Rajin-rajin lah click ya :)

Saturday, May 28, 2011

Ku pasrah walaupun berat..


Tajuk boleh tahan tapi sebenarnya takde menda langsung pun. Hari ni exam hafazan. Sekarang nih, Dakwah Centre dah start buat exam hujung tahun saja. Maknanya setahun cuma ada 1 exam. Kalau dulu, exam tiap-tiap semester. Berat sikit lah bila exam hujung tahun ni sebab banyaaakkkk yang nak kena di revise.

Nak kata tak hafal langsung, tak jugak. Hafal lah jugak walaupun ada tersekat di satu dua tempat heheh... Masalah problem yang besar ialah sebutan huruf. ح jadi ه. Ustazah sangat particular sekarang. Mungkin sebab kami dah level 3.

Ustazah announce result tadi. Memang tak puas hati. Kalau ikutkan, dah elok dah tu tapi disebabkan myself yang teramat 'bijak' dan 'pandai' ni nak banding dengan result last year, gini lah jadinya. Padahal manalah sama. Last year surahnya agak mudah dan pendek. This year dah masuk juz 29. Tak sama lah mek weii..

Sekarang ni takde mood. Tadi dah makan banyak sebab stress.. Lawak betul lah. Padahal bukan exam apa pun. Adakah diriku terikir bahawa siDia yang di Atas tu nak bagi tahu bahawa, belajar bukan untuk exam Neeza... belajar untuk bekalan di sana..

Thursday, May 26, 2011

Dikau pergi...


Memula sorang pergi.. tak terasa lagi walaupun sedih jugak. Kemudian, sorang lagi menyusul. Tak lama lepas tu ada lagi. Semalam, sorang lagi pergi. Tak lama lagi, ramai yang akan pergi. Mereka semua balik Malaysia for good. Tak akan bersama-sama lagi di tanah Jubail yang kuning ini.

Walaupun mereka mungkin datang kembali tapi keadaan pasti berbeza. Walaupun mereka akan diganti dengan sahabat-sahabat yang baru, tidak akan sama. Sebab... setiap insan itu unik. I'm gonna miss all my good friends. I will remember all great memories that we've shared...

Tuesday, May 10, 2011

Pelbagai corak, bermacam warna

gambar ihsan dari google



Malam ni tiba-tiba Neeza teringat kepada kawan-kawan lama yang Neeza kenal sejak kecil lagi. Kalau nak bilang dengan jari, mungkin kena guna beratus orang punya jari tangan dan kaki kot bilangan orang yang Neeza jumpa dan kenal. MasyaAllah. Ramai sungguh.

Di masa kecil saja, Neeza berpindah randah banyak tempat. Sekolah rendah ada 3 di negeri berlainan. Sekolah menengah pun ada 3. Lepas tu sambung belajar di tempat lain. Lepas tu ke negara lain pulak. Lepas tu balik bekerja di negara sendiri. Ada 2 tempat kerja di negeri berbeza.

Lepas tu berhenti kerja pulak untuk mengikut suami ke bumi S@udi ni. Neeza jumpa pula dengan kawan-kawan yang seangkatan. Lebih menarik bila Neeza juga berpeluang 'bertemu' dengan rakan-rakan maya yang juga mempunyai blog macam Neeza. Lepas tu fb pulak. Dapat lagi kawan maya.

Rasanya bila mula bekerja, baru lah Neeza lebih mengenali hati budi manusia. Mungkin sebab masa tu dah matang sikit. Pelbagai jenis manusia yang Neeza jumpa dan semuanya dengan hati budi tersendiri. Kalau nak cerita tentang perangai manusia ni, rasanya sebulan pun tak habis.

Sebenarnya itu tak penting pun. Yang penting ialah, perangai kita. Bagaimana kita mencorak perangai kita supaya kita diterima dengan baik oleh Yang Maha Pencipta. Bila masa kita tengok perangai orang, sepatutnya kita ikut mana yang baik dan jauhi mana yang tidak. InsyaAllah..

Monday, May 2, 2011

Bila 2kg nampak besar tapi 20kg tidak ;)

photo ihsan google



Kelmarin, I weighed myself. What???? Naik 2kg? Banyak tu sebab baru 2 hari sebelum timbang, takde pulak 2kg tu. Tapi tadi, bila timbang, memang takde pun. Sah! Penimbang tu rosak hehe..

To me, naik 2kg besar lah sebab sekarang ni kalau boleh nak turun berat or at least maintain. Makan banyak, exercise malas tapi nak kurus. Boleh ke tu? Kira boleh je lah :P. It is a big deal kalau naik 2kg.

Tapi heran juga sebab ada orang buat-buat tak nampak je bila berat badan naik. Kalau sikit takpe. Ini, naik 20kg dalam masa tak sampai setahun!! Of course I'm not gonna mention who and I also not gonna mention berapa berat asal dia. Boleh agak sebenarnya. Kalau berat asal 40kg and naik pulak 20kg, itu orang akan cakap pregnant dah dekat2 nak bersalin. Deinitely, bukanlah berat asal dia 20kg kebawah kan sebab kalau naik double macam tu, agak pelik sebenarnya unless hari2 dia kena paksa makan batu :D.

Kalau dah naik and berusaha untuk kurus, normal lah tu. Tapi kalau tak berusaha dan tak rasa bersalah pulak, mungkin perlu tengok balik. Lagi-lagi pulak kalau seseorang tersayang dah complain, "berat sangat ni.. cuba lah kurang-kurangkan..."

Harap-harap my weight tak lah naik macam tu sekali. Nauzubillah...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin