Statement tu, kalau masa Neeza kecik, valid lah kot. Kalau sekarang ni, rasanya errr.. mungkin tak berapa hehehe.. Memang belalang kunyit boleh makan. Baru-baru ni kami belajar Feqah pun, ustazah kata, boleh makan belalang kunyit tu. Ianya halal.
Masa kami tinggal di Jengka, Ayah Neeza ada tanam pokok mempelam / mangga. Buah mangga ni kalau masak, kulitnya bewarna hijau muda. Buahnya akan luruh bila masak. Memang manis buahnya. Tapi Neeza bukanlah nak cerita pasal buah mangga ni. Neeza nak cerita pasal belalang kunyit sebenarnya.
Tak tahu lah kenapa, belalang kunyit memang banyak di pohon mempelam tu. Besar-besar belalang tu. Arwah nenek Neeza selalu tangkap belalang ni, goreng dan bagi Neeza makan.. yummyy!!! masa tu lah. Kalau sekarang ni, suruh Neeza makan, mungkin Neeza fikir 38 kali dulu kot hehehee..
Rasa belalang kunyit Neeza dah lupa. Yang Neeza ingat, ianya rangup sebab arwah nenek goreng garing. Yang bestnya, dia mesti simpan untuk Neeza (cucuk feveret lah katakan..) kalau ada belalang kunyit tu. Tak ingat pulak adik-adik Neeza ada yang makan ke tak. Hehhehh..
Mesti ada yang kata, ish ish Neeza.. makan benda pelik-pelik. Takpe.. Neeza akui, memang pelik pun hehee..
7 comments:
upah I duit pun tak akan mencuba nya...haha
Neeza...memang boleh makan belalang kunyit tu...tapi rasanya tak bleh nak telan lah neeza
teringat zaman kecik kecik dulu.. setiap kali selesai musim menuai.. penduduk kampong akan beramai ramai ke sawah di waktu malam utk menangkap belalang utk di masak..
berbekalkan lampu picit dan botol bekas belalakng sawah padi menjadi terang benderang dengan suluhan berpuloh lampu picit.. sebagai satu pesta..
kenapa malam.. sebab masa tu belalakng tak aktif so senang la nak tangkap. bila balik di kumpulkan di siang dan akhirnya di masak.. masak lomak pun sodap hehe
Salam Neeza,
Tak pernah makan belalang tu. Belakang kecil yang banyak kat sawah padi tu adalah makan semasa kecil2 dulu. Sedang kalau digoreng rangup...
Patutlah Nujum Pak Belalang mencari - cari anaknya yang hilang "belalang oh belalang."
Kayu, batu, rumput, sampai belalang ... adoilaaaa .... hahahahaha
buat pancing ikan jer belalang :)
eksotik gituuuuu...hehe
Kak Elle,
hehehe.. dah agak dah kak elle cakap cam tu.. :D
***********************************
Kak Anie,
hehee.. biasa tu kak Anie.. neeza sekarang ni pun tak boleh imagine camana lah neeza telan dulu.. :D
***********************************
Zino,
ooo.. tak tahu pulak sedap masak lemak... nak try la.. tapi bukan untuk neeza la hehe..
***********************************
Pak zabs,
kalau rangup, mesti rasa macam keropok.. ye ke? ;)
***********************************
Abang Long,
kiranya, kalau campak dalam hutan, neeza boleh hidup la kan kan.. hehe..
***********************************
As,
haah.. ayah akak pun buat gitu jugak.. belalang yang kecik tu..
Post a Comment