Rajin-rajin lah click ya :)

Friday, May 29, 2009

Duka sepasang sahabat


Terkejut Neeza apabila menerima offline message dari seorang kawan tempat kerja lama (di USJ). Lyza bagi tahu anak kawan kami (Din dan Zarina juga colleague kami) meninggal dunia pada hari pertama dihantar ke nursery. Sebak dan mengalir air mata Neeza. Baru lagi rasanya tengok gambar-gambar Iman Aryan yang di hantar melalui email. Kawan-kawan Neeza semuanya pergi tengok Iman Aryan di hospital. Neeza saja yang tak pergi sebab jauh.

Bila dapat berita tu, hati Neeza nak sangat tahu cerita selanjutnya. Nak telefon atau sms Din dan Zarina rasa macam kurang sesuai. Kata Lyza, nursery bagi tahu anak Din (kawan Neeza tu), lemas. Tapi, bila buat post mortem, ada kesan lebam dan darah beku di belakang kepala Iman. Something wasn't right. Mungkin Iman terjatuh akibat kecuaian. Tapi, nursery tu tak mengaku pulak. Mereka claim, Iman memang sakit.

Hari ni, Lyza hantar message lagi bagi tau berita tentang Iman keluar di newspaper metro. Beritanya disini. Sedih betul Neeza tengok Din dan Zarina memegang baju Iman. Bayangkanlah, Iman anak sulung mereka. Baru sehari hantar ke nursery dah jadi macam tu. Walau bagaimanapun, Iman sekarang sudah pun berada di syurga.

Kes ini patut dijadikan iktibar oleh semua parents yang hantar anak ke pusat penjagaan baik nursery ataupun ruma orang. Mereka patut lebih berhati-hati dalam mengendalikan anak-anak yang dihantar.

14 comments:

Anonymous said...

Takziah kepada ibu dan bapa Iman,...

Tentu baby Iman akan menunggu mereka di syurga nanti... hibanya....

Jie said...

alam Takziah...moga lebih tabah hadapi dugaan ini

zura aini said...

Takziah untuk pasangan ni. Itulah yang paling digeruni bila serah anak di bawah jagaan orang lain, kita tak nampak, anak pulak terlalu kecil untuk report apa yang berlaku. Dunia sekarang ni nak selamatkan diri, berbohong tu macam takde benda dah kan, tapi sure tak senang hidup orang yang buat macam tu hingga anak tu tak bernyawa lagi.

maza said...

Takziah kepada keluarga tersebut!

Anak yg kecil yg mati itu akan ditempatkan disyurga. Dan ia bebas hendak ke mana-mana tingkat syurga tersebut!

Anak itu akan memberi syafaat di akhirat kelak, tetapi dgn syarat keredhaan pemergiannya oleh ibubapa amat ditagih!

maza terkenangkan peristiwa di mana Ibrahim bin Muhammad SAW, anak Nabi junjungan besar itu meninggal masa kecil lagi.

Betapa ketika itu Nabi SAW menunjukan kesabaran dan keredhaannya di atas ketentuan Ilahi...

Moga2 kita juga mampu menuruti contoh Rasulullah SAW itu...

:: Leeza Joe :: said...

Takziah pd sahabat kak neeza...
sy pon dah serik htr anak orang asuh... dah ade pengalaman w/p x sampai kehilangan nyawa...;(

silversarina said...

Takziah buat kawan neeza.

Sedihnya akak bila perkara macam ni berlaku . Dah tu nursery tak bagitau hal sebenar,memang ada je yang tak kena.

Kak Elle said...

takziah pada ibu bapa arwah...kesian nya saya baca ni neeza.

Tepi Sungai Batu said...

Takziah dari Pak man untuk kedua ibubapa tersebut. Semoga tabah menghadapi nya.

Mak Teh said...

Amat sedih berita ini! Takziah kepada pasangan ibubapa itu.

zino said...

takziah kepada keluarga arwah.. malang tak berbau..

Unknown said...

Salam Takziah kepada Ibu dan Bapa Iman...
Kenapa pulak Nursery cuba menutup cerita...harus di ambil tindakan mahkamah supaya keadilan dapat di tegakkan. Ini penting juga untuk masa depan anak2 yang lain.
Jika Nursery itu benar...juga bagus untuk nursery itu sendiri kerana Mahkamah akan membersihkan nama mereka. Jika bersalah...errrmm, mereka harus di hukum.

Pp

MommYaLif said...

Ada baca abt it,..kesian dia.. Salam Takziah kpd ibu&bapa Iman..
i'm worried gak sometimes katnursery sekolah kita tu. +mind aje le!

Neeza Shahril said...

Kak Tie, Kak Jie, Zany, Maza, Leeza, Kak Rina, Kak Elle, Pak Man, Mak Teh, Zino, Abg Arif, Kak CT,

thanks for your wishes and concern. Betul tu.. the parents kena tabah hadapi dugaan ini. Lagi satu, patut bawa kes ni ke mahkamah. Rasanya memang mereka proceed pun buat laporan polis. Kalau tidak, akan ramai yang suka-suka hati jaga anak orang tapi tak jaga betul-betul kan... semoga tak terjadi lagi lah kes macam ni kan...

Ainur68 said...

Innalillah hiwainnaillah hirojiun. Sememang itu ketentuan Allah tapi Kak Nik rasa sepatutnya baby tu kena buat post mortem utk tahu cause of death sebab memang cara kematian tu betul2 meragukan. Kita kat Malaysia ni memang itulah kelemahan nya kerana takut menyeksa mayat. Tapi utk keadilan...rasanya memang perlu supaya perkara yang sama tidak terjadi kepada orang lain.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin