Rajin-rajin lah click ya :)

Saturday, September 12, 2009

Syawal hampir tiba..

Dah seminggu blog ni Neeza tak update. Sebabnya... terlalu addicted dengan game di FB. Teruk betul kan. Nasib baik lah Neeza tak lupa untuk masak. Kalau tidak tak tahu lah nak kata ;). Patut kena hempuk je dengan tractor yang Neeza baru beli tu hehee..

Hari ni dah masuk 22 Ramadhan. Maknanya dah masuk 22 hari kita berpuasa. Kalau di Malaysia, mungkin Neeza dah dalam mood raya. Di tempat kerja, masing-masing dah takde mood nak kerja sangat. Pasti bercerita pasal raya - biskut raya dah beli ke, baju raya dah siap ke, theme color apa, duit raya dah tukar ke dan termasuklah turn mana raya tahun ni. Tapi disini, tak rasa macam nak beraya pun. Sedih lak pulak bunyinya tapi itulah kenyataan. At least bagi Neeza sendiri. Orang lain tak tahulah. Beraya di perantauan takkan sama beraya di tempat sendiri. Here, there'll be no lemang, no rendang, no ketupat and NO untuk banyak benda lagi. Kalau ada pun, tak asli. Kalau ada ketupat pun, ianya ketupat segera N0na ataupun Ad@bi. Lemang tak tahulah pulak. Ada dengarnya tapi Neeza tak bawak pun. Rendang dan kuah kacang mungkin ada tapi sendiri bikinlah. Nak tunggu yang Ma/Mak buat, jangan mimpilah.

Baju raya ada tempah tapi tak complete. Baju melayu Shahmey and baju kurung Sumeyyah takde sebab tak sempat nak tempah. Tailor yang Neeza tempah baju sebelum datang sini tak berani nak buat baju budak kecil. Takpelah. Lagipun mood nak raya takde. So, baju raya takde pun tak terasa sangat kot. Hopefully! (denial ni sebenarnya...).

Walau bagaimanapun, pada hari raya, kita disunatkan untuk memakai baju yang paling elok dan cantik kan. InsyaAllah, kami akan menunaikan sunnah tersebut. Kita juga patut bergembira. InsyaAllah, kami akan bergembira walaupun di satu sudut kecil didalam hati kami merindukan kaum keluarga di Malaysia... Tak akan sama berhari raya sendiri berbanding dengan berhari raya bersama kaum keluarga. It'll never be the same. Ini tahun pertama semenjak berumahtangga Neeza dan Abang serta anak-anak berada di perantauan. Kalau raya haji tak terasa sangat. Tapi bila raya puasa, perasaan tu lain sikit. Mungkin sebab adanya bulan Ramadhan.

Kalau blog ni tak berupate sampai hari raya, Neeza sekeluarga mengambil kesempatan memohon maaf diatas segala salah silap, terlanjur kata atau perbuatan kepada semua sahabat yang membaca blog Neeza. Perlu diakui yang Neeza bukanlah manusia yang sempurna dan pasti seringkali melakukan kesilapan. Kesalahan kawan-kawan sekiranya ada (tapi rasa takde pun), Neeza dah lama pun maafkan.

Juga, dikesempatan ini Neeza dah keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua. Maaf Zahir dan batin..

18 comments:

Raihah Rosli said...

Selamat Hari Raye Kak Neeza!
Hehehe...awal betul ni.
Maafkan silap n salah..

jane said...

salam raya buat neeza & famili,

moga syawal menjanjikan kebahagiaan!!

pB said...

Adik Ja,

kak pB dengar tauke FB tu orghe isroel ... waallahua'lam


selamat hari rayo ..
mitok maaf tahun ni tak dok kad rayo dari kak pB ...

tok tahu bakpo , tok brapo nok ado mood nok ngata' kad rayo
tok supo tahun tahun lepah


Kak pB pung nok mitok maaf dengae adik Ja . Kalu ado saloh kato , saloh komen tu , maaf lah deh ...

Mitok halal jugok lah gapo gapo sajo hok pernoh termakae dan terminum ....

Kak pB doa Adik Ja dan family tetap akan bergembira di hari raya nanti ..

Insyaallah , kak pB kelik klate haghi khomis nie ....

Doakan agar kak pB dan hok lain lain tu selamat semuanyorrr

Abang Long said...

Antara cara nak rasa Hari Raya Puasa ialah dengan membuka lagu raya. Terutama lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, seperti - lagu Suara Takbir, Dendang Perantau ... memang 'tangkap syahdu' dan bakal melelehkan air mata ...

cm said...

salam raya buat Neeza sekeluarga di perantauan...

:: Leeza Joe :: said...

alelelele...awalnye dah ade adegan bermaafa-mafan ni...yela sesame la kite kak neeza...sy pon g2 gak....mn yg terlebih terkurang mintak dihalalkan...
nak wat guane dah kene raye di perantauan...selalulah dgr lagu dendang perantau....
oleh itu insyaAllah sy pon akan beraya di jubail...lps seminggu br terbang plg ke tanahair..... kite beraya cara kite a erk...dtg rmh tauuuu....;)

cheryna zamrinor said...

sha pulak selalu berebut pc ngan ayah sha sbb dia pon addicted ngan kebun2 kat FB:)

selamat hari raya kak neeza...
maaf zahir batin...

* ramadhan nieh trasa windu tul ngan kak neeza:)

maza said...

Lah.. dah nak raya rupanya..huhuhu

nampak sangat maza tak perasan gitew..

aduhaiii.. hehehhe

nj said...

neeza...
Selamat Menyambut Aidilfitri buat Neeza sekeluarga. Mohon maaf di atas segala kekurangan diri ini. Maaf Zahir Batin.

Baru ni ponteng kelas, so tak dapat nak ucap live...lepas cuti nanti InsyaAllah...

MommYaLif said...

Happy Eid Mubarak to you & family. Minta maaf ya Neeza kalau ada yg ct tersalah cakap/laku ..enjoy yr jubail's raya

silversarina said...

Selamat Hari Raya , maaf zahir batin .

Jumpa gang di sana sure akan timbul mood raya InsyaAllah.

MAMAMIA said...

Salam Penghujung Ramadhan and Salam nak masuk Syawal....

Akak pun sama-sama minta maap kalau terkasar bahasa masa buat komen, atau ada komen2 Neeza dlm blog akak yg tak berjawab.

chekgu Bani Hassim said...

same2 la kite kak...
selamat hari raya, ampun maaf dari hjung rmbut ke hujung kaki...

en_me said...

salam aidilfitri akak neeza tewww.. maaf zahir bathin jugerr..

kuIna said...

selamat hari raya neeza..

sy dpt kat raya dr negara pasir berdengung.. siap leh tanya bila nak terbang ke sana... andainya kumiliki sayap tentu dh sampai...

Ainur68 said...

In case Kak Nik tak sempat nak check blog kengkawan sebelum Raya...nak ambil kesempatan ini utk ucap Selamat Hari Raya pada Neeza sekeluarga. Maaf kan segala salah dan silap sekiranya ada. Begitu juga bagi pihak abang Amri.

Zul Abdullah said...

Neeza..
rajin dok bercucuk tanam juga ye..?
kat sana banyak tanah bercucuk tanam?

anyway add Zul Abdullah sama yek... :)

Kujie said...

Andai jari tak dapat bersentuh,
tangan tak dapat bersalam,
hendaknya batin kita tetap bertaut,
Minal aidin wal faizin,
Mohon maaf lahir dan batin

Selamat Menyambut Aidilfitri 1430H buat Neeza & keluarga – Semoga Allah memberkati setiap perjalanan hidup kita. Maafkan segala kekhilafan Kak Jie yang ada, yang zahir atau yang batin, yang sengaja atau yang tidak, baik yang tersurat apatah lagi yang tersirat…

p/s- bagilah alamat parents neeza kt sini, boleh kak jie tolong poskan periuk kukus tu

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin