Rajin-rajin lah click ya :)

Wednesday, May 19, 2010

Selalu ingin menjadi yang terbaik

Alangkah baiknya kalau kita dapat memenuhi kehendak semua orang kan! Kita ada ramai customer walaupun kita tak menjual apa-apa pun. Customer Neeza ialah anak-anak Neeza, suami, ibu bapa, adik beradik, kawan-kawan, cikgu-cikgu, saudara-mara, masyarakat dan customer paling besar ialah Allah s.w.t.

Banyak benda yang perlu kita lakukan untuk mereka. Kalau boleh, semua orang nak buat yang terbaik untuk customer mereka tapi tak selalunya kita dapat buat. Kita mahu memuaskan hati semua customer kita agar mereka gembira dengan kita.

Bagi Neeza, hati ini akan rasa terkilan atau sedih kalau mana-mana customer tak puas hati dengan apa yang Neeza 'serve' untuk mereka. Neeza bersyukur kepada ALlah s.w.t sekiranya mereka gembira dengan Neeza, sekurang-kurangnya mereka tak merasa Neeza adalah beban kepada mereka.

Sebagai manusia yang lemah (of course kelemahan bukan alasan sebenarnya), adakala Neeza ada melalukan perkara yang melukakan hati mana-mana customer Neeza. Pada awal kejadian, Neeza tak rasa bersalah langsung. Neeza rasakan, "I am right, they are wrong!". Sebenarnya itulah bisikan syaitan. Syaitan sangat suka akan perpecahan dan perbalahan. ALhamdulillah, Neeza cepat disedarkan Allah. Semuanya kerana Allah. Allah lah yang kembalikan Neeza agar mengingati fitrah.

Puji-pujian seperti "you're a good friend" seperti satu reward yang menunjukkan kita dihargai. Ia menunjukkan yang customer kita berpuas hati dengan kita. Tapi, Neeza tak seharusnya terlalu gembira sebab semuanya berlaku kerana Allah. Pujian itu sepatutnya Neeza kembalikan kepada Allah, Alhamdulillah. Boleh saja Allah nak tutupkan hati Neeza untuk terus-terusan membuat kejahatan kan! Nauzubillah....

4 comments:

nj said...

neeza..
Itulah fitrah manusia sentiasa nak yg terbaik...tetapi norma pun takut jugak...adakah diri sendiri dah lakukan terbaik di sisi Allah SWT??? Takut dan kerdil rasanya bila nak jawab soalan tu..

nj said...

neeza..
Itulah fitrah manusia sentiasa nak yg terbaik...tetapi norma pun takut jugak...adakah diri sendiri dah lakukan terbaik di sisi Allah SWT??? Takut dan kerdil rasanya bila nak jawab soalan tu..

aNIe said...

Salam neeza...lama tak menyinggah di sini...selalu menjengah di tingkap FB aje...

Memang betul kita manusia sukar untuk memuaskan hati semua orang...tapi kita selalu lakukan yang terbaik untuk menjadi yang terbaik...yang penting di sisi ALLAH...

Neeza Shahril said...

Norma,

betul tu Norma. Soalan tu lah yang paling takut nak tengok jawapannya. Takut amalan tak seberapa pun sebenarnya walaupun kita rasa dah banyak...

===================================

Kak Anie,

Neeza pun lama tak visit blog kawan2. Manusia ni relatif kan kak. Tak dapat nak dipuaskan hati mereka semuanya. Biarlah kita buat kebaikan untuk hari disana nanti je kan..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin