Rajin-rajin lah click ya :)

Showing posts with label my class. Show all posts
Showing posts with label my class. Show all posts

Saturday, May 28, 2011

Ku pasrah walaupun berat..


Tajuk boleh tahan tapi sebenarnya takde menda langsung pun. Hari ni exam hafazan. Sekarang nih, Dakwah Centre dah start buat exam hujung tahun saja. Maknanya setahun cuma ada 1 exam. Kalau dulu, exam tiap-tiap semester. Berat sikit lah bila exam hujung tahun ni sebab banyaaakkkk yang nak kena di revise.

Nak kata tak hafal langsung, tak jugak. Hafal lah jugak walaupun ada tersekat di satu dua tempat heheh... Masalah problem yang besar ialah sebutan huruf. ح jadi ه. Ustazah sangat particular sekarang. Mungkin sebab kami dah level 3.

Ustazah announce result tadi. Memang tak puas hati. Kalau ikutkan, dah elok dah tu tapi disebabkan myself yang teramat 'bijak' dan 'pandai' ni nak banding dengan result last year, gini lah jadinya. Padahal manalah sama. Last year surahnya agak mudah dan pendek. This year dah masuk juz 29. Tak sama lah mek weii..

Sekarang ni takde mood. Tadi dah makan banyak sebab stress.. Lawak betul lah. Padahal bukan exam apa pun. Adakah diriku terikir bahawa siDia yang di Atas tu nak bagi tahu bahawa, belajar bukan untuk exam Neeza... belajar untuk bekalan di sana..

Monday, January 4, 2010

A week left

Two weeks have passed and another week to go. The kids will start their semester after that. It'll be quiet a bit in the morning and part of the afternoon. Shahmey and Sumeyyah will be with the bibik alone. Not too good actually. Though my 2 elder kids sometimes did bully their brother and sister, I'd find it is safer when they are around. At least they can tell me if the bibik does anything improper. Nauzubillah though...

Just now, the bibik went back to her owner's house. She had been asking about it since yesterday. A few different reasons were given. First, she said she wanted to ask for her salary. Then she said, she wanted the owner to send the money to her kids. I still remember a few days ago she told me that she doesn't want to send anymore money back home. When I reminded her about that, she said about something else. She wanted to see a doctor. When I told her Abang won't be so keen to send her to the owner's house, she said never mind. She wanted to phone the owner, then. Seriously, I don't know what is in her mind. Let her be. Since my class is cancel tomorrow, I told Abang, the owner can come and pick her up. Wow!!! In a few minutes, the owner came. It was fast. When we asked him to come and send the bibik's salary, he gave thousand kinds of reasons. Auta ****** betul laaa...

This morning, I had a small party in the class. Our Ustazah wanted to have the party since we have completed 2 chapters of the book. Hahaha!! baru habis 1 chapter nak party. Asyik makan besar aje, montel la myself ;). But, as soon as she came (she was quite late), she told us the 'news'. Today was her last day. She has started teaching a grade 1 students in Tahfiz Quran in Ferdos sector. I guess it is good for her. The teaching hours is fixed - 7.30am - 1.00pm every weekdays. She has a career now. Of course, it's not good for us as we already feel comfortable with her way of teaching. A new teacher will be a mystery. We don't know how she's gonna be. Hopefully she'll be better. Biiznillah...

Talk about the food. MasyaAllah... abundant!!! We have Malaysian, British, American, Nigerian, South African, Turkish and Indian in the class. So, one can imagine the kind of food that we have. Alhamdulillah... a huge rezeki for us today.

Tomorrow will be a no-school and no-maid day for me. I'm not sure what time the owner will send her over. I'll manage, InsyaAllah. It's my house after all ;).

Saturday, August 1, 2009

Belajar lagi



Setelah hampir 2 bulan Neeza bercuti dari belajar, Neeza dah pun lepas kelas pertama (orang lain dah lama dah belajar), Ahad lepas. Alhamdulillah. Tapi belajar kali ni bukan di tempat yang sama (Da'wah Centre). Da'wah Centre cuma akan dibuka selepas Eid. Mereka ni bulan puasa kena duduk rumah, masak banyak-banyak penuh meja untuk iftar. Jadi tak boleh lah ada aktiviti lain. Ops! Jangan percaya.. Mungkin tak semualah kot, tapi ramai saudi yang macam tu. Kalau tak mereka sendiri, maid mereka yang duduk di dapur seawal 11 pagi sampailah waktu berbuka.

Bulan puasa bagi masyarakat mereka ialah bulan berehat dan makan banyak masa berbuka (bukan sepatutnya bulan ibadah ke?). Neeza menulis ni berdasarkan pengalaman kawan-kawan yang selalu dijemput berbuka rumah mereka dan juga pengalaman housemaid yang Neeza kenal. Memang itulah kerja mereka. Masak, masak dan masak lagi! Kadang-kadang tak cukup tidur sebab lepas tarawih, mereka ada aktiviti makan sampai 2 3 pagi. Lepas sahur mereka tidur tapi housemaid tak boleh lah tidur kan ;).

Ni nak cerita pasal orang saudi ke, pasal Neeza sambung belajar yek? Back to the topic. Guru baru Neeza ialah seorang warga Indonesia, isteri kepada Ustaz di Da'wah Centre lelaki. Setakat ni, jadualnya ialah seminggu sekali sahaja dan 3 jam sekali belajar (ye ke? almost lah kot). Memula hafazan (yuhuuu!! takleh lari tauuuuu. Alamak! Neeza belum hafaz suroh tu la). Lepas tu, belajar bahasa arab. Kami guna buku yang ditulis oleh seorang professor dari Islamic University of Madinah. Lain dari buku yang kami guna di Da'wah Centre An-nisa. Wordings nya ada yang sama, ada yang tak. Biasalah kan, belajar bahasa yang sama. Selain itu, ustazah juga bagi tazkirah. Last Sunday, Tauheed. Neeza dah belajar topic tu tapi in English. Ustazah ajar dalam bahasa Indonesia. Best sikit rasanya hehee..

Salah seorang ustazah Neeza pernah cakap, menuntut ilmu biarlah berterusan. Lebih banyak cikgu lebih baik. Dia pernah belajar dengan 7 orang guru (sheikh) tentang subjek yang sama (Fiqh). Wow!!! respectlah dia kan. Semoga Neeza juga diberi kesempatan begitu olehNya. InsyaAllah...

Malam ni, kelas kedua untuk Neeza. Lokasi belajar ialah dirumah pelajar sendiri. Ikut turn ke? Kena tanya class rep ni ;). Lepas maghrib, zauji masing-masing kenalah hantar zaujati terchenta huhuu.. Semoga che' abang yang menghantar zaujati masing-masing tu dikurniakan pahala yang besar oleh Allah. Amin.

Tuesday, June 16, 2009

No picture please!!!




Hehehe.. macam celebrity masuk kedai bundle - no picture please!!!. Ye la kan, jatuh lah standard babe.. ;). Nanti tak pasal-pasal masuk muka dia kat mukabuku, frenster, ruangsaya, giveme5, ohbulanterajutigo dan macam-macam lagi. Artis XYZ pakai jeans terpakai heheh... walaupun takde lah salah pun sebenarnya..

Ehemm!!! Balik pada cerita sebenar. Nak cerita yang hari ni Neeza tersangatlah frustnya dengan majlis graduasi sekolah part time Neeza tu. Gambar memang tak ambik pun sebab camera pun nak bawak. Nak ambik pakai apa? Handphone cap ayam yang memori tak sampai 1MG tu? Dah penuh dah pun. Sorry la ye. Tadi pun hp tu dah buat hal. Tetiba padam dengan sendirinya. Tu mesti nak mintak ganti tu. Memang dah lama sangat pun hp tu. Dekat 4 tahun kot. Ke lebih? Tak ingat dah. Beli kat KB Mall dulu tu (ooo.. kena cakap rupanya beli kat mana :P).

Majlis tadi sangatlah tak bestnya sebab masa perjalanan ke situ saja dah lah lama. Sampai-sampai saja, semuanya macam tak terurus je. Semua orang duduk bersantai je. Macam tak formal langsung. Hmm.. malas nak cerita. Time makan, sangatlah terkocoh-kocoh. Tak sempat nak melantak segala jenis makanan menikmati makanan dengan tenang.

Jadi, kepada sesiapa yang nak tengok gambar majlis tadi, minta maaf lah bebanyak. Takde gambar pun. Lagipun kan, kebanyakannya without head cover, so faham-fahamlah kan... Rasanya the only gambar (yang diambil administrator kami) ialah gambar makanan yang banyak tapi banyak lagi yang Neeza tak sempat makan tak habis pun.

Itu sahaja laporan untuk berita jam 2.27 petang ini.

Che Tom ke hulu naik buaya
Ingin memetik rambutan lebat
Neeza undur diri dulu lah ya
sebab mata dah mengantuk sangat

Salam... Adios! Ilal Liqa'!

Thursday, June 11, 2009

Merdeka!

Nak gelak ke tak nak gelak? Gelak sikit lah.. baru belajar seciput, kena study sikit, exam secoet tapi stress lebih pada budak ambik SPM lah pulak. Bila dah tua ganyut umur dah banyak masih nak study, cam ni lah jadinya. Alhamdulillah, semalam, tamatlah 2nd session untuk level 1 arabic, tajweed dan islamic learning yang lain. Kalau nak sambung level 2, lepas Eid lah. Psstt.. kawan-kawan yang nak register untuk level 1 next term, biasanya registration dibuat masa bulan Ramadhan. Kalau ada info, kita hello hello ya.. ;)

Tergerak hati nak bawak camera semalam. Takut jugak kalau 'dirampas' camera tu. Neeza pun curik-curik lah snap gambar dalam tu. Sekali nampak one of the administrator. Dia tak marah pun. In fact, dia lagi tolong snap kan gambar. Lepas tu, dia pulak tanya, nape tak ambik gambar 1 class? Lorrrr.. kalau tahu cam tu, lamaaaa dah Neeza bawak camera hehee.. Anyways, ada yang memang tak nak ambik gambar. Ye ke? tak tahu lah. Sebab tak tanya pun. Setakat yang Neeza tanya dan mukanya disnap, semuanya tak kisah pun. Tapi, atas sebab-sebab tertentu, ada gambar kena censor muka mereka.

Rasa sedih pun ada semalam walaupun besar kemungkinan, kami akan jumpa lagi next level. Biasalah kan. Mood perpisahan. May be Neeza je kot yang rasa sedih. Orang lain selamba je nampak. Mungkin juga sebab kami akan jumpa lagi 16 June ni untuk majlis graduation hehee..























Saturday, June 6, 2009

Hadiah untuk cikgu





Alhamdulillah, lepas satu exam (Arabic grammar - Qawa'id). Part 1 lah tu. Di sekolah orang tua tadi, ada classmate cadangkan kami collect duit untuk beli bunga untuk cikgu pada hari konvo nanti. Hahahah!!! belajar tak setara mana tapi ada hari konvo tuuuu.. Kami collect lah SR10 seorang. Senang aje keluar duit sebab masing masing dapat gaji dari husband ada duit dalam wallet.

Teringat pulak, hari tu Sophea ada mintak nak beli hadiah untuk cikgu dia. Hadiah tu sebab cikgu dia baru lepas operate. Ada lah kawan dia bagi hadiah untuk cikgu tu. So, dia pun nak bagi jugak. Kami cakap, tunggu lah balik Malaysia, kita cari hadiah dari Malaysia. Tapi Sophea macam dah tak sabar. Lagipun, next term dia tak diajar cikgu tu lagi. Tu yang dia nak sangat beli. Kesian kan pada Sophea. Kalau lah dia pegang duit sendiri, tak payah nak mintak dengan parents.

Neeza ada 3 cikgu semester ni. To be fair, kenalah bagi hadiah untuk ketiga-tiga cikgu kan sebab masa konvo semua cikgu akan hadir. Nanti terkecik lah pulak hati cikgu yang tak dapat hadiah tu heheh...

Thursday, June 4, 2009

Rehat sekejap



*huuaarrrgghhh*

oit!!! menguap tutup mulut laaa..

ish.. lupa pulak.. ;)

Rehat sekejap daripada study (ecewaaahhh!! mengalahkan budak nak ambik PMR je gayanya hehee..) sambil jamu mata baca blog cyberfriends. Malangnya ada beberapa blog tak dapat dibuka. Macam jadi pada blog Neeza hari tu jek.. Nape ek? Kalau nak kata blog tu berat tak jugak kot.

Tadi, blog yang Neeza bukak tapi hanya bertahan beberapa saat ialah blog Zino, Chekgu banihassim, Kak cikmilah, Kak Jie, Maza, Teachersally dan beberapa blog lain. Nape ya? Dah try tekan comment box tapi once error message keluar, tertutup lah segalanya. Adakah sebab ada orang telah install IE 8? Patutnya kalau IE tu latest, takde masalah lah kan. Entahlah. Anyways, bila Neeza rehat lagi, Neeza akan cuba buka lagi ya.

Dikesempatan ini, Neeza mohon berbanyak kesabaran kepada chekgu banihassim di atas kemalangan yang menimpa adiknya. Teruskan berdoa chekgu ya. Semoga adik chekgu segera sembuh. Ameen...

Hari ni hidung ni rasa sebu aje.. macam nak kena flu je. Harap-harap tak lah.. mungkin sebab tadi banyak sangat berperang dengan habuk kot.

Okay, times up! sambung baca buku ;)

Wednesday, June 3, 2009

Exam week




Pelajar sekolah di Malaysia bercuti sekarang tapi Neeza akan berperang dengan buku-buku sebab next week ada exam.

Sabtu - Arabic grammar
Ahad - Tajweed writing
Isnin - Arabic dictation and reading
Selasa - Hafazan
Rabu - Tawheed, Seerah and Fiqh


Hari yang paling paling paling (banyaknya paling!) Neeza gerun ialah hari Rabu. Ada 3 buku nak kena baca. Walaupun buku-buku tu tak lah setebal Buku Ulangkaji SPM terbitan Fajar Bakti (teringat pulak zaman SPM dulu..), bahasa Inggeris yang digunakan lepas ditranslate dari bahasa arab sangat lah tinggi levelnya. Penat lah asyik nak bukak dictionary tebal 3 inci. Yang 1 inci, ada yang tak recognize pun sesetengah wordings tu. Lepas tu, bila baca 1 page, mata pun ala ala nak tertutup je gayanya. Bagus dijadikan bed time story book. Betul lah kata cikgu kami, jadikan buku tu bed time story, bacakan untuk anak-anak. Jawabnya, dengan mak nya sekali tidur hahahaa!!!

Ish.. panjang pulak lah entry ni. Nak kena sambung selak-selak baca buku lah. Mohon maaf kepada kawan-kawan yang tak sempat Neeza jengah dan baca blognya. Masa agak suntuk untuk mengadap Al-Hasub (computer) ni. Tapi, kalau ada free sikit, mungkin Neeza tinjau-tinjau dan jeling-jeling jugak ;). Insyaallah.

Sekian dulu. Salam sayang dari Neeza di Jubail :).

Sunday, May 3, 2009

Cacamerba

gambar pinjam dari simply-june dan takde kena mengena dengan entry :P


Neeza ingat lagi ada sorang blogger (dia tahu siapa dia) pernah tulis kat blog dia, undang-undang separa kejam blogger ialah "kalau kita tak visit blog orang, jangan harap lah orang nak visit blog kita". Atau lebih kurang macam tu lah rasanya. Betul lah kot undang-undang tu tapi tak tahu lah separa kejam, betul-betul kejam ataupun tak kejam pun sebenarnya. Ianya bergantung kepada individu lah.

Dah 3 hari Neeza sangat kurang visit blog kawan-kawan. Bukan setakat visit. Update blog pun macam tak berapa mau saja. Sebabnya ialah Neeza telah caught up dengan satu drama bersiri..errr.. hahaha!! tak nak cakap lah tajuk apa. Ada Neeza tulis di beberapa entry yang lepas. Hari ni, baru lah ini Neeza buka blog sendiri. Memula rasa malas update sebab nak tengok drama tu tapi tak best pulak tengok blog dengan entry lama.

Hari ni Neeza dah mula kelas semula selepas seminggu sekolah cuti. Okay aje. Takde apa yang menarik sangat. Yang menarik ialah, exam yang sepatutnya dibuat this Monday di postpone ke Saturday depan. yahooo!!!! Hahaha!! Macam lah banyak sangat nak dibaca. 2 chapters saja tapi since ianya exam Al Loghatul Arabiah (bahasa arab). Faham-faham je lah kan.

Mulai hari ni juga, ustazah kami dan mak dia (guru Al Quran), naik bas kami untuk balik. Masa pergi abang dia hantar. Malu lah pulak naik bas sesama cikgu. Maklumlah, murid tua kan.. heheh..

Cuaca di Jubail mulai berbahang dan panas. Kalau keluar malam pun, masih terasa berbahang. Itu maknanya.... summer is coming lah! Putik-putik tamar dah nampak keluar. Dalam bulan 7 @ 8, masak ranumlah buah-buah tamar tu. Tapi since Neeza balik (Insyaallah) Malaysia lebih awal dari tu, tak sempat lah nak bawak balik tamar segar dari ladang :P.

The kids (Sophea and Sobhan) start kelas mengaji hari ni. Kelas mengaji ni khas untuk anak-anak Malaysia di Jubail. Terima kasih kepada KRMJ diatas usaha gigih sehingga materialize kelas mengaji ni. Disebabkan kelas tak boleh muat ramai sangat, cuma 20 pelajar diterima untuk sesi pertama. Tamat sesi pertama, pelajar lain pulak boleh enrol. Nak bagi fair to all, setiap pelajar perlu bayar yuran (ayah dia lah yang kena bayar sebenornyeee..). Duit kelab tak digunakan. Fair lah tu sebab tak semua orang ada anak yang nak belajar ni.

Title entry All in one tu sebab segalanya Neeza nak tulis. Malas nak fikir-fikir sebab dalam kepala ni asyik ingat "Juxiang", "Yueniang" dan "Xi er" aje.. hahaha!!! (habislah kena marah dengan orang tu..). You're a mother for 4 kids and a wife to a husband!! Ouccchhh!!!! pediiissssssss....

Sunday, April 12, 2009

Open Day sekolah ku..


Orang pergi sekolah, dia nak pergi sekolah jugak. Orang ada open dah, dia pun nak jugak. Tapi Open Day dia lain sikit dari orang punya. Satunya, open day dia macam open bathroom aje sebab orang tak ramai langsung. Lagi satu, tak boleh nak snap gambar orang ramai-ramai tu. Walaupun ada yang snap picture semalam, tapi setakat gambar backdrop, gambar gift atas meja dan gambar kerusi hehee.. Tiada gambar orang langsung! Kalau tahu boleh snap walaupun setakat gambar lantai, nak jugak bawak camera. Takpelah, lain kali ambik gambar.

Alkisahnya, semalam memang kami satu kelas dah dibagi tahu akan Open Day tu. Memang ianya itu kami sekelas saja sebab hanya kelas kami saja yang muridnya boleh speak English. Ada talk masa open day tu and it was in English. Menarik tajuknya - 'the miraculous Al Quran'. Tapi since tak ramai yang datang, suasana macam hambar aje.

Organizer sediakan banyak hadiah. Ada 3 games - musical chair (guna nasyid), menulis nama dengan pen yang letak kat mulut dan makan apple. Dengar macam menarik kan. Tapi, semua participants tu dipanggil ke depan untuk buat. Musical chair hanya 5 orang participants, makan apple 2 orang dan tulis nama 3 orang hahaha!!! Lawak sungguh laaa.. Tapi still, pemenang setiap acara seorang saja.

Since jumlah hadiah lebih banyak daripada orang yang datang, makanya lucky draw yang dah sahih semuanya lucky dibuat. Ambik number dalam bakul dan dia bagi hadiah yang sama number dengan number kita ambik tu. Pada yang dah menang games tadi, tak dapat dah la. Baik lah tak payah ada games kan kalau ikutkan heheee.. Tapi takpelah, kami ikutkan saja. Gift Neeza untuk lucky draw yang semuanya lucky tu ialah toiletries set - botol-botol kaca untuk isi shampoo and berus gigi and towel kecik. Biasa-biasa aje kalau ikutkan tapi memang best dapat hadiah. Tak kira lah kecik pun.. :).

Gambar memang takde dan malas pulak carik gambar kat internet. Biar ajelah takde gambar.. :)

Friday, March 13, 2009

Bankrap di akhirat



Biasa kita dengar orang yang bankrap didunia. Habis duit dan harta yang satu masa pernah menjadi miliknya tidak menjadi miliknya lagi. Istilah lain papa kedana lah kot (kalau salah, tolong betulkan ya). Tapi apa pulak maksud bankrap diakhirat?


Terms ni Neeza dapat dari kelas arab yang Neeza attend hari Rabu lepas. Ustazah kami yang mengajar tauhid bercerita tentang manusia yang akan bankrap diakhirat. Kenapa pula perlu bankrap di akhirat? Di akhirat mana ada duit. Kalau ada pun dah tak berguna. Tak laku lagi. Walau kita punya beribu juta pound sterling sekalipun, duit kita tak ada nilai disana. Yang bernilai hanyalah segala amalan baik yang kita buat semasa didunia ini. Banyak amalan kita, senang lah hidup kita dihari kemudian. Insyaallah.


Kata ustazah, ada manusia yang sangat banyak amalan baik dibawa sebagai bekal. Banyak pahala yang dia buat didunia. Tapi, adakah dia dijanjikan syurga? Belum lagi sebab kita semua perlu membayar hutang kiranya ada. Hutang kepada manusia lain. Bukan didunia saja tapi diakhirat juga. Disebabkan diakhirat duit tidak bernilai, kita perlu selesaikan hutang dengan membayar menggunakan pahala yang kita ada (kalau lah ada. Kalau takde, maknanya, azablah yang kita dapat).


Hutang disini bukan sahaja hutang duit didunia tapi perkara lain juga. Hutang yang tak nampak iaitu apa-apa saja kesalahan kita terhadap orang lain seperti menyakiti hati kawan, bercakap belakang (back biting), mengumpat, buruk sangka, mengata dan yang sewaktu dengannya.


Orang-orang yang terlibat dalam hal yang kita buat tu sebenarnya mendapat pahala kita. Pahala tu akan dituntut diakhirat esok. Bayangkan, selama hari ni kita amat menjaga segala amal ibadah kepada Allah. Solat tak tinggal. Puasa penuh. Haji pun kita dah selesai. Zakat memang tak pernah lupa. Tapi, disebabkan 'hutang' kita kepada manusia yang terlibat, kita tak dapat masuk syurga. Semua pahala kita akan jadi kosong! Untuk lebih teruk lagi, negative mungkin. Kita perlu membayarnya degan seksa yang maha azab. Nauzubillah...


Apa yang perlu kita lakukan supaya kita tak bankrap?

Kita perlu mohon maaf dari setiap orang yang kita bersalah. Kita perlu nyatakan apa yang dah kita buat dan minta maaf dari mereka. Ada yang bertanya, bagaimana pula kalau memohon maaf itu akan memburukkan keadaan? Contohnya, kita pernah kata kawan kita tu jelek, hodoh, tak pandai dan yang sewaktu dengannya. Kalau kita mengaku, mungkin kawan kita akan bertambah marah. Daripada dia nak maaf, terus tak nak kawan langsung. Ustazah kata, kita boleh cuba berbuat kebaikan kepada kawan kita atau sesiapa sahaja yang terlibat tu dengan banyak. Kebaikan yang banyak, lebih dari apa yang kita biasa buat. Sentiasa gembirakan hatinya. Mudah-mudahan, dia senang dengan kita dan akan maafkan semua kesalahan kita walaupun kita tak specify setiap butir kesalahan kita tu.


Sama-samalah kita ingat-mengingati. Neeza juga berharap semua orang akan maafkan Neeza sebelum mata ini terpejam. Ameen...


Tuesday, March 10, 2009

Tabah bila di tegur



Dah lama Neeza tak menulis something yang agak berat disini. Hari ni rasa macam nak tulis tentang sesuatu yang dah lama Neeza perasan tapi baru lah kini nak catat di blog sendiri. Tapi, apa yang Neeza tulis ni cuma dari pemerhatian diri sendiri sajalah.


Ramai yang tahu Neeza sekarang belajar part time (2 jam sehari). Dalam kelas, banyak benda yang Neeza belajar. Bukan setakat pelajaran yang diajar saja sebenarnya. Ianya lebih dari tu. Hari ni, sambil-sambil mendengar orang lain mengaji Quran (masa nak baca, ustazah suruh sorang-sorang), Neeza ambil iktibar dari apa yang Neeza dengar dan lihat.


Ustazah kami memang akan tegur bila dengar kesilapan bacaan - sama ada tak kena tajweed ataupun sebutan huruf. Neeza akui, ramai yang malu bila ditegur. Neeza pun sama jugak. Maklumlah, umur dah banyak tapi masih lagi tak betul bacaan. Kalau boleh kita nak bacaan kita perfect, takde salah. Maknanya ustazah tak akan tegur kita.


Tapi, kalau kita analyze balik, apa sebab ustazah tegur? Sebabnya ialah ustazah nak kita baca dengan betul. Bila baca betul, barulah bacaan kita ada makna yang betul. Kalau salah baca, makna jadi lain nanti. Bila salah makna, dibimbangi daripada dapat pahala, kita dapat dosa pulak. Sia-sia saja kita mengaji. Kalau dirumah pun macam tu. Kalau kita salah baca, makna akan jadi lain.


Neeza belajar mengaji seawal umur 6 tahun (tak awal kot bagi sesetengah orang). Neeza mengaji dirumah dulu. Lepas tu, dengan guru agama. Masa dulu, cikgu mengaji tak kisah sangat hukum-hakam ni. Mungkin masa tu, asal kenal huruf sudah. Sebutan huruf pun ada yang tak betul. Bila umur meningkat, Neeza belajar cara sebutan secara formal. Bertambah lagi ilmu walaupun tak banyak. Tapi Neeza takde pun pergi kelas mengaji yang betul-betul. Setakat belajar hukum aje disekolah. Lepas tu.... lupa!


Sekarang ni, dapat belajar balik. Alhamdulillah. Tapi, tahu aje lah kan. Umur dah banyak. Momentum pun agak kureng sikit. Jadi, selalu je kena tegur hehehh.. Baca A'uzubillah pun tak betul. Berkali-kali kena ulang. Malu jugak seposen. Tapi takpelah kan. Daripada bacaan tak betul sampai bila-bila, takpelah kena tegur kan.. ;).


Wednesday, March 4, 2009

Ummi sibuk hari ni





Bukan selalu Neeza sibuk. Jarang-jarang sekali sebab Neeza kan dah tak kerja. Takkan lah sibuk kot. Kalau dulu, Neeza kena kerja dari pagi sampai petang. Malam ada program di kolej kadang-kadang. Untuk lebih busy, Neeza kena outstation pulak dan tinggallah anak-anak dengan Opah (Ma Neeza). Kesian anak-anak. Alhamdulillah, sekarang ni Neeza tak payah outstation. Kalau outstation pun, pasti dengan husband dan anak-anak, Insyaallah.


Tapi hari ni Neeza sibuk sikit. Pagi-pagi kena pergi kelas (itu biasa lah). Balik kelas, Neeza kena masak macam charlie chaplin. Kenapa? Sebab, jam 3 petang, Neeza akan pergi kelas semula. Yang ni kelas Feqah yang tak berapa formal sebab di rumah orang.


Sebenarnya tadi tak lah masak sangat pun. Preparation saja. Hari ni, kalau jadi, Neeza akan bawa popia goreng ke kelas agama untuk malam ni pulak. Tadi, cuma masak inti dan gulung popia tu. Biarkan dulu.


Sekarang jam 1.48 petang. Dalam 1 jam lagi, Neeza perlu bersiap untuk kelas petang. Balik kelas petang dalam 7 pm kot, kena bersiap untuk kelas malam pula. Sebelum pergi, kena goreng popia dulu. Kalau goreng awal sangat, nanti tak garing. Kata expert lah.. :).


Malam ni tak tahu lah habis jam berapa. Kalau ikutkan selalu, kami settle dalam jam 11 sebabnya ada aktiviti makan-makan. Rezeki lagi. Alhamdulillah...


Disebabkan macam-macam aktiviti, blog pun terbengkalai. Update ala kadar aje. Nak visit blog kawan-kawan pun tak sempat lagi. Alamak! Baby nangis pulak. Babai dulu...

Saturday, February 28, 2009

Back to school



*sigh*

it's not a good sign huh? Yes, it's not. I do like my arabic class but after quite a long break (3 weeks hehehh..), I felt like, arrghhh... class starts tomorrow?? Hmmm.. tak puas-puas berehat la tu.. amboiiii!!


Today, the bus didn't come to pick us up. Apparently, the instruction to pick up the students wasn't reached the driver. Yes, bureaucracy... as usual. The ladies dakwah centre didn't request the bus from the male dakwah centre. Though the driver was informed (by us - the students), that the class resume on 28 Feb 09, he can't simply use the bus to pick us up. A formal letter is required. Thanks to Mr A (Kak N's husband) who was generous enough to chauffeur us to the female dakwah centre. Otherwise, my friends and I may have to take a cab there. Luckily, the bus sent us home - upon knowing that the bus didn't come then only they (the staff in ladies dakwah centre) took action. Ishh... tak proactive langsung mereka ni lahhh...


What do I learn today? I learned Tho'am (Food) and Sharobu (drink). Nice topic huh. Of course! It makes my life easier especially when I need to talk to my helper about things related to food in the kitchen. All these while, I had to use English, broken arabic and sign language. Many times it was misunderstood by her. Orang suruh goreng aje ikan yang dah di letak garam kunyit, dia pergi masak sambal masala. Padahal, dah ada ikan asam pedas tu.. adoiii!!!


Q: Maza ta'kulu fil ghada'?
(Apa yang awak makan semasa lunch?)

A: Akulu Addajaj wallaham wassamaka walaruz walfakihah fil ghada'
(Saya makan ayam, daging, ikan, nasi dan buah-buahan semasa lunch)

*amboi!! banyaknya makan....*


Itu sahaja pelajaran untuk hari ini ya murid-murid. Kita jumpa tahun depan untuk pelajaran seterusnya hahahahh!!!

Wednesday, February 4, 2009

It's over



The term was over with the Hafazan exam yesterday. Alhamdulillah. We had to memorize 3 chosen surah that were decided by the Ustazah. Everyone did her good job and managed to memorize all of them. Of course, we actually had to memorize 13 or 14 surah altogether. But, during the exam, we only need to recite 3 - not our choice though :).


I am contented with everything that I've learned during this 3 months period. Some of them are:

  1. Arabic - this one is totally new to me. The language is classical arabic (Al Quran language). I can't simply use them in the street because many people here are using simple language (bahasa pasar cakap melayu).

  2. Tajweed - it is more affective when we learn the hukum and we apply it towards our quranic reading. I found that it is the easiest way to remember the hukum. Anyway, the hukum can be used throughout the Al Quran. Once we know how to apply them, we could recite the Quran without much difficulties. Insyaallah.

  3. Hafazan - Yeah... all of us or may be many of us did go for quranic reading when we were small. Our 'tok guru' always asked us to memorize suroh from Juz Amma. We did memorize many surah. But! We stopped somewhere. We didn't continue memorizing. Then, we forgot many of the surah. We??? I think I should change 'we' to 'I'. Now that I realized about it, I should start to recite the suroh persistently. Not once a year kinda thing okay Neeza..

  4. Feqah - I discover many / lots of new knowledge in here. Partly, it is due to a different teaching - Malaysia vs Saudi Arabia. One thing I like is, I've learned 'the prophet ways of doing things'. Insyaallah, if time allows, I'll share the knowledge with my fellow friends here.


Frankly, some of the lesson are not new to me. I did learn about them when I was in school, long time ago. Without refreshing, the ilmu is faded. I'll try to practise / use the knowledge that I've gained from the class. Insyaallah.


I'll be spending time with my kids at home. That relieves me a lot as many knows I have many some problems with my new helper. When I'm home, I could observe her better. After the one month contract is over, I'll hunt for a new one. Insyaallah. Please help me Ya Allah...


My new semester will start on 28th February 2009. That means, I would have about 3 weeks to rest. Sometimes I forget that I'm still in my confinement period hehehehh..


Saturday, January 31, 2009

Yeayy!! separuh dulu ;)


Hari ni exam arabic 1st part. Soalan 2 pages, ada matching, ada fill in the blanks dan ada jugak jawab soalan yang ditanya. Contohnya, Assalamualaikum, apa nak jawab tapi kena tulis arabic lah. Memang senang sesangat tapinya kalau spelling salah, salah lah huhuuuuu... Part 2 menyusul Monday ni. Esok exam tajweed. Yang ni Neeza tak belajar langsung sebab masa Neeza datang kelas, cikgu cuti lama. Bila Neeza cuti lama, cikgu datang. Jadi, tak berapa ada jodoh dengan cikgu tu. Saya jawab aje lah apa yang boleh esok ya cikgu! Kalau betul, cikgu tanda lah check. Kalau salah, cikgu pangkah je lah. Senang kan hehehh..




Pagi semalam, Sumeyyah selamat dibotakkan oleh Abah dia. Sepatutnya sunat cukur kepala hari ke 7 tapi kami sangatlah sibuk dengan agenda lain. Since semalam hari Jumaat, kami decide untuk cukur kepala Sumeyyah. Sampai botak! Dia kecil lagi takpe. Kalau dah besar malu jugak sebab dia perempuan kan.






Malam semalam, Neeza ada tamu yang datang bertandang. Seorang tu bawak dinner (soto ayam) yang amatlah banyak. Seorang lagi bawak makanan jugak (ikan bilis dan budu) serta bengkung untuk ibu yang dalam pantang tu.. ;). Rezeki datang tiba-tiba. Alhamdulillah. Thanks Liza for the yummylicious soto. Thanks As for semua-semua tu and termasuk gift comel-comel untuk baby Sumeyyah.. dapat barang free lagi akak ni... moga rezeki As dan Liza bertambah-tambah lagi.. Ameen....

Wednesday, January 28, 2009

Lega sikit..


Ada beberapa benda yang terjadi semalam dan hari ni yang membuatkan Neeza sedikit lega..

  1. BCG Vaccination untuk Sumeyyah - last week nak buat tapi tak boleh sebab doctor tengok Sumeyyah ada mild jaundice. Walaupun tak teruk, doctor advice tunggu sampai dia sihat betul. Jadi, this week pergi lagi. Memang lama betul menunggu. Turn Sumeyyah number 15 untuk clinic Dr Dina. Ramai budak sakit agaknya. Penuh depan semua ketiga-tiga clinic paedetrician tu macam pasar malam pulak. Since kami kena pergi sekolah Sophea untuk tengok performance dia, kami bekejar ke sana dulu. Datang semula lepas performance Sophea habis.

    Kesian tengok Sumeyyah kena injection. Meraung-raung dia nangis. Neeza pun tengok nurse tu inject kat bahu dia. Kalau Neeza yang kena injection BCG masa darjah 6 pun boleh nangis, inikan pulak baby kecik cam Sumeyyah.




  2. Lip syncing performance Sophea - Dia busy practise performance ni. Dalam kelas dia, 4 orang terpilih untuk masuk group Red Rose (Girls untuk Primary 4). Memang dia excited sesangat. Kami memang tak berapa nak bagi sebenarnya. Hopefully benda ni tak melarat sampai dia besar lah sebab tengok performance semalam, galak jugak budak-budak atas stage tu. Mungkin Sophea ni mengikut Ummi dan dulunya Opah dalam aktiviti macam ni. Sekarang takde lah lagi...

    Dalam 4 orang tu, Sophea lah paling kecil. Macam tak balance pun ada. Tapi Sophea nampak selamba aje di stage. Dalam pada tak bagi tu, suka jugak tengok anak kami kat stage. Kalau Sophea tak buat performance tu, memang takde mana nak pergi nya program Jubail Idol tu. Namanya Jubail Idol tapi semuanya budak-budak sekolah itu aje yang masuk.




  3. Exam Feqah Neeza - Tadi pergi juga exam naik bas. Alhamdulillah, tak sakit walaupun tahu aje lah naik bas kan. Neeza rasa excited sebenarnya nak ambik exam. Saja nak tengok Neeza ni boleh buat tak exam tu. Tak sangka pulak soalan dia True and False. Ada jugak soalan isi tempat kosong dan sikit soalan kena senaraikan. Frankly speaking, soalan tu memang senang sesangat tapi biasalah.. take for granted (study ala kadar maklumlah bukan study untuk Diploma or Degree kan), macam mana nak score 100%. Memang dah ada salah pun. Hahaha!!! Anyway, Neeza happy sangat dapat pergi exam hari ni. Lagipun seronok dapat jumpa kawan-kawan sekelas yang berbilang bangsa tu.


Exam habis awal hari ni. Jadi, kami terus balik rumah. Sumeyyah dah habis sebotol breastmilk yang Neeza siap-siap pump and letak dalam freezer dalam 2 1/2 oz. Nampak bibik dah keluarkan another bottle tapi tak bagi lagi.


Hari ni Rabu tapi Neeza takde plan nak pergi mana-mana. Lagipun orang dalam pantang kena banyak berehat kan hahaahah!!! Ye sangat lah tuuuuu... :P


Thursday, January 8, 2009

Gain knowledge while munching


Due to some reasons, we (a few of my classmates and I) had to go to our teacher's house for Feqah class, in the evening. The lesson should be started at 4.00pm and finished at 6.00pm. But, we reached the place about half an hour late. The driver took about 1 1/2 hour to pick all of us from various places and then searching for the teacher's residence. I didn't blame the driver as yesterday was the first time for him to chauffeur us. Nobody is to be blamed, indeed.


Upon reaching the venue, we were settled in one of the rooms. No man is allowed. That's the culture of arabs. In fact, there was no man in the house! I guess our teacher has asked her husband to leave the house temporarily and be somewhere else hehee..


It was closed to maghrib prayer. Nada (our teacher) told us that she wanted to get the place ready. I thought she wanted to get the place ready for the prayer. She went out the room and came back with a roll of plastics (melayu called it 'seperah'). Aik! takkanlah nak solat atas plastic seperah kot, I questioned myself. Then, she brought several bottles of water on a tray. She arranged the bottles nicely on the plastic. It didn't look like a prayer mat now. She came again with a few kinds of food and drinks. A few of our friends were actually brought some dishes too. It was 10 Muharram (Asyura day) yesterday and it is a sunnah to fast. A few of us, excluding myself were fasting ;).


We ate as the Marghrib azan was called. While eating, Nada told us these:

  1. It is a sunnah to eat dates (tamar) with cantelope (arabs call it shammam or batikh). Rasulullah s.a.w used to do this as the dates taste strong on your throat. So, to alleviate the strongness, it is good to eat them together with cantelope. By the way, the cantelope here is quite cheap :).

  2. It is preferrable (also sunnah) to break your fast with Rotab (the fresh dates - yellow in color). The crunchier the better. If you don't have it, take the half crunchy, half soft one. Otherwise, just eat the usual dates. If you have no dates at all, take plain water. If you're in a car and you have nothing (no biscuit, no sweet and even no gums), you may break your fast with niat - I break my fast now!

  3. Arabic coffee is not served with sugar. The taste may be disliked by some (it contains special coffee, cardomom and cloves) since the cardomom taste is quite strong. Never and never ask sugar for arabic coffee as you may be laughed by the arabs :). That is the reason why arabic coffee is drink while eating the sweet dates.

  4. You need to use left hand to pour arabic cofffee in a small cup (you hold the cup with your right hand) and right away serving the guest. Usually, this is the time for mothers to look for future daughter in laws (calon menantu). Those who are serving the coffee with left hands are not a good one to be a wife for their son.

  5. The use of right hand is crucially important for arabs. Even Rasulullah s.a.w himself took/ate the dates using his right hand and took out the pits with his left hand. Left hand is used for not so good thing.



I think there were a few other things which I couldn't remember, told by Nada. At the end, we spent only about 15 minutes for the Feqah lesson (due to the introductory explanation why 'something had happened' (this one will only be made known to the classmates), meal and prayer). However, it was splendid as we gain so many kind of knowledge thorughout the hours.


Actually, in the evening, I was rushing to go to the place that I'd missed my lunch. I was hungry (the tummy was almost empty) but I know Allah won't let me go hungry. The meal in Nada's house was a great gift from Him. Alhamdulillah!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin