disposable diapers. Neeza tak kerja di mana-mana syarikat iklan juga pun. Tapi statement macam tu agak menggeramkan hati sebab ramai yang boleh mislead dan buat assumption salah. Kalau betul, percentage harmful tu mungkin sangat rendah. Lagipun, bila sebut disposable diapers, kita tak boleh lah biarkan baby kita pakai benda tu 2 hari 2 malam kan. Habis lah merah merah kulit baby tu.. Itu betul membahayakan.

Pssstttt... kita sedar tak yang bahan didalam disposable diapers tu adalah bahan yang sama digunakan dalam sanitary pads yang kita (pompuan) dok pakai tiap-tiap kali naik bendera jepun tu? Kalau betul ia menjejaskan kesihatan, kita pun terjejas sama lah kan. Jadi puan-puan, sila jangan pakai sanitary pads lagi. Pakailah kain batik yang dipotong-potong (macam zaman-zaman dulu tu).

Terima kasih kepada kawan Neeza (Puan M) yang telah forwardkan email tersebut. Kalau tidak, Neeza tak tahu pulak ada pihak yang burukkan product orang demi untuk melariskan barang jualan sendiri...

Kalau betul pun disposable diapers tu membahayakan kesihatan, mungkin kesihatan hidung orang yang duduk dekat lah kot. Kalau sikecik ber*k dan lambat ditukar, memang teruk kesihatan hidung kita terjejas huhuuuu... :P




Monday, May 18, 2009

Ouchie!!



My knee hurts

My feet hurt

My thigh hurt

My back hurts

My neck is okay though..

but

My shoulder hurts a bit

My elbow hurts too

and my waist hurts


I can't bend. When I tried to do ruku', I only managed to bend 60 Degree. A big NO for 90 degree. It seems that every part of my body is aching. OUCH!!! I woke up this morning with pain...

Itu lah padahnya bila 5 tahun sekali aerobic sakan!!

For the first time after about 1 1/2 years stayed in Al Jubail, I went to the sports and recreational centre in Huwaylat, Al Jubail. My plan was to play futsal with my malaysian friends. I was told that the place is opened from 7am to 12pm for ladies. No male above the age of puberty (hehee..) is allowed during that hours.

Actually, the actual date for us to go there is not confirmed yet. But, as our tajweed class was cancelled, we made a quick decision to be there. Alhamdulillah, it wasn't a regrettable decision at all.

We were there at about 8.20am. Upon arrival, our bags were inspected. All cameras and handphones with camera were confiscated. I supposed it was their precaution measurement to confirm that no picture is taken. Almost everyone is without her abayat and hijab during the hour. Well, you know how sensitive most of the saudi women with camera, right. Some really banned the use of cameras while many would not take pictures without cover.

In the sport centre, they have gymnasium with complete facilities, a special room for treadmill and static bicycle, squash court, swimming pool and another huge hall for badminton, futsal, basketball and I don't know what else can it be used for ;). They have a daily aerobic session for 1 hour with a professional instructor. I'm not sure if they offer any other facilities. We can play and use everything for only 10 Riyal per entry. They provide a nursery for those who bring small kids for a fee of 5 Riyal per entry. To me, it really worth the money (kat malaysia ada ke tempat cam tu ek?? I mean, semurah itu??)

I jogged, cycled, played badminton for 5 minutes, did aerobic for an hour and played futsal. That would explain why my body is aching, I guess ;).

Sunday, May 17, 2009

Thursday 17 May 2007

He was born on Thursday, 17 May 2007. He's my 3rd precious gems. He's my first and the only son. He's the joy of everyone in the family. Today, he turns 2. Alhamdulillah. We pray for his success and happiness in this life and the hereafter. We want him to be a son who could help us 'there'. Insyaallah...

We love you with all our heart, our dear lovely Shahmey...






I have 2 other friends who were also born today in many many years back. They are NS (Nass) and AEA (As). Happy Birthday my friends. May your life fill with joy and happiness. Insyaallah...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin