Tika awan berarak kelabu
Disaat cahaya tidak kelihatan
Hanya bumi yang merasakan
Bahawa seketika nanti
Bumi akan dibasahi hujan
Matahari tidak akan mengerti
Juga tidak akan mengetahui
Kerana ianya akan sentiasa
Memancarkan sinarnya di atas sana
Seawal pagi hingga ke petang
Hanya bumi yang berada dibawah
sedar akan perubahan sang awan
Hanya bumi yang memahami
Bilamana awan diselubungi duka
Tatkala awan mencurahkan titisan-titisan air
Matahari,
dikau mungkin tinggi
dikau mungkin gah
dikau tak akan merasakan kedukaan sang awan
tunduklah seketika untuk memahami
rendahkanlah diri untuk merasakan
rasailah kemanisan nikmat
saat memerlukan antara satu sama lain
*******************************************************
p/s:
pakailah kasutku buat seketika
sebelum tiba satu waktu yang memeritkan
kerana mungkin saat itu
engkau terpaksa memakainya untuk selamanya tanpa rela..
*******************************************************
Buat seseorang yang sedang berduka, bersabarlah..
Duka itu pastinya tidak lama
Serahkan diri kepadaNya
Mohonlah kepadaNya
Agar dia kembali seperti dulu
Semoga segalanya akan kembali tenang
Seperti tiada apa yang pernah berlaku...
*************************************************************
Penulis blog sihat dan ceria. Pedulikanlah segala luahan perasaan diatas. Mungkin penulis blog sedang bercita-cita untuk menjadi seorang penyajak, sape tahu kan.. hahaaha!!!!
10 comments:
I'm happy if you are happy:)
if you are happy we are happy too hehe
neeza...
dah bersajak pulak akak kita ni...tak pe tak pe...janji happy!
tahniah kepada penulis blog ini..semoga berjaya menjadi penulis sajak yg berjaya satu hari nanti...hahahahah
tu lah..risau gak mula2 tu...
ingatkan tgh bersedeh..
berjiwa seni gak ya neeza ni...
:)
Selepas bersajak, berpantunlah pula ...
Kak Elle,
thank you kak.. :)
***********************************
Zino,
eh! ni tiru ayat kak Elle.. tak aci :P
***********************************
Norma,
hehe.. sesekali sesekala.. huhuuu...
***********************************
Shiela,
percaya ke kak neeza nak jadi penyajak tu? buat-buat percaya je lah ye.. hehee..
***********************************
Ibusinga,
heheheh.. seni tu datang masa2 tertentu je.. ;)
***********************************
Abang Long,
pantun neeza tak reti.. susah tuu... ;)
Oh! rupanya ekau sedang bersajak.........
ingatakan tadi..
ekau menyanyi nasyid.......
hehehheheh
happy ber-sajak... alaa neeza, camna pun kita adalah kita, mereka adalah mereka..
pesal lak daku ni..??
Maza,
dak aihhh.. ada gaya bernasyid ke?
kalau berdondang sayang mungkin lah kot.. kehkehkehhh...
***********************************
Mulan,
betul mulan.. kita tetap kita.. mereka sentiasa akan jadi mereka.. hehee..
neeza mengiyakan.. okay kan.. :)
Post a Comment