Rajin-rajin lah click ya :)

Thursday, October 4, 2012

Gerai adik depan Shell Section 19 Shah Alam

Setiap pagi, Neeza akan bawa anak-anak untuk beli kuih atau apa saja yang mereka nak bawa ke sekolah. Walaupun sekolah mereka dah sediakan breakfast, lunch and tea, still... budak-budak mak budak pun sama je kan. Mereka suka untuk makan makanan luar dengan kawan-kawan. Alhamdulillah... Setakat ni kami mampu untuk melayan kehendak mereka tu.
 
Dalam banyak-banyak (macam beratus je bunyinya) gerai yang Neeza pergi, ada satu gerai yang Neeza rasa tak pernah kering orang. Sentiasa penuh. Yang menjaga gerai ni, seorang lelaki berumur lingkungan 20an. Cekap betul dia membungkus. MasyaAllah! Terfikir jugak, berapa lama lah agaknya mak dia ajar. Budaknya pun tak banyak cakap. Diam je. Tanya orang nak beli apa pun guna sign language je hehee.. Makanan kat gerai dia pun murah. Kuih 3 untuk RM1. Gerai lain semua jual 40 sen seketul. Rasa pun sedap, sama je dengan gerai lain. Nasi lemak ayam pun murah. Meehun, mee, kuey teow semuanya RM1 sebungkus. Orang lain jual RM1.20.
 
Mungkin sebab tu orang ramai beli kat kedai dia. Cuma yang kesiannya kadang-kadang dia nampak penat. Kejap-kejap berhenti lap peluh. Towel good morning selalu ada je kat leher dia. Kadang tu nak je Neeza offer diri, biar akak tolong bungkuskan.. tapi akak punya je la hehee.. Tapi karang pelik lah pulak. Nanti dia rasa bersalah pulak. Mungkin dia terfikir, kena bagi discount ke kat akak ni sebab bungkus sendiri... hahhahaha!!
 
Selalu lupa nak ambik gambar dia. Tapi nak ke dia masuk blog? heheee..

6 comments:

Zul Abdullah said...

Nak.. nak...

Tang mana ye seksyen 19 tu..
dok pi jugak kat umah kak seksyen 20.. dekat je tu kan.. he he

maza said...

cecuba snap gambar dan tepek satu kali..

untung2 lagi bertambah untung!

hehehe

cheryna zamrinor said...

biasalah kak neeza...demi mencari sesuap nasi nieh berbaldi2 la peluh yg memercik.

itu sebab org yg dok dalam ekon slalu lupa daratan...org macam nieh slalunya lebih ikhlas dr mereka. kuih sedap dan keje pon sungguh2:)

aNIe said...

Kat Mana gerai tu Neeza...ari tu masa nak ke sana akak ade lalu kat depan gerai tepi simpang yang sempit tu... org parking ikut suka je...sampai susah nak kluar... Orang ramai jugak kat situ

KakNi said...

seksyen 19? neeza duduk area situ ke sekarang ni?

Neeza Shahril said...

Salam sikelu,

Sebelah de Palma hotel kan ada Shell. Betul2 depan Shell tapi seberang jalan. Adik lelaki yang meniaga.. Tapi dia meniaga pagi je. Seksyen 20 dekat sangat la tu ;)

-----------------------------------

Salam Maza,

selalu sampai lambat kat situ. Kalau awal time orang tak ramai boleh gak mintak permission dia. Tak pasal kena saman den nanti jadi paparazzi hehe..

-----------------------------------

Salam Sha,

akak memang kesian tengok budak tu. Rata-rata budak macam tu lebih senang kerja makan gaji. Tapi dia tak.. MasyaAllah Tabarakallah.. semoga murah dan berkat rezeki dia..

-----------------------------------

Salam Kak Anie,

depan Shell yang dekat De Palma Hotel tu kak.. dekat simpang nak masuk ke rumah pangsa tu. kat situ orang parking dalam biasanya. Adik ni meniaga pagi je kak..

-----------------------------------

Salam Kak Ni,

ya Kak Ni.. kat situ lah Neeza duduk. Akak kat mana? boleh dating *wink*

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin