Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
Ini dipanggil peribahasa ataupun simpulan bahasa ya? Lupa lah pulak. Dulu, masa mula-mula belajar ayat tu, takde makna sangat pun pada Neeza. Mungkin sebab tak faham maksud sebenar. Lagipun pelik kan. Kenapa mesti berpada-pada nak buat baik. Buat ajelah baik selalu. Sangat digalakkan untuk berbuat baik. Rasanya semua agama didunia menggalakkan kita berbuat baik.
Bila dah
Orang kata, kalau kita baik dengan seseorang, kena put a distance sikit. Tak boleh lah telan segalanya. Tak elok juga seperti isi dengan kuku (langsung tak berenggang melainkan dapat cagu hahahaha!!!). Sebab, kalau kita baik dan rapat sangat, dibimbangkan nanti bila terjadi sesuatu persengketaan, akan jadi seperti kacang lupakan kulit hehehe.. (sorry yek kak Lah, takde niat nak ambik alih tugas akak sebagai cikgu BM. Percubaan untuk jadi karam singh walia pun bukan hehee..). Bila kacang dah terpisah dari kulit, takkan bertemu lagi. Mungkin jumpa dalam tanah lah kot.
Tak pasti pulak ayat tu wujud tak dalam bangsa lain seperti india, cina, pakistan, arab, rom dah lain-lain. Yang pastinya dalam bangsa melayu memang ada. Kenapa agaknya wujud didalam bangsa melayu? Sebab.... orang melayu ni ruih!! Tak semua ya tapi ada lah yang macam tu. Kalau tak banyak pun sikit.
"pssttt.. minah! awak tahu tak, kawan baik awak tu, si sepiah tu.. dia kata anak awak tu panjang tangan. Kalau datang rumah dia, mesti akan bawak balik apa-apa dari rumah dia. Tu, dia lah yag bagi tahu saya.. tapi jangan pulak awak tanya dia sebab dia kata kat saya, jangan bagi tahu awak. Awak kan baik dengan dia..."
Familiar tak? Kalau seorang yang bijak (bijak tak semestinya kena ada PhD okay... orang tak sekolah pun boleh jadi bijak kalau berfikir..), tentu dia akan periksa dulu. Selidik dulu maklumat tu betul atau tidak. Since orang tu cerita pasal anak dia, check lah dulu anak tu. Betul ke ada barang orang dia bawak balik. Lagi satu, periksa jugak latar belakang orang yang menyampaikan. Ada niat terselindung ke. Dan macam-macam lagi lah.
Selalu juga terjadi, disebabkan anak-anak, mak mak bermasam muka. Sepatutnya kita kena ajar anak kita, bukan ajar anak orang. Kalau kita nak anak kita bercampur dengan anak orang, pastikan anak kita well behave. Kalau depan mata kita dia buat perangai, terus tegur dan marah! hehehe.. bab marah tu Neeza aje. Bukan suruh orang lain buat tau. Kita tahu anak kita lebih dari orang lain. Jadi, sebelum anak kita menyusahkan anak orang, lebih baik kita buat sesuatu. Itu kalau pasal anak lah.
Orang melayu (ya.. saya orang melayu juga) ni, walau dimana saja berada, sifat ambil tahu tu agak lebih sikit sampai kadang-kadang menyusahkan diri. Contohnya, ada lah jamuan makan di rumah si polan dan dia tak dijemput. Kebetulan dia dapat tahu dari kawan dia yang dijemput kesitu. Naik angin lah dia. Lain kali, aku buat makan, aku tak nak jemput dia!! hehehee.. amboi... nak balas nampak :). Kita tak tahu kenapa orang tu tak jemput dia. Mungkin sebab rumah dia kecik. Nanti kalau jemput ramai, jadi tin sardin lah pulak. Mungkin juga sebab jamuan tu memang dibuat untuk orang tertentu. Lagi satu, suka hati dia lah dia nak jemput sape. Yang awak dok sibuk persoalkan kenapa tak jemput awak tu apahal? Awak tu penting sangat ke sampai semua orang kena jemput awak??
Kalau pasal benda lain macam binatang ternakan. Kalau kita bela ayam, itik, kambing, lembu, unta atau keldai, sila lah pastikan mereka ada makan minum yang cukup, tempat tinggal
Nota: walaupun penulis cerita diatas adalah penulis blog ini, bukan bermakna penulis blog ini bersih dan suci daripada apa yang disebut tauuu... Dia juga manusia. Dia pernah buat silap dan mungkin akan buat silap lagi. Peringatan itu untuk diri dia jugaklah... (nanti ada pulak yang kata, elehhh.. macam lah dia baik sangat!). Kita sama-sama belajar ya... peaceeeeee!!
10 comments:
ooppsss..ada yang tak kena ke cik adik?
ermmm...nice topic...anyway i just drop by & terbace topic kt blog u ni..
Macam masuk kelas Bahasa Msia pulak kali ni.... By the way, I still can't differentiate mana satu kiasan, bidalan, simpulan bahasa or peribahasa....
Buat jahat jangan sekali!!!
macam ada cerita yang tersirat je Neeza.
ape pun orang-orang tua pandai menggunakan bidalan & simpulan bahasa yang memang tepatuntuk kehidupan kita,
Kak Ummi, cT aka firuz, Mamamia and Kak CIkgu Math..
takde cerita pun disebalik entry neeza ni. saja aje terfikir nak tulis topic ni sebab takde idea nak tulis apa.. hahaha!!
selalu sangat cerita pasal makan kat MK.. bosan dah hehee..
anyways, benda ni berkaitan dengan semua orang kan.. neeza pun terlepas pandang benda cam ni... so, kira peringatan untuk diri sendiri jugaklah...
please... orang lain yang baca comment ni.. tiada subject tertentu pun dalam cerita ni..
lah ingatkan dah jadicerdik amcam mimi bolih bezakan antara kera ngan monyet...hahaha
pandai betul orang dulu-dulu buat perumpamaan kan..banyak benda yang diumpamakan adalah betul.
biasanya kan,kalau kita baik terlampau,satu hari mesti ada jer benda yang tak kena,tak puas hati dll...
tapikan,bila baca entry akak nih,hehe..bleh jadi panglipulara kengkadang akak nih..nak tergelak bila 'lembu breakfast' :)
Kak Elle,
hehe... masa belajar BM main-main dulu kak.. ;)
***********************************
As,
tu la kan.. that's why orang kata.. kalau sayang, jangan sayang terlebih.. kalau benci jangan benci sangat hehehh..
lembu pun ada gak yang dinner As.. huhuuu..
positive thought...suka, suka, suka.
kak neeza siap bg contoh!
saling ingat mengingati tu penting...
Lieyn,
peringatan untuk diri sendiri sebenarnya..
Post a Comment