Rajin-rajin lah click ya :)

Sunday, March 22, 2009

Serik sikit kot.. ;)


Weekend baru ni, kami ke MK (Malaysian Kitchen Restaurant) lagi! Maknanya, dah 3 kali berturut-turut kami kesana. Nak minum ABC lah kononnya. Abu Shahmey yang ajak. Mungkin dia rasa bersalah sebab Thursday tu dia spend masa dengan kawan-kawan kesian kat anak-anak yang terperuk di rumah saja. Sebenarnya memang lah bosan especially bila dari pagi sampai malam takde aktiviti selain daripada tv dan internet. Nak jugak tengok awan tanpa beralaskan tingkap rumah heheh..


Dah petang pun Abu Shahmey ajak pergi MK tu. Planningnya nak bawak the kids main-main kat beach di Dammam dulu (1 hour dari rumah). Then terus menyusur ke MK (45 minutes dari Dammam).





Ramai betul orang di Dammam. Mungkin sebab Jumaat - weekend untuk rakyat saudi. Nampaklah anak-anak muda berpeleseran tepi jalan (lelaki sahaja), lepak-lepak dengan kawan-kawan. Ada jugak geng motor besar. Ada geng kereta convertible. Tapi kami tak stop kat situ. Ambik gambar diorang pun tak. Terlupa lah pulak. Tapi takut jugak sebenarnya nak ambik. Nanti tak pasal-pasal diorang ingat paparazzi datang carik news ;).


Kami stop di satu kawasan yang agak lengang (read: ada tempat parking kereta). Turun kejap aje. Anak-anak mintak nak mandi tapi tak dibenarkan. Sejuk sebenarnya. Lagipun bukan ada bawak baju nak salin pun. Dan reason yang lebih kukuh ialah, dah nak masuk maghrib masa tu. True enough, about 10 minutes later, azan maghrib berkumandang. Kami sempat snap-snap aje. Then, terus bergerak ke MK.






Sampai aje, dengan penuh semangat kami order food. Kononnya nak try food yang lain sikitlah. Masa sampai air okay lagi. ABC untuk Abah dan Ummi serta bandung untuk anak-anak. Bila sampai food, frustnya la.. Order kuey teow penang style tapi dapat mee goreng penang style. Ingatkan sedap rupanya.. heheh.. tanya lah sape yang order tu. Si dia tu tak kisah pun orang tu silap ambik order. Dia cuma pelik, penang style memang ada kuih (jemput) macam dalam rojak ke? Dan rasanya macam rojak jugak.. Neeza pulak order mee kungfu.. memang tak pernah makan pun. Saja lah nak try. Tak memenuhi citarasa rupanya. Tak pedas dan tak sedap huhuuuu... Yang boleh tahan tomyam Sophea dan Nasi goreng Coan order.


Lepas ni, kalau nak makan, kena order food yang kami dah tahu camana rasa dia. Tak boleh nak adventurous sangat ;). Sebenarnya banyak food yang sedap di MK. Kalau nak jugak makan benda yang tak biasa makan, kena tanya orang dulu apa rasa food yang nak di order tu.. Boleh gitu??


Inilah MK. Exclusive jugak. Pak arab pun ramai yang datang makan. Rasanya, mereka ni yang dah biasa makan malaysian food kot..







Adakah kami akan pergi lagi ke MK? Heheheh... mungkinnnnn... cuma serik sikit je lah... :P



24 comments:

cheryna zamrinor said...

mee kungfu mmg tak pedas kak neeza....
abeh tuh pak arab sume makan ape kat situ?
teringin plak sha nak tau...

cm said...

makanlah neeza..
nak tunggu balik m'sia, takut kempunan pulak!

Jie said...

wahhhhhhhh..kak jie dah balik ni neeza
saja dtg nak bgtau kak jie mandi laut...huhuhuhu

Kak Elle said...

apasal nak serik?kan itu satu2 nya makanan local yg ada di jual...hehe

Zahraa George said...

roy tanya asal tak ajak dia sama?? :P
bila-bila jom pi berkelah kat pantai :)
macam best jer lepak-lepak kat pantai hehehe

rasanya bila makanan pelik-pelik maybe depa tak xpert lagi kot.
kena order yang febret orang malaysia makan kat situ jer la..
nak pi makan lagi ler abc sebelum beranak nih..wakakkaka...

aNIe said...

Neeza...agaknya mee goreng penang style tu lebih pada mee goreng mamak kot...sebab kalau mee goreng mamak memang ade jemput tu...

Kuey Teow Kungfu tu kalau kat sini pun tak pedas cuma ianya dimakan bersama cili jeruk atau cili pada dihiris dan perap dengan kicap...

Sesekali rindu jugak nak makan kat restoran makanan malaysia ye...

Abang Long said...

Wahai Neeza. Disana ada jual LAKSA tak ?

Abang long pantang jumpa dua benda dalam dunia ni. 1-LAKSA 2-COKLAT. Gerenti disapu licin dan sanggup bergaduh dengan anak - anak.

drNO said...

kedai2 mkn ni slalu mcm tu. sekali kita pg sedap, pg lg x sedap lak. masa kitorg kt ipoh dulu, ada satu kedai ni best, tiap kali pg, tom yam dia mmg la sedap sgt. so, skali tu mertua dtg dr klate, kitorg bwk la g situ, x sedap langsung. malu je kt diorg.
susah meniaga kedai mkn ni kn. kalau tukang msk tu cuti, tukang msk lain tu belum tentu sedap mcm tukang biasa biasa tu.

maza said...

hmm kalau mcm tu ler....maza tumpang simpatilah..

nanti elok landing kat KLIA tu ha, terus cari maza..

maza bawak neeza & family makan2 kat sekitar Kota Damansara nie..

macam2 ada!....hehehehe

Anonymous said...

salam akak

emm manje msh leh relaks kalo dia anta slh menu rsnye sedap tapi kot kalau dah la slh menu, lmbt, pstu smpai2 mknan jd tak sedap... em serik nak dtg lagi :)

> akak ngan baby sihat??

Andak Ali said...

I bet to differ, kitaorg pegi Khamis tu best... dapat makan sambal tumis petai...
petai kat bumi arab tu... hehehe...

tapi btul la, x perlu nk try benda pelik2, order yang lazim2 jer

Cat Cat said...

Tulah, Cath pun kurang adventurous bab makanan yang tak per makan... Takut kot2 tak sedap - rugi aje...

Rasyidah Abd. Aziz said...

masak sendiri je lah jawabnyer hehehe...by d way senang ke nak dpt ke bahan2 mentah mcm kue tiow suma tu?

silversarina said...

Rasanya kalau banayk restoran lain memang neeza takkan ke MK dah kan... bila duduk di rantau orang memang tahap serik tu takkan lari jauh, nanti sure teringin nak makan ABC lagi :)

Tie said...

Kak tie tak pernah makan mee kungfu, biasa makan mee hongkong, hailam, bandung...banyak lagi..he he..

Mak Teh said...

Suka tengok syamey dan baby dah nampak mata bulatnya!

Hehehe! Kalau kita sudah pandai masak makan kat kedai memang selalunya kureng sedap! Mungkin tahap masakan Neeza sudah sangat bagus!

noniey said...

selalu camtu lah kedai2 makan ni. mula2 pergi confirm sedap giler.. lagi lah kalau yang baru bukak. tapi lama2 tu, dah kureng skit rasanya.. n harga pun dah naik skit.. tak tau lah kenapa mesti jadi camtu

Firdaus Keong Abdullah said...

Kalau Kak Neeza nak makan Penang style nanti saya masakan apabila dah sampai kat sana... Hee Hee... Berani?

Neeza Shahril said...

Sha,

laa.. ye ke? sah akak tak tahu hehee..
pak arab makan sate dan udang tempura, tomyam.. yang akak nampak la.. :)

***********************************

CIkgu Math,

tu la.. makan je la kan tapi kena pilih yang dah tahu rasa dia ;)

***********************************

Kak Jie,

syoknya mandi.. tapi neeza suka mandi sungai. Laut melekit hehee..

***********************************

Kak Elle,

memang akan pergi lagi rasanya kak Elle ;) cuma mungkin tak lah every weekend hehehh..

***********************************

As,

laaa.. bukan Roy kerja ke time tu.. berehhh.. nanti kita berkelah kat pantai ya :)

mungkilah.. cook dia mungkin cuti. Bila orang lain buat, dah tak sama rasa dia kan..

***********************************

Kak Anie,

Mee goreng mamak ada jugak dalam menu. Tapi kami tak order yang tu.. tu yang pelik banyak..

mee kungfu letak cili jeruk? kena suggest kat dia lah kot..

***********************************

Abang Long,

lupa pulak nak tengok kat menu... lain kali neeza tengok ya..

amboi.. sampai bergaduh tu hehee..

***********************************

Drno,

kita sendiri kena pergi more than 5 times kot kan.. baru tahu apa yang best dan apa yang tak best..

tu yang buat neeza serik nak berniaga kedai makan lagi.. ;)

***********************************

Maza,

waaaa... bestnya ada orang nak belanja..
makanan malaysia memang banyak kat malaysia.. bolehlah kita memilih kan yang mana sedap.. kalau macam kat sini, terima aje lah.. huhuu...

Neeza Shahril said...

Manje,

tu la kan.. tapi takpelah, kira bukan rezeki je lah. Dia memang nak tukar pun tapi kesian pulak kat diorang nanti kena masak lain. Lepas tu, dah sah lah kami kena tunggu lain kan.. hehe..

kami sihat manje.. alhamdulillah... :)

***********************************

Andak,

masa kami pergi khamis pun okay aje food dia.. lain kali kena pergi khamis kot.. hehee..

sambal petai first time makan ke kat situ? sah2 tak tahu kat mana jual petai ni kan.. hehehh..

***********************************

Cath,

memang rugi Cath.. dan yang paling tak best kita kena telan jugak aduhh..

***********************************

Syidah,

bahan mentah ada yang ada.. ada yang takde.. dan ada yang kena creative sikit.. masak sendiri dah bosan lah pulak ahaks..

***********************************

Kak Rina,

memang ABC dia sedappp.. memang kami akan pergi. kalau tak makan pun, minum ABC je.. hehee.. sabor je kan..

***********************************

Kak Tie,

nanti neeza nak tru mee hongkong pulak.. errr.. ada ke yek? hehe..

***********************************

Mak TEh,

Shahmey dah makin berat.. tapi neeza dokong jugak sometimes.. tak nak dia main pasir ;)

neeza tak pandai masak Mak Teh.. tapi pandai mengomen hehee..

***********************************

Noniey,

kedai tu memula dulu tak sedap sangat.. lepas tu tambah food.. sedap... ni kes akak salah order ni..

***********************************

Firdaus,

heheheh... boleh ajeeeee... bab bab makan free ni akak sanggupppp.. hahaha!!

Andak Ali said...

Ha! ada jual petai ke kat Jubail ni? Bgtau a kat mana..
Saya x mkn petai tapi sambal bilis petai mkn plak

Neeza Shahril said...

Andak,

kat Jubail takde.. kat Khobar. Kat kedai siam tu.. kalau pergi sana, boleh la beli tapi mahal la sikit.. maklumlah jauh nak import kan..

Zahraa George said...

kah kah kah..memang sah-sah la dia kerja...
saja jer dia tu..kikiki..
kalau tak kerja,dah habis ukur jalan khobar dah :P

hidayah said...

Bestnya ada restoran malaysia... kat sini tak de... hhuhuhu....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin