Semalam, lepas makan Neeza rasa sangatlah kenyang. Bila kenyang, kita selalu lupa waktu kita lapar. Kita lupa pada orang-orang yang kelaparan. Ustazah pernah cerita, dugaan dari Allah ada 2 bentuk - kesenangan dan kesusahan. Bagi yang mendapat kesusahan, dugaan tu jelas. Sekiranya dia miskin, memang nampak apa yang menimpa dirinya. Hidupnya daif, makan pun kurang, rumah pun buruk, pakaian juga lusuh. Sekiranya dia bersyukur dan masih meneruskan keimanan terhadap Allah s.w.t, bermakna dia lulus ujian/dugaan Allah tu. Alhamdulillah...
Sebaliknya bagi orang yang memperolehi kesenangan, jarang sekali yang sedar bahawa itu juga merupakan satu dugaan. Dengan makanan melimpah ruah, rumah besar, pakaian berjenama, dengan mudah saja, makanan dibuang dan dibazirkan sebab senang nak dapat. Terlalu sedikit yang sedar itu lah dugaan buat mereka dan mereka gagal dalam ujian/dugaan tersebut.
Kalau ikutkan memang kita tak rasa ianya sebagai dugaan sebab minda manusia biasanya menafsirkan dugaan = susah. Senang pula = anugerah dari Allah. Betul, memang benar kesenangan adalah anugerah dari Allah tapi ia juga dugaan besar buat kita. Bila dah senang, berapa ramai yang mengingati penciptaNya? Berapa kerat yang memanjatkan kesyukuran kepadaNya? Tapi, bila susah, cepat saja ingat "Ya Allah, berikanlah kesenangan kepada kami. Jauhkanlah kami dari kesusahan ini..". Bila dah senang, ada tak kita ucapkan "Aku bersyukur padaMu Ya Allah diatas kesenangan yang Engkau kurniakan ini.."?
Maaf sekiranya entry ini nampak 'berlagak alim'. Sekelumit pun takde niat untuk bagi ceramah pada sesiapa. Tidak sesekali. Siapalah diri ini, insan kerdil yang hina diatas muka bumi Allah yang Maha luas ini. Nasihat diatas khusus untuk empunya blog dan sesiapa yang sudi berkongsi. Sama-samalah kita berusaha untuk lulus semuga ujian dan dugaan dari Allah s.w.t. Insyaallah...
12 comments:
Salae Ja
betul gapo hok Ja tulih tu.
Kito kalu senea memae jarae lar nok ingat kor Allah. Tapi bilo susoh , baru lar lamo tadoh tangae atah kain sjadoh tu ....
Thx for the ingatan.
Assalamualaikum warahmatullah,
Neeza,
Ya! Memang setuju dengan Neeza. Tidak mengapa...kongsi segala pemikiran...itu bukan bermakna kita hendak tunjuk lagak dan tunjuk alim...
"Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat" - Hadis Nabi...
Jadi, setiap kali kita lakukan ini, kita menjunjung sunnah nabi..dan mendapat pahala.
Ya! Saya juga setuju...susah, senang adalah dugaan, anugerah dari Allah.
Sebab itu juga, sebagai umat Islam, kita sentiasa diperingatkan tentang perlu bersabar...
Sabar dalam susah menginsafkan...sabar dalam kesenangan, sukar dilakukan sebab terlena dalam keasyikan...kecuali ada orang yang tolong peringatkan...
Wallahu alam.
Wasalam...
Thanks neeza.. memang kesenangan tu jugak satu ujian tanpa kita sedari.
Terima kasih kerana mengingatkan Pak Man.
kak neeza,
terima kasih kerana mengingatkan...
manusia memang selalu lupa bila selesa, hanya ingat bila susah...nasib baik gak...
sharing is caring...
uiks...banyak2 words yg ku lihat, kenapa ayat berlagak alim gak yg tersumbat di benak ini yea?,,,
hehehe
tapikan, bagi maza kalau ada ilmu tak digunakan umpama pohon rendang tapi tak berbuah! Tak guna gak jadi orang...
kalau ada ilmu berguna tetapi tidak disampaikan (saling ingat mengingati atau mengajarkannya), orang itu diumpamakan di dalam Al Quran sebagai orang yang kedekut ilmu.
Kelaknya, Allah SWT akan kedekut kembali kepadanya.
Lagi satu, Allah SWT menerangkan di dlm Surah Al Isra'kategori sifat org Mukminin (bukan Muslim tapi Mukmin dan Mutakkin)ialah mereka sukakan kebaikan dan menyampaikan (melakukan kebaikan)..
Tetapi selagi mana di dalam hati tidak ada rasa riak, ujub dan takabur (penyakit2 hati - termasuklah hasad, dengki, khianat) maka mendapat balasan kebaikan jua (pahala) dan terhindar dari Fitnah memakan diri!
Sekian sahaja dari meja sidang merapu kerapu pengarang.....heheheh
Kak Pb,
diri Ja sendiri terasa...
kita saling mengingati ya kak..
***********************************
Kak Umi,
thanks Kak.. Neeza perlu perbaiki banyak benda tentang diri sendiri..
bila dengar sesuatu, rasa nak luahkan..
since ada blog, tulis kat blog.. bila orang baca, Alhamdulillah..
kalau nak pergi buat ceramah, rasanya tak layak sangat..
***********************************
Kak Ummi,
kesenangan itu ujian yang buat kita lupa..
***********************************
Pak Man,
Neeza cuma sampaikan apa yang Neeza belajar..
***********************************
Lieyn,
dalam quran pun banyak sebut tentang tu kan Lieyn... Allah dah terangkan perangai manusia. memang macam tu..
***********************************
Maza,
kalau kita berkawan dengan penjual perfume, kita akan wangi...
tapi kalau berkawan dengan penjual tempoya, bau tempoyak lah kita.. kan maza kan..
kalau nak ilmu, berkawan dengan orang banyak ilmu..
neeza malas membaca (buku ilmiah). Lebih senang cari library bergerak... hehee..
thanks maza :)
Salam Neeza,
Benar seperti yang anda tuliskan itu. Itu lah sebabnya amat bertuah orang yang kaya dan bersifat pemurah dan tidak lupa bersedekah dan membantu orang yang kurang berkemampuan. Semoga kita diberi hati yang suka bersedekah tak kira semasa ada banyak atau sedikit wang sahaja. InsyaAllah.
Masih terbayang ikan keli rebus. Dimasak oleh keluarga miskin untuk dijamu kepada petugas PR. Ukhuwah Fillah, 3 ekor ikan dimakan oleh 10 orang.
Peringatan yang baik buat kita semua...
Adry @ http://www.adrysabry.com
Gud n3 nih..saling ingat mengingati..
Pak Zabs,
semoga Neeza akan dimasukkan dalam golongan orang yang suka bersedekah.. amiinnn...
***********************************
Abang Long,
Alhamdulillah.. rezeki mereka. Yang sikit sama dicecah kan.. tapi niat itu yang penting kan..
***********************************
Adry,
peringatan untuk diri ini juga..
***********************************
Sally,
sharing is loving :)
Post a Comment