Rajin-rajin lah click ya :)

Tuesday, March 24, 2009

Adakah itu balasan atau hukuman?



"Semalam di Juba1l ni ada orang mati dibunuh bu. Mayatnya dipotong-potong"

"Haahh?? mati kena bunuh? Orang Saud1 ke? Dimana dia dibunuh? Kenapa kena bunuh, siapa yang bunuh dia?"


Biasalah kan. Polis pencen soalan dia bertalu-talu macam peluru. Penat pemandu bas yang bawa kami ke kelas tu nak menjawab. Dia orang Indones1a dan dah lama bekerja di sini. Tapi baru lagi kerja jadi driver bus untuk dakwah centre. Banyak cerita semasa mengenai Juba1l, kami tahu dari dia. Pagi tadi, dengan excitednya dia bercerita. Bukan selalu nak dengar kisah macam tu kan. Nak baca berita ni dalam paper, takdelah kot sebab Neeza tak pernah pun beli paper disini heheh..


Kisahnya, orang tu dalam lingkungan umur 35-36 tahun terlibat dalam aktiviti enggak baik (describe sidia) seperti ganja, arak dan lain-lain yang enggak enak lah. Sebelum tu, dia ni dipukul dengan ganasnya oleh kawan-kawan dia jugak (bangsa yang sama). Yang tu, ada saksi yang nampak - bangsa dari negara kaj0l. Mengikut cerita, mangsa tu kena tembak. Lepas tu dia dibawa ke tempat lain. Dipotong-potong, dimasukkan dalam plastik dan diletakkan dihadapan rumahnya di kawasan berdekatan jugak.


Jirannya jumpa plastic bag tu dan report pada polis. Sangat ributlah semalam. Polis, bomba dan semua yang terlibat dengan kes kecemasan bergegas kesana. Neeza tak perasan pun sebab Neeza duduk dirumah. Lagipun bunyi siren polis dan bomba tu dah biasa sangat disini. Tak sangka pulak ada kes macam tu. Sambungnya lagi, anak gadisnya yang mengecam mayat bapaknya tu dah macam nak gila. Mestilah kan. Dia kenal ayahnya dan dia lihat ayahnya dalam keadaan potong-potong macam tu. Takutnya la.. Ibu si gadis tu dah lama bercerai dengan mangsa tu. Tak tahulah kenapa. Rasanya, kalau tanya bapak driver 1ndon tu, dia pun tak tahu jugak..


Daripada apa yang diceritakan, Neeza agak, ada perselisihan faham dah berlaku. Si mangsa tu terlibat dengan aktiviti haram kan. Bila aktiviti haram, duit pun haram lah. Mungkin bagi tak cukup ke atau yang sewaktu dengannya la. Malas lah nak pening kepala fikir pasal tu. Biar polis ajelah settlekan. Tapi best jugak kalau dapat tahu hasil siasatan kan. Saje nak menyibuk sebab dah takde kerja. Apa salahnya jadi polis pencen heheh..


One thing, Neeza terkejut sebab selama ni yang Neeza tahu, negara ini bebas alkohol. Kalau ganja tu mungkin Neeza boleh terima lagi lah walaupun tak pernah lah pulak Neeza beli ganja hahaha!! Tapi arak?? Hmmm.. bila borak-borak dalam bas, baru lah Neeza dengar cerita, ramai yang suka mabuk-mabuk ni. Kalau bukan di sini, mereka pergi negara berdekatan - b@hrain. Kalau dari Juba1l, cuma 2 jam saja dah sampai. Of courselah kena ada multiple entry visa untuk kami ni. Tapi bagi rakyat mereka, tak perlu rasanya.


Suspek yang berkenaan dah pun ditangkap semalam jugak. Ada 5 orang semuanya dan semuanya teman-teman (sama ke dengan kawan-kawan?) mangsa tu jugak. Mereka ditangkap di kawasan berdekatan dengan area jual handphone dan prepaid kat tepi laut tu (orang Juba1l mesti familiar ni).


Neeza tak berani nak label apa yang terjadi tu sebagai balasan atau hukuman daripadaNya.. Hanya Dia yang tahu.. eh! balasan dengan hukuman tu tak sama ke? Macam sama tapi spelling lain kot :P.

15 comments:

:: Leeza Joe :: said...

ehhhehhhehh..betul ke nih...dasyatnyerrr.... asl xkuor aljazeera...mcm kes ptg2 kt mesia plk...tkt r...ape2 pun Puan inspektor pencen sila beri laporan jika ade perkembangan kes...^_*

KakNi said...

Mengerikan, tapi itulah ajalnya kan... mohon pd Allah agar kita nanti pergi dgn penuh keimanan...

aNIe said...

Macam2 ye neeza...kat negara yang begitu berat hukuman yang diberikan pada yang melanggar undang2 pun ramai jugak yang buat benda yang bukan2...kan?

Semoga kita semua dijauhkan dari segala musibah dan muslihat dunia...

Insaflah said...

Bila akhirat sudah tidak dipandang.

Abang Long said...

Inilah akibatnya apabila manusia berkiblatkan USA.

Zahraa George said...

ermmmm...
takutnya bila dengar benda2 cam nih..
kekejaman ada dimana-mana..

Mak Teh said...

Take care! Lain-lain jenis manusia tu berhati kering. Dulu-dulu masa kita kenal jenis bangsa kita sajakita tak dengar perkara pelik dan dahsyat-dahsyat. Sekarang tiap hari berita di Malaysiapun amat menggemparkan!

Anonymous said...

Salam Neezqa,
Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat.
Hukuman dikenakan ke atas kesalahan (kejahatan)yang di lakukan. Kalau buat baik tidak dihukum sebaliknya di beri kepujian.

yannfuad said...

ngeri pulak dgr citer2 mcm tu.. tringat kes mona fendi dolo2.. huhu

maza said...

hmm

"Cause and effect"

juga

"kifarah'

huhuhhu

Neeza Shahril said...

Liza,

mungkin dah biasa kes gini kot disini cuma kita je yang tak tahu.. tu pasal tak kuor alja3era.. hehe..
okay.. roger!!

***********************************

Akuni,

semoga kita mati dalam iman.. Ameen..

***********************************

Kak Anie,

ada sesetengah ni tak takut kak.. kalau mereka sanggup buat kerja yang tak halal tu.. bunuh orang pun takde apa lah bagi mereka..

***********************************

Abang long,

betul tu.. tak ingat akhirat..

***********************************

Abang Long,

heheh.. Us@ dan yang sewaktu dengannya :)

***********************************

As,

kalau buat jahat, cam tu lah akibatnya kan..

***********************************

Mak Teh,

betul tu.. sekarang banyak benda pelik kan.. manusia dah berperangai tak macam manusia..

***********************************

Pak Zabs,

marilah kita buat baik.. buat kerja yang diberkati dan bukan kerja yang menyusahkan orang lain kan..

***********************************

Yann,

takde dah dia tu kan..

***********************************

Maza,

yupp.. setuju cause and effect..
kifarah pun betul juga..

l i e y n said...

kena kerat???
gile!!!!
senang2 je nak bunuh orang..

tulipurple said...

sy ada gak dgr yg bahr@in tu 'new york' arab...

MAMAMIA said...

Kat Msia sekarang ni, this has become very common news. Sampai dah tak heran lagi. Latest news was, ada jumpa mayat di simen dalam tong . I didn't read the details, baca headline aje pun dah geleng kepala.

chekgu Bani Hassim said...

dah takdir dier nak mati dlm keadaan gitu...
nasib laa...

yg penting, buat baik berpada2, buat jahat, jgn sekali dan byk kali...
tuhan tu kan maha adil

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin