Rajin-rajin lah click ya :)

Friday, February 13, 2009

Best friend


Ada orang dengan bangganya memberitahu,

"si polan si polan ialah best friend saya".

Bagi diri Neeza pula, dengan bangganya memberitahu,

"Neeza tak ada best friend.."

Bukanlah bermakna Neeza ni antisosial tapi Neeza ada sebab tersendiri yang menyebabkan Neeza merasakan best friend tak perlu. Tetapi, Neeza ada ramai kawan-kawan baik (ada ke kawan tak baik ya?). Boleh dikatakan semua kawan Neeza Neeza anggap kawan baik. Ada juga kawan rapat, tempat Neeza share sebarang pendapat, masalah dan mohon pandangan. Cuma mereka belumlah sampai ke tahap best friend. Tapi Neeza hargai mereka dan hormati mereka.


Masa Neeza sekolah menengah, Neeza telah melukakan hati (tak sengaja) seorang kawan yang menganggap Neeza ni best friend dia. Neeza rasa terkilan dan sedih sangat sebab langsung Neeza tak sangka yang dia sebenarnya cemburu. Bila Neeza keluar dengan rakan lain, dia kata Neeza sudah tak pedulikan dia lagi. Padahal, bagi Neeza masa tu berkawan tiada batasnya. Neeza suka untuk keluar dengan siapa sahaja yang Neeza suka. Walau bagaimanapun, bila incident tu jadi, Neeza sedih sebab kawan Neeza tu dah jauhkan diri dari Neeza. Bila kami jumpa selepas pada tu, kami dah tak semesra dulu. Tapi Neeza rasa, mungkin dia pun dah lupakan kisah tu sekarang. Cumanya, Neeza tak tahu dimana dia. Dengar khabar dia dah bertugas sebagai guru di pantai timur dan mendapat jodoh orang Kelantan. Semoga Neeza ditemukan dengan dia satu hari.


Sebab tu lah Neeza tak nak terikat dengan sesiapa. Bila kita declare seseorang as our best friend, Neeza rasa macam ada satu commitment yang perlu diberi. Rasanya, commitment Neeza terhadap benda lain dah cukup banyak. Masa belajar dulu, Neeza perlu tumpukan perhatian pada pelajaran. Macam sekarang, Neeza ada suami dan anak-anak untuk diberi perhatian.


Rasanya, cukuplah Abang sebagai bestfriend Neeza. Pada dia lah tempat mengadu hal dan mintak duit suka dan duka.





22 comments:

nj said...

neeza...
I never had best friend either...but I have tons of wonderful friends...
Sounds quite weird when u only have 'a' best friend...how about the other friends surround you??
So have all the friends you have and none an enemy!

maza said...

wakakaka...

bagi maza, semua org adalah my best friend.....heheheh

maza suka bebas.. tak terkongkong...


but r u my best friend? do we?!

hmm

heheheh
http://mazaaida.blog.friendster.com

Neeza Shahril said...

Norma,

exactly.. be good to everyone kan.. be honest so that we'll have no enemy :)

***********************************

Maza,

I am? I'm glad if you think I am :).

tak terkongkong kan... heheheee..

ckLah @xiiinam said...

ckLah ada 3 bestfriend yg satu kepala....dan masing-masing mengalami masaalah yg sama...'krisis pertengahan usia'...he..he

Jie said...

neeza...kita sama.

Kak Jie tak ada kawan karib, semua sama...tiap perhubungan kak jie selalu ada 'zone selamat'

Kak Jie jarang bercerita hal peribadi sendiri/orang lain dgn kawan-kawan.

Kak Elle said...

Saya pun takde best friend...just frineds...

mmg susuah neeza nak cari kawan yg sefaham dgn kita dan punca nya selalu cemburu membabi buta.

Abang Long said...

Ikut pengalaman Abang long, bagaimana baik 'best friend' kita. Jangan sesekali diceritakan 'kisah dalam kelambu.' Terlalu bahaya.

Dalam Islam telah digariskan perihal bersahabat - BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH.

Zahraa George said...

best friend nih kejap jer..bila kita berhijrah or jauh dari best friend,automatik dah tak jadi best friend.
Masa baik jer jadi best friend,masa dah tak baik,mulalah tikam belakang ler,talam dua muka la dll...

tak yah ada best friend pun,cukuplah sekadar teman yang memahami dan boleh berkongsi suka duka masa susah dan senang :)

***pssss
as ada best friend gak.tapi sorang jer.rasanya bestfriend yang kekal sampai sekarang!hehe..sapa tu ha...mestilah Mr Rafi...muahhaa..

Anonymous said...

salam akak

manje pon takde 'bestfriend'... nak cari kawan pon ssh hehe

mcm akak ckp pd manje la, kita kawan dengan semua orang saja. tak perlu ada 'bestfriend'...jadi, takde siapa nak berkecil hati...betul tak kak?

Ummi365 said...

my best friends is always my husband. but good friends are a plenty.

Tie said...

Beruntunglah Neeza. Kak tie tak ramai kawan, kawan yang ada cuma suam2 kuku je...kalau jumpa setakat senyum2, bertanya khabar pun tidak, melainkan perlukan sesuatu.

Mungkin kerana salah kak tie yang terlalu pendiam, tak pandai nak sosial. Memang padan muka ni...hu hu..

Kerana itu kak tie ada best friend, sorang kat U, sorang kat taman perumahan dulu, tapi kat quarters ni, langsung tak ada...sendiri2 je... Mujur ada blog ni...jadi laa...kawan2 alam maya!

noniey said...

betul tu. suami kita lah best friend kita yang sebenarnya.

act susah kan nak dapat best friend...

l i e y n said...

betul kak neeza..buat apa kita nak declare seseorang tu best friend kita but dia tak anggap kita mcm tu pun...

Shah CJ said...

aku sgt takut kalau ada bloggers yg anggap aku best friend dia. hehe..

sekali kita terlupa nk drop komen kt n3 dia, dn dia tgk kita drop komen kt blog org lain, maka dia akan cemburu tak pasal2. hehe

kwn mmg perlu kan kak. utk kita share emosi, idea, sengal, gila dn mcm2 lah. hehe

nadinezuharra said...

berkawan,ramai2 lebih seronok ..kalau ade bestfriend ni, tk byk sikit mesti sifat cemburu tu akan wujud..

*dah kahwin berbestfren ngan suami jela kan..jarang dh dpt spend mase kuar ngan kwn mcm dulu2 :D

Nurul Nadiah said...

kakak, nadia rasa ini la yang jadi kat nadia. bila kita dah rapat sangat. sayang sangat. bila terjadi satu perkara yg terguris hati, susah betul nak baik. kalau baik pun memang dah tak semesra dulu. sedih sangat kak. nadia nakk sangat baik. nadia nak sangat gelak2 ketawa macam dulu. rindu sangat kakak..

kak.

kita sama2 berjahit skg. cemana nak ilangkan parut ye kak? kat muke lak tu.

huhu

with love, nadia

hidayah said...

sejak kecik sampai besar saya tak penah ada best friend... semuanya friend friend.. haahaa.. husband tulah soulmate, bestfriend, sbb dia tau susah senang kita, and sanggup bersama menghadapi apa jua keadaan bersama...

arsaili said...

salam...bestnya bestfrien tu leh minta duit segala..ahahaha

Shima said...

besfren??u r my besfren...hehehe...
kalu masa kecik2 lu bleh la nk kata ada besfren laa..boypren laa..best cmana pun friend kita tu..nnt gaduh jgk kannn..bila gaduh smpai tk btegur sapa..'best' ker kalu cam tu..
sbnrnya..org yg btul2 close dgn kita la best friend kita.dh tentu la ahli keluarga kita sdiri..terutamanya husband kita.kalau 'brgaduh' skalipun..ttp dia yg pujuk kita(suka sgt merajuk yee..).emm..mcm tu la baru best..kannnn...(terpanjang la komen kali ni..hehehe..)

Neeza Shahril said...

CkLah,

kalau krisis sendiri2 tak kisah.. ni krisis melibatkan orang lain.. susah kan..

***********************************

Kak Jie,

bagus cam tu kan kak Jie.. berada di zon selamat, takde orang nak salahkan kita apa apa..

***********************************

Kak Elle,

bab cemburu yang lemah sikit tu.. kita rasa kita tak buat apa pun tapi orang pulak kata kita buat something.. biar kita berkawan biasa2 aje kan..

***********************************

Abang Long,

cerita dalam kelambu tu antara kita dengan orang dalam kelambu aje.. kalau lah terlepas memang besar padahnya..

***********************************

As,

betul tu as.. kalau dah jauh, mula lah ada yang nak bercerita benda tak sedap di telinga..

hehee.. itulah bestfriend hingga ke akhir hayat kan.. :)

***********************************

Manje,

betul tu manje..
bila ada yang start kecil hati, susah hidup kita..
daripada dapat kawan, jadi musuh pulak kan..

***********************************

Kak Ummi,

yes.. exactly.. the bestfriend day and night..

***********************************

Kak Tie,

takpe kak Tie.. kawan di alam maya dah cukup ramai yang berhati mulia.. sudi mendengar keluh kesah kita kan..

***********************************

Noniey,

kalau seseorang tu boleh terima setiap inci kelemahan dan kelebihan kita, barulah boleh jadi best friend.. sape lagi kalau tak husband sendiri kan :)

Neeza Shahril said...

Lieyn,

betul lieyn.. ianya mestilah mutual.. dan selalunya kalau kawan2 ni tak mutual hehee..

***********************************

Cikgu J,

itu sangat bahaya.. bila kawan blogger anggap kita bestfriend sedangkan kita dah ada bestfriend kat rumah hehee..

kawan memang perlu sebab kalau hidup sorang pun mahu ting tong kepala ;)

***********************************

Nadine,

bila sibuk dengan family, bestfriend pun dah jarang kita dapat borak / jumpa.. nanti marah lah pulak.. :)

***********************************

Nadia,

memang susah bila dah terluka.. kalau baik pun, kesan tu masih ada.. parut tu terkesan.. sebab tu lah biarlah kita berkawan biasa2 dengan semua orang supaya tiada hati yang terluka..

kesiannya nadia.. jaga kepala tu elok2 ya.. rajin2 makan ubat.. banyakkan rehat..

***********************************

Hida,

yupp.. kalau ada problem kita sama2 cari penyelesaian.. kalau happy, sama2 happy.. hanya husband yang sudi memahami segala benda.. kalau dia tak faham, dia kena jugak kan hehee..

***********************************

Arsaili,

hehehe.. kalau tak mintak duit dengan dia, dengan sape lagi kan kan.. ;)

***********************************

Dik,

belum kawin dulu boleh la kita jadi bestfriend.. sekarang boleh juge.. gaduh2 tapi mesti baik balik.. kalu tidok, tak boleh balik kemaman!! hehee..

ooo.. memang sengaja nok kena pujuk yaaa... Maaannnnn!!!!!! tengok bada ni!!!! hehehe..

chekgu Bani Hassim said...

saye pun takde besfren...
saye rela tanggung semua sendiri...

kalau dpt kawan dan bulih dikire kwn baik, anggap sbg kawan je...
takde la besfren...

berkawan biar seribu, berkawin biar satu!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin