Rajin-rajin lah click ya :)

Tuesday, January 20, 2009

Alhamdulillah...



Alhamdulillah! Syukur kepada Allah sebab Neeza dah pun selamat melahirkan cahayamata ke empat. Adik Neeza pun dah buat entry pasal tu. Cuma takde gambar aje. Terima kasih juga kepada yang lain-lain sebab tolong memaklumkan mengenai kelahiran ahli baru itu.


Baby Sumeyyah Binti Shahril (pronunciation mey = may) selamat dilahirkan pada 15 January 2009 (Khamis) 18 Muharram 1430 jam 12.32 tengahari 2.540 kg, secara paksa(Caeserian) atau bahasa canggih "ikut tingkap" hehee.. Kenapa namanya dieja macam tu? Orang-orang yang tahu akan faham (betapa criticalnya Neeza dengan spelling nama anak-anak Neeza). Kononnya nak lain dari yang lain. Lagipun memang sebutan dalam bahasa Arab macam tu pun. Dan lagi nak kan influence huruf 'E' dlm nama tu as found in the mother's name ;). Ye la kan bila dia besar dia jaja nama bapak dia aje, at least huruf E tu carry some weight out of the mother. Nak bin kan ke ibu tak dapat....kuang kuang kuang... mengada2 betul neeza ni.




Nama baby Sumeyyah ni dibagi oleh seorang doctor Egypt yang sungguh baik hati dan sangat mesra pelanggan. Neeza jumpa dia untuk buat 3D Ultrasound Scan di hospital yang lain (bukan hospital tempat bersalin). Disebabkan costnya tinggi, Neeza kena tunggu for insurance company punya approval. Lepas dah approve, Dr Amina (nama doctor tu) sendiri yang buat scanning. Punyalah lama dalam bilik tu sampaikan arab-arab kat luar yang menunggu boleh cakap "ada operation ke kat dalam?". Tapi doktor tu buat dek aje. Then Neeza mintak dia tengok genital baby. Bila doktor tengok, dia kata "it's a girl!". Frankly speaking Neeza tak excited sangat sebab Neeza mengharap yang sebaliknya. Anyway, kalau betul, Neeza terima dengan syukur. Doktor tanya dah ada nama ke untuk baby. Neeza kata belum and Neeza tanya, dia ada suggestion ke? Dia tanya nama anak-anak Neeza yang lain. Then dia keluar dengan nama Sumeyyah! Of courselah dia tak spell the name tu. Spelling tu Neeza lah yang sendiri buat kan... :)




Sambung balik cerita di hospital. Selepas 5 hari, barulah Neeza dibenarkan keluar. Pengalaman bersalin? Wahhh.. Memang lain sikit dari Malaysia. Semua itu nantilah Neeza cerita dalam blog baby Sumeyyah (Entah bila lah tu kan.. hehehh..).


Tapi, bagi yang nak tahu jugak, Neeza boleh cerita, secara ringkas, doctor yang operate Neeza tu memang buat kerja dengan sangat berhati-hati. Hampir 2 1/2 jam Neeza di Operation Room. Selalu tu 1 jam saja. Lagi satu, Neeza di inject dengan pelbagai jenis injection sepanjang berada di wad. Sakitnya!!! Mulalah rasa benci sangat dengan jarum. Banyak liquid yang entah apa-apa masuk badan. Habis lengan, tangan, kaki kena inject huhuuuu... sampai hati diorang. Tapi mungkin disebab itu jugalah pada hari Neeza di operate, Neeza dah boleh berjalan (dengan dipimpin nurse).




Cumanya semalam, bila diorang check Hemoglobin Neeza rendah sangat, diorang masukkan ferrum liquid. Lepas tu Neeza start batuk. Sakitnya perut bila batuk. Tapi tak sure sebenarnya adakah sebab tu Neeza batuk. Dan sekarang masih batuk. Kepala pun pening-pening. Walaupun seronok dah dapat balik rumah semula, bila batuk dan pening ni rasa tak selesa sangat. Semoga Neeza sembuh segera. Insyaallah..


Dikesempatan ini, Neeza ingin rakamkan jutaan terima kasih kepada kawan-kawan yang mendoakan kesihatan Neeza dan baby Sumeyyah. Semoga Allah kurniakan kebahagian dan kesejahteraan buat kawan-kawan juga. Ameen..


****************************************

p/s: Kalau rasa-rasa ada wordings yang agak lain macam tu, tak yah pelik lah sebab entry ni banyak di tokok tambah oleh Abu Sumeyyah yang sangat excited menunggu entry baru blog ni hehehhh...

47 comments:

Unknown said...

CONGRATS Neeza...:-)

Unique dan cantik nama baby! Bagus juga bunyi Arabic name, ambil sempena lahir di Saudi.

Am Happy for you and your husband.

May u have lots of joy with the new addition.

God bless....

Nini Marini said...

salam akak..

1st,tahniah bebanyak akak!!! alhamdulillah,happynya nini dapat tgk anak akak.walaupun tak dpt tgk live,tapi sgt2 puas menatap wajah comel masih kemerah2an tu.

Harapnya akak sihat sekarang ni.hehe,belum apa2 dah boleh blogging balik.respek sungguhla sama akak.

suke tau nama sumayyah tu?tapi cant help,setiap kali tengok ejaan sumeyyah tu,msti nak sebut bunyi 'e' jugak.haihh.

=)

Kak Elle said...

Congrats neeza...cute nya baby tolong ciumkan ye?

zino said...

comel nya baby .. tahniah tahniah..

VimmiYasmin said...

Salam Neeza
Tahniah.
Bestnya beranak ceaser! Rindunya nak beranak!
Wehh! Ikat ke tak ni?
Geramnya tgk mata baby! Iskk Iskk nak BERANAK jugak ler!

Peluk cium untuk BABY baru!

Tepi Sungai Batu said...

Tahniah dari Pak man.
Alhamdulillah semuanya selamat.

Tie said...

Amboi....cepatnya start blogging!! Ingat nak tunggu abis pantang!!

Alhamdulillah, baby dan ibunya selamat... Syukur sangat2!

Dah lama tak pegang baby ni, geram pulak tengok Sumeyyah tu...

Nampak cerdik baby tu...haha...rasa2nya dia akan mula blogging dari mula bercakap!!

KM said...

Sukran..& tahniah buah akak & abg atas kelahiran cahayamata ke-4. Semoga Allah terus memberi keberkatan & menjadi dia anak yg soleh buat duat ibu bapanya. Amin.....

KakNi said...

Wah... Neeza, rasanya macam baru lagi dok baca yg neeza pregnant, tak sangka lah pulak dah bersalin pun.

Syukur Alhamdulillah dan tahniah.

nadinezuharra said...

tahniah kak neeza..
mm,sedap nama sumeyyah..n matanye sgt comell,geram nak dukung..

moga2 dah besar nanti dapat tempias jd doktor ke..hehe(sempena org yang bagi name tu..)anyway..all da best to you..n slm peluk cium utk baby sumeyyah jg.. : )

misz_A said...

akakkk...again congrats!! yg day 5 tu muka mcm coan!

maklang said...

tahniah..

Baby sumeyyah banyak iras Abu dialaa...

moga dia membesar menjadi insan yang berguna..Amin...

Batuk lepas kena operation memang lah sakit...malas nak ingat!

Take care!

Ummi365 said...

CONGRATS!!!

Wah comelnya baby.. ummi nak gak pegang baby boleh? tolong ciumkan dan gomol ya.. eeee geram betullah...mesti bestkan bau masam baby tu..

Semoga Neeza kuat untuk melalui hari2 mendatang dan semoga allah berikan kesihatan untuk menjaga ahli keluarga. amin!

hidayah said...

kak neeza...

kalau dekat boleh Fatihah main2 dgn Sumeyyah.. hehe.. skrg ni dia sua sgt dgn baby... kalau nampak gambar baby ke atau apa2 yg ada kaitan dgn baby, dia pandai sebut ...baby! hehehe...

Ummi said...

Kak Neeza,

Tahniah!!!

Sedap sgt nama baby and she's cute!

kuIna said...

tahniah neeza...
moga membesar sbagai anak yg soleh.

drNO said...

ala..comelnya....
mama dia pun sihat je..boleh blogging dh..
hope everything is fine...
glad to hear everything going so well.
kakak2 n abg sumeeyah mcmana? seronok dpt baby?

Shima said...

huk aloh la....comeinya anak ibu ni...
kok...comeinya sumeyyah.mcm sophea pun ada kan.tahniah kok n abg shahril.nampoknya...baru la ada geng coan nok main..takdok la dpinggirkan oleh kakok2nya... :)

pB said...

Salam

comel nyerrrrr

Raihah Rosli said...

Tahniah Kk Neeza!

Alhamdulillah semua slmt.

Cutenyer baby Sumeyyah! Ejaan nme pun ala2 arab tuh! Hehehe...

Tak sabr tggu blog Sumeyyah ni :)

aNIe said...

Neeza...dpt berita neeza dah bersalin dari kak elle...bersyukur sgt...

Comel sungguh sumeyyah (mcm mak dia)...rasa nak cium dia...

Mulan said...

alhamdulillah, alhamdulillah..

tahniah, tahniah.. comelnya baby sumeyyah..

Yummy Yum said...

kak neeza..congrats..comelnya baby tu..ahah..macam muka Coan skit le..gerammmnya

SfKn said...

alhamdulillah...dah empat anak kak neeza.
comelnya...persis bonda dia jugak!
congratulation

kakLuna said...

betul lah tu pronounce nya tuh...sumeyyah... :)


tahniah kak neeza...comel baby nya.. :)

Adry said...

lalala... comeynyaa... murah rezeki akak... insyaAllah jd anak yang soleh.. aminn

ummu asiah said...

commmeeeeiiiinyaa..

gerraaammm....rasa macam nak cium-cium....bestnye...jealousnya...dapat baby....

tahniah...tahniah...semoga membesar jadi setabah keluarga Sumeyyah yang sejati....keluarga yang memburu Syahid...teringat senikata nasyid Sumayyah..."Sumayyah kau dibunuh di dunia sementara..untuk hidup di syurga yang selama-lamanya..kaulah wanita terbaik sebaik manusia...namamu tetap menjadi sejarah.."

watch u tube..http://www.youtube.com/watch?v=45o090Dc4CU

:: Leeza Joe :: said...

alo...sy org last ke bg komen..x aci tul..wateve...rehat2 dr tu...nnt nak exam..kikik...alo bucuk2 sumeyyah... ni blh wat menan2...kikik...muhahahha...

azila said...

pn neeza, comelnye baby... ee geram... tahniah...

zura aini said...

Alhamdulillah, dah keluar dah si kenit tu ya, sedap nama, cute sangat, sedapnya bau baby masa ni kan. Lagi satu,lepas kenyang tidur je kejenya.......

muahhhhhs untuk baby Sumeyyah.

Zahraa George said...

comey baby sumeyyah!!
tungguuuuuuu,3 bulan lagi ada kawan baru yer sumeyyah..insyaaallah..hehe :P

silversarina said...

Tahniah !!

Sms yang diterima buat akak tertunggu2 nak tengok wajah si kecil tu, nampak macam muka Coan je... comelnya Sumeyyah...adalah gang Sumayyah akak , same name with a tiny difference dalam ejaan.

Harap neeza berehat sepenuhnya dan salam buat Abu Sumeyyah yang rajin mengupdate blog :)

elisataufik said...

Sumeyyah is the name of our female imam masa pegi Haji haritu. Semoga baby Sumeyyah menjadi seorang yang beriman, bertaqwa dan bertokoh kemimpinan juga. (dan baca Qur'an, subhanallah, sedappppp)

She is so cute!! Kitorang datang hari Jumaat lepas solat jemaah and lunch, okay?

Neeza Shahril said...

Abg Arif,

Thank you :)
Insyaallah Abg Arif.
Thanks for the doa too.. :)

***********************************

Nini,

Salam Nini.
terima kasih Nini.. memang merah sangat baby tu.
Alhamdulillah akak dalam process recovery ni..
nama tu memang lain sikit kan..

***********************************

Kak Elle,

thanks kak Elle.. nak pakai booties tu tak muat lagi.. tunggu dia besar sikit.. :)
neeza dah ciumkan dia dah..

***********************************

Zino,

thanks zino.. :)

***********************************

Vimmy,

neeza rasa tak best beranak kali ni..
tak lagi la.. doctor tak bagi..
beranak la lagi.. heheee..
neeza dah ciumkan dah :)

***********************************

Pak Man,

Terima kasih Pak Man..

***********************************

Kak Tie,

blogger tegar lah katakan kak hehehe..
apa lagi Kak Tie.. usahalah untuk baby baru ;)
harapnya cerdik lah dia.. Insyaallah..

***********************************

KM,

Terima kasih KM atas doa-doa tu..

***********************************

Akuni,

cepatkan masa berlalu..
thanks.. :)

***********************************

Nadine,

thanks.. dia kecil sangat.. akak pun rasa seriau aje bila dukung dia..
Insyaallah.. okay gak kan jadi doctor ;)

MommYaLif said...

MasyaAllah..tu dia comelnya Sumeyyah..aritu tak sempat jumpa baby:)

Neeza Shahril said...

Anisz,

thanks!
macam Coan ke? ada yang kata macam Sophea.. :)

***********************************

Maklang,

sesekali tengok ada jugak macam Abu dia..

tu la kan.. bila batuk rasa sakit betul.. nak nangis pun ada..

***********************************

Kak Ummi,

thanks kak..
neeza dah ciumkan banyak kali dah.. hehee..
nak gomol tak best lagi sebab kecik aje..

tak larat nak masak kak ummi.. perut pun sakit lagi..

***********************************

Hida,

Fatihah nak adik tu.... ;)
memang boleh kawan kalau dekat kan..

***********************************

Ummi,

thanks dear.. :)

***********************************

Kuina,

thanks..
Insyaallah... itu lah yang neeza harapkan..

***********************************

Drno,

boleh blogging sebab duduk aje. Kalau bangun tak larat berdiri lama.
perut pun sakit lagi..
kakak2 dan abang dia memang suka sangat.. tak habis2 nak pegang dan nak dokong tapi tak dibenarkan.. :)

***********************************

Dik,

amboi amboi... ibu jugek dapat nama ya.. Ummi tok masuk book keee?? penat je Ummi beranok hehehehh..

memang kawan Coan ni.. Sophea ngan Ainaa selalu pinggirkan COan hehee..

***********************************

Kak Pb,

terima kasih kak pb... :)

***********************************

Raihah,

Alhamdulillah...
blog dia akan muncul nanti..
tunggu akak sihat sikit kot.. :)

***********************************

Kak Anie,

semua baby comel kak.. Alhamdulillah..
kalau dekat, boleh je cium dia. :)

***********************************

Mulan,

Alhamdulillah.. thanks mulan..

***********************************

Yam,

akak doakan lepas ni turn Yam pulak..
Ameen.....

***********************************

Pah,

hehehe.. express betul akak kan.. dah 4 pun..

Neeza Shahril said...

Luna,

sebutan arab memang gitu kan..
thanks Luna..

***********************************

Adry,

Alhamdulillah... semoga makbul doa Adry tu..

***********************************

Kak N...,

Alhamdulillah kak..
somehow, bila Neeza dengar nasyid tu, air mata neeza mesti mengalir..
even sebelum ni pun..

***********************************

Liza,

tak last la... :)
tu la kan.. kadang rasa macam malas ambik exam hehee..
hari tu semangat sangat kan..
tapi rasa rugi la pulak..
Rian kena bodek Auntie Neeza selalu ni hehee..

***********************************

Azila,

Alhamdulillah.. and thanks..

***********************************

Kak Zany,

memang kenit pun.. tapi baik jugak dia kecik... tak lah berat nak pegang :)

memang best bau baby.. lain dari yang lain kan kak..

***********************************

As,

Alhamdulillah...
tak sabar Sumeyyah nak tunggu 3 bulan tu.. nanti boleh main sama-sama..
pergi sekolah sama-sama ;)

***********************************

Kak RIna,

semoga Sumeyyah kecil bakal jadi macam Sumayyah besar juga.. Insyaallah...
ABu Sumeyyah pandai tokok tambah aje.. nak tulis dia tak reti hehee...

***********************************

Elisa,

ohhh ya ke? kebetulan pulak kan..

Datang la.. anytime pun boleh datang ke teratak kami yang seadanya ni...
jumpa nanti ya..

Neeza Shahril said...

Kak Siti,

Alhamdulillah...
kecik lagi tu..

Anonymous said...

salam akak..

alhamdulillah dan tahniah akak... manje tumpang gembira baby dan akak selamat semuanya.

>> comel betul baby sumeyyah nih...

>> apepon akak mmg blogger tegar... sakit2 pon leh berblogging gak... hehe... jage diri akak...

>> miss u

maza said...

Alhamdulillah....

Allah SWT telah merahmati Neeza dan keluarga dengan kelahiran anak yang sihat lagi comel.. ayu gitu....

Sumeyyah adalah sebuah nama yg besar... hingga peristiwa ia syahid bersama bayinya terakam dalam al-Quran..

mudah2an anak tersebut menjadi anak yg solehah, menjadi permata mutiara dunia.. penyejuk utk keluarganya.....

Amin ya raballalamin..

Salamun alahi ya sumeyyah..

Selamat datang ke dunia ini!..
Jadilah serikandi Allah SWT...

http://mazaaida.blog.friendster.com

maza said...

Alhamdulillah....

Allah SWT telah merahmati Neeza dan keluarga dengan kelahiran anak yang sihat lagi comel.. ayu gitu....

Sumeyyah adalah sebuah nama yg besar... hingga peristiwa ia syahid bersama bayinya terakam dalam al-Quran..

mudah2an anak tersebut menjadi anak yg solehah, menjadi permata mutiara dunia.. penyejuk utk keluarganya.....

Amin ya raballalamin..

Salamun alahi ya sumeyyah..

Selamat datang ke dunia ini!..
Jadilah serikandi Allah SWT...

http://mazaaida.blog.friendster.com

Neeza Shahril said...

Manje,

Alhamdulillah.. semua selamat manje..

blogger tegar? hehe.. tangan akak tak sakit.. perut je sakit..
tu yang boleh blogging tu ;)

***********************************

Maza,

Alhamdulillah.. rezeki dari Allah maza..

Neeza pun berdoa agar Sumeyyah bakal menjadi wanita solehah bila besar kelak..

semoga makbul doa maza tu. Ameen...

nj said...

neeza..
Syukur dan tahniah selamat semuanya. Sumeyyah tu comel nya...ni yg buat nak beranak lagi ni...
Jaga diri baik-baik...

nurie said...

Alhamdulillah..sy tumpag gmbira bila tau akak & baby selamat. Semoga Sumeyyah mjadi anak yg soleh, berjaya dunia akhirat. Untuk akak, jaga diri dan baby baik2.

أم الليث said...

Alhamdulillah. Tahniah kepada kak neeza & keluarga. A nice, sensible name: Sumeyyah. It means "little sky". And nama orang yang pertama syahid dalam Islam.

Sekarang ni nama banyak yang glamour2 je tapi takdek makna atau significance hehehe.

Take care of yourself.

Neeza Shahril said...

Norma,

datang sini nanti mungkin boleh sorang lagi kot ;) hehehhh...

***********************************

Nurie,

Alhamdulillah.. syukur pada Allah..
akak pun harap macam tu lah Nurie.. semoga dia jadi anak solehah.. menyenangkan hati akak dan suami Insyaallah..

***********************************

Aliya,

thanks Aliya..
sedap maksud dia.. akak namakan cam tu sempena nama wanita yang syahid tu..

biar nama ada maksud supaya senang esok dia nak menjawab disana kan.. :)

thanks Aliya..

l i e y n said...

kak neeza n hubby....
congrats!!!comel n uniknya nama sumeyyah...influence org arab!
kecik je sumeyyah ekk, mcm amir dulu 2.55 kg je...tp sekarang rasa nk patah pinggang dukung dia!

mmg muka mcm coan!lepas ni boleh lg ke preg?ngeri plak bila kak neeza cite byk kena cucuk2... anyway alhamdulillah sumenya selamat!

jaga diri baik2...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin