Tadi, masa Neeza bersibuk-sibuk di dapur dengan my cooking partner (dirahsiakan nama atas sebab kerajaan :P), keluarlah topic tentang ini. Semasa kita susah, tak ramai orang sudi berkawan atau bertandang. Tapi, bila kita senang, ramai yang datang. Bukan sedara pun mengaku sedara, contohnya lah...
Neeza pernah rasa benda ni tapi Neeza tak lah berniat nak cerita disini semua biji butir. Biarlah.. apa yang lepas tu biarlah lepas. Neeza percaya sesiapa yang terlibat tu telah sedar di atas segalanya. Kalau tak sedar pun takpelah. Allah tahu apa yang dia lakukan.
Kenapa benda macam ni boleh terjadi? Dalam agama ada mengajar, kita perlu tolong orang susah. Semua agama ajar macam tu. Takde agama yang suruh kita keji dan hina golongan susah dan memerlukan. Tapi, rata-rata manusia memandang hina orang yang susah. Kalau tak pandang hina pun, pandang serong. Dikala kita memerlukan pertolongan, orang melarikan diri. Macam-macam alasan diberikan. Padahal, pertolongan yang kita minta tu bukanlah besar sangat pun. Bila difikirkan, mungkin tak besar pada kita tapi besar pada orang yang nak kena tolong tu kan. Orang takut nak menolong sebab takut dia akan susah disebabkan kita. Sedih kan bila manusia bersikap macam tu.
Bila kita senang, ramai pula yang datang termasuklah orang yang dulunya melarikan diri daripada kita. Mereka tanpa segan silu datang minta tolong dan macam-macam lagi lah. Ada pula yang sampai mengenakan kita teruk-teruk. Astaghfirullah!! Macam tu sikap manusia. Tapi takpelah. Bersabar sahaja jalan terbaik. Kalau nak lawan pun, tak kemana. Banyak benda yang perlu ditempuhi. Last-last nanti, takde apa yang dapat pun. Ya, mungkin mereka menang disini tapi di akhirat esok, tiada siapa yang tahu penyudahnya...
Sekarang bagi Neeza, kita perlu ambik jalan mudah. Bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan. Orang nak datang dekat, datang lah. Orang nak jauh pun, pergi lah. Tiada apa yang kekal kecuali Allah s.w.t. Lagipun rezeki tu bukan ditentukan manusia. Allah penentu segalanya...