Rajin-rajin lah click ya :)

Saturday, February 26, 2011

Seronoknya mereka...


King pergi buat rawatan 3 bulan. Balik negara dalam keadaan sihat. Dia umumkan peruntukan 37 billion untuk elakkan kacau bilau. Gaji rakyat mereka naik dan macam-macam kemudahan dia bagi. Syukur kepada Allah. Seronoknya mereka.. Kami? Setakat ni kami enjoy cuti 1 hari yang diumumkan esok (Sabtu). Yang lain-lain tak tahu lah.

Bertuahnya orang. Ada pepatah kata, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik lah negeri sendiri? Sesungguhnya sangatlah tidak ku faham pepatah itu. Kenapa lah macam tu pulak? Memang lah.. kalau nak ikutkan, memang selesa tempat sendiri walau best macam mana sekalipun. Tapi apa kena mengena dengan pepatah tu? Confuse sungguh laaa... :D.

7 comments:

Anonymous said...

Kat sini kalau gaji nak , sure harga barang naik berganda-ganda. Tak de ertinya, Neeza.

Bagi kak tie, yang paling penting keamanan. Biarlah anak-anak boleh ke sekolah, semua boleh bekerja dan tiada kacau bilau macam di negara-negara timur tengah tu. Rasa bersyukur dengan apa yang ada sekarang walaupun tidak semewah dulu.

>>> Kat sana, okay, kan Neeza ?

KakNi said...

Ujan batu di negeri sendiri, maybe tetap better dari negeri orang sebab sedara mare dekat kot?

aNIe said...

Akak kalu baca peribahasa tu... akak buat andaian sendiri... hujan emas di negeri sendiri...hujan batu negeri sendiri... maknanya walaupun hujan batu kat negeri kita hujan emas kat negeri orang... lebih baiklah kita berada di negeri sendiri...

zino said...

hujan emas di negara orang tu utk orang negara tu.. bukan utk org luar...

Mulan said...

saya sayang malaysia..

maza said...

hentam ajelah..
hehehe

Neeza Shahril said...

Kak Tie,

kadang2 bila duduk sini, bab ekonomi tu rasa macam lebih suka dok sini kak.. barang2 kat sini turun naik ikut ekonomi.. dia tak terus naik dan naik.. Alhamdulillah.. setakat ni okay kak...

===================================

KakNi,

bab sedara mara tu memang takleh nak nafi. Kalau apa2 jadi, memang susah nak balik.. harap2 semuanya baik laa.. Ameen..

===================================

Kak Anie,

hehee.. susah gak nak faham peribahasa ni.. tapi sebenarnya memang lebih selesa negeri sendiri melainkan negeri sendiri tak selamat untuk diduduki kan..

===================================

Zino,

yaaa.. betul.. emas tu untuk mereka.. bagi mereka dinegara kita pulak emas kan..

===================================

Mulan,

saya juga :) kadang2 hehee..

===================================

Maza,

hentam jangan tak hentam hehe..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin