Assalamualaikum dan Selamat Pagi...
Sepi setelah beberapa bulan blog ni kan. Hari ni rasa gatal tangan nak menulis. Tapi tak banyak yang nak ditulis sebab pada masa yang sama, Neeza perlu attend kepada kain yang sedang dibasuh dan Sumeyyah yang dah bangun mintak macam-macam. Itu lah kehidupan... Alhamdulillah...
Topic hari ini ialah pulut durian. Sebenarnya dah berbulan topik ni (baca: tajuk sahaja) dalam senarai draf. Jadi, rasanya tak adil untuk topik tu dibiarkan duduk diam. Jadi, terpaksa lah Neeza menggodek fail-fail gambar yang cacamerba untuk cari gambar pulut durian yang kami makan dulu.
Pulut Durian Kuwait boleh didapati di Restoran siam di sana. Nama tak ingat, jalan tak ingat, coordinate lagi lah tak tahu. Tapi! haaaaaa... mungkin ada insan mulia yang ada rekodkan nama restoran tersebut. Google lah ya kawan-kawan ku yang rajin dan bijak bestari *senyum*
Tadaaaaaa!!!! Ini lah dia Pulut Durian Kuwait itu... Harga semangkuk ialah KD1 bersamaan dengan RM13 (tukaran wang masa tu). Erkkk!!! Mahal ye? Memang lah weiii.... Kat tanah mana lah ada tanam durian di Kuwait tu. Mereka kena import. Sebab tu lah mahal. Agaknya, sebab tu lah keluar pepatah hujan emas negeri orang kot ye? Segala yang kita dapati murah di negara sendiri, mahal disana. Satu terkecuali.... PETROL dan DIESEL!! Huhuuuuu... :P
Okay, sekian dulu buat masa ini. Tunggu dilain masa disaat tangan ini gatal lagi. babaiiiiiii!!!