Rajin-rajin lah click ya :)

Tuesday, February 24, 2009

Vaccination Saudi vs Malaysia


Menjawab soalan Andak Ali mengenai vaccination (Andak ada anak kecil kan.. eh ye ke? hehehh.. sorry ye kalau silap), disini , Neeza attachkan gambar vaccination schedule untuk anak-anak di Saudi ni. Memang ramai yang ada anak kecil disini termasuk lah... saya!! heheee..


Sebenarnya tadi dah type schedule untuk Saudi ni tapi tak reti lah pulak camana nak tepek table tu. Pendek kata, kalau dah reti tu sila lah bertanya kan. Tapi takde pulak orang yang tahu kat sini (dalam rumah ni :P). Atau memang tak boleh nak attac document format. Mungkin kena guna format lain kot. Biar ajelah persoalan tu. Since camera ada, snap aje. Cepat dan senang. Yang penting info tu sampai kan kan kan ;).

yang ni Saudi punya



yang ni Malaysia punya lah..


Kalau diteliti, ada banyak persamaan sebenarnya. Cuma mungkin nama aje lain. Tapi, Neeza tak reti jadi, bawak aje buku vaccination dari Malaysia (bagi yang dah sedia ada) dan tunjuk pada doctor. Nanti dia bagi tahu apa perlu dibuat.


Itu saja untuk hari ni. Kepala pening sejak semalam sebenarnya. Mungkin banyak sangat minum gahwa kot hehehehh.. Rupa-rupanya ada caffeine jugak gahwah arab ni. Ingatkan takde. Lepas ni tahu dah, jadi tak boleh minum banyak sangat. Tapi orang tu selamat lah sebab dia tak suka gahwa arab heheh..

15 comments:

nj said...

neeza...
bagus entri ni sebab ingatkan norma untuk ambil senarai immunisasi Malaysia utk dibawa ke sana...mana la tahu ada rezeki 'made in saudi'...Thanks

Kak Elle said...

neeza kalau nak ikutkan wide world sama routine untuk newborn babies tapi kena ikut negri masing2...

Tie said...

Wah...senang je guna buku vaccination dari malaysia.. esok besar mudah pihak sekolah nak tengok, he he...

13may said...

gahwa tu apa neeza?

tulipurple said...

saya pun rasa mcm minum gahwa..ana fenin..feninlah...hehe.

nadinezuharra said...

mm,banyak ye urusan bila ade si kecil.. : )
*gahwa tu ape ye..macam green tea ke..?hehe (tak tau tu yg nk bertanye..)

Zahraa George said...

info berguna..hiks..
tengok salam jadual banyak betul yer nak kena cucuk..
siannyer baby kena cucuk..

maza said...

erk! setakat nie anak2 maza semuanya made in Msia....kecuali negeri2 lain jerk..

mungkinkah ada rezeki 'made in oversea'...erk kecuali di negara seperti China, Afrika - Zambia, Columbia, Ethiopia, Brazil, Serb, Israel, Somalia.... eh! Banyak lak pantang nyer.....

hehehhe

(psst: camner nak gi oversea, naik lift tingkat ke 30 pun dah gayat) wakakakak

http://mazaaida.blog.friendster.com

Neeza Shahril said...

Norma,

neeza tengok dalam air, macam nampak-nampak aje rezeki made in saudi untuk norma hehehee...

***********************************

Kak Elle,

nama dia mungkin tukar sikit kan kak elle.. takut juga sebab kita rasa malaysia dah complete habis. Rupanya saudi lagi strict bab ni..

***********************************

Kak Tie,

haah kan.. bagus idea tu sebenarnya. takdelah mak ayah lupa hehe..

***********************************

May,

gahwa tu kopi arab.. lain dari kopi biasa..

***********************************

Tulip,

tulip suka rasa cardomom ke? ;)

***********************************

Nadine,

gahwa tu kopi arab. Ingredientnya banyak cardomom.. rasa rempah sikit :)

***********************************

As,

memang tak sampai tengok baby kena cucuk.. sebab tu everytime anak-anak kena cucuk dulu, ummi tak sanggup nak tengok..

Neeza Shahril said...

Maza,

senang aje.. pejam mata, bayangkan duduk kat oversea sambil duduk atas tikar terbang..

zasssss!!! sampai dahhhh... hehehee..

zino said...

bukan sama ke kat mana mana dalam dunia ni.. atau lain negara lain jenis imunisasi nya..

Neeza Shahril said...

Zino,

hehe.. ye ke? neeza tak tahu sebenarnya :D

Abang Long said...

Terfikir dibenak ini.

"Neeza sudah bersiap sedia dengan segalanya, termasuk kad kesihatan anak."


Adakah ini membawa maksud, akan ada pertambahan bilangan ahli keluarga selepas ini, dan lagi, dan lagi dan lagi ?

nj said...

kah! kah! kah! (ketawa besar ni)

Neeza Shahril said...

Abang Long,

neeza berhajat nak tutup kilang sebenarnya tapi tak tahulah kan.. :)

***********************************

Norma,

gelak jangan tak gelak norma.. gelak jadi kenyataan tau.. ;)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin