Rajin-rajin lah click ya :)

Sunday, May 23, 2010

Walimatul Urus cara Saudi


Baru-baru ni, masa belajar arabic, terkeluarlah cerita pasal kawin. Cikgu kelas kami menceritakan bagaimana proses nikah kahwin yang diamalkan rakyat Saudi. Neeza tak pasti adakah mereka mengikut sunnah atau tidak. Certain part mungkin lah. Certain tu, tak berapa confident nak kata ikut sunnah. Kena check balik hadith lah rasanya.

Memula, lelaki akan cari calon. Biasanya daripada risikan mak bapak mereka jugaklah sebab kalau nak tengok tak boleh. Wanita Saudi semuanya bertutup litup. Ada tu, mata pun tak nampak. Kalau di Malaysia, mesti diorang kata hantu berjalan ;). Tapi mereka tutup aurat sebenarnya - aurat mengikut tafsiran mereka. Lepas dapat calon, lelaki akan pergi rumah wanita tersebut, jumpa dengan ayah wanita itu.

Ayah wanita berkenaan akan menyoal siasat lelaki berkenaan sedetail-detail mungkin. Dia akan call balai polis, bank, pusat dadah (kalau ada la) dan mana-mana saja untuk check status lelaki ni - sama ada lelaki ni 'bersih' atau pun tak dari segala gejala tak baik. Ini benda yang sangat normal di sini (kata cikgu kami tu lah). Jadi, takde isu nak saman mana-mana pihak sebab release information itu. Selepas ayah wanita ni berpuas hati dengan lelaki tersebut, ayah wanita ni akan suruh dia tengok lelaki ni dari tingkap rumah mereka. Of courselah fizikal saja lah kan. Wanita tu akan dibagi masa beberapa hari untuk berfikir. Biasanya mereka buat solat istikarah lah. Kalau wanita ni kata okay after a few days, baru lah proses seterusnya bermula. Kalau wanita ni tak berkenan, lelaki tadi kena lah cari calon lain ;).

Kalau wanita tu dah setuju, lelaki tadi dibenarkan untuk berjumpa dengan wanita tadi. Wanita tadi akan berpakaian dengan membuka sedikit aurat - sedikit rambut, betis sedikit (untuk tengok warna kulit) dan muka. Ini bertujuan lelaki berkenaan dapat gambaran jelas tentang wanita yang nak dikahwininya. Mereka akan berkenal-kenalan antara satu sama lain (rasanya ayah wanita tadi ada sama). Selepas proses perkenalan ini, lelaki tersebut akan decide sama ada setuju atau tidak untuk menikah.

Kalau dia setuju, mereka akan menikah. Tetapi, mereka belum boleh hidup bersama selagi belum diadakan majlis kahwin. Mereka boleh keluar bersama tapi kena balik tidur rumah mak bapak masing-masing. Biasanya proses ni beberapa bulan lamanya. Jikalau dalam beberapa bulan ini, pasangan tersebut rasa tidak serasi, mereka akan bercerai. Segala hantaran yang pihak lelaki bagi perlulah dipulangkan kepada pihak lelaki Kalau tidak, majlis perkahwinan akan diadakan secara besar-besaran.

Lain sikit kan daripada cara kita di Malaysia... :)

5 comments:

Ibu Sayang said...

Salam Neeza,

Ziarah melalui rumah Pak Man laksam...

Ibu rasa adat dia org ni peliklah..
Wallahu alam

Mulan said...

wuih.. bakal apak mertua jadi inspektor gadget la camni sampai pi police station etc...

iman said...

Salamualaikum

Ana Asma' dari Selangor ^_^
Terlintas blog Neeza, seronok baca pengalaman Neeza

Cuma cara walimah saudi tu memang bukan adat islam,,sebabnya aurat perempuan memang takkan berubah melainkan dah sah sebagai suami atau memang muhrim. Even dengan ayah, mak, kakak n abang kandung pun tak boleh dedahkan peha kita nikan pula orang yang tiada pertalian dengan kita. Yang halal itu jelas, yang haram juga jelas.

Wallahua'lam

Neeza Shahril said...

Ibu,

neeza rasa pun macam tu.. tapi kan, ayah cikgu neeza ni orang warak.. neeza kena selidik lagi dengan ustaz dan ustazah..

===================================

Mulan,

dia tak payah pergi police station.. dia call saja dan police boleh bagi tahu terus record mat tu :D

===================================

Iman,

Waalaikumsalam..

Alhamdulillah.. neeza rasa pun macam tu tapi untuk kesahihan, neeza nak tanya ustaz disini. Nanti neeza dapat jawapan, neeza update ya.. mungkin ada hadith yang kita sendiri tak tahu...

iman said...

baik semoga dipermudahkan

seronok berbincang perkara untuk patuh pada Pencipta kita ^_~

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin