Rajin-rajin lah click ya :)

Monday, February 23, 2009

Prosedur mendaftar baby baru :)


Entry ini special untuk As dan kawan-kawan di Jubail yang akan menimang cahayamata tak lama lagi. Setakat ni ada 3 orang yang akan dapat baby di Jubail pada tahun ni, Insyaallah. Mungkin number ni bertambah kiranya ramai lagi yang akan tiba. Cepat-cepat datang.. nanti kita boleh buat nursery for babies.. hehee.. sapelah yang nak jaga tu agaknya..


Untuk registration baby, ada 3 benda yang kita perlu buat iaitu surat beranak Saudi, surat beranak Malaysia, pasport dan renew iqama.





A. Surat Beranak Saudi


  1. Sebelum discharge, hospital akan bagi 1 surat untuk register kelahiran. Pada surat tu, terdapat segala maklumat kelahiran termasuklah cop tapak kaki baby kanan dan kiri (kesian kat baby tu, hitam legam kaki kena sental dengan dakwat hitam sebab nakkan cop tapak kakinya). Memang lawak sikit tapi itulah hakikatnya. Nak buat apa pun tak tahu sebenarnya. Agaknya mereka nak pastikan memang itulah baby yang lahir dan bukan anak orang lain. So, simpan surat tu untuk dibawa ke Ehwal Office nanti.

  2. Translate pasport mommy and daddy ke bahasa arab di Al Bayyan Office (kalau di Jubail lah). Biasanya ambik masa 1 hari.

  3. Dapatkan borang kelahiran bayi (Newborn registration form) dari Ehwal Office untuk diisi oleh translator office (Borang tu ditulis dalam bahasa arab berdasarkan maklumat daripada hospital).

  4. Submit semua dokumen ke Ehwal Office (kalau di Jubail, ianya terletak belakang International Market - dekat As Shaiqi building rasanya). Baby tak payah bawak ke office.

  5. Dalam masa 2 hari, datang semula untuk collect surat beranak temporary tu. Surat beranak original akan diserah selepas setahun dengan syarat semua vaccination complete.

B. Surat Beranak Malaysia dan Pasport Malaysia

Yang ni boleh buat sekali harung sebab kedua-duanya perlu dibuat di Embassy Malaysia di Riyadh. Kita cuma perlu isi borang dan bayar duit. Apa yang perlu disediakan sebelum pergi ke Riyadh ialah:



  1. Pasport mommy and daddy (5 copies)

  2. Malaysian IC of mommy and daddy (5 copies)

  3. Surat beranak temporary baby yang perlu ditranslate ke English (5 copies)

  4. Gambar baby bersize pasport - background biru (5 keping)

  5. Sijil nikah original (tapi rasanya masa pergi tu, dia tak tengok pun) - bawak je lah kan

  6. Buat appointment dulu dengan En. Khairul Nizam ext 105 (ni untuk Saudi Arabia saja tau)

  7. Kami bawa baby sebab kami isi borang di embassy - cop jari baby yang kecik comel tu perlu dalam borang.

  8. Tiba di embassy, isi borang untuk pasport (2 salinan) dan borang untuk surat beranak (1 salinan).

  9. Bayar duit SR215 (masa dalam telefon dia kata SR300-400). Tak tahulah kenapa dah kurang. mungkin dia tahu kami kena bayar lebih untuk sewa hotel tu hahahah!!! Ada discount kot yek?

  10. Khalas...



C. Renew Iqama

Kami tak buat lagi tapi dokumen yang diperlukan ialah:

  1. Pasport ibu

  2. Gambar terbaru ibu bersama anak-anak tersayang (jangan le lupa baby baru tu ye.. hehee..)

  3. Iqama si bapa (iqama lama la maknanya)


Bila selesai tulis procedure ni, teringat pulak zaman-zaman buat document ISO dulu-dulu. Siap dengan chartnya, siap dengan tablenya, siap dengan kotak empat segi, bujur, tegak berdiri, condong menyenget.. hehee.. macam-macam.. bestnya dah tak payah buat semua tu hehee..


Lupa pulak nak bagi credit. Terima kasih kepada Encik Shahril sebab sudi berkongsi information ni. Neeza manalah tahu sangat sebab semuanya encik ini yang buat. Kata it's a man's world kan kat sini. Mana ada pompuan kehulu kehilir register baby? ish ish.. ;).



12 comments:

Anonymous said...

salam akak

hehe nak tau mcmane nak amik gmbr pasport baby tu eik??? ada ke mcm kanak2 yg baru masuk sekolah tu... kene duduk kan dia ker?

jane said...

salam neeza,
tengok cop tapak kaki tu teringat masa lahirkan angah di pantai puteri ipoh, ada jugak cop tapak kaki kanan aje...comel sangat....siap ada sijil lahir untuk hiasan dan boleh diframekan, hospital bagi....lepas dia cop tu, punya le hitam kaki si angah...

ckLah @xiiinam said...

"Entry ini special untuk As dan kawan-kawan di Jubail yang akan menimang cahayamata tak lama lagi."


Errr...maknanya, bukan untuk aku laaaaa....waaaa...tak aci....!!!

Andak Ali said...

Lepas ni saya agak puan Neeza kita akan cerita pasal vaccination baby di Saudi vs Malaysia plak... tul tak?

Kalau tak betul, buat2 bagi betul la deh... (cara baik untuk mintak dia explain pasal topik nih)...
:-)

maza said...

walamak eee.....

it has been a while. I've never been registered a new born baby!

wah! It was 3 years ago my baby born.

hmm... I'm afraid... if it is take too long, I unable to recall how to register my new born baby..

hmm..

so! What suppose I do ya.. land lord?!

heheheh
http://mazaaida.blog.friendster.com

Tie said...

Ha ha...lucu tengok cap tapak kaki tu...jenuh mencucinya nanti....

Neeza Shahril said...

Manje,

salam manje. baby tu kena pegang dengan mak/ayah dia dah lekatkan pada dinding color biru tu hehe.. kesian kan.. mata pun tutup sebab dia tidur hehe..

***********************************

Jane,

ooo ada jugak ye.. bestlah cam tu. Jadi kenangan kan.. :)

***********************************

CkLah,

hehehe.. boleh baca saja okay.. kalau datang sini dan dapat anak batu, baru boleh baca :P

***********************************

Andak,

errr.. nak imagine ni.. nak bagi ianya jadi biar-biar betul hehehh..

***********************************

Maza,

jadi, sebelum lupa, kenalah tulis kat mana-mana. Nanti lupa susah tauuu.. heehe...

***********************************

Kak Tie,

sebenarnya tapak kaki tu neeza ambik dari internet.. yang Sumeyyah punya, malas nak snap gambar.. hehee...

tulipurple said...

erkkk...bersungguh2 ku membaca,tiba rasa mcm nak beranak kat sinun..hehe.ermmm...nak beranak ke atau terberanak...mcmana tu...aduishh senirik garuk kepala!

Zahraa George said...

akak,tq so much!!info yang berguna..bukan untuk as saja,mesti nanti ramai lagi kan yang akan melaluinya..
kira akak pelopor arrr,hehe...sifu gitu :)

letih sangat,baru dapat baca..hehe..siap tertido2 tadi :P

senanglah nanti..boleh lah buat panduan..tak lah terkebil-kebil bila time nak buat registration..

anyway,credit to Mr Shahril coz sudi kasi info..kalau tak,nanti mesti dia boring asyik kena jawap call dari Mr Rafi tanya itu dan ini..
Bagus betul Mr & Mrs Shahril yang selalu jadi information counter untuk Malaysian kat Jubail nih :)

Kak Elle said...

wahncap kaki tu bolih di frame neeza...

tiap2 negri lain cara nya kan?

maklang said...

memang cute kan tapak kaki kalau kena cop..tapi puas nak ilang kan tanda ink tak neeza?

Neeza Shahril said...

Tulip,

boleh aje buat-buat terberanak kat sini.. dapat dudul lama sikit hehee..

***********************************

As,

balik tadi pun akak landing dulu heheh..
no problem tu.. apa yang kami tahu, kami boleh share. Tapi apa yang kami tak tahu, kami kena tanya orang pulak. Tapi Alhamdulillah so far, semuanya sudi berkongsi.. :)

***********************************

Kak Elle,

neeza pun heran sebenarnya sebab untuk buat surat beranak malaysia tak perlu pun. Mungkin untuk ada surat beranak original saudi nanti dia mintak kot..

***********************************

Maklang,

neeza rasa jenuh jugak kot nurse tu menyental sebab ambik masa yang lama untuk hantar baby semula lepas cop tu.. tapi bila datang tu, dah clean kaki baby :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin