Ada satu pepatah, pantai pun berubah. Neeza tak pasti macam mana bunyi pepatah tu tapi lebih kurang maksudnya, manusia akan berubah juga. Tak kira lah berubah kepada baik ataupun tak baik.
Sesetengah orang mengganggap manusia hanya boleh berubah menjadi lebih buruk/jahat dan bukan sebaliknya. Adil ke macam tu? Kalau lah dia ditempat orang yang dah berubah ataupun nak berubah itu, suka tak dia kalau tiada orang yang percaya bahawa dia memang dah berubah?
Lagi satu soalan. Kenapa manusia lebih suka menjadi judge (hakim) daripada jury (juri)? Manusia suka menghukum orang sebelum didapati bersalah. Mungkin mereka boleh senaraikan apa-apa yang berkaitan dengan kesalahan yang dilakukan dengan teliti masa, keadaan dan faktor-faktor lain. Tapi, mereka memilih untuk tidak mengambil kira semua faktor tu. Lebih senang letak hukuman - bersalah atau tidak!
Ada orang kata, sedangkan nabi ampunkan umat... ada pulak yang kata, nabi tu maksum! Oh ya... betul dia maksum. Sepatutnya kita yang tak maksum ni lah yang lebih senang maafkan orang sebab kita sendiri pun banyak buat salah. Atau, mungkin kita ni tak bersalah langsung? Orang lain je yang salah. Orang lain saja yang tak betul?
Blog Neeza sekarang dah jadi blog melepaskan perasaan pulak. Biarlah apa orang nak kata. Takpe. Ini tempat Neeza luahkan perasaan. Orang tak tahu pasal siapa Neeza cerita dan tak mungkin akan ada orang tahu. Biarlah... lambat laun dengan izin Allah, semoga keberkatan Allah diturunkan kepada kita semua. Semoga kita semua kembali ke jalan yang benar.. Ameen....
13 comments:
takpe kak neeza, nieh blog kak neeza...suka hati kak neeza nak tulis apa. dan sha tak kisah pun baca luahan ati kak neeza sbb windu giler ngan posting kak neeza..!!!
sha ni laju jeeeeeeeee...dok dpn pc 24/7 ke?
hehehehehe...
Neeza, kita manusia biasa Neeza, tahap awam yg mmg susah nak minta maaf atau pun memaafkan..jadi sekurang2 kita berusaha menjadi yang baik
Bab luah perasaan tu..normal juga . Blog adalah jiwa kita, kadang2 kita cuba untuk 'cover line' nak control ayulah konon2nya..tapi kalau meluahkan itu salah satu cara mendapatkan ketenangan, apa salahnya...selagi jari yang menaip tidak menyimpang huruf dan perkataan.
Kita ni manusia biasa, Neeza. Rasanya lebih banyak kelemahan dari kelebihan. Dan kita pun punya peluang untuk berubah, jadi memang tidak adil kalau seseorang mempertikaikan tindakan seseorang. Apa2 pun hanya tuhan sahaja berhak menghukum seseorang.
Kak tie pun sering luahkan perasaan dalam blog. Ia satu terapi diri juga. Bila dah lepaskan rasa tak puas hati, rasa lega betul.
Sememangnya sikap manusia tu suka menilai sesuatu dengan cepat walaupun tidak tahu duduk perkara sebenar.
Demikian lah fitrah kejadian manusia!
Kalau tidak demikian, masakan al-Quran diturunkan sebagai butik penghakiman dan hukum hakam dlm majlis keadilan. kanzz..
kita juga sebenarnya pernah membuat penghakiman sendiri terhadap org lain sebelum mengenali rapat. Kanzzz. hehehehe
Kalau boleh, buang jauh-jauh sifat buruk sangka.
Salaam Neeza..kzie rasa this is your blog so its up to you nak buat mcmn...sama mcm rumah kita.. ikut kita nak isi or hias mcmn dan dgn apa.. I know similar feelings and no matter how difficult and can be sad..we doa for the best frm Allah swt agar dapat lalui segala dugaan NYA pada kita...
If ada kelapangan jemput ke Dhahran / Khobar rmh kzie on 22/10/09.. Sambutan habis Syawal.. sungguh..kz buat makan2 sikit...
Assalamualaikum neeza....
Kenal lagi tak?
ckLah.......
tulis apa saja.. luahkan apa suka.. cerita apa apa.. semua utk kita dan kawan2 yg melawat hehe..
biar je..
setahu me peribahasa 'anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang'.. manakala, peribahasa 'sekali air pasang, sekali pantai berubah'.. ehehe (macam cikgu BM jerrr).. volleeee
Dear Neeza,
Memang kadangkala manusia tu suka buat atau kata sesuatu tanpa fikir perasaan orang lain..tambah kalau terkena pada diri kita..memang boleh naik angin..
Sabarlah Neeza...Allah sentiasa beserta dengan mereka yang sabar...
Kalau apa yang seseorang itu kata atau buat pada kita itu ternyata tidak benar, maka kita dapat pahala 'free'! Lagi bagus, bukan?
Ceria selalu!
em.. ader lagi jenis org camtu walau dimana2..sabar ajerler kak neeza.. yg penting kita happykan:)
salam..itu la hakikat permainan dunia..kita sentiasa di uji..menjadi baik pun penuh ujian, menjadi jahat lagi la ujian nya bertimpa2...berdoa agar kita menjadi yang terbaik dari hari ke hari...dan ada org yg sentiasa menegur dan membimbing jika kita tersilap langkah
Post a Comment