Rajin-rajin lah click ya :)

Tuesday, February 24, 2009

Bila orang kenal kita


Bila kita nobody, tiada siapa nak dengar cakap kita
Bila kita tak glamour, tiada siapa nak kisahkan kita
Bila kita tak dikenali, tiada siapa quote apa yang kita sebut

Tapi,

Bila kita somebody, semua orang pasang telinga apa yang kita cakap
Bila kita glamour, semua orang nak ambik autograph kita
Bila kita dikenali ramai, setiap patah perkataan kita akan diquote





Inilah contohnya. Bila pelajar ini mendapat 16 1A didalam peperiksaan SPM, apa yang disebutnya menjadi satu azimat dan dipaparkan di akhbar terkemuka. Bayangkan dia hanyalah seorang pelajar sederhana yang cuma mendapat 2 2A, 6 3B, adakah sesiapa akan peduli apa yang dikatakannya? I really doubt it. Siapa nak quote words seseorang yang dianggap biasa? Nobody!


Kalau kita dengar "tahu tak, Neeza tu kata, bila siang panas, malam nanti sejuk", tentu ada orang kata "apa dia? pandai-pandai je. Neeza tu sape? lawyer? majistret? tak logic langsung". Ye la kan.. Neeza tu sape? Takde orang kenal pun uhuksss...


Teringat pasa seorang sahabat di tempat kerja lama Neeza, KPTM Kuantan. Namanya Pak Zul. Pak Zul adalah insan seni yang sangat bijak mencipta sajak. Bukan itu saja, beliau pandai mendeklamasi sajak yang diciptanya dengan suara yang terang, jelas dan berkesan dihati sesiapa sahaja yang mendengarnya. Tetapi, Pak Zul hanyalah seorang pekerja am di situ. Sajaknya tidak kemana-mana. Bayangkan, jika Pak Zul ialah seorang pemegang PhD yang memegang jawatan tinggi di pusat pengajian tempatan terkemuka. Tentunya sajak yang dicipta Pak Zul mampu meraih wang beribu ringgit. Tak mustahil ianya berlaku satu hari nanti bilamana seseorang yang berpengaruh datang kepada Pak Zul dan mula commercial kan sajak-sajaknya.


Kesimpulannya, jika kita tiada nama, kita menjadi tidak penting dimata masyarakat. Tapi takpe, biarlah kita tidak penting dimata manusia, asalkan kita penting di mata Allah...


17 comments:

tulipurple said...

mengangguk2 tanda setuju...

maza said...

hmm

kekadang maza bosan hidup di kelilingi glamour ini.....tidak menjamin syurga pun..

kekadang maza rasa terkurung di kelilingi mata2 manusia...

maza lebih suka tenang dan bebas dgn cara teratur..

huhuhu

(psst: maza ialah insan kerdil - yg hanya dikenali oleh Neeza huhuhu )

erk! sesaper nak mengangkat maza sebagai artis pujaan mereka....maza tak leh halang dan tak leh gak menolak......ahhaiii... malu lak diri ini weiii.....

hehehehhe

Shima said...

kesian Pak Zul....

....takpe,dia low profile :)

Abang Long said...

Terimbau kenangan kepada kisah Uwais Al Qarni. Seorang pemuda yang tidak dikenali langsung oleh penduduk bumi. Tetapi, menjadi 'buah mulut' penduduk 'dilangit.'

Rasulullah menyatakan agar menyampaikan salam Baginda kepada Uwais. Dan Uwais hanya tiba di tanah Makkah setelah Baginda wafat.

Rasyidah Abd. Aziz said...

kak neeza...

mcm tu lah lumrah alam...4 ur info, kita peminat setia pak zul taw, siap ada ckp lagi kat dia kita minat giler kat dia, siap boleh borak2 sakan lagi pasal life, sastera. dia seorg yg sgt berperinsip dalam hidup, pengetahuan agama tinggi dan byk ilmu yg kita boleh dpt bila berborak dgn dia

Adry said...

ya betul tu kak... apa lah sangat yang kita dapat jika dipandang oleh manusia... kengkadang dengki, fitnah, caci maki pun kita dapat se pakej dengan ribuan ringgit yang kita terima.... walhal jika kita penting di mata Allah... kesejahteraan di dunia dan akhirat insyaAllah kita kan terima....

Mak Teh said...

Neeza, orang tak kenal kita tidak mengapa. Asalkan kita kenal diri sendiri dan berdoalah " Ya Allah, angkatlah darjatku disisiMu."

Semoga kita semua sentiasa di rahmati Allah SWT.

zahryanie said...

ye k.neeza..betul tu..

zabs said...

Salam Neeza,
Penting di mata manusia cuma sementara, tetapi penting di mata Allah kekal selama2nya...Itu yang perlu diutamakan. Wallahua'lam.

Tie said...

Hu hu...kerana itu Kak Tie ni masih mengekalkan ciri2 makcik misteri...biarlah orang tak kenal, selesa begini.

Lagipun kak tie lebih suka orang menerima diri ini seadanya tanpa tahu siapakah kak tie sebenarnya...(adakah kak tie ni famous di alam realiti ? Keh keh !!)

Kak Elle said...

Neeza normal kan org pandang kita hina kalau kita tak ada apa2...pada yg dah femes atau glamor jgn pulak lupa daratan kan.

pB said...

salam

kak pB was here today n yesterday ...



hi hih ihihi

Anonymous said...

sy kurang setuju cerita neeza pasal pak zul tu... tp takpe...

ckLah @xiiinam said...

Bila kita terkenal...semua orang mengaku ada bau bacang dengan kita....he...he...


Neeza terkenal dalam blog ape?

nadinezuharra said...

anak2 selalunye akan ingat kata2 yang keluar dr mulut ibubapa mereka.. : ) ibubapa ibarat cerminan mereka dlm melihat kehidupan..

*tensen la kalau jd org popular.. nak keluar kat tempat public pun tkde privacy.. lebih baik low profile camnih..hehe :D

Neeza Shahril said...

Tulip,

bagus... :)

***********************************

Maza,

maza boleh nyanyi ke? nanti neeza calonkan masuk AF10 ye.. hahahah!!

ramai peminat blogger nanti boleh AFUNDI maza!! hehee..

psstttt.. memain je tau.. neeza tak pernah afundi poonnnn :)

***********************************

Dik,

ooo.. nyampuk aje orang tua2 cakap yee.. :P

***********************************

Abang Long,

seronoknya kan kalau nama kita disebut di penduduk langit.. :)

***********************************

Syida,

lahai.. peminat pak zul ke? kalau jumpa dia kirim salam ya :)

***********************************

Adry,

biarlah Allah yang sayang kita kan.. sayang manusia tu tak kemana..

***********************************

Mak Teh,

betul tu Mak Teh.. alangkah indahnya kalau darjat kita tinggi disisi Allah..

***********************************

Yanie,

bagus...

***********************************

Pak Zabs,

neeza nak penting dimata Allah selalu la.. sebab manusia ni ada perasaan yang sukar ditafsir..

***********************************

Kak Tie,

Kak Tie adalah blogger yang famous.. baik hati. biar orang tak kenal di alam realiti pun..

***********************************

KAk Elle,

memang kak elle.. selalunya orang pandang rendah.. kalau dah terkenal ada yang lupa daratan lah pulak kan..

***********************************

Kak Pb,

heheheh.. kak Pb ada dimana-mana :)

***********************************

Ahni,

sharelah pendapat ahni.. boleh yang lain baca sama. minda kita tak sama.. mungkin ada benda yang neeza tak perasan, ahni boleh tunjukkan... :)

***********************************

CkLah,

hehehe.. macam MB baru tu ke?? hehehe...
mana ada terkenal.. setakat sorang dua yang datang baca belum cukup tu CkLah tapi biarlah cam tu.. nanti terkenal lelebih jadi sombong pulak kan..

***********************************

Nadine,

betul tu.. orang popular tu rasa rimas sebab kemana saja orang nak ambik gambar.. even nak ke toilet kot hehee..

kakLuna said...

kak neeza maksudkan penghargaan kpd pak Zul kan? bkn smata2 org perlu mengenali dan menyanjungi Pak Zul sepatutnya.

apa kata kak Neeza kumpulkan karya pak Zul dan hantar ke media2 cetak. mungkin dgn cara ini, bakat Pak Zul lebih terserlah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin