Rajin-rajin lah click ya :)

Friday, February 27, 2009

Cikgu, kau lah buah hati ku..


Semasa kecil, cikgu lah yang kita hormat. Segala-galanya cikgu. Kalau mak ayah cakap, susah kita nak dengar. Tapi bila cikgu cakap, semuanya kita ikut. Kadang-kadang benda tu sama aje tapi nasihat cikgu lebih berkesan dihati. Mungkin sebab cikgu mengajar kita secara formal. Bila tiba masa, ada exam. Lepas tu ada report card bagai. Benda tu nampak penting bagi kita. Mak ayah pula takde bagi exam, takde report card. Kalau buat salah pun tetap dapat makan sedap atau hadiah heheh..


Ada juga pelajar yang jatuh hati dengan cikgu. Kalau tak sampai jatuh hati pun, rasa impress dan jadikan cikgu tu sebagai idola. Bangga kalau cikgu tu bagi penghargaan pada kita. Neeza pun pernah juga gitu. Bila cikgu yang Neeza suka puji rasa macam waaa!!! cikgu suka Neeza. Cuba cikgu yang Neeza tak suka bagi pujian, takde rasa apa pun. Kadang-kadang je la. Ada masa tak jugak. Suka aje kalau cikgu puji hehehh..




Ada yang advance sikit, sampai bercinta dengan cikgu. Hantar surat cinta bunga-bunga. Kalau cikgu tak balas, frust lah dia. Mulalah buat perangai, tak nak pergi kelas, malas belajar dan buat hal supaya cikgu tu perasan. Kalau cikgu tunjuk reaksi suka, mulalah dia fikir bukan-bukan. Kononnya cikgu tu sukakan dia biar lah cikgu tu dah ada anak lima! Dia tak kisah langsung. "I takde hal. Biarlah I jadi wife nombor 3 pun. I rela you..." Caitt!!! senang aje dia. Ingat apa? Dia tak tahu, cikgu tu anggap dia tak lebih dari murid biasa. Kalaulah cikgu tu balas betul surat cinta dia, mahu meroyan dibuatnya. Habis dicanang 1 sekolah agaknya. Ish.. ish..


Bukan pelajar perempuan saja. Pelajar lelaki pun ada jugak yang macam tu. Jatuh cinta dengan cikgu perempuan yang mengajar dia. Tapi, biasanya benda ni terjadi di institusi pengajian tinggi atau sekurang-kurangnya sekolah menengah. Pelajar lelaki sekolah rendah belum matang lagi. Tak reti bab cintan cintun ni..


Rata-rata pelajar bercinta dengan cikgu sangat bijak didalam menyembunyikan percintaan mereka. Di sekolah / pusat pengajian, mereka hanyalah pelajar dan cikgu / pensyarah. Di luar, mereka saja yang tahu. Kadang-kadang hubungan itu berakhir dengan baik. Mereka berkahwin dan berbahagia bersama anak-anak penyeri rumahtangga. Alhamdulillah.


Kadang-kadang hubungan itu tidak menjadi. Sama ada pelajar yang spoil atau cikgunya yang spoil. Biasalah kan. Bukan semua hubungan berakhir di jinjang pelamin. Kalau belum habis belajar, ada lah yang merana. Pelajar ataupun cikgu tu. Masalah besar sebab kalau pelajar, ia akan affect pelajarannya. Ini bagi kes pelajar yang tak boleh membezakan realiti dan fantasi lah. Bagi yang boleh handle, takde masalah. Kalau cikgunya pula, susah juga sebab bagi cikgu yang juga tak reti realiti dan fantasi, mereka mungkin akan buat sesuatu yang mungkin menyusahkan pelajar tersebut seperti diskriminasi ataupun sexual harassment (ni kalau kes extreme lah).


Pendek kata, percintaan antara cikgu dan pelajar bukanlah sesuatu yang pelik dan tak boleh terjadi. Kalau dah ditakdirkan Allah, itulah jodoh mereka. Cuma disebabkan status mereka, mungkin membuatkan beberapa orang tak berapa senang. Tapi memang dah menjadi adat manusia, ramai yang suka mengata daripada membantu untuk membetulkan.


Agak-agaknya, Cikgu Jawe, Chekgu Banihassim, CkLah, Cikgu Jane dan kengkawan di KPTM tu ada tak experience cam ni hehehh... ;)


19 comments:

Kak Elle said...

neeza pun cikgu kan?cam mana ada anak murid yg jatuh hati ngan neeza tak?

hehehe

CJ said...

bercinta dgn anak murid?. huhuhu.. sebolehnya aku cuba elak. x moh ada apa2 mslh kemudian hari.

tapi x tau le kan kalau ada bdk2 tu yg meminatiku dlm diam. kekekekeke

Neeza Shahril said...

Kak Elle,

rasanya takde lah kot.. tapi tak tahu la kan diorang tanak cakap hehehh... ;)

***********************************

Cikgu,

ada kot tu.. heheheh.. ke cikgu lain yang suka hehehe...

cm said...

eh..eh...masa sy sekolah dulu...cikgu sy minta tukar 24 jam sbb frust dgn anak muridnya,( kawan sy ) bila dia tahu kwn sy dah ada bf.
sblm tu kwn sy melayan jer la...cikgu bagi kek, bagi biskut etc.kami duduk asrama, mmg perlu sgt ler benda-benda tu...sy tumpang mkn je...

jane said...

salam neeza,

hehe....x ada la. anak murid saya x pandai kut pasal ni.

Jie said...

masa form 5 selalu nengok cikgu pelatih dtg kat sekolah..wahhhh....best ooo

chekgu Bani Hassim said...

uhuk-uhuk..
tersedak saye....
erk, so far belum ade yg tulis surat cinte la kak...

tpi ade la nmpk perbezaan mase kite ngajar dorg...
kalau yg suke ngn kite ni, gedik dan menggeletisnye lain macam...

kadang2 tak layan sgt, biar je dorg tergedik2, tak tegor pun....

nadinezuharra said...

hmm,dulu kan kak neeza,time sekolah menengah saye tak suke subjek add math..tapi tiba2 subjek tu bertukar cikgu..cikgu yg baru tersangatlah macho n bergaya..terus saye jd semangat nak belajar..eheheh.. (tp tkdelah berperasaan lebey2 sbb cikgu ni dah ade anak 2 dah pun)..hihi

*ade jg kwn2 yg kawin ngan cikgu n pensyarah..nak buat camne dah jodoh kan.. : )

lidey lim said...

hahaha...
zaman sy sk0la lu p0n ada gak member2 yg sy0ok kat cikgu...
;")

ckLah @xiiinam said...

ckLah dulu sekolah perempuan.....cikgu seeeeeeeemua perempuan. sekarang ngajar di Convent pun, sekolah perempuan....murid seeeeemua perempuan...Kalau ada antara mereka yang jatuh cinta kat ckLah, ckLah lariiiiiiikkkkk....adeh...penat!

Neeza Shahril said...

Cikgu Math,

eh! dasatnya cikgu tu kak.. sampai mintak pindah sekolah sebab frust dengan student ya.. tapi kan, orang bagi food memang lah sedap kan hehehh..

***********************************

Jane,

haah kan Jane.. lupa pulak pasal tu.. :)

***********************************

Kak Jie,

cikgu pelatih mesti encem encem kan heheh..

***********************************

Chekgu,

best gak tengok anak murid gedis menggeletik tu kan hehehh..
cikgu pun mesti tak senang nak mengajar.. macam nak tergedik jugak kot.. hehe..

***********************************

Nadine,

bila cikgu handsome, nak belajar pun bersemangat kan.. padahal takde kena mengena pun hehehe..

***********************************

Empunya diri,

syok saja takpe.. jangan sampai gila bayang heheh..

***********************************

CkLah,

bahaya tu kalau ada yang minat.. bukan setakat kena lari, tapi kena loncat, lompat, kuak lentang bagai heheh..

drNO said...

hahhahah...mcm2 pengalaman cikgu2 ni.
kita pun ada kwn yg kawin dgn cikgu. dia abih spm, terus kawin dgn cikgu yg mengajar masa form 5 tu.
tp kalau sek pompuan, ada cikgu lelaki, mmg glamer cikgu tu kan, kan??

Tepi Sungai Batu said...

Masa Pak Man sekolah dulu, ada cikgu Pak Man kahwin dengan kawan sekelas Pak Man(masa tu di Ting.3).Budak perempuan tu berhenti sekolah, tak sempat ambil SRP.
Sekarang ni Pak Man dengar cerita mereka dah bercerai........

silversarina said...

Akak tak pernah alami tapi ada kawan akak yang akhirnya kawin dengan cikgu Sains kami , so sweet pulak rasa :)

pB said...

Salam

sekolah kak pB skoloh semuanya anok murid perempuan. Tapi cikgu tu ada cikgu puang dan cikgu laki lar ...

rasanyo dulu , ado jugok kak pB minat. tapi minat sajo lar sebab cikgu tu ustak ......

budok zenak minak budok sic jah duluuuu

hi hi hi

Neeza Shahril said...

DrNo,

tinggilah saham cikgu lelaki tu kan.. biar tak encem pun hehehh..

***********************************

Pak Man,

laaa.. sampai berenti sekolah nak kawin.. dah habis masa depan. bercerai pulak tu. tak patut betul..

***********************************

Kak Rina,

memang sweet kan.. nanti boleh la ingat balik camana suami/isteri yang mengajar tu membuli isteri/suami masa dalam kelas heheh..

***********************************

Kak pb,

oooo... budok zenak usha budok sic ghuponyo... che' abear tu budok sic kor? ;)

cheryna zamrinor said...

mase sha jd cikgu dulu...adelah budak2 yg "minat". tp student pompuan laa...nak suruh jd kakak angkat la...tuh la...nieh la...

l i e y n said...

kat KPTM???hmmmm...
sape yg makan cili dia akan rasa pedas...
actually tak berapa appropriate this kind of relationship but kalau jodoh nak wat camane kan!
better kalau cikgu2 tu dah kawin tak yah le involve ngan this kind of r/ship...banyak buruk dari baik!

Neeza Shahril said...

Sha,

bila jadi cikgu aje, mesti ada yang minat kan.. nak2 kalau cikgu tu baik.. comel.. heheh..

***********************************

Lieyn,

kalau yang dah kahwin memang bahaya involve dengan relationship gitu.. besar masalahnya..
tapi bagi yang belum tu, okay je kot hehehe.. dengan syarat study tak kacau la kan...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin