Mama!
Panggilan biasa sebenarnya tapi tak biasa bila suara itu datang dari seorang lelaki dewasa gagah perkasa (tambah perisa lah pulakkk...) di dalam flight. Kami nak turun flight masa tu. Mungkin dia panggil ibunya ataupun mengejutkan ibu yang sedang tidur, Neeza tak pasti.
Mereka berjalan dihadapan kami. Ada 2 pasang lelaki perempuan tapi bukan pasangan suami isteri atau kekasih. Mereka adalah pasangan anak lelaki dan ibu yang agak tua (dalam 60 tahun ke atas saja gayanya). Neeza tengok saja mereka berjalan, bersaing. Si anak dan si ibu. Sama saja kedua-dua pasangan tersebut.
Sampai dekat toilet, Neeza bagi tahu Abang yang Neeza nak masuk toilet. Then, jalan ke tepi sikit dekat kerusi so that Neeza boleh dudukkan Sumeyyah pada Abang. Mungkin makcik tadi perasan Neeza nak masuk toilet, tak pasti pulak.
Makcik tua tadi masuk ke toilet. Anaknya memanggil, "mama!" Lepas tu dia cakap apa entah. Cakap arab lah. Mana lah Neeza faham sebab dia cakap laju. Walaupun Neeza ada belajar bahasa arab, setakat ni tak dapat lagi tangkap apa yang orang cakap kalau laju sangat. Setakat sepatah dua tu boleh la..
Masa Neeza nak berjalan nak masuk toilet, Neeza nampak pemuda tadi tunggu diluar toilet macam nak masuk toilet. Then, bila nampak Neeza menuju ke toilet, dia cakap, "please....". Neeza toleh. Dia cakap, "mom.. mother.." sambil letak tangan kat dada bermaksud 'mak saya'. Cara dia dan muka kesian dia menunjukkan dia mintak Neeza tolong mak dia. Neeza cuma cakap "sure!".
Sebaik saja masuk toilet, mak dia panggil Neeza sambil senyum (nak mintak tolong kan heheh..), "please...". Neeza tak sure apa yang dia nak mintak tolong tapi Neeza masuk je toilet tu. Baru lah Neeza perasan tangan makcik tu berbalut macam kena simen. Dia nak bukak panty hehee.. jangan gelak ya. Dia tak lah angkat kain sampai nampak segalanya. Dia bersopan. Tangan sebelah kanan lorotkan belah kanan. Dia mintak Neeza tolong turunkan belah kiri. Lepas Neeza tolong tu, dia cakap "syukran.. khalas..". Neeza ingat dia mintak Neeza tunggu walaupun Neeza rasa malu jugak. Dia suruh Neeza keluar. Tak merasa Neeza jadi nurse sambilan kat toilet hehee...
Keluar dari toilet, makcik tu dah keluar pun. Neeza nampak kelibat mereka berjalan keluar nak cari taxi kot sebab dia tak pergi ke parking area pun. Lama Neeza berfikir apa yang Neeza tengok tu. Neeza rasa terharu bila lihat seorang anak lelaki yang dah besar pun (dalam lingkungan 20an kot) travel bersama ibu yang tua dan sakit. Neeza rasa mereka buat umrah sebab kepala that guy botak.
Ada lagi rupanya anak yang baik dalam dunia ni. Anak yang prihatin terhadap ibunya. Anak yang sanggup malu muka dan merendah diri mintak tolong someone yang bukan sebangsa dengan dia. Alhamdulillah. Selalu tu, anak lelaki malu nak bawak mak berjalan sebab takut jatuh standard. Tak kurang juga ada yang tendang terajang mak sebab nak mintak duit tapi tak dapat.
By the way, lelaki dan makcik tu Neeza rasa bukanlah saudi asli sebab:
1. Dia putih (saudi asli berkulit sawo matang atau gelap terus bagi Badwin)
2. That guy tak pakai hijazi (jubah putih). Dia cuma pakai jeans dan tshirt dan mak dia tak tutup muka
3. Mereka balik naik cab - mungkin mereka tu Bahrain
pssttt.. tajuk kat atas tu betul la.. peristiwa tu terjadi di malam Jumaat. Sape pikir lain tandanya, kena cuci otak pakai dynamo..
19 comments:
erm..saya pun kdg2 selalu kuar bawak mak saya...
dan mak saya selalu tanye..
" ko tak malu ke kuar ngn mak ko nih..?"
"org selalu malu nak keluar ngn mak..."
dan saya akan diam jea...
sbb saya mmg tak malu...
ape nk diam...
kalau malu, takdenye saye kuar ngn mak sya..
nk cakap saya anak mak pon saya tak kisah...
mula2 tgk tajuk suspen jer..hishh kak neeza ni x citer kesah mlm jumaat jugerr nak din3nyer...rupe2nye kisah seorg ibu n anak2 terunanya...hrmmm betul tu..setuju r...cam ade kene mengena dlm hidupku...
tp sy mmg suke bawak mak gi jejalan x kiralah mak sdr @ MIL... blanjer mkn n shopping2..hheheh..
InsyaAllah suatu hari nanti nak bwk mereka ke suatu tempat....:)
Anak soleh ...tahu di mana letaknya Syurga!
Neeza perasan tu..kiranya, hati Neeza juga lembut ke arah menjaga mama!
Assalamualaikum Neeza...
Begitu indahnya...
Moga Allah mengurniakan kasih tidak bertepi yang serupa daripada anak-anak kita kepada kita tatkala kaki sudah tidak dapat menampung dan tulang belakang sudah membongkok...
Begitu juga...lidah anak-anak akan sentiasa basah mendoakan kita tatkala hayat sudah tiada dikandung badan...Amin Ya Rabbul Alamin...
Wasalam...
Tajuk entri langsung tidak 'menakutkan,' lainlah kalau tajuknya - 'Gelora Di Malam Jumaat' ... hahahaha ...
Jadi tidak perlu dicuci otak ini.
Abang long masih berjalan dengan ibu dan ayah, malahan sewaktu berjalan kami berpimpin tangan. Apatah lagi ibu ada gout, jadi gerakannya perlahan, dan perlukan bantuan.
Bagus pemerhatian Neeza. Abang saya suka bawa emak dari dahulu sehingga sekarang dah agak uzur berjalan-jalan. Adik saya ( lelaki ) memberi segala keperluan dan kehendak emak. Kami yang perempuan mengambil bahagian lain-lain perkara. Alhamdulillah, Semua orang mengambil peranan masing-masing.
Cerita yang Neeza sebut melakukan kekasaran kepada ibu itu jaranglah saya dengar dalam masyarakat kami. Ianya lebih didapati dalam drama Melayu atau kisah Mat Dadah !
salam jumaat gitew..
wakakakka
salam neeza...apa yg neeza cerita itu bukan asing bagi kak jie...anak2 lelaki mertua kak jie rapat dgn mak2 dia org...
tak pikir lain langsung!!!!
buat baik dibalas baik....amin
neeza...
masa norma duk hospital patah kaki tahun lepas...gitulah yang nurse buat hampir setiap kali norma masuk tandas...bersyukur sangat sebab dia buat dgn ikhlas dan sbg tanggungjawab pd pesakit dia...
So hopefully same goes to you...tahniah utk insan prihatin...
memang sesuai dgn tajuk entry.syukurnya kalau dapat anak macam tu.harap2 irfan pun macam tu lah satu hari nnt.
kasih ibu membawa kesyurga, kasih bapa takdok tolok bandingnyerrr.. terharu kannns..
btw, dr kamus dewan, sumur = perigi, telaga
Neeza,
Mak teh lupa nak cakap apa yang Neeza buat itu nampak kecil tetapi mendapat pahala yang besar kerana menolong orang dalam kesusahan. Dia tidak dapat melakukan perkara itu sendiri.
Menolong orang dalam apa-apa situasi kesusahan adalah carayang mudah mendapat pahala. Alhamdulillah Neeza telah mendapat peluang mengutip pahala!
Chekgu,
tahu tak, masa akak tulis entry ni, orang pertama yang akak ingat ialah chekgu..
mak chekgu sangat bertuah ada anak macam chekgu.. ingat lagi kan entry pasal mak chekgu yang sakit masuk hospital tu.. :)
***********************************
Leeza,
kalau pompuan mungkin selalu kita tengok kan. Lelaki je yang kurang biasa sikit. Bila akak tengok tu, rasa terharu lah pulak :D
***********************************
Abg Arif,
Moga-moga hati Neeza cenderung ke arah itu.. Ameen...
***********************************
Kak Umi,
itulah yang Neeza juga harapkan Kak Umi..
bila masa badan ni dah tak mampu bergerak cergas, adalah hendaknya anak soleh yang sanggup menemankan dan menjaga..
***********************************
Abang Long,
Alhamdulillah.. pasti Allah sentiasa merahmati Abang Long..
***********************************
Mak Teh,
Alhamdulillah.. adik beradik Mak Teh tahu menghargai ibu tersayang.. bukan senang orang nak buat cam tu Mak Teh..
mungkin Mak Teh tak nampak sebab Mak Teh dikelilingi anak-anak yang baik.. ada Mak Teh.. anak tendang terajang mak sendiri.. cuma kes tu tak lah banyak sebab jarang dilaporkan.. ;)
***********************************
Maza,
pergi semayang jumaat tak hari tu?? :D
***********************************
Kak Jie,
Alhamdulillah.. Kak Jie seharusnya senang hati sebab nanti anak-anak Kak Jie tentu akan mengikut juga..
***********************************
Lieyn,
betul tu.. :)
***********************************
Norma,
baik kan nurse tu.. tu dah kerja diorang norma.. kalau diorang tak buat, harus kena marah hehee..
semoga anak lelaki kita akan buat macam tu jugak kan norma.. Ameen..
***********************************
Pah,
itulah yang kita semua harapkan kan.. alangkah sejuknya hati kita kalau anak2 kita macam tu..
***********************************
En. Me,
ibu dan ayah dua dua penting kan kan..
terima kasih sumur.. ;)
***********************************
Mak Teh,
apa yang Neeza buat mungkin biasa sebab naluri perempuan biasanya macam tu..
apa yang Neeza tengok tu sungguh mengharukan.. sebab zaman sekarang, jarangnya nak nampak anak temankan ibu tua.. yang selalu nampak lelaki bawak makwe je.. :(
tapi kan Mak Teh.. Neeza nampak sangat Allah tunjukkan neeza benda tu mungkin untuk mintak Neeza buat benda yang sama pada Mak Neeza bila dia dah tak larat nanti...
assalamualaikum.... dan waalaikummussalam(saya menjawab kerana di beri salam). Salam diterima melalui blog suami, maaf akak tak berapa ingat neeza ni yang mana satu ye.... mungkin kena perkenalkan saya adalah....blah..blah (macam budak baru masuk tadika)..he..he..anyway terima kasih bebanyak.
klorok dyanmo satu!!!
Anak yang menghormati ibu bapa dan mengambil berat kebajikan ibubapa ganjarannya pasti SYURGA :)
baiknya anak dia tu...
oh...itulah orangnya, barulah saya tahu...terima kasih kerana memberi penjelasan, dan bolehlah kita berhubung dialam cyber selalu.
Post a Comment