Rajin-rajin lah click ya :)

Monday, April 6, 2009

haaa.. komplen la lagi..



Sorry ya kepada sesapa yang tak suka cerita mengumpat. Bukan niat nak mengumpat sangat tapi nak ingatkan diri sendiri supaya tak jadi seperti orang yang dikata ni. Walau bagaimanapun watak dalam cerita ni terpaksa dicensorkan. Nanti berdosyeee..

Kisah ini tentang seorang dan dua tiga orang hamba Allah yang naik bas. Ada antara mereka ni selalu complain pada driver bus, kenapa mereka selalu lambat diambil waktu nak pergi sekolah. Mereka demand suruh ambik cepat. Kata mereka, kalau lambat diambil, lambatlah sampai kelas. Memang logik. Lambat naik bas, lambat sampai kelas.

Tapi!!! adakah mereka nampak dan perasan yang dalam bas tu ada jugak orang lain lagi. Orang lain yang hanya diam sahaja walaupun mereka yang paling awal diambil dan paling lambat sampai rumah time balik tapi sampai sekolah pada waktu yang sama dengan orang-orang yang banyak bising tu. Orang yang complain tu diambil lambat tapi dihantar awal kerumah selepas balik sekolah. Untungkan. Mereka tak payah duduk lama dalam bas. Orang yang diambil awal ni, lama kena duduk dalam bas. Dah lah pagi-pagi kena siap awal. Tak dapat nak tidur-tidur atau santai-santai sebab bas ambik dia dulu. Dia kena stop banyak tempat sebab bas kena ambil orang lain. Tapi, orang-orang awal ini tak bising pun.

Jadi, hari ini, driver bus dah tukar route. Sesiapa yang diambil dulu, dihantar dulu. Sesiapa yang diambil kemudian, dihantar balik kemudian. Fair kan! Bila mereka nampak driver bus tukar route, laju aje bertanya "nak kemana?". Then, ada lah suara-suara bagi tahu, hantar orang lain dulu. Terus aje dia cerita masalah dia - anak balik sekolah awal. Dia perlu sampai rumah awal. Nak aje mulut ni keluar "kalau cam tu, ambik taxi lah balik". Tapi tak keluarlah statement tu sebab yang selalu sangat complain tu bukan dia tapi kawan dia yang duduk dekat dengan rumah dia. Jadi, dia terkena sekali lah.



Moral of the story - sebelum mulut kita bising banyak sebab tak puas hati terhadap sesuatu, nilai dulu orang lain yang mungkin lebih patut bising tapi tak bising pun...

17 comments:

Sally said...

hmmm..org yg mulut kuat komplen ni mmg tak sesuai naik public transport..dia kena ade supir sendiri!! betul tak Neeza?

Zahraa George said...

wahhhhhhhhhhh,bagusnyer..
barulah fair kan!!
lain kali jangan fikir diri sendiri jer..hehe
memang kesian sapa yang kena tunggu bas paling awal,dan bas hantar paling lewat..kiki..penat doh merasa..
bijok betul driver bas harinih..hehe

ckLah @xiiinam said...

Orang macam ni...elok naik BAJAI je...


Errr tau BAJAI?


Kat Jakarta banyak...he..he..

MommYaLif said...

ingatkan their other halves je asyik komplen & meng'ular'aje..hmm kaum'F' pun gitu! this is what people saying 'unnecessary stress'..tak considerate/courtesy langsung..kesian you all n the driver tu(i know you all on his side)..claimed org 'amerika' tapi xpunctual ..(sorry la a bit racist sini)well..the tactic is to give them a piece of our mine(be like the dutch - straight&honest&no heart feelings) and surely they'll respect us and all for that matter.

Jie said...

hehehehe..urusan dgn org dewasa lagi lahhhhh...pening kepala

:: Leeza Joe :: said...

klau g2 sy no komen bolehhhh..^_*
syok jugak dpt blk awal 2day...hehehhe

cheryna zamrinor said...

susah betul laa...elok salah tak elok pon salah...semua nak komplen..tak reti bersyukur namenye tuh!!!

Neeza Shahril said...

Sally,

sepatutnya macam tu la.. tapi no way.. diorang ni takkan carik supir sendiri. complain aje pandai..

***********************************

As,

tu lah.. kalau lah ayam kena panggang, memang dah rentung duduk dalam bas tu. Pergi 1 jam, balik 1 jam.. tak ke jadi ayam rentung hehehe... As pun rasa ka..
sesekali kena 'ajar' diorang ni kan As..

***********************************

Kak Lah,

Bajai tu yang roda 3 tu ke?

***********************************

Kak CT,

adooiii... kaum 'F' yang kerek dan rasa macam diri 'america' yang geram sekalik.. tak nak ngaku asal-usul dari situ. Complain banyak. Rasanya orang america betul pun tak macam dia..

***********************************

Kujie,

memang sangat pening kak Jie. Budak boleh gak diajar..

***********************************

Liza,

heheh.. bagus abd R tu kan.. dia kesian kat Liza tu.. :)

***********************************

Sha,

memang tak bersyukur. Naik bas free pun patutnya bersyukut..

yannfuad said...

hidup ni kena banyak2 bsabar.. kalau x sabar bgini la jadiknyer..

tp betul la kak neeza.. berani kerana benar kalu x depa semua tu nti x sedar dek untung.. :)

Cat Cat said...

Neeza,
Memang fair pun - kalau anak2 naik bas awal, kenalah hantar balik dulu... Yang lambat naik bas tu, kenalah balik last sekali.

Bising lagi - naik kereta sendiri...

maza said...

aduhh.....

eden pun samo dah terlibat nie ha, terdongar eh silap terbaco lak umpatan orang.....aderkk


taubat, taubat, taubat...astaghfirullah......

hehehehhe

Neeza Shahril said...

Yann,

orang yang banyak complain ni dia rasa status dia lebih tinggi. Harap orang ikut cakap dia aje..

***********************************

Cath,

woooo.. no way Cath.. dia takkan menyusahkan diri sendiri naik kereta sendiri. Biar dia susahkan orang takpe.. ;)

***********************************

Maza,

ooo.. tak nak ngumpat ye..
pergi nyorok dalam selimut hehehee!!!

l i e y n said...

manusia memang selalu tak puas hati....

Unknown said...

Umpat tak sebut nama tak apa kot... he he he... tapi memang betul. Pandai driver bas tu ajar dia orang tapi kalau dah jenis pentingkan diri sendiri ni... buat apa pun tak jalan.

Neeza Shahril said...

Lieyn,

tu sebab nama dia manusia.. tapi seeloknya kita minimize kan sikit.. betul tak?

***********************************

Opah De,

kesedara diri tu penting kan.. untuk semua orang.. termasuk neeza sendiri.. hehee..

Ainur68 said...

Salam,

Manusia biasa camtulah. Kalau hari hujan kita komplen, kalau panas pun kita komplen. Anyway, once I watched Oprah's Show on one reverand who started an idea. He called it "FREE COMPLAINT DAY". He really make lots of hand bands and passed it around the world. The idea is, everytime you complaint, you changed the band to another hand. You can count how many times you change the band in any one day!
Ya Allah...kalau aku sure dah berpuluh kali gamaknya. So, I tried that idea. It helps actually! Makes me aware for what I said that day. I think we should do that everyday! Semoga kita belajar jadi orang yang bersyukur. So, happy free complaint day, everyday!

Neeza Shahril said...

Ainur68,

betul tu.. memang tak bersyukur manusia ni termasuklah neeza sendiri... :(.
kalau kita ingat yang ramai lagi orang yang tak bernasib baik, mungkin kita tak cepat nak complain kan...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin