Rajin-rajin lah click ya :)

Monday, February 2, 2009

Jumpa-jumpa sambil makan 5 February 2009



Kelab Rakyat Malaysia Jubail (KRMJ) merancang untuk mengadakan satu lagi gathering pada 5 February 2009 ini bertempat di Chevron Beach Camp. Program Manager kali ni ialah En. Roseli Koter (Sippchem). Kalau nak maklumat tambahan, boleh hubungi En. Roseli ni. Numbernya Neeza takde.. tanyalah orang lain seperti En. Shahril (Chevron) ke.. hehehee.. Masing-masing telah pun mendapat tugas masing-masing didalam menjayakan perjumpaan sambil makan-makan ni. Kanak-kanak pun ada acara tersendiri beserta hadiah rasanya...


Disebabkan warga Jubail telah bertambah (rasanya ada dalam 200 orang kot), Neeza (sebagai pengwar-war yang tak bertauliah) ingin mengajak semua rakyat Malaysia di Jubail untuk sama-sama hadiri gathering / jamuan ni. Diharapkan program begini dapat mengeratkan silaturrahim sesama kita yang jauh ditempat orang. Makanan banyak dan lebih dari cukup untuk semua, Insyaallah... Oh ya, dengar kata, ada orang nak aqiqah kambing dan upah masak Mandhi Rice dengan Laham (kambing le tuuu). Kita tengok betul ke tak.. :).


Program bermula dari lepas zohor sampailah malam. Tempat solat memang tersedia jadi tak perlu risau. Kepada yang mungkin bekerja pada hari tersebut, cubalah luangkan masa untuk datang. Kalau kerja siang, boleh datang malam. Kalau kerja malam, boleh datang siang sekejap. Buat masa ni kaum hawa tak ramai sangat jadi kami takde masalah sangat. Kaum adam lah yang ramai. Nanti berlanggar bahu, tak kenal pulak kita datang dari negara yang sama kan..


Penulis blog ni, Insyaallah nak datang walaupun ada ramai yang bising...

"amboi... nak pergi jugak ke? Awak tu kan dalam pantang..."

"takpe.. neeza duduk kat dalam aje. duduk diam aje. tak buat apa pun hehehe.. neeza rehat aje. Boleh kan.."

Seronok kan bila dapat berjumpa sekali-sekali gitu. Dah lah di Saudi ni perempuan nak keluar mesti dengan muhrim. Boleh aje keluar sendiri tapi risiko nya terlalu tinggi.


Okaylah itu saja. Harapnya ada lah silent reader yang jengah kesini menyampaikan message ni ya.. Nanti, kalau Neeza rajin, Neeza masukkan gambar-gambar majlis. Insyaallah...


10 comments:

Umi Kalthum Ngah said...

Dear Neeza,

Whatever you do, do take care, okay?

Do enjoy yourself!

Zahraa George said...

sedapnyer menu orang disana,disana..hehe

jumpa di sana sana !! :)

KakNi said...

Tak boleh! Tak boleh!

maklang said...

jaga diri tu baik2 ye...

ckLah @xiiinam said...

Alaaaaaaa....
Nak ikuuuuuuut!!

hu..hu...

MommYaLif said...

kalau kita dtg empty-handed and not registered as members boleh tak..he.he.hee? insyaallah kita dtg..not mistaken 'pot luck'..eh? iam wondering your nuffnang really works?

13may said...

jaga diri...jgn lupa diri :D

Neeza Shahril said...

Kak Umi,

thanks a bunch Kak Umi.. appreciate your concern..

***********************************

As,

akak tak masak apa2 as.. orang disana tu sape yek? mesti Liza hehehe..

***********************************

Akuni,

boleh! boleh! hehehee...

***********************************

Maklang,

thanks maklang..

***********************************

CkLah,

jom la.. best ni.. ;)

***********************************

Kak Siti,

datang aje.. register later no problem. Ramai lagi pun tak register.. yang penting kita kumpul2 sambil makan2.. kalau nak bawak potluck, bawak.. kalau tak bawak pun takpe.. datang tau..

***********************************

13may,

lupa kejap aci kan.. ;)

nj said...

neeza...
dengar jugak cerita gathering tu dr Haswadi...InsyaAllah dia kan pergi...maklumlah dah ramai warga Malaysia di Jubail tu...Norma dengar dan tumpang seronok je le...nak wat camana...masih menunggu lagi ni...

Neeza Shahril said...

Norma,

semoga norma dapat datang dengan selamat.. nanti boleh lah kita bergathering juga.. :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin