Rajin-rajin lah click ya :)

Monday, October 5, 2009

Saat perpisahan terakhir

Pagi ni Neeza dikejutkan dengan satu sms dari Ma di Malaysia. Acik Man (satu-satunya Abang Ma yang tinggal) meninggal dunia semalam! Innalillahiwainna Ilaihirajiun (Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali). Ucapan ini bukan saja bila kita mendengar kematian tapi dikala apa saja musibah yang kita dengar. Jadi, jangan lah terkejut kalau ada sesuatu musibah menimpa dan kita dengar orang sebut macam tu. Bukanlah dia doakan kita mati...

Berbalik pada cerita arwah Acik Man. Pakcik Neeza ni dah lama kena stroke (masa dia masih berkhidmat dengan satu badan kerajaan). Masa dia mula-mula kena, memang agak pelik sebab apa yang menimpa dia tak dapat diexplain oleh doctor. Ala-ala mistik. Ada yang kata, kena buatan orang. Tak tahu lah kan. Memang betul Allah akan perkenankan walau perbuatan jahat manusia. Cuma, pasti ada balasannya. Tak di dunia, di akhirat nanti. Bermula dari Acik Man sakit, isteri beliau setia menjaga. Semoga Allah kurniakan pahala berlipat ganda buat Acik Yam. Ameen... Sehinggakan, disaat Acik Man nak menghembuskan nafas terakhir, dia panggil Acik Yam dekat dia. Di atas pangkuan Acik Yam, Acik Man meninggal dunia. Bersama hingga ke akhir hayat. Itulah yang selalu kita doa-doa kan. Allah sayangkan Acik Man. Allah juga sayangkan Acik Yam. Mungkin Allah mahu hentikan kepenatan Acik Yam menjaga suami yang sakit. Wallahu'alam...

Ada satu kisah yang lain pula di sebuah kampung. Sisuami menderita sakit dah lama. Isteri menjaga anak besar yang kurang sempurna (OKU). Isteri berkenaan menjaga penuh setia suami dan anak OKU tersebut. Segala makan pakai dijaga dengan rapi walaupun kadang-kadang, ramai yang beranggapan si isteri tidak mendapat layanan sepatutnya dari si suami. Layanan seperti nafkah zahir. Walaupun sisuami berduit, isterinya tidak diberi nafkah seadilnya. Bila sakit, tak dibeli ubat dan yang sewaktu dengannya la. Si suami masih lagi menderita sakit. Masuk hospital, keluar hospital. Baru-baru ni, berita yang diterima - si isteri meninggal dunia! Innalillahiwaiina Ilairajiun... Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kita kembali. Ramai yang menyangka sisuami akan pergi dulu tapi tidak! Allah maha berkuasa. Allah sayangkan isteri yang lama menderita menjaga suami yang berlaku agak tidak adil (dipandangan masyarakat - di pandangan Allah, kita tak tahu). Tenang wajah isteri itu ketika menghembuskan nafas terakhir.

Doa Neeza - semoga roh Acik Man dan roh isteri (kisah kedua) sentiasa tenang di alam barzakh dan di hari akhirat. Ameen....

Pengajaran yang dapat kita ambil dari 2 kisah diatas, kita tak tahu macam mana nasib kita hari ini, esok dan seterusnya. Sentiasa berbuat baik sesama insan, sentiasa bersangka baik. Terima kelemahan diri dan orang lain seadanya. Hormati pendapat orang. Hormati orang lain sebagaimana kita mahu dihormati. Nasihat ini ditujukan khas untuk diri Neeza sendiri. Kepada yang lain yang mahu terima nasihat ini, Alhamdulillah... segala puji hanyalah untuk Allah s.w.t...

19 comments:

cheryna zamrinor said...

al-Fatihah...semoga roh Acik Kak Neeza dicucuri rahmat.

* Kak Neeza...windu aaa.:(

Kujie said...

al fatihah.

tahziah.

dpt sms juga hari ni ' tokwan dah meninggal"

tokwan adalah datuk saudara kak jie, balik raya baru ni sempat melawat dia di ICU

jane said...

salam buat neeza,

alfatihah. takziah...ya, ajal kita belum tahu lagi bagaimana akhirnya...

silversarina said...

Al Fatihah.

Pengorbanan suami/isteri sehingga ke akhir hayat petanda kehidupan mereka diberkati dan syurga InsyaAllah menanti di sana.

Tie said...

Alfatihah....buat kedua-duanya. Rasa terharu pula.

Semoga kita ni sebagai isteri dapat berbakti dengan ikhlas terhadap suami kita.

SAS - The Semutar Man said...

Innalillahi wainnailaihirojiuun... Salam takziah dr Msia - semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah swt.

Tabahkan hati Neeza dlm menempuhi cubaan Illahi ini ... setiap insan pasti melalui semua nih ..

aNIe said...

Al-Fatihah buat ayah Man...semoga rohnya dicucuri rahmat...dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman...begitu juga dengan isteri kisah ke 2 yg diceritakan...

Ajal maut dtg tanpa mengira usia...dan kita sendiri tidak tau bagaimana dan bila kita akan kembali kepada 'NYA'...

Ainur68 said...

Dan berikanlah khabar gembira kepada orang2 yang sabar, iaitu orang2 yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, inna lillahi wa inna ilahi rojiun. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang2 yang mendapat petunjuk.
(Surah al-Baqarah: 155~157)

Umi Kalthum Ngah said...

Neeza,

Salam takziah tulus ikhlas daripada saya...

"DariNya kita datang, kepadaNya, kita akan kembali..."

Wasalam

Zahraa George said...

Al-Fatihah kepada kedua arwah.

Kasih membawa ke syurga..

MAMAMIA said...

Salam Takziah.

Suka baca the last para...

Tepi Sungai Batu said...

Semoga roh mereka di cucuri rahmat.
aminn.

zino said...

al-fatihah kepada yg telah pergi meninggalkan kita....

en_me said...

Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return.. alfatihah

nurie said...

Takziah utk akak & keluarga...
Al-Fatihah utk yg telah pergi...semoga rohnya dicucuri rahmat Allah & ditempatkan nersama para solihin.

Adry said...

innalillah...

al fatihah buat arwah....

maza said...

kedua2 kisah itu amat bermakna sekali..

salam takziah dari maza, dan al fatihah! huhuhu

thanks neeza!

Pootz in Boots said...

lama tak singgah sini... takziah buat keluarga. Al Fatihah buat yang telah tiada.... hargai yang masih bersama kita....

Mulan said...

moga roh mereka dicucuri rahmat..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin