Rajin-rajin lah click ya :)

Thursday, April 2, 2009

Buta IT




Buta IT, celik IT. Anda dalam kategori yang mana? Neeza tengah-tengah tapi tak lah betul-betul tengah. Kalau pakai spek, mungkin kena pakai yang power 500 kot. Siapa yang pakai cermin mata, tahu lah level power 500 tu. Sekarang ni cermin mata Neeza (yang betul lekat kat mata) ni power 300. Sama dua-dua belah.

Bila sebut power 500, maknanya memang banyak benda yang Neeza agak buta @ kabur. Kalau orang bercerita pasal IT, Neeza mungkin lebih senang diam daripada cakap tapi tak tahu biji butir yang Neeza cakap. Tapi Neeza sangat curious. Selalu bertanya orang tentang itu dan ini walaupun Neeza pun tak faham apa yang Neeza tanya. Boleh gitu??

Bila cerita pasal IT ni, teringat pulak kat kawan tempat kerja lama, seorang IT programmer. Dia jadi mangsa tempat Neeza bertanya itu dan ini. Walaupun kena pakai spek power 500, masih gagah tu nak usaha supaya tak payah pakai spek. Nak jugak buat sendiri tanpa bantuan. Jadi, bila Neeza keluarkan soalan, banyak lah soalan-soalan bodoh yang tak bijak keluar. Sebijik macam budak tadika belajar. Kawan Neeza tu explain jugak. Tapi, bila setiap kali mintak dia ajar dan setiap kali itu jugaklah Neeza akan tanya soalan yang sama, last-last kawan Neeza tu senyum aje. Malas nak layan lah tu (Sam, kalau you baca ni, gelaklah puas-puas ya. I know I budak baru belajar..).

Lately, internet connection kat rumah ni slow macam.. siput dah takleh guna sebab walaupun slow, bergerak jugak si siput tu. Mungkin Neeza gunakan benda lain sebagai contoh. Slow macam harga barang nak turun yang mana tak turun-turun pun.. sekali-sekala turun tapi banyak kali kala naik.. hahahaa!!

Ada kawan suggest tukar guna apa entah. Ingat nak check balik apa yang dia tulis kat shoutbox Neeza baru-baru ni tapi tengok!!! tak boleh nak bukak page tu. Geramnya laaa.. Neeza tak ingat apa yang dia suggestkan sebab Neeza tak faham sebenarnya apa yang dia maksudkan. Macam mana rupa benda yang dia cakap tu. Lantaklah. Orang nak mengata biarlah. I admit that I'm an IT moron!! (err.. syarill yang sedang happy di malaysia bersama shida dan anak-anak tercinta, nanti tolong explain ya bila balik sini semula.. ;)).

Yang hairannya, kami ni sebenarnya baru je increase speed limit (speed limit menda pun tak tahu lah..). Dari 256MB (ye ke??) ke 516MB (rasanya la..). Bila increase tu, ongkos yang keluar pun lebih lah sikit. Patutnya better service lah kan. Ini tidak. Senak aje.. Nak nangis laaa...uuwwwaaaa!!!!

Terfikir pulak, adakah Neeza perlu enrol computer class macam 1 group of students di tempat Neeza belajar sekarang? Ataupun mungkinkah Neeza kena ada session dengan orang-orang STC (Saudi Telecommunication Company) dan bagi kaunseling kat diorang suruh buat kerja betul-betul? Jangan asyik duduk dan tak buat apa. Bila call diorang, kalau tak kena tunggu 10 minit keatas dan kadang-kadang selama-lamanya, jangan haraplah dapat cakap dengan customer service. Aduuhhh.. letih la cam ni.

Haaa... baru dapat tengok apa yang syarill tulis. Guna Al Jawal broadband. Camana tu? Kena beli sim card lain ke? Gelak lah.. gelak golek-golek kat lantai tu.. tak kisah pun... :P.

17 comments:

maza said...

sekarang nie memang line internet problem for the rest of the world...

ada virus baru sendang melantak sakan sofware2 dan komputer termasuklah ISP komputer....

Ia sempena April Bodoh.. hmm

jadi sabar ajelah sesiapa yg terkena, dan maza pun terkena gak...huhuhu

sedih wooo....tetiba blog maza org tak leh komen, pulak tu bertukar ke dalam tulisan cina, kalau jawi tak pe lagi, boleh ler baca......

uwakkk....

l i e y n said...

saya pun tak le terer sangat dan takde le tak terer sangat, tapi okay le...

arsaili said...

salam...as for me tade soalan bodoh atau soalan tak bijak...it is good to ask kalau tatau kan daripada pura2 tahu..eheehe..kalau malu bertanya sesat jalan la jawabnya

Zahraa George said...

haha..rasanya internet STC problem kot..chewah,pandai tul as..rumah kami nih start dari masa hujan haritu,sampai sekarang lansung x leh guna!!ados,tensionnnnnnnn..atleast rumah akak bleh gak guna..hehe..

nih pun guna mobily..yang shahrill cakap tu sama macam as..guna braoadband..cuma beza as guna mobily,dia guna jawal..tapi kalau kat bandar memang ok,kalau cam kat rumah as nama jer 3.5G,tapi slow macam siput gak.boleh lah tukar jadi "berukband".hehe.bikin tension gak!!

Tie said...

Ooo....kak tie kena ngaku...memang tak tahu menahu bab2 IT ni...

Entah macam mana boleh buat blog sendiri...heran gak! Mungkin kerana boleh faham sikit2 English tu...

Apa yang kak tie tak tahu, terus godek2 dlm internet..kalau tak faham jugak, tanya kat sibujang tu...hmm...memang otak ni slow sikit. Kena ulang banyak kali baru faham..he he...

Tie said...
This comment has been removed by the author.
Jie said...

ooo patut lama tak nampak neeza, pagar berduri tinggi tak dpt lepas ye

Kak Elle said...

apa masaalah sebenar kat sana tu asyik lembab connection nya?

cheryna zamrinor said...

sha pon tak pandai IT Kak Neeza...nieh tgh dok menggodek camne nak buat graf tapi tak berjaye gak buat graf yg cantik...huhu...

Kite belajar same2, k!

silversarina said...

Akak memang dah tua ni malas nak fikir bab nak memajukan diri dalam IT, cukup untuk yang akak dah tau sebab tak nak peningkan kepala, kalau taktau akak minta anak2 buatkan .

zino said...

nasib baik kat rumah zino ada sorang pakar IT hehe

MAMAMIA said...

As long as boleh berblog, guna email, spreadsheet, kira bolehlah tu...

Meraba pun, meraba lah....

ckLah @xiiinam said...

errrr...tapi kan neeza..
kita perlu vouge kan diri kita sebagai seorang ibu di zaman ict ni.....

sekurang-kurangnya...
lebih pandai sedikit dari anak-anak kita...

kerana cabaran ibu mendidik anak2 di zaman global ini..
amat menduga...
jangan sampai ditipu anak-anak yang lebih mahir dari kita...

tidak cukup hanya mengawasi luaran mereka....
kerana yang datang dlm dunia internet....waduh...waduh...
ckLah selalu memantau aktiviti anak2 murid ckLah melalui frienster mrk dlm senyap...hebat...kekadang terfikir....apakah ibu mrk tidak sedar...bahawa anak dara mereka sedang berolah dlm dunia tanpa sempadan...



eh...panjangnye....terbuat enty pulak kt blog engkau....sowwwey...

drNO said...

mmg problem nk access intenet skang.
nk update blog punya la susah. tgh2 type hilang, etc.
especially here, they said the internet here is the worst. x tahu la.

kita pun kt tgh2 gak kot. bita x, celik sgt pun x. rabun2 ayam gitu..

Abang Long said...

Wahai Neeza.

Abang long pun BUTA - IT. Itulah hakikatnya, sampai nak cantikkan blog pun ambil masa dua tahun.

Lepas tu, yang tidak seronoknya, ramai orang mengaku mahir IT, tapi semuanya tidak terdaya nak membantu, akhirnya tinggallah abang long dalam ke...

Akhir-akhir ini, nasib baik ada seorang kawan China, kenal secara tak sengaja, dialah yang banyak memberikan tunjuk ajar.

Neeza Shahril said...

Maza,

ooohh.. kisahnya.. tak tahu pun. napelah pasal tu pun diorang nak bagi virus.
Takde kerja sungguh kan..
tulisan cina ke?? kesiannya..

***********************************

Lieyn,

bab guna ni boleh la akak. Tapi bab technical tu hancusss.. hehee..

***********************************

Arsaili,

points agreed. That's why I like to ask..

pssttt.. sebenarnya bertanya sebab malas nak baca and cari sendiri. Jadi, tanya aje pada library bernyawa/bergerak hahaha!!

***********************************

As,

haah la.. baru akak perasan. Since hujan hari tu. Ada wire masuk air kot hahaa!!

kat rumah akak boleh guna tapi banyak masa tak boleh. Baru bukak banyak blog nak baca, tak boleh comment sebab internet off.. geram sangat..

berukband aka broadband tu camne rupa dia As?

***********************************

Kak Tie,

takpe tu Kak Tie.. asalkan mahu belajar dan berusaha sehingga jaya..
slow pun slow lah kan.. kita yang nak guna. bukan orang lain. heheh..

***********************************

Kak Jie,

pagar tu dia tinggi rendah.. kejap rendah.. lepas tu bila berdiri lama pulak tu.. kijaaaammm!!

***********************************

Kak Elle,

masalahnya ialah kami pun tak pasti apa masalahnya..takde warning tapi line takde aje most of the time..

***********************************

Sha,

kalau nak buat graf, kena tanya orang yang buat Master or PhD. Diorang biasa buat graf untuk thesis..

***********************************

Kak Rina,

akak untung boleh tanya anak. Kalau neeza tanya sophea, jawabnya, sama-sama tak tahu hehee..

***********************************

Zino,

harus dibayar gaji tu hehehe..

***********************************

Mamamia,

spreadsheet neeza tak tahu benda apa.. huhuu..

***********************************

CkLah,

yang tu neeza setuju. Banyak sangat benda baru.. fb lah.. myspace, frenster dan macam2 lagi..

setakat ni anak-anak neeza tak reti lagi benda-benda tu..

apa salahnya buat entry.. buat karangan pun boleh.. kita kongsi-kongsi kan.. :) kalau neeza tak suka, dah lama neeza tutup comment box ni.. hehehh..

Neeza Shahril said...

Drno,

agaknya almostr seluruh dunia cam tu kot.. ingatkan kat sini yang teruk. ORang semua dok complain sini. Mungkin ada orang yang nak buat duit dari semua ni.. hmmmm

***********************************

Abang Long,

heheh.. bangsa itu juga yang sudi menolong kan... :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin