Rajin-rajin lah click ya :)

Monday, July 27, 2009

Jumpa kawan-kawan


Salah satu aktiviti yang memang Neeza nak buat tapi tak berkesempatan untuk buat semua ialah jumpa kawan-kawan. Bila sebut kawan-kawan sekarang ni, ada 2 makna - kawan dunia realiti dan alam maya. Tapi, kawan di alam maya ni bila dah jumpa, makanya akan berubah title menjadi kawan dunia realiti lah pulak :).

Ramai yang Neeza nak jumpa tapi tak dapat uhuks. InsyaAllah, di lain hari dan kesempatan, kita berjumpa ya.




















Sengaja Neeza tak tulis dari siapa hadiah-hadiah berkenaan demi untuk menjaga hati pelbagai pihak :). Ada lagi hadiah tapi tak sempat nak snap gambar-gambarnya.. Anyway, perlu juga diingatkan, Neeza bukan berjumpa kawan-kawan untuk mendapatkan hadiah. Tidak sama sekali. Sesungguhnya persahabatan itu bukanlah dinilai daripada hadiah-hadiah tapi dari ketulusan hati dan jiwa kita. Semua setuju kan :).

22 comments:

kuIna said...

neeza bila pulak kita nak jadikan mmaya itu realiti er?

Kujie said...

nk jumpa neeza kena booking dulu ke?

:)

l i e y n said...

seronok dapat jumpa kawan2 baru (tapi lama di alam maya...)- macam seram plak bunyinya....

Kak Elle said...

walau pun tak cukup masa berholiday byk juga yg neeza temui kan...

cikMilah said...

InsyaAllah, dapt juga bertemu kawan-kawan dalam kesempatan yang baik..semuga kita dapat jumpa in realiti satu hari nanti, InsyaAllah.

noniey said...

ari tu tak tau pun kak neeza singgah kptm.. nak gak tengok baby sumeyyah... huhuhuhu... dah last2 tu baru tau dari kak yam..

Abang Long said...

Akhirnya baru nampak wajah - Pb, OO dan Mulan. Alahai ... hehehehehe ... semakin terbongkar rahsia ...

InsyaAllah, wajah Abang long sekeluarga hanya akan tersiar di dalam blog selama 3 jam sahaja itupun untuk siaran hari raya ... hehehe

Neeza Shahril said...

Kuina,

dah 3x balik, neeza tak berkesempatan nak ke utara lagi..
InsyaAllah.. ada rezeki kita jumpa ya..

***********************************

Kak Jie,

ish.. neeza bukannya artis kak.. tapi balik tu kejap sangat.
Sedara mara pun tak sempat jumpa..

***********************************

Lieyn,

hehehe.. lain macam ya.. dah lah sekarang ni banyak cerita pelik2 ya..

***********************************

Kak Elle,

Ada 2 tempat je kak.. kebetulan ramai dapat jumpa disitu..

***********************************

Kak Cik,

Kalau ke utara, InsyaAllah, nak jugak jumpa Kak Cik.. nak rasa coklat Kak CIk tu :)

***********************************

Noniey,

segan sebenarnya dah round kolej.. maklumlah akak bukan staff situ lagi huhuuu..

***********************************

Abang Long,

siaran hari raya?? hehee.. macam celebrity lak abang long.. takpe, neeza tunggu siaran tu :D

Sally said...

bila turn Sally plak nih..?

Ainur68 said...

Kita tak sempat jumpa pun hari tu...sempat helo2 jer. Tak der rezeki nak wat camner.

ckLah @xiiinam said...

....moga kita juga akan berjumpa secara realiti....

Anonymous said...

bagus bagus.. yg jauh kita dekat2kan.. yg dekat kita rapat2 kan kannns akak neeza tewww..

pB said...

ayo yo ...

wajah ku sudah kelihatan ...


oooohhhhhh tidakkkkkk !!!!!!!!



malu malu .....

Neeza Shahril said...

Sally,

kita tengok tahun depan ya ;)

***********************************

Kak Nik,

frust tak dapat jumpa kak Nik.. boleh gak kita makan kat tg lumpur ke kan.. next time, InsyaAllah..

***********************************

Kak Lah,

InsyaAllah.. semoga satu hari berjumpa kita..

***********************************

En Me,

betul.. betul.. betul en. me itewww.. :)

***********************************

Kak Pb,

alamak!!! terlupa nak blur kan muka.. takpe ke tuh? kira takpe je lah ya.. ;)

NURAZZAH8 said...

Salam Neeza...apergi jumpa Mak Teh, Kak PB dan OO naper tak sound2 akak sekali? huhu...sedih nih tak dpt jumpa Neeza..kalau tak boleh tumpang sekali..bukan lah jauh sangat...sepelaung aje...

Anonymous said...

Alhamdulillah......

Dapat juga Neeza bermesra dengan kawan-kawan...

Anonymous said...

Salam Neeza,
Bila dah jumpa di alam realiti... nanti nak tulis perlu lebih hati2.. hehehe.

Tepi Sungai Batu said...

Sabar, sabar, ikut giliran. Yang lain-lain tu tunggu, ada rezeki tu.
Kalau panjang umur.....

Neeza Shahril said...

Kak Azzah,

masa Neeza lalu kat UiTM tu, memang teringat sangat pada kak Azzah tapi neeza takde number phone. Jumpa Mak Teh tu pun appointment a day before. Memang rushing sangat. InsyaAllah, kita jumpa nanti ya...

***********************************

Kak Tie,

seronok jugak bila dah selalu baca cerita, then tengok orangnya kan..

***********************************

Pak Zabs,

berhati-hati?? hehee.. InsyaAllah.. :)

***********************************

Pak Man,

ok aloh.. tak payah tungguh giliran.. neeza bukannya bank nak kena ambik nombor hehee..

Yummy Yum said...

kak neeza...sib baik le aritu termasuk dalam bilik kak zah, kalau tak, tak tau pun kak neeza datang kolej...sempat gak la peluk cium si sumeyyah yang comel tu...heheheh

Button Planet said...

Neeza....MakTeh dan Kak PB tu ada no hp akak...sbb akak selalu juga jumpa pB dan MakTeh...

Kak Azzah8

Neeza Shahril said...

Yam,

akak datang nyorok2 ya.. hehee.. malu lah nak tayang2 kat orang.. maklumlah ex staff kan.. huhuuu..

***********************************

Kak Azzah,

haah kan. Neeza pun lupa bab tu. Takpe, next time, InsyaAllah, kalau neeza pergi ke tempat Mak Teh lagi, Neeza call akak sekali ya..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin