Rajin-rajin lah click ya :)

Thursday, March 19, 2009

Kisah peminta sedekah



Orang ini (peminta sedekah) ada dimana-mana. Tak kira negara kaya atau miskin. Di sini juga ada golongan mereka ini. Bezanya, disini yang meminta sedekah, kebanyakannya wanita. So far, tak pernah Neeza nampak lelaki minta sedekah. Betul, negara yang mereka duduki ni banyak hasil minyak. Kalau ikutkan tak perlulah meminta sedekahkan. Duit zakat dan sedekah banyak sangat. Rasanya lebih dari cukup (notis the word rasanya.. maknanya tak pasti lah tu).


Wanita yang meminta sedekah ni akan duduk di luar pintu grocery store, malls (shopping complex) mahupun restoran. Kadang-kadang mereka akan memegang baby (anak) tapi tak tahu lah anak sapa. Anak dia lah kot. Kadang-kadang, ditepi wanita tersebut ada kanak-kanak besar sikit dalam umur 3-6 tahun. Sama ada mereka benar-benar susah atau untuk buat-buat susah, wallahu'alam...


Neeza pernah sekali nampak sorang pompuan yang mintak sedekah depan sebuah restoran. Masa tu Neeza tengah tunggu Abang beli food tapau di depan restoran. Neeza tengok je pompuan tu minta sedekah depan restoran. Sekali dia bangun dan berjalan menuju jalan di tepi restoran tersebut (bukan depan tapi ditepi dan agak gelap sebenarnya disitu). Kereta tu dipandu seseorang (takkanlah haiwan pulak bawak kereta ye tak?). Kereta tu memang tak parking disitu. Ia datang khas untuk ambik pompuan tu. Dalam hati Neeza berkata-kata, aik! mintak sedekah tapi balik naik kereta. Wonder jugak samaada pompuan tu betul-betul miskin atau di suruh oleh orang lain untuk mintak sedekah.


Bila banyak kes macam ni, ramai yang was-was untuk bagi sedekah sebab tak pasti kedudukan sebenar orang yang mintak sedekah tu. Neeza pernah dengar seorang ustaz/usatazah (tak ingat dah) bagi pendapat. Memang kita tak tahu niat mereka tapi kita tahu niat kita. Bila bersedekah, ikhlaskan kerana Allah dan bukan sebab lain. Insyaallah, kita akan dapat kebaikan yang dijanjikan. Kalau kita pening kepala nak fikir, betul ke dia tu orang susah, silap haribulan, niat kita dah terpesong dan tak dapat pahala lah pulak. Tak payah tengok jauh. Diri Neeza sendiri pernah wonder dengan orang macam tu. Jadi, bermula dengan diri sendiri, Neeza perlu belajar untuk ikhlas kiranya berhadapan dengan situasi macam tu.


Kata seorang kawan, peminta sedekah di Jubail ni banyak yang datang dari Dammam, sebuah bandar kira-kira 1 jam driving dari Jubail. Memang kalau ikutkan tak logik orang di Jubail mintak sedekah sebab sini industrial area. Tak ada orang miskin yang amat miskin sebab masing-masing bekerja. Kalau di Dammam mungkin lah ada. Jadi, mungkin juga mereka mohon bantuan sesapa untuk menghantar mereka ke Jubail. Mungkin... biarlah kita bersangka baik kan.. kalau bersangka buruk dan ditakdirkan apa yang kita sangka tu tak betul, berdosa lah pulak. Kalau tak betul sangkaan baik kita tu, itu urusan mereka dengan Allah.


Kenapa takde peminta sedekah lelaki? Rasanya, kalau lelaki, dia tak boleh tutup muka. Orang akan kenal. Lagi satu, lelaki boleh bekerja disini. Kalau wanita, peluang bekerja sangatlah tipis. Susah untuk wanita bekerja. Kalau di company tempat husband Neeza kerja, takde sorang pun staff perempuan (in a way, bagus jugak kan heheh..). Kalau nak nampak pompuan bekerja, mungkin hanya di sekolah, kolej/universiti, bank (itupun khas untuk customer pompuan saja), hospital (doctor, nurse dan tukang cuci). Sangat limited. Jadi, kalau dah pompuan tu ada anak kecil, kan susah nak kerja. Sini bukan ada nursery macam Malaysia sebab rata-rata pompuan arab ni surirumah. Kalau bekerja pun, mereka ada maid. Kalau ada nursery pun, cuma di sekolah - disediakan untuk anak-anak cikgu. Itu pun mungkin bukan nursery tapi lebih kepada playschool. Tempat Neeza belajar ada nursery tapi bayarannya hehee.. sangatlah mahal :).


Mungkin itulah reason pompuan saudi ni mintak sedekah. Susah nak dapat kerja. Tapi kan... kalau dia ada baby, tentu lah dia ada husband kan.. Apa husband dia buat? Wallahu'alam...


10 comments:

KM said...

trend peminta sedekah dtg berhantar & balik berambil ni kat Msia pun dah jadi sekarang. Kekdg KM tgk diorg dtg ramai dlm satu kenderaan & diditurunkan masing2 di tmpt2 yg disasarkan. Mcm sindikit tau...Kalau xyakin ngan golongan2 peminta sedekah ni better tolak lelok kan....

l i e y n said...

kat kuantan ni ada sorang pompuan yg mintak sedekah. biasanya dia akan ada kat pasar2 malam, pasar tani atau pekan sehari....yg hampesnya, anak dia yg jadi tuakang hantar dia ke pasar2 tersebut! sungguh keji anak dia...sanggup dia biar mak dia mintak sedekah! seperkara lagi, makcik ni kalau ada apa2 konsert kat shopping mall kat kuantan ni, muka dia mmg selalu ada kat depan sekali! rupa2nya mak ngan anak sama je....klau kita tau profile peminta sedekah tu, mmg jgn harap le nak sedekah...sorry!

DuniaMaya said...

ingat kat m'sia jer ade peminta sedekah...kat arab yg banyak duit tu pun ade? iskkkk..iskk..iskk.

Adry said...

Haiyooo... kalau rasa fizikal masih mampu bekerja tu bekerja laa... jangan nak ambik jalan mudah dengan minta sedekah... huhu

Adry @ http://www.adrysabry.com

Tie said...

Kak Tie benci betul bila orang dtg minta sedekah ketika tgh makan...tak hormat orang langsung..

Tapi rasa hiba bila tgk orang2 tua tu duduk kat kaki lima...ramai orang2 kita begitu...manalah pergi anak2 mereka, kan ?

Kak Elle said...

sama juga di sini neeza...mereka di pergunakan olih pihak2 yg tak bertimbang rasa .. ada yg di suruh menjadi sami buddha minta sedekah di mana2 tapi tipu helah tertedah bila dapat tau rupa2 nya sami2 tu orang2 biasa habis minta sedekah makoi bukan main melaram tukar baju...wanita dan anak2 di luar masjid pun sama - terdengar olih seseorang'tadi aku terlambat paksa naik taxi'...hmm...kalau mampu naik taxi kenapa pulak meminta sedekah kan?

Mak Teh said...

Kita takut kalau kerja ni di buat oleh syndicate. Di Malaysiapun ramai datang dari negara lain seperti Myanmar, Afghanistan dan cina.

Kalau hati kita rasa tak sedap rasanya bukan genuine peminta sedekah, maka tak perlu berilah.

Kalau kita kesian dan rasa nak beri maka berilah kerana walaupun apa mereka itu pahala kita akan dapat juga.

Ada lagi tempat yang elok kita beri iaitu mereka yang perlu tetapi tidak meminta-minta. Yang jenis ini kita kena pandai lihat dan cari sendirilah.

Zahraa George said...

Kat sini kalau tengok peminta sedekah dia,mak oi..banyak betul duittt dalam plastik tu...memang orang arab suka sangat bagi sedekah..
Dan memang betul lah,peminta sedekah nih ada driver..maybe husband,adik or abang or anak tak tau lah..
Kerjaya peminta sedekah pendapatannya memang lumayan..tak perlu bersusah payah,cuma menadah tangan sahaja..itu pasal ramai peminta sedekah :)

Neeza Shahril said...

KM,

kalau memang kita nampak memang sindiket, baik tak payah bagi sebab takut kita menggalakkan pulak diorang ni..

***********************************

Lieyn,

cait! itu menipu namanya.. malas.. cari jalan senang mintak sedekah lepas tu guna untuk tujuan tak elok..

***********************************

Din,

kat tempat banyak duit, lagi ramai orang nak mintak duit heheh..

***********************************

Adry,

tu la kan.. kalau mampu, baiklah kerja.. tak elok sangat duduk sambil tadah tangan aje..

***********************************

Kak Tie,

neeza pun tak suka kalau mintak sedekah cara gitu.. nak makan tak selesa.. lepas tu nanti bila kita nak bagi tu, hilang rasa ikhlas..

***********************************

Kak Elle,

orang macam kita boleh ambik commuter kan.. diorang naik taxi tu.. nampak sangat collection banyak and senang kerja. Duduk aje tadah tangan. Sekali orang bagi at least 1 dollar kan..

***********************************

Mak Teh,

teringat pulak neeza di egypt.. kalau kita bagi kat seorang, berderu datang lepas tu. Tapi nampak betul2 susah mereka tu. Kalau kita nak bagi pada semua, jawabnya.. adushhhh.. hehee..

Neeza Shahril said...

As,

senang kan diorang ni.. duduk aje, dalam masa 3-4 jam dapat dah 100 Riyal rasanya.. heheh.. sungguh untung. Tapi takpe, dia malas, macam tu lah hidup dia. rezeki dia tak berkat kalau menipu.. sama lah dengan ahli keluarga dia yang bersekongkol tu kan...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin