Rajin-rajin lah click ya :)

Friday, February 6, 2009

Semoga rindu terubat



Klasiknya title entry kali ni hehehh... Rasanya ramai yang dah tahu semalam kami, rakyat Malaysia di Jubail bergathering buat kali ke 3 (rasanya) secara besar-besaran. Hampir semua hadir kecuali mereka yang ada hal seperti kerja dan hal yang tak dapat dielakkan. Kelab Rakyat Malaysia Jubail (KRMJ) bertemu sambil makan sambil mesyuarat Agong di Chevron Beach Camp. Menarik tempat tu sebab ada playground. Jadi, kanak-kanak takdelah memerap pada mak masing masing. Boleh lah mak-mak berehat sekejap.


Hampir semua tiba pada waktu yang sama iaitu jam 1 petang. Memang ada yang tiba lebih awal daripada tu. Terima kasih diucapkan. Semangat mereka memang patut dipuji tapi kesian sebab tak dapat masuk lagi. Mereka kena tunggu surat kebenaran.


Wanita-wanita idaman malaya (hahahah!!!) semuanya menuju ke ruang rehat sementara lelaki-lelaki malaysia terakhir menyiapkan tempat makan. Mereka perlu susun makanan atas meja. Baik sungguh hati mereka sebab bagi kaum wanita ambil makanan dulu. Tapi disebabkan lama sangat lah pulak kaum wanita ambik lauk, kaum lelaki pun join sekali. Tak berserabut pun sebenarnya sebab kaum wanita bukan ramai sangat kat sini sekarang. Cepatlah isteri masing-masing datang untuk meramaikan.. :).


Apa yang kami makan? Banyak... antaranya ialah Nasi lemak, Laksa Penang, Mee Goreng, Nasi Laham Mandhi, Kuih kasturi, Pulut Serunding, Puding Kastard comel, Kek Kukus, Kuih bom bijan (sorry.. neeza tak tahu nama sebenar dia), Keropok Lekor (iye.. anda tak silap baca. Memang ada keropok lekor), Kuih Sago Gula Melaka dan banyak lagi.. Mohon maaf sebab tak dapat tulis nama penghasil menu tersebut - lupa nak tanya sebab sibuk dengan makan ;).


Bagi mereka yang mengidam nak makan masakan Malaysia, lepas lah kot rindu. Bagi mereka yang rindukan anak-anak juga, dapatlah lepas rindu walaupun tengok anak-anak orang lain. Bagi yang rindukan isteri.. oppsss!! takleh lah tengok isteri orang.. balik rumah, call isteri masing-masing ya.. semoga rindu terubat..


Bagi mereka yang dalam pantang pula, makan jugak dia tu walaupun kena marah dengan kakak-kakak yang sangat concern.. sape lah tu agaknya tak reti nak pantang.. ish ish.. dengar kata, sampai-sampai aje kat situ, dia bantai duduk kat meja makan dan makan tembikai sepuas hatinya.. memang patut kena cubit dia tu.. hehee.. dah lah dia tu berjanji nak bawak daun pisang untuk bungkus nasi lemak.. Langsung dia tak ingat sebab dalam kepala dok ingat nak makan segala benda yang ada kat gathering. Nasib baik dia tak meroyan minum air gas. Kalau tidak, kembung lah anak dia tu.. ;).


BBQ pun ada tapi kesian kat mereka yang kena duduk kat luar untuk panggang food tu. Sejuk kat luar. Tak habis pun diorang buat. Takpelah, itu pun banyak makanan yang tak habis. Sesi tapau malam tu memang sangat meluas. Tak tahu lah sama ada mereka tak makan banyak atau makanan banyak sesangat.


Laham Mandhi tiba dalam jam 3.00 petang tapi dimakan lepas maghrib. Alhamdulillah, habis semuanya nasi tu. Ada lebih sikit je di bahagian wanita (biasalah... kami kan makan sikit) dapat lah dibawa balik untuk orang yang tak merasa..


Aktiviti tamat jam 9.00 malam. Kesian ada orang tu kena on call kerja. Balik rumah hantar family, kena pergi kerja semula. Takpelah, rezeki jugak tu kira.


Dibawah ni ada gambar-gambar untuk tatapan orang di Malaysia dan di sini. Gambar-gambar lain ada pada slide show di bawah sekali. Kalau nak tengok setiap gambar lama sikit, click aje pada gambar tu ya.


Semoga aktiviti ini dapat diadakan lagi. Neeza suka sebab dapat jumpa dengan kawan-kawan dan dapat makan macam-macam hehehe..






























































19 comments:

:: Leeza Joe :: said...

makoiii..cptnyer hupdet!!!..kt skt pinggang lg...pas2 gusi bengkak..x lrt hupdet...tu r...sental laham kambing byk sgt...kikii..;)~

nj said...

neeza...memang meriah...seronok dah ramai tu ye...
err...bukan awak tu dalam pantang lagi kan?? jaga-jaga sikit tu!

nadinezuharra said...

seronoknye makan ramai2..kalaulah kt bangkok ni ada gathering camtu..hehe,time puase n raye dulu ade jg embassy buat tp tk dapat plak gi sbb hari org keje..

mm,nasi laham mandhi tu lauknye kambing ye kak,nampak mcm best je..org arab ni kdg2 mknnnye simple tp rase sedapp.. : ) *bilalah impian nak menjejakkan kaki ke tanah arab akan jd kenyataan.. : )

elisataufik said...

Sorry tak dapat datang.. Program futsal kitorang habis around 2pm gitu, pastu ada makan lunch kat rumah penghulu RT.. I pun balik rumah pukul 9!

Yummy Yum said...

kak neeza...dapat gak tengok ariff kat sini..hehehhe....terubat le rindu di hati..hahahaha..ariff dah nak balik dah...tak sabarnyaaaaa

Zahraa George said...

wahhhhhhhhhhhhh...........best kan BBQ
tiap bulan ada ker??kalau buat tiap bulan best gak kan!hehe
Macam2 makanan ada..tak larat nak makan!kenyang..hehe..
dah ramai betul rakyat Malaysia kat Jubail nih..dan akan bertambah ramai lagi..

tulipurple said...

mmg meriah!tp,rasa2 sy mcm nampak ada finger print org yg dikenali kat dulang tembikai tu...saper kah itew.
hehe,sy mcm sis gak masa pantang,ceduk tradisionl n modern nye.tersenyum sendiri sy masa baca N3 pasal makan dlm pantang sis yg lepas..hubby sy baca kata..'sejibik mcm u'..sy pun kuat mkn gamat product.tp,masa 2nd confinemt i did teguk air gas..tp,seteguk jer ler,itu pun curi2..uishhh pecah rahsia.

zino said...

perjumpaan makcik makcik dan pak cik2 la ni ya.. hehe seronok makan makan hehe

chekgu Bani Hassim said...

haha...
mane leh tahan ye kak, bile hidangan depan mate, lantak! gasak je laa...
pantang mak-tang...
sekali sekale kan kak...haha

ewah-ewah...syahmie, kemain lagik posing, ni ummi ke yg ajar nih??

Neeza Shahril said...

Liza,

kesian Liza.. akak duduk aje kan.. tu yang tak sakit pinggang hehe..
Laham tu sama la dengan kambing hehe..

***********************************

Norma,

kwang kwang kwang.. memang ponnnn... takpe, nanti makan ubat hehehh..

***********************************

Nadine,

Insyaallah.. doa banyak2 ya Nadine.. mana tahu rezeki di belah sini pula nanti..

***********************************

Elisa,

wahhh.. lambat jugak ya.. takpe, mungkin next time.. hopefully diorang buat lagi, boleh jemput Elisa lagi..

***********************************

Yam,

sengaja akak letak untuk Yam tengok la tu..
bila Arif balik Malaysia?

***********************************

As,

akak pun suka sebab boleh borak2 sambil makan-makan..
kalau tiap2 bulan okay gak kan.. :)

***********************************

Tulip,

jom kita terjah fingerprint tu.. kita tangkap dia kurung dalam rumah.. hehee..
memang tak reti nak pantang tu budak tu.. nasib baik rajin makan ubat.. :)

***********************************

Zino,

makcik?? terasa tua dah neeza ni hehee.. tapi memang dah tua poonnn..

***********************************

Chekgu,

pantang boleh postpone.. food atas meja takleh.. nanti habis hehee..

gambar Shahmey tu candid sebenarnya.. terjadi cenggitu pulak.. :)

Shah CJ said...

wah! meriahnya. nasi laham madhi nampak sgt sedap. balik sini wajib kak neeza buat tau. lain kali try pulak nasi ambeng. :)

maklang said...

patutlaaa tembikai tu dah tinggal sikit...orang tu yang makan eh...

Tie said...

Amboi Neeza, dalam pantang pun boleh hadir jamuan lagi? Ha ha...bab tembikai tu kan, setengah orang klate dapat greenlight makan tu, teringat masa kak tie bersalin anak sulong di sana...mentua bagi makan tembikai, daging dan hati bakar...air dikurangkan pulak.

So, kak tie lebihkan makan tembikai laa..bila mak kak tie tahu , terkejut betul dia...orang johor kalau dalam pantang tak boleh makan tembikai sebab sejuk...nak buat macam mana, ....kak tie dah telan daa...he he...

Tepi Sungai Batu said...

Emmmmm......nasi tu nampak sedap!

Yummy Yum said...

Thanks kak neeza letak gambar ariff kat sini, dia blk 20hb ni, bestnyaaa

Kak Elle said...

banyak nya orang,banyak nya makanan....sungguh meriah sekali macam takde recession ek?

Wanpetunjuk said...

Salam akak.....

Sy mmg suka kambing....'suka makan kambing', semuanya daripada tak suka...dok Miri jadi eminat pulok....bestttt...seronok tngok gathering mcm tuh merapatkan ukhwah...siapa lagi yang kita perlukan bila dah berada di luar malaysia...tentunya family dn teman2....


Akak, dayat nak komen gak pasal entry seblum nih kisah 'org' yang mengata kat kawan2 akak....Ya Allah, ada juga mnusia mcm tuh...itulah bila dia rasa dia sempurna sgt...sy pun boleh naik geram....hissshhhhh

Neeza Shahril said...

CJ,

akak kena menuntut ilmu dulu ya.. nasi ambeng tu tak pernah makan.. nak gak try :)

***********************************

Maklang,

banyakkkk orang tu makan tau.. ;)

***********************************

Kak Tie,

oooo.. betul ke?? kalau neeza tahu, lagi banyak neeza makan.. boleh cakap, orang2 tua kat kampung kelantan bagi pulak hehee..

***********************************

Pak Man,

memang sedap dan tak muak pun...

***********************************

Yam,

tak lama dah tu Yam.. kena bentang carpet merah tu hehehe..

***********************************

Kak Elle,

kalau masak sendiri costnya tak banyak sangat Kak Elle.. sekali sekala best jugak kan..

***********************************

Dayat,

kalau kena gaya, kambing tak hanyir.. tak tahu lah camana diorang masak memang tak rasa kambing.. ramai yang tak makan kambing boleh makan kat sini..

si dia tu, memang akak tak berkenan.. dari mula2 tengok lagi.. sebab perangai dia.. since perangai tak elok, muka pun nampak tak elok..

hidayah said...

wahhhh.. meriah sgt... byk famili melayu... siap ada kelab lagi... hee.. sini ada 7 famili je... :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin