Hari ini Neeza nak berkongsi sesuatu yang Neeza tahu. Kata ustaz/ustazah, kalau kita tahu sesuatu, kita wajib kongsi dengan orang lain. Selain daripada kita memberi ilmu kepada orang lain, kita juga selamat diakhirat esok daripada dipertanggungjawabkan kerana tidak memberitahu. Walaupun ilmu Neeza tak berapa mendalam mengenai hal ini, izinkan Neeza menulis disini. Mungkin ada yang lebih alim (banyak ilmu) dapat kongsi mengenai hal ini (diruangan komen) untuk kebaikan semua. Insyaallah.
Apa beza zakat dan sedekah? Mengikut apa yang Neeza tahu, zakat ialah salah satu rukun Islam yang kelima. Manakala sedekah pula merupakan amalan mulia yang amat digalakkan bagi umat Islam. Rasanya, Neeza pernah dengar satu ceramah yang mendifinasikan zakat sebagai pertambahan. Maknanya, bila berzakat, kita diberi tambahan oleh Allah. Dalam website K Zakat, Zakat dari segi bahasa bererti "BERSIH", "SUCI", "SUBUR", "BERKAT" dan "BERKEMBANG". Neeza rasa, berkembang itu maknanya berkembang harta bendalah kot. Setiap umat Islam wajib menunaikan zakat fitrah. Zakat yang lain-lain seperti wang simpanan, harta benda, perniagaan dan lain-lain pula wajib bagi yang mampu sahaja. Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak
Ada pendapat mengatakan zakat elok diwar-warkan. Kenapa ya? Pendapat Neeza yang cetek ilmu ini, ianya adalah untuk menggalakkan orang lain juga berzakat. Berlainan dengan sedekah, ianya tidak perlu malah adalah lebih baik kiranya kita tak bagi tahu orang. Zakat itu adalah untuk menyucikan harta benda. Bila sebut menyucikan, kiranya kita tak buat, bermaknan harta benda kita tak suci. Ada benda yang tak patut kita guna disitu. Ada harta yang sepatutnya menjadi milik orang lain (orang-orang yang boleh terima zakat). Sebab itulah kita wajib berzakat apabila cukup haul dan nisab.
Sedekah amat digalakkan juga. Selain daripada mendapat pahala, rezeki kita juga akan lebih berkat. Kita juga akan menggembirakan orang yang menerima sedekah. Mudah-mudahan, orang yang menerima sedekah akan mendoakan kita pula. Insyaallah.
Didalam Islam, tiada beza yang kaya dan yang miskin. Yang kaya perlu memberi (berzakat) kepada yang miskin. Kiranya dipraktikkan, tidak akan wujudlah jurang besar antara kaya dan miskin. Maka tiadalah lagi yang kaya bertambah kaya dan yang miskin akan jadi papa kedana. Betapa indahnya agama Islam sebenarnya tapi amat jarang yang mengamalkannya...
18 comments:
setuju sangat2
nikmat yang Allah bagi ni bukan hak mutlak kite sepenuhnya..
dalamnya ade bahagian mereka yang miskin nih...
mmg patutlah diberikan pada mereka...
baru berkat dan selamat...
hebatnya hukum Allah...
mmg begitu yg di fahamkan.
smg dpt bersama2 berkongsi rezki n nikmat Allah... jgn pandang yg jauh2...lihat keluarga n org yg terdekt dgn kt dhl..maybe ade yg memerlukan...Waallhualam..:)
Thanks for sharing.
Rezeki yang dikurniakan memang bukan hak mutlak milik kita . Wajib keluarkan zakat terutama zakat pendapatan sebab sah tiap bulan kita ( bagi yang bekerja ) dapat pendapatan .
Zakat itu adalah perkara yang diwajibkan. Semua orang tahu ia rukun Islam yang ke lima. Namun seperti menunaikan ibadah solat tidak ada orang yang memaksa kita melakukannya. Atas diri sendirilah! So kadang-kadang seperti kebanyakan orang-orang muda kita lupa akan kepentingan berzakat ini.
Bersedekah pula bukan perkara wajib namun ianya amalan yang amat menguntungkan kita. Sekiranya kita bersedekah di hari itu selain dari mendapat ganjaran pahala kita dilindungi dari perkara-perkara yang buruk yang mungkin menimpa kita.
Dan telah dijanjikan Allah bahawa sesiapa yang bersedekah ke jalan Allah maka dia akan mendapat ganjaran 700 kali ganda balasannya dunia dan akhirat. Wallahhu'alam!
( Boleh refer to entry blog mak teh label My Tazkirah )
zakat dan sedekah tu menutup ruang2 yang kosong...
Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik) dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan-Al-Baqarah-271
salam akak
info yg baik... emm kita patut kongsi nikmat yang Allah berikan
dengan sesape yg berhak... lebih berkat hidup kite... :)
bagus info ni. :)
minta izin kak neeza aku nk kempen sket. kpd pembaca blog kak neeza yg sdg bekerja, agar buat potongan bulanan zakat pendapatan. x byk, tak sampai pun 30 ringgit sebulan ptgn zakat kita. tp yg gaji besar tu byk le sket potgn ye. hehe
biar duit berkat maaaa.. hihi.
Nak mengomen gak a... pasal komen CJ,
Memandangkan kerakusan pembaziran duit pembayar cukai oleh kerajaan sekarang, adlh lebih elok kalau kita elak dr membayar cukai. caranya?
1. Jumlah tolakan PCB bagi gaji ditukar PZB (potongan zakat bulanan) - semua sekali, lebih pun x per
2. Xyah kerja dlm Malaysia... hehehe
Mengenai zakat pendapatan ni, ada yang kata x perlu sebab dalil xder sebut pun zakat pendapatan, yang ada zakat fitrah, zakat perniagaan, zakat emas, zakat ternakan, zakat tanaman... tetapi ulama' zmn skg berfatwa bhw zakat pendapatan tu termasuk la dlm zakat2 yg tersebut diatas, so jgn ngelat nak byr zakat tau.
pasal zakat emas plak, saya dgr ada pendapat kata zakat emas tak tertakluk pada emas yang tdk dipakai je skg ni, asalkan cukup nisab kena bayar walaupun emas tu dipakai, bukan disimpan (mcm tok peraih kat kelantan tu, gelang emas smpai ke siku tu...). Itu satu pendpt, tp ada gak pendpt yg masih pegang kata emas yg wajib zakat ialah emas yg disimpan (x dipakai)... wallahua'lam
Sesungguhnya...Zakat itu menyucikan harta...
Aku dah bebarapa kali diperlihatkan nikmat itu oleh Allah...segalanya disebabkan zakat itu...sungguh...aku percaya!!
Zakat ini perkara rukun yang wajib dipelajari dan didalami...difahami....jika tidak tak lengkap rukun kita yang lima itu...
Tak bolehlah main 'dengar-dengar- pendapat orang je...Rukun beb!!!
Wallahualam..
yeap... Islam tu Indah.. Islam tu Mudah... Islam is the way of life... Kalau Agama Islam tu diambik secara sepenuhnya... insyaAllah... Hidup kita aman ... damai... berkat ... negara pun maju dan makmur dalam erti yang sebenarnya.. Negara yang mendapat pengampunan dan keredhaan Allah SWT...
Syidah, Chekgu B, Kak Elle, Liza, Kak RIna, Mak Teh, Lieyn, KM, Manje, Cikgu J, Andak, Kak Lah, Adry,
terima kasih kerana sudi berkongsi.. sesamalah kita menunaikan rukun Islam yang kelima ni.. Insyaallah, hidup kita lebih berkat...
kalau rasa susah, macam cadangan Cikgu Jawe dan Andak, buat potongan zakat dari gaji bulanan. Tak terasa sangat.. Dan Insyaallah duit tiap2 bulan tu berkat...
sy selalu tgk Syed Bulkari... setiap tahun beratus juta dia kelurkn zakat & hasilnya sykt dia makin berkembng maju. Yg pasti zakat itu wajib.
Zakat macam yang lain dah cakap itu adalah wajib, rukun islam ke 4 tu.
Sedekah amat di galakkan sebab apa yang kita ada ni semuanya milik Allah hatta nyawa kita pun bukan kita yang punya hak. Ianya milik Allah semata..jadi sebanyak mana pun harta yang kita ada sekarang di dunia, semua itu Allah bagi pinjam. Sebaliknya harta kita yang akan kekal abadi besok2 ialah apa yang kita sedekahkan dengan ikhlas di atas dunia ini, tak kiralah duit, barang, ilmu atau tenaga empat kerat.
APA YANG KITA BAGI DENGAN IKHLAS ITULAH YANG AKAN JADI MILIK KEKAL KITA DI AKHIRAT NANTI. So, kalau nak jadi kaya kat akhirat esok, banyakkanlah memberi dengan ikhlas di dunia, InsyaAllah.
Kuina and Kak Wani,
thanks for sharing.. hehee.. camana boleh tulis rukun Islam kelima hahaha!! thanks ya kak Wani tolong betulkan..
betul tu.. Syed Bulkhari contoh yang sangat baik untuk semua orang...
Alhamdulillah,kami merupakan penerima zakat..ermm,bukan kami,Mr Rafi jer..
Walaupun terima zakat,tetapi tak lupa untuk mengeluarkan zakat juga..
Moga-moga berkat semua rezeki kurniaan Allah S.W.T..
Post a Comment