Rajin-rajin lah click ya :)

Saturday, April 4, 2009

Popcorn




"Ummi nak popcorn!"

"Hai.. takkan lah bangun tidur terus mintak pop corn. Tunggu lah tengah hari sikit. Nanti bibik buat."

"Laaa.. Oan nak... pleaseeee.."

"Mandi dulu!"

Semalam masa buat grocery, bibik ambik setin jagung dalam tin. Dia kata nak buat popcorn untuk anak-anak. Entah macam mana dia tahu budak-budak ni suka popcorn entah... (mungkin dia nampak popcorn bersepah dalam kereta agaknya hehe..). Budak-budak pun suka lah bila tahu ada orang nak buat pop corn kat rumah. Memang As pernah cerita camana nak buat popcorn ni tapi tak pernah try pun sebab tak berani. Kak CT pun pernah cerita kat blog dia tapi biasalah kan. Tak pulak nak cuba. Beli je senang. Tapi kalau beli, bukan boleh makan bila bila mahu. Kenalah tunggu keluar and tempat tu pulak memang ada jual.

Pagi tadi, lepas suruh Coan mandi, Neeza masuk bilik untuk bersiap nak pergi sekolah. Tak lama lepas tu terbau something yang agak sedap gitu huhuuu.. Neeza kedapur and tengok atas meja ada sebesen popcorn yang dah siap. Wah!! cepat sungguh. Tanya bibik, dia pun cakap camana nak buat. Tak sampai 5 minit, minyak, garam, 1/2 penutup botol susu Shahmey (dia nak tunjuk anggaran) bla bla bla.. Tak ambik pot sangat pun.. Biarlah dia aje yang buat. Dia nak berenti esok, baru belajar hehehh..


"pandai yek bibik tu masak. Dari mana dia belajar yek?"

"Dia belajar dari rumah arab yang dia kerja dulu la.. Lepas tu dia tengok resipi kat internet. Dia surf lah resipi sambil-sambil dia blogging tu..."

Caitt!!! perli nampakkkkk... tak nak kawan!!

13 comments:

Anonymous said...

bibik...
pop corn satu...

Kak Elle said...

wah bibik dah pandai main internet...bila pulak neeza dapat bibik?ni tau2 esok last day pulak...aiyo.

Zahraa George said...

perghhhhhhhhhhh,pandai bibik tu blogging :P
senang jer buat pop corn..hehe..
kat rumah sentiasa ada pop corn..
nnti suh bibik guna butter/margerine,lagi sedap dari guna minyak,pastu boh macam2 color..hehe..
lepas nih bawak pop corn plak la pi kelas agama :)

Mak Teh said...

Mak teh tak tau buat pop corn. Berteh tahulah. Neeza tahukah apa dia berteh? Kalau tak tahu mai nak cerita sskit. Tapi nak cong saja sebab mat tehpun tak pernah buat sendiri, tengok mak mak teh buat pernah lah.

Berteh tu buat dari padi pulut ala-ala buat pop cornlah. Kalau tak silap padi itu di rendam dahulu, kemudian di goreng dalam kuali hingga dia meletup-letup macam pop corn.

Berteh warna putih bersih dihidangkan dengan pulut kuning yang akan di hantar ke rumah tok guru apabila khatam al-Quran.

Sekian terima kasih!

cheryna zamrinor said...

macam best jek bibik kak neeza nieh...bibik kak neeza blogging sekali ke?

So, brape kerap bibik kak neeza masak? die mmg tera masak ke?


(lately asek dgr org komplen sal bibik...tp bibik kak neeza len cerite plak)

Neeza Shahril said...

IdzaRis,

pop corn siap!!!!

***********************************

Kak Elle,

hehee.. main internet tu neeza kak elle.. orang tu perli neeza..

***********************************

As,

kehkehkehhh..
tu la.. sebab tak pernah buat malas dan tak nak mencuba.. nanti suruh dia buat pelbagai rasa laaa hehee..
nak bawak kelas agama takut lemau lah huhuu..

***********************************

Mak Teh,

tau berteh tu.. sedap. Neeza suka jugak.. kalau Mak Teh tak reti, neeza lagi lah tak reti.

Neeza tahu makan aje hehee..
ooo masa khatam quran ada berteh ya.. selalu neeza tahu pulut kuning je..

***********************************

Sha,

hehee.. kebetulan bibik yang ke berapa kalinya ni rajin masak. Dia biasa masak kat rumah arab.. so far, hari2 dia masak.. cuma sekali je akak masak.. tapi dia ni baru lagi.. seminggu.. so, takleh expect apa2 lagi la kan.. ;)

:: Leeza Joe :: said...

nnt hr senin ni bwk pi kelas popcorn tuuuuu....kt prnh gak bt sekali...msk dlm periuk...perghhh..meletop2....tp fun sgt sbb dpt bt homemade popcorn...
p/s>>>maid akak pandai msk ape lg erk???bl nak ajak mkn2??ngeh..ngeh..ngeh..

chekgu Bani Hassim said...

saya pun nk satu popcorn ya bibik...
kasik manis sket ye...hehe

Rasyidah Abd. Aziz said...

kita pun tak reti buat, bolehlah berguru ngan bibik kak neeza nih hehehe suh dia post dalam blog kak neeza secepat mungkin ek

zino said...

tak kan majuk kot hehe.. lain kali buktikan resepi tenet tu menjadi hehe

Neeza Shahril said...

Liza,

dia pandai buat masakan arab je.. kalau nak datang, bagi tahu la.. nanti akak suruh dia masak huhuu...

***********************************

Chekgu,

popcorn gula tumpah siap!!! :D

***********************************

Syida,

kena tunggu akak dok kat dapur tengok dia buat.. nanti akak post kat blog tu hehe..

***********************************

Zino,

pernah cuba tapi sekadar pernah je la.. sebab malasssss.. ahaksss!!

Adry said...

owh... nak pop corn gak!!... hehehe

Adry @ http://www.adrysabry.com

Neeza Shahril said...

Adry,

pop corn siap!!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin