Rajin-rajin lah click ya :)

Sunday, February 1, 2009

Allah tahu segalanya


Semalam mood untuk tulis entry terbengkalai sebab hati tak keruan. Rasanya blog Neeza akhir-akhir ni tak habis-habis dengan kisah maid. Hari ni pun kisah maid lagi. Bukan ada masalah pun dengan maid yang last tu (yang datang dari India tu). Dia okay. Dia mesra dengan anak-anak. Macam yang Neeza dah stress, bab kerja rumah, Neeza tak kisah sangat. Anyway, dia buat dengan okay lah jugak. Samak (nama dia) nampak rajin belajar. Weekend baru ni Neeza buat pan cake. Dia tengok saja. Semalam, dia buat tanpa Neeza suruh pun sebab dia tahu anak-anak Neeza suka makan. Rupanya dia memang seorang yang observant.


Masalah sekarang ialah agennya. Agen tu mintak Samak pulang ke rumah dia semula untuk jaga someone yang sakit. Husband Neeza tak faham sangat apa yang dia cakap sebab bahasa dia bercampur aduk english arab. Pendek cerita, Samak terpaksa kembali ke tempat agen malam semalam. Alhamdulillah, agen tu pulangkan duit kami semula walaupun bukan 100%. Tapi, Samak nampak sedih masa nak tinggalkan rumah kami sebab dia memang tak suka kerja dengan saudi. Dia pernah dipukul oleh majikan perempuan (saudi).


Lepas dapat berita Samak perlu dikembalikan, Neeza kelam kabut lah mencari agen lain untuk supply maid. Letih sebenarnya buat benda ni. Tapi Neeza memang perlukan pembantu. Sekarang ni exam lagi. Anak-anak perlu tinggal dirumah. Terpaksalah cari maid jugak.


Semalam, Neeza luahkan perasaan pada Abang, kenapa lah selalu sangat kami hadapi masalah macam tu. Selalu saja kena tipu dengan agen. Dah bagi, nak ambik balik pulak tanpa sebarang notis. Betul-betul Neeza rasa dipermainkan agen. Abang kata, takpe.. orang buat kita macam tu, Allah bagi pula kita orang yang baik untuk tolong kita. Memang pun. Ada seorang yang dah 2 kali Neeza dapatkan pertolongan dalam mencari maid ni. Semalam, dia susah payah pergi ambil maid dari agen lain dari tempat yang agak jauh dari rumah Neeza ni. Jam 12.30 malam baru sampai rumah Neeza. Kesian dia. Itu lah pertolongan dari Allah...


Hari ni pun Neeza mengadu Neeza dah penat dengan masalah serupa berkaitan maid ni. Di saat-saat Neeza amat memerlukan, masa tu lah ada problem dengan maid. Kawan Neeza kata, Allah bagi dugaan tu sebab dia tahu kita mampu hadapinya. Betul kata kawan Neeza. Tapi still kan.. bila benda macam ni jadi, bukan yang positif pun datang dalam kepala. Mesti negatif dulu.


Maid yang baru ni dari Indonesia. First impression, dia rajin buat kerja rumah tapi macam tak berapa pandai ambik hati anak-anak. Risau betul Neeza. Harapnya segala sangkaan Neeza tak betul la. Kalau tidak, susah lagi lah hati Neeza...

19 comments:

Kak Elle said...

wow kak sana susah nya nak ada maid semua yg ada rental punya...macam mana maid nak belajar tak sampai seminggu di pulangkan?

kesiaan neeza takde ke yg bolih tinggal lama sikit?

ummu asiah said...

wah..neeza mmg tak dpt dinafikan...stress betul..berkali2 kena tukar and sekejap2 sangat...

"Allah tahu segalanya...."

zino said...

masaalah juga dengan maid ni... kami ada pengalaman sekejap ada maid bila buat hal tak mau dah ada maid.. lebih senang hantar rumah baby sitter utk jaga adik.. dah 7 tahun dia jaga nampak serasi sangat..

Adry said...

huhu... betul lah tu... Allah bagi ujian sebab tahu kita ble handle kak... sabar ek...

dulu rumah saya ada gak maid... ada la 2-3 orang yang buat kes cam mencuri la... kuat curi tulang la.. etc etc...

tapi ada gak yang baik... cuma terpaksa berhenti bila nak kahwin atau balik kg halaman... huhu

InsyaAllah akak akan dapat maid yang bagus... yang maid skrg dari indon tu... akak observe la betul2... :)

ckLah @xiiinam said...

Laaah...kok gitu ya...
Memang kesian juga mendengar keluh-kesah cabaran kawan-kawan tentang maid ni...sebab kita memang benar2perlu tinggalkan mereka di rumah

ckLah tak pernah ada pembantu sepenuh masa. Dari anak sorang sampai empat, ada seorang makcik yang datang lepas subuh, dan balik lepas asar setiap hari. Alhamdulillah....

Moga Allah temukan orang yang sesuai untuk jaga anak-anak kecil neeza tu. Amiiin.

zura aini said...

lain tempat lain caranya, main tukar2 maid, kejap hantar, kejap ambil balik, aduhhh pening kepala. orang arab ni cengil ye neeza? tapi jangan, ramai mak indon lari dari sini nak kejar kerja kat arab.

Jie said...

neeza, kak jie nk p sanalah..nk bisness supply maid...:p

l i e y n said...

baru nak adapt ngan maid baru dah kena tukar lagi...kesian kak neeza....dah tu everytime dpt yg ok,mcm tu plak jadinya
sabarle kak neeza ekk...nak mintak tolong sedara mara pun jauh...

mmg Allah tahu segalanya...

:: Leeza Joe :: said...

lorr..
ganti lagi...ni dh pecah rekod! ape2 pun spt selalu..hope kak neeza sekeluarga sabar22222 dlm hadapi ujian Allah ni...bl kt pk kita yg susah...cuba kite renung2kan ade lagi insan2 yg lebih susah di dunia ini....:)

jane said...

salam neeza,

susahnya ya...
nak2 dalam pantang. kalau sihat, x apa jugak.
sabar ya neeza. Allah dah merancang segalanya. adalah hikmahnya tu!

Neeza Shahril said...

Kak Elle,

nak dapat permanent lambat sikit prosesnya dan sangat mahal kak.. itulah.. pelik betul agen tu kan.. hopefully yang ni boleh la lama sikit dan boleh diharap..

***********************************

Kak N,

betul kak.. kalau takde orang bagi moral support, mahu menangis semaunya neeza ni..

***********************************

Zino,

kat sini baby sitter pun takde.. semua mak arab guna maid..

***********************************

Adry,

memang ada yang baik dan ada yang tak.. ikut nasib kita.. tapi selalu tu bila dapat yang baik, ada pulak la hal dengan agen..

semoga makbul doa Adry tu..

***********************************

ckLah,

kalau dapat orang cam tu senang jugak.. tapi susah nak cari kat sini..

Neeza Shahril said...

Kak Zany,

yang lari tu sebab nak gaji besar lah kononnya.. memang besar gaji.. mak arab ada yang selamba aje pukul2 ni..

***********************************

Kak Jie,

hohoooo... datang lah Kak Jie, senang hidup neeza selalu ada supply maid hehehehe...

***********************************

Lieyn,

kalau tak okay, akak suka lah kan.. ni budak tu nampak okay.. anak2 pun suka.. entahlah Lieyn.. kena banyak sabar ni..

***********************************

Liza,

bukan pecah rekod lagi.. rekod terpecah pecah.. sabar aje kan..
tapi Alhamdulillah.. kami masih bernasib baik kalau nak compare dengan orang kat Palestine kan..

***********************************

Jane,

inilah dugaan agaknya kan..
semoga Neeza tabah selalu Jane.. Insyaallah..

Zahraa George said...

loh,kalu as mmg nangis lah..tekanan tu..
pastu band jer la agent tu..sabar jer la kan..

takperlah akak,pasti ada hikmah disebaliknya..
Allah s.w.t nak uji hamba-Nya yang lemah.
Moga lepas nih takder dah masalah maid akak :)

maklang said...

Maklang setuju dengan kata2 Shahril tu...banyakkan bersabar..InsyaAllah ada yang lebih baik menunggu Neeza dan keluarga... Kena selalu bersangka baik dengan Allah...:)

Maklang doakan yang terbaik buat Neeza...Amin...

Take care...

Neeza Shahril said...

As,

memang akak dah blacklist agen tu.. geram betul. Ikut hati ni nak je akak curik aje maid dia pas tu kata maid tu dah lari.. hahahah!! tapi, malas lah carik penyakit kan..

Akak harap takde lah masalah lagi...

***********************************

Maklang,

Neeza yakin Allah maha adik maklang.. cuma neeza tak kuat untuk terima dugaan kecil ni..
cepat sangat stress dan banyak fikir.. risau selalu..

Thanks Maklang atas doa2 tu..

Rasyidah Abd. Aziz said...

sebab tu la kita takut nak pakai maid, seram bila dgr mcm2 citer nih. tetiba kita teringat sorang member kita ni, problem maid dia settle lepas dia buat sembahyang hajat supaya masalah cari maid selesai dan dpt maid baik. alhamdullillah ok je maid dia sampai skrg

Anonymous said...

salam akak

manje harap akak sbar byk2 yek...
kite doa2 aje la maid baru ni cepat ngam ngan anak2 akak tu...

silversarina said...

Sabarlah Neeza,lain orang lain dugaannya , apa yang pasti akan ada penggantinya, InsyaAllah.

Mulan said...

sabar ya.. ada hikmah tu.. tapi nak train yg baru, amik masa kan..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin