Rajin-rajin lah click ya :)

Monday, March 8, 2010

Lupa, lupa dan lupa lagi

Kata ustazah, penyakit lupa ni disebabkan syaitan. Sebab tu bila kita lupa, kita kena sebut Ta'awuz (A'udzubillahi Minashaitanirrajim). Lagipun bila lupa, banyak benda kita akan tinggalkan, especially benda-benda yang berkaitan ibadah. Encik yang bertanduk dua tu memang lah sangat happy bila kita lupa. Tapi Islam itu indah. Allah memaafkan kita kalau kita betul-betul lupa (bukan buat-buat lupa). Alhamdulillah.

Dalam kes Neeza, lately memang rasanya short term memory (STM) Neeza macam ada gaduh sikit dengan Neeza. Tak nak baik-baik gitu. Dalam erti kata lain, my STM is getting worse. Baru-baru ni, ada jiran datang nak berkenalan. Neeza tanya nama dia dan nama anaknya. Dia bagi tahu nama dia, Nora. Nama anaknya apa entah. Memula Neeza tak ingat kedua-dua nama. Tanya lagi sekali. Dia bagi tahu nama dia Nora. Neeza senang sikit nak ingat sebab namanya dekat2 dengan nama Neeza ;). Nama anaknya apa pun Neeza tak ingat... sampai lah hari ni. Sabar je lah kan. Kalau jumpa tengah jalan memang takleh tegur la. Lagipun dia tutup muka. Nampak 2 biji mata saja. Susah nak cam ;).

Baru-baru ni jugak, ada lah sorang kawan kat Jubail ni mintak number telefon seorang encik ni. Ada hal sikit dia nak call encik ni. Tak payah detail out kat sini lah kan... Neeza nak ambik dan dan tu handbag, nak check number telefon. Kawan ni kata, takpelah. Nanti karang. Bila dan nanti karang tu, memang lupa sampai sudah. Bila jumpa kali kedua, dia mintak lagi. Masa tu handbag jauh sikit. Neeza pulak cakap, nanti Neez bagi. Dah hampir seminggu, Neeza tak ingat langsung dah. Sampailah dia hantar message. Apa lagi. Neeza pun mengucap panjang lah. Sabar ajelah.

Terus Neeza ambik handphone dan check number encik tu. Neeza sent. Tapi since Neeza ni tak berapa cekap dengan hp yang ni, Neeza rasa message tu tak sampai. So, Neeza call and bagi terus. Baru puas hati tapi rasa sangat bersalah pada kawan Neeza tu. Minta maaf ya Cik Puan N. Tidak kusengajakan kelupaan itu (ada ke ayat BM cam tu?). Semoga Cik Puan N tak marah Neeza. Dan Neeza doakan Cik Puan dapat lah apa yang Cik Puan hajatkan itu. InsyaAllah.. :).

Sunday, March 7, 2010

Bila balik bercuti

Bila balik bercuti, jadual Neeza selalu padat. Let see... duduk rumah, duduk rumah dan duduk rumah lagi. Padatlah tu kan. Bagi orang lain, bila balik Malaysia, masa perlu diisi dengan berjalan-jalan kesana kemari. Bagi Neeza dan keluarga lain.

Kalau diikutkan anak-anak, memang mereka nak berjalan-jalan. Tapi, kami perlu juga menjaga hati yang bukan 'anak-anak'. Ada keluarga yang perlu dilawati. Bagi orang tua, mereka lebih suka kalau kita duduk dirumah. Mereka tak akan cakap yang mereka rindu tapi kita kena faham lah. Eh silap! Kami kena faham (since benda ni tak applicable untuk semua orang).

Sebab tu bila balik bercuti di Malaysia, Neeza susah betul nak berjanji untuk berjumpa-jumpa. Hati memang teringin sangat tapi keadaan belum mengizinkan. Lagipun, dengan adanya anak kecil, takkanlah Neeza nak tinggal anak-anak Neeza dengan orang tua kan. Kalau nak bawak, riuh rendah lah dengan kanak-kanak riang pulak... ;).

Lagi satu, bila balik bercuti, biasanya Neeza akan lupakan aktiviti tetap Neeza di Jubail iaitu mengadap internet. Itu dulu, masa tak giat main game... :P. Sekarang ni, rasa macam tak boleh lah. At least kena lawat ladang at least sekali sehari.. hahahah!! memang kronik. Tapi takpelah kot. Daripada Neeza giat buat benda lain yang tak elok, baiklah Neeza bercucuk tanam hehehe.. Ada lah orang tu jeling-jeling tu. Takpe... jeling lah.. sampai terbeliak mata pun takpe.. ;).

Makanya, Neeza telah tanya orang tentang package broadband di Malaysia. Yang di suggestkan ialah Celcom dan Digi. Nanti nak google dulu. Celcom macam best sebab compared to Digi, memamg Neeza suka Celcom. Tapi, kalau Digi boleh bagi better service, why not kan! Okay... let's jumpa pakcik google :D.

Saturday, March 6, 2010

Kelas cuti lagi... yariba yariba!!! :P

Baru saja dapat text message dari Jalyat tempat Neeza belajar. Jalyat dah berpindah tapi kelas tak boleh start lagi. Tahu... mesti banyak barang tak settle lagi. Takpe, take your time. I am okay aje... sukerrrr.. hehee...

Tadi Neeza ke clinic. Hmmm.. should I tell the whole world what had happened to me? Mungkin tidak... Cumanya, something is wrong with me that requires me jumpa doctor. Setelah berjumpa dengan 3 specialists from 3 different hospitals, setakat ni, Alhamdulillah. Nothing is wrong and I hope it continues that way. Biidznillah... Tapi, doctor did ask me pergi jumpa dia balik lepas ambik ubat yang dia bagi. Tapi rasa macam malas je makan ubat tu dulu...

Tak lama lagi 2 warga Jumanisaa akan pergi meninggalkan Jubail. Sedih juga sebab bila dah bersama-sama ni, rasa agak rapat. Kawan-kawan lah saudara mara kami disini. Tapi, takpe sahabat-sahabatku. Rezeki kamu ada disana. Pergilah... kami merelakan.. jiwang lah pulak seposen ;).

Dua tiga hari ni, sand storm melanda Jubail dan tempat-tempat sewaktu dengannya. Kami tak digalakkan berada di luar sebab sand storm ni tak elok untuk kesihatan especially penyakit batuk-batuk. Semalam pun Neeza dah batuk-batuk. Semoga Neeza dan keluarga sihat selalu... InsyaALlah..

Kenapalah riyal rendah sangat compared to ringgit. Dah lah kami nak balik malaysia ni. Hmmm.. bosanlah cam ni. Ekonomi dunia tak stabil. Sabar sajalah Neeza... rezeki Allah yang bagi. Berdoa dan terus berdoa ya...

Monday, March 1, 2010

A life without soul

Have you ever live your life without your soul? Perhaps it's not really like your soul is totally out of you. If that's the case, then we would call it as die.

This morning, I felt like my soul was far away from me. I was like a robot. I did my routine just like every other days. I was in the kitchen, preparing the meal for the kids just like usual. The different was, my soul wasn't with me. When it happened, I was not happy. I didn't enjoy life the way I should. To paraphrase it, a problem appears out of the blue and I don't like it.

When a favor is treated as a right, some hearts would hurt. Sometimes, we are giving a favor or may be favors to some people and at the end the people treat the favors as their right. When we pull the favor once, the people become angry. Of course the people who gets hurt is the one who gave the favor in a first place.

To talk it over is not an easy thing to do especially when there are certain restrictions over the matter. It would create huge disagreement and finally it will become a fight. Let's not get our life into trouble. Stay away from fighting. However, if we don't reconcile, matters left unsettled. One party continues with dissapointment and the other party would get away with it.

That was what happened to me. I know this is not an easy thing and this is not the first time it happens. Yucks!!! I simply hate it. My only way to ease the cloud mind is to think that there's always hikmah for anything that happen. One of the hikmah is, Allah would take away my bad deeds by having me go through troubles. Unhappineness will brush away my bad deeds provided I took it with redha. Alhamdulillah. Of course, I can't complain and take it negatively. Otherwise, none of my bad deeds will be gone. This life is short and the life after is eternity. So, let's focus on the hereafter than worry about this temporary life.

Oh Allah, please give me a peaceful mind...



Sunday, February 28, 2010

Bumi ini berputar

Bosan! Yes, that's the right word to describe myself this morning. FB seems tak menarik dua tiga hari ni sebab tak banyak dapat collections. Hahahaha!!! What a wonder'fool' me... :P.

Disebabkan bosan jugalah, maka blog ini berupdate hari ini. Semalam dah tulis. Hari ni tulis lagi. Takde orang nak baca takpe sebab saya menulis untuk kesenangan diri saya. Tak mintak bayaran apa-apa pun. Nuffn@ng ad tu pun entah berapa sen je ada. Biar ajelah.

Ribut pasir melanda Jubail. Kalau orang tak biasa, mesti imagine the worst kan. Tapi memang ribut dan ada pasir cumanya kami masih bernafas. Alhamdulillah. Kami cuma tak digalakkan keluar rumah sebab dust is not good for our health especially our small kids.

Talk about small kids, Sumeyyah batuk teruk semalam. Banyak phlegm and dia even muntah. Muntah is good though sebab phlegm tu keluar tapi bunyi dia batuk tu betul-betul hurt me. Rasa kecewa sangat. Alhamdulillah, I should say. I should count my bless. Biarlah, tak payah lah elaborate pasal tu. Nanti perasaan tak elok timbul pulak. Nauzubillah...

I am counting days to be with Ma, Ayah and the rest of my family members in Malaysia. Cuti cuma 3 minggu jadi mungkin tak akan kemana-mana sangat. Kami hanya akan duduk dirumah sajalah rasanya. Since the kids akan ponteng sekolah about 10 days, kami perlu prepare dengan homework (kalau ada la..) budak-budak ni. Otherwise, they would be the happiest kids on earth sebab balik kampung means main main and main lagi....

That's enough for now. Esok tulis lagi kalau rajin. Salam semua :)

Saturday, February 27, 2010

Fikir positif, hidup sihat :)

Memula, kena sapu sawang sikit. Berhabuk-habuk blog ni lama kena tinggal. Kesian... tuannya sibuk kat fb. Makanya, blog ni jadi macam habis madu sepah dibuang. Kalau tak kena pepatah ni, biar je lah. Who cares? *wink*

Semenjak dua menjak ni, banyak benda yang terjadi. Of course lah kan. Life is not idle. Kalau ianya idle maknanya, I'm not here lah. There's always happenings in my life. Terlalu banyak nak dicerita but I'm gonna cerita all of them here.

What I wanna write today is about berfikir positif. Ya, saya menggunakan bahasa campur, rojak atau apa-apa sajalah. Should I stick to bahasa or English. Both pun boleh lah. I like it that way.

Bila something bad happen to us, kita akan cari sebab dan punca. Selalunya kita salahkan itu, ini, dia dan mereka. Jarang sekali kita kata, ini salah saya. Saya lah penyebab ini berlaku. Amat jarang pula kita kata pada diri kita, Alhamdulillah, perkara lebih buruk mungkin berlaku. Syukur pada Allah s.w.t.

My readers yang tinggal dah tak seberapa, please be reminded that I am writing for myself especially. I am talking to me because this is like my diary - though others can read too :).

Bukan setakat muhasabah diri, Islam menggalakkan kita selalu bersyukur dan bukannya mengeluh. Apatah lagi menyalahkan orang lain diatas apa yang berlaku pada kita. Bila kita salahkan orang, kita seolah-olah mengatakan, "I am good, others are bad". Betul ke tu? Diri kita baik sangat? Mulia sangat? Perfect sangat? sampai kita tak nampak langsung salah kita.

Ya, Neeza selalu juga menyalahkan orang sebab itulah nasihat ini sangat berguna untuk diri Neeza sendiri.

Cuba kita pesongkan sikit dan berfikir positif. Kita tak akan pening kepala nak fikir. Terima saja dengan redha dan perbaiki kelemahan sendiri. Bare in mind yang kita tak boleh ubah orang lain. Nak nasihat orang lain pun kena tengok juga. Kalau dia jenis yang tak terima nasihat, tak pasal-pasal kita balik yang kena. Jadi, we should concentrate on ourselves instead of others.

Life is good without problem. So, why should we find one? ;)

Thursday, January 21, 2010

Bila senang, ramai yang datang...

Tadi, masa Neeza bersibuk-sibuk di dapur dengan my cooking partner (dirahsiakan nama atas sebab kerajaan :P), keluarlah topic tentang ini. Semasa kita susah, tak ramai orang sudi berkawan atau bertandang. Tapi, bila kita senang, ramai yang datang. Bukan sedara pun mengaku sedara, contohnya lah...

Neeza pernah rasa benda ni tapi Neeza tak lah berniat nak cerita disini semua biji butir. Biarlah.. apa yang lepas tu biarlah lepas. Neeza percaya sesiapa yang terlibat tu telah sedar di atas segalanya. Kalau tak sedar pun takpelah. Allah tahu apa yang dia lakukan.

Kenapa benda macam ni boleh terjadi? Dalam agama ada mengajar, kita perlu tolong orang susah. Semua agama ajar macam tu. Takde agama yang suruh kita keji dan hina golongan susah dan memerlukan. Tapi, rata-rata manusia memandang hina orang yang susah. Kalau tak pandang hina pun, pandang serong. Dikala kita memerlukan pertolongan, orang melarikan diri. Macam-macam alasan diberikan. Padahal, pertolongan yang kita minta tu bukanlah besar sangat pun. Bila difikirkan, mungkin tak besar pada kita tapi besar pada orang yang nak kena tolong tu kan. Orang takut nak menolong sebab takut dia akan susah disebabkan kita. Sedih kan bila manusia bersikap macam tu.

Bila kita senang, ramai pula yang datang termasuklah orang yang dulunya melarikan diri daripada kita. Mereka tanpa segan silu datang minta tolong dan macam-macam lagi lah. Ada pula yang sampai mengenakan kita teruk-teruk. Astaghfirullah!! Macam tu sikap manusia. Tapi takpelah. Bersabar sahaja jalan terbaik. Kalau nak lawan pun, tak kemana. Banyak benda yang perlu ditempuhi. Last-last nanti, takde apa yang dapat pun. Ya, mungkin mereka menang disini tapi di akhirat esok, tiada siapa yang tahu penyudahnya...

Sekarang bagi Neeza, kita perlu ambik jalan mudah. Bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan. Orang nak datang dekat, datang lah. Orang nak jauh pun, pergi lah. Tiada apa yang kekal kecuali Allah s.w.t. Lagipun rezeki tu bukan ditentukan manusia. Allah penentu segalanya...

A bite of itu dan ini :)

Kelmarin, Neeza tulis satu entry yang agak panjang. Dah habis tulis tu baru perasan, tak saving pun. Something was wrong somewhere. Tak tahu lah apa kena. Since Neeza was in rush, Neeza sempat copy saja. Tapi, tak paste anywhere. Bijak sungguh la. Baru tadi perasan yang entry tu tak publish pun. Well, it wasn't meant to be here. Takpelah tu. Takde apa yang penting sangat pun. Nampaknya blog ni pun dah merajuk dengan tuan dia. Dulu rajin sangat update. Now, not anymore.

Sumeyyah, my dearest youngest darling baru saja genap setahun on last 15 January. Umur 1 tahun memang umur yang comel bagi setiap individu. Betul lah comel sebab 20 tahun selepas itu, individu itu tidak lagi comel. Mereka mungkin akan jadi, cantik, handsome, kacak... mahupun comot! hehee.. Meyyah dah boleh berjalan tapi dia tak nak berjalan. Jalan 2 3 langkah, dia duduk. Mungkin sebab dia selalu sangat kena dokong. Takde urge untuk dia berjalan. Takpelah.. take your time baby :).

Semalam, Neeza pergi PTA meeting sekolah my girls. Ingatkan meeting tu dah biasa dibuat. Tak rupanya and the parents yang datang pun tak lah seramai yang Neeza jangka. Ada lah dalam 30 orang kot. Sesi semalam lebih kepada sesi 'parents meluahkan segala problem yang diorang nak sekolah settlekan' dan bukannya discussion on how parents can help. Rasanya lah, lepas all the parents balik, mesti cikgu-cikgu tu a bit frustrated sebab tak nampak pun ada volunteer nak buat apa-apa (including myself lah tu hehee). Mungkin juga, volunteer akan serah diri kemudian. Tak tahu lah tu kan.

On the way nak pergi PTA Meeting tu, bas singgah lah nak ambik orang di satu tempat yang Neeza sendiri tak sure kat mana. Nampaklah ada sorang pompuan ni angkat sorang budak pompuan. Dia pegang sebelah lengan budak tu dah angkat. Eeeeeewwwww... gerun betul Neeza tengok. Nasib baik tak tercabut lengan budak tu. Then dia letak satu buai kecil kat luar rumah dan letak girl tu kat situ. After a while, pintu tutup. Nampak budak tu sorang-sorang je kat luar. Neeza cakap dengan kawan Neeza, kalau lah orang nak kidnap budak tu, a split second je, memang menangis tak berlagu lah. Kalau iya dia nak jemur anak (or mungkin anak majikan tak tahu lah tu..), takkan lah kat luar dan duduk sorang-sorang budak tu. Entahlah, tak paham culture diorang ni kadang-kadang. Neeza ada snap gambar tapi dalam handphone pulak. Tak le kome gheti dan ghajin bebeno untuk transfer gambo tuuuu... huhuuu...

Next week kelas Neeza di dakwah centre will be as usual tapi the next 3 weeks tu, kami cuti. Bestnya... Neeza suka kelas tapi Neeza pun suka jugak ada break. Kalau nak ponteng sendiri, rasa tak best sebab sayang pulak lessons yang tertinggal. Kalau sekolah officially close, that's a bless for me :). Alhamdulillah... Cuaca di Jubail dah semakin panas. Of course tak lah macam summer. Nampaknya, winter is saying maassalamah ilalliqo'. Flowers are everywhere now. Marhaba spring!!

Below takde gambar flowers. Gambar-gambar 'my flowers' saja yang ada. The 2 youngest members in the family are in action :).



Tuesday, January 12, 2010

KRMJ Family Day 07012010

I've no other words to describe the event except, A GREAT ONE!!! Tahniah kepada AJK yang bersusah payah sepanjang minggu or 2 minggu, planning for the event. Keep up the good work!

Enjoy the pictures. Kalau rajin, I'll write something. Kalau takde tu, maknanya tak rajin la hehehe...


Monday, January 4, 2010

A week left

Two weeks have passed and another week to go. The kids will start their semester after that. It'll be quiet a bit in the morning and part of the afternoon. Shahmey and Sumeyyah will be with the bibik alone. Not too good actually. Though my 2 elder kids sometimes did bully their brother and sister, I'd find it is safer when they are around. At least they can tell me if the bibik does anything improper. Nauzubillah though...

Just now, the bibik went back to her owner's house. She had been asking about it since yesterday. A few different reasons were given. First, she said she wanted to ask for her salary. Then she said, she wanted the owner to send the money to her kids. I still remember a few days ago she told me that she doesn't want to send anymore money back home. When I reminded her about that, she said about something else. She wanted to see a doctor. When I told her Abang won't be so keen to send her to the owner's house, she said never mind. She wanted to phone the owner, then. Seriously, I don't know what is in her mind. Let her be. Since my class is cancel tomorrow, I told Abang, the owner can come and pick her up. Wow!!! In a few minutes, the owner came. It was fast. When we asked him to come and send the bibik's salary, he gave thousand kinds of reasons. Auta ****** betul laaa...

This morning, I had a small party in the class. Our Ustazah wanted to have the party since we have completed 2 chapters of the book. Hahaha!! baru habis 1 chapter nak party. Asyik makan besar aje, montel la myself ;). But, as soon as she came (she was quite late), she told us the 'news'. Today was her last day. She has started teaching a grade 1 students in Tahfiz Quran in Ferdos sector. I guess it is good for her. The teaching hours is fixed - 7.30am - 1.00pm every weekdays. She has a career now. Of course, it's not good for us as we already feel comfortable with her way of teaching. A new teacher will be a mystery. We don't know how she's gonna be. Hopefully she'll be better. Biiznillah...

Talk about the food. MasyaAllah... abundant!!! We have Malaysian, British, American, Nigerian, South African, Turkish and Indian in the class. So, one can imagine the kind of food that we have. Alhamdulillah... a huge rezeki for us today.

Tomorrow will be a no-school and no-maid day for me. I'm not sure what time the owner will send her over. I'll manage, InsyaAllah. It's my house after all ;).

Sunday, December 27, 2009

Knowledge is to be shared :)


Dah dekat hujung tahun rupanya. Semenjak jadi SAHM ni, Neeza dah tak berapa nak ingat haribulan. Kalau nak tahu jugak, kena belek calendar. Itu pun kena check date-date lain yang berkaitan. Dalam kelas pun, ustazah takde sibuk nak tulis kat whiteboard date for the day. Tak penting kot.

Bila dah masuk tahun baru, Neeza mesti teringat experience masa sekolah-sekolah dulu. Selalu aje tersasul bila tulis haribulan di buku, tahunnya mesti tulis tahun yang dah berlalu. Maklumlah, tak biasa. Bila tulis tahun yang baru, rasa excited semacam. Itu dulu lah. Sekarang ni dah tak seexcited mana sebab umur pun dah banyak. Bertambahnya tahun bermakna bertambah lah umur. Maknanya makin kurang lah masa Neeza di sini....

Neeza nak recap tentang entry yang lepas. Ada yang kata isu sensitif. Betul lah kan. Bila bab agama, ramai orang rasa ianya sensitif. Tapi biar aje lah. Apa yang kita tahu kita perlu share bagi orang lain tahu sama. Daripada apa yang Neeza belajar, jika seseorang ulamak mengeluarkan sesuatu fatwa kerana Allah (bukan atas kepentingan peribadi), mereka tergolong didalam 2 golongan. Sekiranya fatwa itu betul, mereka akan dapat 2 pahala. Sekiranya tidak, mereka cuma dapat 1. Maknanya, mereka tidak berdosa. Walau bagaimanapun, syaratnya, mereka perlu lah bersandarkan hadith dan Al Quran. Kalau buat fatwa ikut suka hati berdasar keadaan semasa semata, tak diterima lah tu. Wallahu'alam...

Selesai cerita tu. Kita sambung cerita lain. Hari ini ialah 10 Muharram iaitu Hari Asyura. Ada benda yang Neeza nak kongsi. Anyways, Neeza dapat ni pun daripada seorang sahabat yang sudi berkongsi. Terima kasih Madina :)



THE MOST VIRTUOUS DAY OF THIS MONTH

The most virtuous day of this month is the day of Ashoorah - the tenth of Muharram. It is reported in Saheeh al-Bukharee, when Allah's Messenger (sallallahu alaihi wa-sallam) came to Madeenah, he saw the Jews fasting on the day of Ashoorah. He said: 'What is this?' They said: 'This is the day when Allah saved Moosa from drowning, so we fast on this day.' Then he said: “We have more right to Moosa than you.” So he (sallallahu alaihi wa-sallam) fasted on this day and advised the Muslims to do the same.

Also, Ibn Abbas (radhi allahu anhu) narrated: “When Allah's Messenger (sallallahu alaihi wa-sallam) observed the fast of the day of Ashoorah and ordered (the Sahabah) to fast, they said: “O Messenger of Allah! It is a day revered by Jews and Christians.” Allah's Messenger (sallallahu alaihi wa-sallam) said: “The coming year, if Allah wills, we will fast on the ninth (also).” [Saheeh Muslim, vol: 1, p: 359]

Ibn Abbas (radhi allahu anhu) also reported: “I never saw the Prophet more keen to fast on any day other than the day of Ashoorah and any month than the month of Ramadan.” [Saheeh al-Bukharee]

The phrase 'more keen' of Ibn Abbas (radhi allahu anhu) indicates that the Prophet (sallallahu alaihi wa-sallam) looked forward to fast on the day of Ashoorah in order to earn the reward for doing so, he Prophet (sallallahu alaihi wa-sallam): “Fasting the day of Ashoorah, I hope will be an expiation of sins for the year before.” [Saheeh Muslim v: 1, p: 368]

Thus, the day of Ashoorah is mercy from Allah and an opportunity for one to get his sins forgiven. It is recommended for the Muslim Ummah to fast both the tenth and the ninth of Muharram since Allah's Messenger (sallallahu alaihi wa-sallam) fasted the tenth and intended to fast the ninth.



Sama-samalah kita mendapatkan keberkatan daripada hari yang mulia ini. InsyaAllah....

Friday, December 18, 2009

Jauhilah bidaah..

Sebelum Neeza meneruskan wordings seterusnya, perlu Neeza ingatkan bahawa isu ini mungkin sensitif bagi sesetengah orang. Kalau nak baca, baca. Kalau tak nak baca, takpe. Tujuan Neeza menulis adalah untuk melaksanakan tanggungjawab seorang muslim terhadap saudara muslimnya yang lain. Takut juga diakhirat esok, Neeza dipersoalkan diatas perkara yang Neeza tahu tapi tidak disampaikan pada orang lain. Semoga Allah memelihara setiap perkataan yang Neeza akan tuliskan nanti. InsyaAllah...

Ramai yang tahu dan sedar bahawa hari ni dah masuk 2 Muharram. Semalam ialah 1 Muharram. Betul, semua orang tahu 1 Muharram menandakan masuknya bulan hijrah yang baru. Bila sebut hijrah, ramai yang tahu penghijrahan Nabi s.a.w dari kota mekah ke kota madinah dan ketika itulah tahun hijrah bermula.

Persoalannya, adakah disyariatkan untuk kita menyambutnya? Nabi pernah sambut tahun baru hijrah ke? Kalau Nabi pernah, pasti ada hadith atau sirah yang menceritakan tentang sambutan itu. Sekarang (mungkin agak lama dah kot) ada pulak doa awal tahun, doa akhir tahun. Siapa yang memulakan doa ni? Nabi s.a.w ke? Kalau nak berdoa, kenapa kena awal dan akhir tahun sahaja? Kita mintak ampun 2 kali dalam setahun sajakah?

Sebagai muslim, asas ibadah kita berpandukan Al Quran dan Sunnah. Sekiranya sesuatu amalan yang kita buat tiada didalam Al Quran dan Sunnah, ianya dianggap ciptaan baru didalam agama/ibadah. Ciptaan baru ini juga disebut sebagai bidaah. Setiap amalan bidaah yang kita lakukan tanpa mengetahui ianya bukan dari Al Quran dan Sunnah, adalah tertolak. Kalau kita tahu ianya bukan dari Al Quran dan Sunnah tapi kita masih menganggapnya sebagai ibadah, maka kita dianggap berdosa dan setiap dosa bersamaan dengan api neraka. Nauzubillah.

Agama kita dah complete. Kalau tak ada didalam Al Quran dan sunnah, maka ianya bukanlah ibadah. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Pada hari ini telah kusempurnakan untukmu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah ku ridhoi islam sebagai agamamu.”
( Al-Maidah: 3)

Dibawah ini, Neeza sertakan beberapa lagi hadith dan ayat Al Quran tentang bahayanya bidaah. Semoga kita semua dilindungi Allah s.w.t daripada api neraka. Ameen...

Dari Jabir bin Abdullah, Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya perkataan yang benar itu ialah kitab Allah dan sesungguhnya semulia-mulia petunjuk itu adalah petunjuk Muhammad dan seburuk-buruk perkara itu ialah yang diada-adakan dan setiap yang diada-adakan itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu sesat dan setiap kesesatan itu adalah di dalam neraka.”
[H.R. Muslim]


Dari Aisyah ra. berkata: Nabi s.a.w bersabda:

“Barangsiapa yang melakukan suatu perbuatan yang bukan perintah kami, maka ia tertolak.”
[H.R. Bukhari]


“Dan barangsiapa yang menyalahi Rasul itu sesudah jelas dan nyata baginya petunjuk dan mengikut orang-orang yang bukan jalan orang-orang yang beriman, nescaya Kami akan palingkan dia ke mana dia berpaling dan akan kami panggang dia di neraka Jahanam, padahal neraka itu sejelek-jelek tempat kembali.”
[An-Nisa’:115]


“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu sekalian mendahului Allah dan Rasul-Nya dan takutlah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya Allah itu Mendengar lagi Mengetahui.”
[Al-Hujurat:1]

Friday, December 11, 2009

No 'magic'... sorry!


I can't sleep. I slept quite late last night and woke up almost every hour. I guess it was the maxwell house. Usually, I was okay after drinking even a few cups of coffee but not this time. The age may be. What I could take in the past is no longer could. The food too. I have to be more careful in choosing what to eat, which I think I've been neglecting them still ;). That's not what I want to write about. At least, not in this entry.

What is magic? To me, magic is miracle. It would also mean something weird or unlikely to happen in a normal circumstances. Benda pelik-pelik yang tak biasa berlaku is magic.

In the past... dulu... and I think now is still the same kot.. heheh... I loooovvveeee to hear / listen / read about magic stories of people yang baru balik dari Mekah, haji lah especially. Cerita macam, 'tengah duduk kat depan kaabah, tetiba ada sorang pakcik tua tegur.. lepas tu dia hilang..' seronok sangat Neeza dengar. Memang ditunggu-tunggu cerita macam tu.. :).

Same thing bila Neeza balik dari Mekah baru ni. Ada yang tertunggu-tunggu cerita magic tu. Neeza pun puas fikir. Ada ke takde. Macam takde. Jadi, sorry lah to anyone yang expect cerita-cerita ajaib tu sebab I've got no story. Mungkin other friends ada.

Kalau kita takde cerita magic, apa maknanya? Entahlah! Neeza pun tak tahu apa maknanya... Anyway, perlu ke ada cerita magic setiap kali orang balik dari Mekah? Kalau ada cerita best memang lah seronok. Macam ada sorang kawan Neeza dulu. Dia cerita husband dia kesejukan. Selepas solat, ada somebody bagi sejadah kat dia and sejadah tu betul2 macam shawl. Lebih kuranglah kot cerita tu. Neeza pun dah lupa banyak. Tu kalau magic yang best lah. Yang tak bestnya macam-macam jugak. Contohnya, sampai saja di Mekah, orang tu tak dapat tunaikan ibadah sebab dapat sakit mengejut yang tak disangka-sangka.

People like to 'give' interpretation pada magic stories ni. Pada yang sakit tu, mereka kata, "banyak sangat dosa lah tu.. sebab tu sakit dan tak dapat buat ibadah". Ada pula yang berkata, "nampak sangat ibadah tak diterima..". Bagi yang ada cerita menarik pulak, orang akan kata, "bertuah dia kan... Allah sayang dia tu..". Yang last tu Neeza suka dan memang sepatutnya kita cakap macam tu. Bagi statement 1st and 2nd tu, kalau boleh elakkanlah. Ini nasihat untuk diri sendiri tau. Jangan lah pulak ada yang terasa sebab ianya tak ditujukan kepada sesiapapun kecuali diri ini sendiri.

Anything happen to us, hanya Allah yang tahu sebab dan akibatnya. No one except him. Bagi yang mengata ni, mereka tak menambahkan dosa ataupun pahala sikitpun pada yang di kata. Errr.. mungkin mereka menambahkan pahala lah kot sebab setiap kali kita mengata orang, pahala kita akan dibagi pada orang yang dikata. Seronoknya kan :).

Perjalanan haji yang smooth dan tiada masalah besar tidak juga bermakna haji seseorang itu mabrur. Mabrur atau tidak, Allah yang tentukan. Kita hanya mampu berdoa kepada Allah agar haji kita mabrur. The final say is still on Him.

Kenapa Neeza tulis semua ni? Sebab Neeza teringat masa dulu, Neeza takut untuk menunaikan rukun Islam kelima ni sebab takut akan dapat 'balasan cash' dari Allah di tanah suci. Ada orang kata, 'biarlah buat dosa puas-puas dulu... dah tua esok baru bertaubat. Baru pergi haji'. Memang ada. Tapi, berapa ramai yang kita tengok mati pada usia muda? Kalau kita baca news, rasanya lebih ramai yang meninggal di usia muda daripada di usia tua.

Kalau niat kita ikhlas, mohonlah doa kepada Allah, agar dipermudahkan perjalanan kita. Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Yang tu setiap orang kena yakin.

Teringat pulak cerita yang Neeza baca semalam di satu laman web. Ada sorang celebrity tu menangis sebab ada orang doakan dia jadi anjing depan kaabah (kisahnya, celebrity ni pergi menunaikan umrah). 'Bagusnya' orang yang mintak macam tu kan. At least celebrity tu dah pun jejakkan kaki di Baitullah. Kita yang dok mengata tu, ada ke peluang untuk kesana?

Sama-samalah kita ingat mengingati sesama Islam... InsyaAllah...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin