Rajin-rajin lah click ya :)

Monday, March 2, 2009

Selamat jalan Bobby



Pada suatu petang, Ayah balik. Seperti biasa, anak-anak Ayah akan menjerit kesukaan,

"yeay! yeay! Ayah balik.. yeay yeay! Ayah balik.."

termasuklah anak sulung Ayah yang dah berumur 11 tahun tu. Tapi, dah macam tu hari-hari. Menjerit sambil terlompat-lompat di berandah rumah papan yang disewa milik Pok Razak di Kg Air Jabur Kubur (sebutan Razak = Ghozak). Sebenarnya anak-anak Ayah tunggu jajan yang memang tak pernah Ayah lupa. Empat jajan untuk 4 anak. Seronok sebab bila Ayah balik, mesti ada jajan yang berbeza-beza setiap hari.


Tapi hari tu, bukan saja jajan yang Ayah bawa balik. Ada benda lain ditangan Ayah. Ianya adalah..... seekor burung! Anak burung tiung yang comel (ada ke anak burung comot?). Ayah jumpa anak burung tu ditempat kerja. Mak burung tu buat sarang tapi tak tahulah macam mana sarang tu jatuh. Terkiok kiok la anak burung tiung tu. Ada 2 ekor kalau tak silap. Kawan Ayah ambik seekor.


Anak-anak Ayah punyalah suka bila tengok anak burung tu. Terus mereka namakannya Bobby. Kenapa Bobby? tak tahulah. Best agaknya nama Bobby tu. Mereka letakkan Bobby dalam sangkar burung (takkan lah sangkar harimau kot). Bobby suka dengan sangkar merangkap tempat mandi dan berak tidur dia.


Petang-petang, anak-anak Ayah akan bawa Bobby ke belakang rumah yang penuh dengan semak-samun (tanah orang yang dibiar bersemak). Disitu terdapat banyak belalang kecil. Anak-anak Ayah akan tangkap belalang untuk dijadikan makanan Bobby. Bobby pun pandai jugak mencari makan. Dia terbang dan ngap mangsanya itu. Lepas kenyang, Bobby terbang semula ke tangan Ayah. Bijak sungguh Bobby. Walaupun sarangnya terbuka (kadang-kadang pintu sengaja tak ditutup supaya dia dapat bersenam dan merendek terbang disekitar), dia tak pernah lari jauh. Dia akan kembali ke sangkar.


Sehinggalah pada suatu hari yang hening dan bening. Sekumpulan burung tiung datang bertandang dihalaman rumah Ayah. Tak tahu lah dari mana sebab takde pulak masing-masing bagi salam dan kenalkan diri. ID pun takde. Kalau kena tahan dek polis, memang duduk lokap la jawabnya. Kejam sungguh burung-burung tiung tu. Mereka dah racun Bobby dengan janji manis. Mereka kata, makan belalang takde kelas. Makan cacing baru ada kelas. Berkawan dengan alien (manusia) bahaya nanti dia semelih buat sup gosok lidah dengan lalang paksa bercakap. Lepas tu dia panggil reporter kata "burung tiung ku pandai bercakap".


Bobby termakan kata-kata manis kaum sejenisnya. Dia pun tak tunggu siang, terus pack kain baju (ada kaaa???). Bagai orang lapar disuakan ciken chop, Bobby keluar dari sangkar yang memang tak berkunci pintunya sambil nyanyi lagu Selamat jalan romeo. Bobby lambai tangan kepak kepada anak-anak Ayah. Masa tu anak-anak Ayah entah kemana-mana la - ada yang sekolah, ada yang tidur dan ada yang tengah main.


Petang tu semua anak Ayah terkejut tengok sangkar kosong! Bobby dah pergi tanpa nota. Yang tinggal cumalah air minum dan sisa-sisa toxicnya. Takpelah Bobby. Ku relakan kau pergi. Selamat jalan Bobby. Semoga engkau bahagia bersama insan-insan yang kau sayang.... uhukkksss...


Dah hampir 24 tahun kisah tu berlalu. Tapi, anak-anak Ayah masih lagi ingat Bobby setiap kali nampak kelibat burung tiung...

"ni cicit dia agaknya laaa..."

hehehehe....

19 comments:

CJ said...

oh sadisnya. mungkin bobby tu majuk kak neeza bagi dia air kosong jek. sesekali dia nk gak merasa horlicks dn daging palembang. huuhu

Adry said...

hahahaha.... bobby bobby... di mana la ko sekarang yea... hehehe

Zahraa George said...

akak,tu burung tiung ker??
asal macam burung awak jer..
eh silap,burung gembala kerbau :)

Anonymous said...

Salam Neeza,
Mungkin masa tu, filem Hindustan bertajuk Bobby sedang ditayangkan.

Kak Elle said...

hahaha ingatkan hero industan...

Tie said...

Bobby mengingatkan kak tie akan seekor burung punai yang kami bela 2 tahun dulu.

Dia jinak, gak..makan nasi saje..mungkin kerana tekaknya sakit tak boleh makan buah hutan.

Satu hari Punai tak boleh bangun (kekurangan zat kerana makan nasi tak berlauk). Lalu dengan susah payah makcik tu menyuapkannya nestum.

Selang 2 hari dia sihat kembali...Tapi malangnya dia menjadi agresif. Mungkin kerana sudah sihat. Dia suka patuk (sakit ooi!) bila ada peluang. Makcik tu takut tetiba dia akan serangnya ketika ghalit memasak atau tido, lalu dengan berat hati dilepasnya Punai itu ke hutan. Punai terus terbang tanpa menoleh ke belakang.

Budak2 tu selalu ingatkan si Punai ni...bila ternampak nestum, pasti terbayangkan si Punai..hu hu...

l i e y n said...

kak neeza,
tak tahu le nak sedih ke nak gelak?
ni rekaan sendiri or hak cipta org lain sebenarnya?

Mak Teh said...

Mak tehpun ada kisah semacam neeza cerita tu. Cuma bobby kami nama awang. Kisah pertama masa mak teh kecik dulu kami bela seekor burung tiung kami berinama awang. Kisah kedu lebihkurang 5 tahun lalu kami bela seekor lagi anak tiung yang jatuh dari sarang ibunya. Sayang sangatlah kami pada sitiung itu sehingga suatu hari dia terbang ikut girlfriend dia sebab kami bela dia cara sangkar terbuka juga. Hehehehe! ayam den lapeh!

Shima said...

huhuhu...bobby..bobby..

sbnrnya dia lari tu sbb kes merajuk laa..lupe ker???

apa pun..bobby ttp dlm kenangan.

p/s:nama bobby tu ayh yg bagi sbb ayh suka citer hindustan bobby tu... :)

nadinezuharra said...

hehe..tak brape reti nak bela burung..best ke ek..?saye suke tgk burung kakak tua..comel.. :D

Mulan said...

bobby bobby..
where are you..
bobby bobby..
we miss you..

Neeza Shahril said...

CJ,

akak rasa la.. patutnya bagi dia minum kopi arab.. bagi pandai cakap arab kan heheh.. err.. daging palembang untuk akak aje :D

***********************************

Adry,

dah arwah kot dia hehee..

***********************************

As,

mungkin nama sama kot as.. kami panggil tiung.. tempat as mungkin gembala kerbau :)

***********************************

Pak Zabs,

filem bobby tu dah lama rasanya..

***********************************

Kak Elle,

hehehe.. ada gak heroin hindustan nama bobby..

***********************************

Kak Tie,

punai makan nestum?? canggih tu.. tapi nape lak jadi agresif.. mungkin sebab nestum memberi tenaga kot heheh..

***********************************

Lieyn,

cerita ni kisah betul.. ayat2 bombastic tu akak reka sendiri laaa.. hehehh..

***********************************

Makteh,

tiung ni memang tak kenang busi kot.. kecik2 kita bela.. dia tak ingat jasa kita hehehe.. macam la dia reti berfikir pun kan hehee..

***********************************

Dik,

ye ke merajuk? nape ek dia merajuk? lupa betul laaa... yang kakok ingat ada banyak tiung datang mengendeng..

ayoh suka bobby kot hehehe..

***********************************

Nadine,

akak suka tengok dan main2 aje.. nak bela tak reti.. ayah akak yang rajin melayan..

***********************************

Mulan,

mungkin bobby dah sampai uganda hehee..

aNIe said...

Tak mengenang budi betul bobby tu ye...langsung tak cakap 'gud bye'...tapi takpe...asalkan bobby bahagia...sudah mencukupi...

maza said...

bab cerito burung nie...den sensitip sikit...huhuhu

teringat burung den.....huhuhuy

eh, silap! sorry, sorry...

burung adik den..

burung bayan di bela... tapi jodohnya sudah tiba....ia telah kembali ke tempat asalnya....ke alam roh!

(erk! burung pun boleh kembali ke alam roh ke? hmm?! - hentam ajelah)

hehheheh

cheryna zamrinor said...

hihi...name macam bintang filem industan plak...comey jek...

rajin tak bobby menyanyi?

KakNi said...

Sedihnyer kalau kita kehilangan pet, tak kiralah dgn cara apa pun, hilang ke, mati ke... hu hu hu...

lidey lim said...

dulu ada bela kucing nama byby
*ada kaitan ngn cita ni ke*
;"p

Neeza Shahril said...

Kak Anie,

bobby sangat kejam.. huhuuuu....

***********************************

Maza,

burung maza.. eh! burung bayan tu camana rupanya???
cian adik maza kan..

***********************************

Sha,

bobby tak reti menyanyi.. dia tido je reti hehe..

***********************************

Akuni,

kalau mati lagi sedih sebab kita tahu dia dah takde lagi...

***********************************

Empunya diri,

ada kaitan.. nama akan2 heheh..

Zul Abdullah said...

errr.. mungkin kah ada awek jelita di kalangan tiung itu, harus dia tergoda... nak tunggu lagi ka..? :))

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin