Rajin-rajin lah click ya :)

Tuesday, May 19, 2009

'Pmpers' membahayakan kesihatan??



Walaupun brand Hugg1es, mam1poko, dryp3rs atau lain-lain, orang tetap panggil P@mpers. Mungkin sebab p@mpers ialan jenama disposable diapers yang mula-mula keluar. Macam lah ubat gigi juga. Walau jenama apa sekali pun, ramai makcik pakcik tetap panggil c0lgate! Kalau air pulak, biar lah 0valtine pun, orang nak gak panggil m1lo.

Bukan pasal tu yang Neeza nak tulis hari ni. Ini ialah tentang email yang kawan Neeza forwardkan baru-baru ni. Email itu mempromote cloth diapers. Rasanya, ramai dah aware tentang cloth diapers ni. Frankly, Neeza tak pernah guna mahupun beli. Dengar kata, ianya menjimatkan dalam jangka masa panjang. Betul lah tu. Dah namanya pun boleh dibasuh. Boleh la pakai semula. Kalau disposable tu, maknanya pakai dan buang lah kan.

Satu benda yang Neeza kurang berkenan ialah cara mereka ni mempromote cloth diapers. Nak promote, buat lah dengan cara yang betul. Tak perlu lah mengutuk product orang lain. Ada statement didalam email tersebut tentang "disposable diapers boleh release chemical dan babies akan absorb chemical tu". Pendek kata, ianya ingin memberitahu kalau babies pakai disposable diapers, kesihatan babies akan terjejas.

Kalau makcik kat kampung yang tak baca paper dan tak surf internet dengar statement macam tu, mungkin akan kata, "oooo.. patut lah si polan tu asyik sakit-sakit aje. Sebab pakai lampin pakai buang lah tuuuuu..".

Please... kalau betul pun ada statement macam tu, tolong lah support dengan relevant study. Bukan 1 study tapi banyak studies untuk confirm memang disposable diapers membahayakan kesihatan. Boleh ke mereka yang buat statement tu bagi supporting facts?

Kalau tak silap Neeza lah, disposable diapers ni dah lama digunakan. Lebih dari 20 tahun kot. Setiap pengeluar dah ada R&D mereka sendiri sebelum mengeluarkan sesuatu product. Setiap company ada standard piawaian masing-masing dan yang berdaftar dengan badan-badan tertentu. Agak mustahil kesemua pengeluar disposable diapers tak mematuhi standard piawaian tersebut. Kalau 1 mungkin lah. Kalau semua, tak mungkin. Bila keluar cloth diapers, terus keluar statement disposable diapers membahayakan kesihatan babies. Agak keterlaluan lah rasanya.

Ada jugak Neeza g00gle tentang isu ni dan kebanyakan article memang tak agree dengan statement tersebut. Banyak lagi sebab lain yang membahayakan kesihatan babies. Alam sekitar yang tercemar ni tak masuk list pun. Makanan yang dimakan pulak macam mana?

Neeza bukan lah pro mana-mana company disposable diapers. Neeza tak kerja di mana-mana syarikat iklan juga pun. Tapi statement macam tu agak menggeramkan hati sebab ramai yang boleh mislead dan buat assumption salah. Kalau betul, percentage harmful tu mungkin sangat rendah. Lagipun, bila sebut disposable diapers, kita tak boleh lah biarkan baby kita pakai benda tu 2 hari 2 malam kan. Habis lah merah merah kulit baby tu.. Itu betul membahayakan.

Pssstttt... kita sedar tak yang bahan didalam disposable diapers tu adalah bahan yang sama digunakan dalam sanitary pads yang kita (pompuan) dok pakai tiap-tiap kali naik bendera jepun tu? Kalau betul ia menjejaskan kesihatan, kita pun terjejas sama lah kan. Jadi puan-puan, sila jangan pakai sanitary pads lagi. Pakailah kain batik yang dipotong-potong (macam zaman-zaman dulu tu).

Terima kasih kepada kawan Neeza (Puan M) yang telah forwardkan email tersebut. Kalau tidak, Neeza tak tahu pulak ada pihak yang burukkan product orang demi untuk melariskan barang jualan sendiri...

Kalau betul pun disposable diapers tu membahayakan kesihatan, mungkin kesihatan hidung orang yang duduk dekat lah kot. Kalau sikecik ber*k dan lambat ditukar, memang teruk kesihatan hidung kita terjejas huhuuuu... :P




26 comments:

chekgu Bani Hassim said...

yeay...
1st!

chekgu Bani Hassim said...

erm...
moralnye, kne adil dan telus la dalam sebarkan berita yang nk memburukkan org lain..
fakta mesti tepat...
kalau tak, dikira fitnah ek??

Neeza Shahril said...

Uwwaaaa!!!!!!

nak nanges akak rasa... chekgu, blog akak ni bukan glamer pun.. tapi takpela.. akak sukerrrrr.. :)

Betul tu chekgu.. kalau kita cakap benda tak betul, kira fitnah. Lepas tu tutup rezeki orang pulak tu. Lagi lah berdosa kan chekgu kannnn.. :D

Anonymous said...

Oooo....gitu ke ? Kak tie baru tau ni. Walaupun anak2 dah besar, kita orang tua ni masih kena pakai 'pampers' gak, ekekeke..... sabor je laa.... hu hu...

Eloklah Neeza luahkan rasa hati, kekadang orang yg tulis tu tak perasan... yang ditulis tu boleh jadi fitnah jika tiada fakta yang kukuh. Kak tie pun kena ambil ikhtibar ni...

Zahraa George said...

as pilih disposable diapers ler..
senang dan mudah lagi cepat :))

maza said...

hmm.. maza tak pernah lak tahu atau pakai sanitary pad ni.. so kurang maklumlah..

tapi apa yg maza tahu ialah confirm masa maza baby, maza tak pernah pakai pampers..

masa maza baby tu, maza masih ingat lagi, emak gunakan lampin warna putih jer...

tapi sekarang ini, zaman dah berubah. anak2 maza semuanya pakai pampers..

Yang sulung dah lima tahun pun malamnya masih berpampers..

kata ibunya, jimat tenaga nak angkat tilam hari2..

hehehhehe

Zul Abdullah said...

oh marketing.. marketing.. merketing.. kang dah suma cite kebaikan satu product tak jalan.. cara lain ialah burukkan dan sebarkan pada orang lain... bagi yang kurang arif memang mudah tergoda..

tapi anak-anak 'kita' pon pakai pampers jugak.. selagi tidak di buktikan tidak benar.. tiada apa yang tidak benar melainkan benar belaka.. so please buktikan yang ianya benar baru boleh tidak benar kan pakai pampers..

Neeza Shahril said...

Kak Tie,

benda ni start dengan orang yang menjual tu.. lepas tu pass dari mulut ke mulut.. orang main sebut aje tanpa teringat nak tanya, "mana faktanya?"
Anak-anak neeza pakai diapers kak.. memang lah neeza tak suka kalau orang cakap cam tu..

***********************************

As,

sama lah akak.. nak basuh?? hmmm... takpelah.. sacrifice untuk 2 3 tahun takpe kot kan ;)

***********************************

Maza,

hmmm.. macam teringin pakai sanitary pad je maza kihkihkihhh..

laaaa.. neeza pun pakai lampin gak kekecik dulu. Masa tu mana ada pampers lagi.. kalau ada pun, mungkin harganya mahal le sesangat..

Takpe.. betul kata mem tu.. penat angkat tilam.. ;)

***********************************

Zul,

tu la.. anak-anak neeza semua pakai pampers ni.. Alhamdulillah, takde apa apa pulak. Lagipun bukan lah baru ni benda ni kan...

cloth diapers tu bagus untuk penjimatan.. tapi harganya mahal.. jangka masa panjang okay lah kot..

:: Leeza Joe :: said...

betol la...
kasi la fakta...jangan auta!!!!..
nak berniaga pon jgn ler curahkan pasir dalam periuk nasi orang...x baik tau..;)~

Cat Cat said...

Neeza,
Both my girls grew up with disposable diaper... Ooooi, nak cuci cloth diaper, nangis ketiak, babe.... Tak kuasa Cath.

Satu lagi, kalau jenis mak yang pemalas, cuci tak bersih, kan susah pulak tu... Baik tak yah. Disposable aje senang.

Kak Elle said...

:)present

Mak Teh said...

Dah berpuluh tahun tak beli pampers untuk anak-anak. Untuk sendiripun tak yah pakai dah. Hehhe
Mak tehpun belum buat kajian mengenai perkara ini. So tak berani nak kata apa. Cuma kalau beri anak-anak pakai pampers tu janganlah tunggu sampai bocor baru nak salin ( pernah berlaku ). Itu memang bahaya. Bahayanya habislah tempat orang dok solat atas karpet rumah orang terkena najis mutawasyitah.

l i e y n said...

kalau nak menjatuhkan seseorang mmg kuar le banyak fakta yang mengarut yang tak disokong oleh fakta atau hasil kajian yang mendalam!
saya pun berminat dengan CD ni...mmg plan nak guna tapi maybe for the 3rd one...investment mula2 tu yang sakit sikit tapi long term memang berbaloi!

Abang Long said...

Maza,

hmmm.. macam teringin pakai sanitary pad je maza kihkihkihhh..


Hahahaha ....


Dua - dua kena 'berlapik.'

Yang penting cakap kena lapik. Kali ini komen memang lari dari tajuk. Hahahahaha

ckLah @xiiinam said...

...zaman ckLah kecik dulu, mak cawatkan dengan kain batik buruk je...he..he..he...



Zaman berjimat duit, atau manunggu 'jualan promosi atau sale' membeli pampers untuk anak-anak ckLah dah berlalu....sekarang tiba zaman membelikan keperluan 'anak-anak remaja dan anak-anak dara pulak....'. Begitulah pusingan hidup ek....

Mulan said...

happy belated b'day shahmey..!!!

ish ish.. apsal lagu tu.. jgn le condemn terok2 sangat.. ada baiknya jugak disposable diapers tu..

kuIna said...

neeza perkara mcm nie bukan saja ada dlm sistem marketing dlm kehidupn masyrakat pun berlaku..

Anonymous said...

ada jugak baca e mail pasal diapers tu..
delete je masa tu..
benda2 yang tak terbukti fakta ke auta ni kan..
buat pening je pala pikir..

Anonymous said...

ghitewww erk..

btw akak neeza itteww, me sent u mail..

aNIe said...

Kadang2 diorang ni main cakap aje tanpa penyelidikan atau fakta2 yang boleh menyokong apa yang diorang kata...

Macam2 cara orang nak berniaha ye...diorang tak peduli walaupun memijak orang lain

Tepi Sungai Batu said...

Ya...Pak man setuju tu. Cerita saja kelebihan yang kita ada, jangan cerita keburukan orang lain.
Yang lain-lain tu biar pengguna yang putuskan.

nadinezuharra said...

mm,biasela tu..propaganda org nak melariskan produk mereka..tp pengguna sekarang dah pandai menilai kan kak neeza..kalau bukti tak nampak dpn mata org tetap tak percaya.. : ) rasenye yang pakai buang lagi senang dan selesa utk budak2..(dn mak budak jg..heheh)

Neeza Shahril said...

Liza,

kesian orang kena buang pasir tu kan... bukannya senang tu.. ;)

***********************************

Cath,

memang senang disposable diapers.. buang terus.. tak yah simpan2 kalau kotor tu kan ;)

***********************************

Kak Elle,

thank you.. :)

Neeza Shahril said...

Mak Teh,

yang tu neeza agreed. Kadang-kadang ada diapers ni tak elok buatannya. Senang aje bocor atau leaking kat tepi tu..
bahaya gitu kan.. orang tak tahu dan tak nampak kalau air kencing dah kering..

***********************************

Lieyn,

untuk penjimatan okay lah kan.. Tapi tak bermakna disposabale tu tak elok kan..

Nanti lieyn boleh tolong promote CD dengan lebih efficient :)

***********************************

Abang Long,

takpe komen lari tajuk pun..

ish.. takkan la maza nak pakai sanitary pads pulak kan..

***********************************

Kak Xiinam,

kak Lah seronok kan.. dah tak payah fikir nak beli diapers lagi.. pening jugak kalau terlupa beli.. tiba2 dah habis je..

***********************************

Mulan,

thank you...

tu la.. kalau cakap benda berasas, takpe je.. ini cakap takde fakta.. buat orang keliru je..

Neeza Shahril said...

Kuina,

ya.. memang ada orang yang suka burukkan orang lain sebab nak naik kan...

***********************************

Ibusinga,

kalau neeza pun delete je tapi kalau ada kawan sampai worry, neeza pun rasa kena ambik tahu sikit..

***********************************

En me,

iye.. gitu le hidup....

***********************************

Kak Anie,

tu kira aniaya orang kan kak... tak baik gitu kan..

***********************************

Pak Man,

orang akak tahu bila dah lama guna kan.. kalau cakap benda tak betul, orang pun marah..

***********************************

Nadine,

akak pun suka yang pakai buang.. senang kerja.. hehee..

Nurul Nadiah said...

pakai kain batik potong2? urmm. tak tembus ke kakak?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin