Dalam hidup ini, kita bukan saja perlu menjaga hati sendiri tapi banyak hati-hati lain. Kadang-kadang dalam menjaga hati orang, hati sendiri yang terluka. Tapi, kalau kita ikhlas, InsyaALlah pahala berlipat ganda akan diperolehi walaupun hati kita luka berdarah dan berkecai...
Ada masa, kita ingin menjaga hati orang. Di kala yang lain pula, kita perlu dan yang lebih besar ialah kita terpaksa menjaga hati orang walaupun kita tak berapa nak. Kategori yang last tu biasanya membabitkan satu 'tanggungjawab' yang tak boleh tidak mesti dan wajib dibuat. Bila dah terpaksa, selalu saja hati akan terhiris. Tapi hati yang dijaga tu tak pulak perasan yang dia atau mereka menghiris hati kita. Kalau dia perasan, dia tak buatlah pulak kan. Tapi, kalau dia sengaja buat macam tu, memang lah dia tu... tak baik taaaaauuuuu... :D.
Walau apa pun, semasa kita menjaga hati orang, InsyaAllah, pahala besar akan tiba kepada kita dan dosan yang banyak akan berkurangan. Itulah cara Allah menyayangi kita. Kesusahan yang kita tempuhi tidak percuma. Ada ganjaran disebaliknya.. Kalau lah kita nampak, pasti kita mahu melalui kesusahan dengan banyak sekali. Malangnya kita tak berapa nak nampak... Semoga Allah sentiasa mengasihi kita dan membuatkan kita nampak ganjaran disana kelak. InsyaAllah...