King pergi buat rawatan 3 bulan. Balik negara dalam keadaan sihat. Dia umumkan peruntukan 37 billion untuk elakkan kacau bilau. Gaji rakyat mereka naik dan macam-macam kemudahan dia bagi. Syukur kepada Allah. Seronoknya mereka.. Kami? Setakat ni kami enjoy cuti 1 hari yang diumumkan esok (Sabtu). Yang lain-lain tak tahu lah.
Bertuahnya orang. Ada pepatah kata, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik lah negeri sendiri? Sesungguhnya sangatlah tidak ku faham pepatah itu. Kenapa lah macam tu pulak? Memang lah.. kalau nak ikutkan, memang selesa tempat sendiri walau best macam mana sekalipun. Tapi apa kena mengena dengan pepatah tu? Confuse sungguh laaa... :D.