Rajin-rajin lah click ya :)

Showing posts with label Safar (travel). Show all posts
Showing posts with label Safar (travel). Show all posts

Saturday, October 26, 2013

Pulut Durian Kuwait

Assalamualaikum dan Selamat Pagi...

Sepi setelah beberapa bulan blog ni kan. Hari ni rasa gatal tangan nak menulis. Tapi tak banyak yang nak ditulis sebab pada masa yang sama, Neeza perlu attend kepada kain yang sedang dibasuh dan Sumeyyah yang dah bangun mintak macam-macam. Itu lah kehidupan... Alhamdulillah...

Topic hari ini ialah pulut durian. Sebenarnya dah berbulan topik ni (baca: tajuk sahaja) dalam senarai draf. Jadi, rasanya tak adil untuk topik tu dibiarkan duduk diam. Jadi, terpaksa lah Neeza menggodek fail-fail gambar yang cacamerba untuk cari gambar pulut durian yang kami makan dulu.

Pulut Durian Kuwait boleh didapati di Restoran siam di sana. Nama tak ingat, jalan tak ingat, coordinate lagi lah tak tahu. Tapi! haaaaaa... mungkin ada insan mulia yang ada rekodkan nama restoran tersebut. Google lah ya kawan-kawan ku yang rajin dan bijak bestari *senyum*

Tadaaaaaa!!!! Ini lah dia Pulut Durian Kuwait itu... Harga semangkuk ialah KD1 bersamaan dengan RM13 (tukaran wang masa tu). Erkkk!!! Mahal ye? Memang lah weiii.... Kat tanah mana lah ada tanam durian di Kuwait tu. Mereka kena import. Sebab tu lah mahal. Agaknya, sebab tu lah keluar pepatah hujan emas negeri orang kot ye? Segala yang kita dapati murah di negara sendiri, mahal disana. Satu terkecuali.... PETROL dan DIESEL!! Huhuuuuu... :P





Okay, sekian dulu buat masa ini. Tunggu dilain masa disaat tangan ini gatal lagi. babaiiiiiii!!!



Sunday, December 6, 2009

Perjalanan itu..

It has been 4 days that I came back from Tanah Suci. Alhamdulillah. Selesai sudah rukun Islam yang kelima. Ada hadith mengatakan, setiap jemaah haji yang diterima hajinya oleh Allah s.w.t akan pulang seolah-olah kembalinya seorang bayi yang baru lahir. Subhanallah! Seronoknya kalau Neeza berada dalam golongan itu. Of course, I'm praying for that and I think everyone is, too.

A few friends are expecting my entry on this Hajj Trip. I've been thinking and wondering of what to write about it. Salah tulis takut timbul rasa riak pulak. Salah besar tu sebab riak adalah syirik kecil. Nauzubillah... Salah tulis jugak nanti akan membuka pekung didada pulak. Tak baik jugak tu ceritakan keaiban sendiri atau orang lain kepada orang lain.

I've decided I'm just gonna write about the trip - perjalanan haji itu sendiri. At least, pada yang belum pergi, dapat lah membayangkan apa yang perlu dibuat, sebelum mereka secara fizikal berada di sana. InsyaAllah.


6 Zulhijjah (23 November 2009)

Kami bertolak ke Jeddah pada jam 10.30 malam. Ya, awal sikit dari orang lain. The reason - neeza pun tak tahu. Tak nak berebut dengan jemaah lain dari middle east kot. Tiba di Jeddah dah tengah malam (or, is it awal pagi? Dalam jam 12.30 malam kot). Lepas ambik baggage masing-masing, kami keluar dari airport. Bas dah berderet-deret tunggu. Kami dah di assign untuk naik mengikut number yang tertera di pas masing-masing. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah agak smooth. Alhamdulillah. Mungkin sebab kami tiba awal dari orang lain jadi jalan tak sepadat yang dijangka. Ikut plan, memang dari Jeddah kami akan ke Masjidil Haram untuk Tawaf Qudum. Since kami tiba dah almost Fajar (Subuh), leader mohon kami solat subuh dulu. Selesai solat baru kami tawaf. Orang tersangatlah ramai di Masjidil Haram masa tu. Tapi sempat jugak ambik gambar tu.. Sabar je lah kan.. hehe..






7 Zulhijjah (24 November 2009)

Leader bas kami dah bagi tahu untuk kembali ke bas masing-masing at 9.00 pagi. Ok lah kot sebab kami tiba di Masjidil Haram pada jam 4.30 pagi. Alhamdulillah, ramai yang mengikut jadual. Ada juga yang tak. Mungkin sebab mereka bawa anak dan orang tua. Kesian jugak mereka ni. Bila bas dah penuh, kami bergerak ke Mina - destinasi yang ditunggu-tunggu. Masing-masing tak sabar nak berehat. Al-Hamra package kali ni hanya ada 1 tempat penginapan - Mina. Almost tengahari kami tiba di khemah kami. Perut masing-masing pun dah menyanyi. Tak sabar nak makan. Sekali tengok buffet, almost empty! Bila tanya orang jaga buffet, rupanya lunch belum serve pun. Food yang nak habis tu breakfast rupanya. Alhamdulillah...

Kami berehat di sofa bed masing-masing. Ada yang mandi, ada yang tidur. Basically on the 7th Zulhijjah, memang takde aktiviti specific. Apa yang kami perlu buat ialah qasar kan solat 4 waktu. Selebihnya terpulang to individual. Nak ngaji ke, nak berzikir ke, nak borak-borak pun boleh - nobody cared. But, He is watching :).


8 Zulhijjah (Hari Tarwiyah)

Ramai jemaah haji lain tiba di khemah kami. Mungkin yang datang dari Mekah. Package kami ni inclusive 1 Saudi Arabia. They come from all parts of Saudi. Kalau dari Mekah and kawasan sekitar, mereka takdelah datang naik flight kan ehemm... Khemah hampir penuh. Melayu dalam khemah kami cuma 5 orang. Yang lain tu bermacam-macam bangsa. Seronok jugak sebab dapat tambah kawan. Neighbor sofa bed Neeza - belah kanan, Nor (Malaysia) dan belah kanan Hadeyah (Saudi). Hadeyah ni student JUC. Seronok dengar dia susah payah nak speak English. Dia pun fun agaknya tengok Neeza susah payah nak speak broken arabic ;).

Kami masih qasar solat 4 waktu. Kadang-kadang berjemaah, kadang tak. Tempat perempuan, takde dedicated surau. Jadi, some of us cuma lipat sofa bed or cari empty spaces kalau nak solat jemaah.


9 Zulhijjah (Hari Arafah)

Dah masuk 9 Zulhijjah, dekat-dekat tengah malam, kami bergerak ke Arafah. Sebenarnya ramai antara kami agak suspense sebab daripada pengalaman orang-orang yang pernah join package ni, kata mereka bersiap sedialah duduk dalam 2 @ 3 jam dalam bas disebabkan kesesakan lalu lintas. Memang some of us dah prepare for the worst pun. Tapi, kami tiba awal sikit. Banyak faktor rasanya. Khemah kami antara yang terdepan. Jadi, kami tak perlu tunggu lama. Since kami tiba sangat pagi, ramai yang tidur dulu sebelum masuk Subuh. Everyone was given a sleeping bag. Kami beramai-ramai tidur dibawah satu khemah. Ooopss! Lelaki khemah lain la. Mana boleh campur :).

Di Padang Arafah, kami solat jamak dan qasar. Aktiviti lain ialah berdoa, mengaji dan berzikir - again, it was realy up to individual. No one cares except Him.

Sebaik saja masuk waktu maghrib, kami bergerak ke Muzdalifah untuk mabit (bermalam). Kami tak solat di Arafah sebab memang ikut sunnah, solat tu dibuat di Muzdalifah.






10 Zulhijjah (Hari Raya Aidil Adha)

Kami tiba di Muzdalifah dan organizer mencari tempat untuk bas kami yang banyak tu untuk park. Bas mengepung tempat kami bermalam. Takde khemah disini. Kami tidur dibawah awan, bulan dan bintang. Cuma ada carpet dibentang dan ada kepungan bagi wanita. Yang lelaki ada yang ada carpet, ada yang takde. Mereka sangat menjaga wanita. Alhamdulillah. Kami melelapkan mata dalam 2 jam. Kalau ikut sunnah, para wanita dan anak-anak kecil, boleh meninggalkan Muzdalifah sebelum masuk Subuh. Lelaki perlu tunggu sampai terbit Fajar. Tapi, since kami ni sharing bus, kena lah bergerak sekaligus. Jam 12 malam kami bergerak ke Mina. Jalan agak jam tapi tak menjadi masalah sangat sebab Neeza tidur. Kalau dah tidur, tak perasan sangat masa berjalan kan :). Kami tiba di Mina pada jam 2 pagi. Awal lagi sebab Subuh masuk jam 5.20 pagi. Jadi, ada yang sambung tidur, ada yang beribadah.

Siangnya, selepas subuh kami bersiap-sedia untuk melontar Jamratul Aqabah. Ada yang dah pergi sebaik tiba dari Muzdalifah. Tapi, kami tak nak rush sangat. Ramai orang melontar tapi keadaan under control sebab sekarang dah ada 5 tingkat untuk melontar. Jemaah yang datang dari arah berlainan, automatically akan pergi ke tingkat yang dah didedicated untuk laluan tu. Ramai askar menjaga kat tempat melontar jamrah.

Balik dari melontar jamratul Aqabah, kami potong rambut. Alhamdulillah. Tahalul Awal lah kami. Tinggal tawaf ifadhah saja belum buat. Ada yang terus pergi ke Mekah. Bas tak bawak kami lagi untuk tawaf ifadhah. Kalau ikut jadual, organizer mintak combine tawaf ifadhah dengan tawaf wada'. Tapi, ramai antara kami yang mohon untuk ada special trip pada keesokan harinya (Hari Tasyrik pertama). Organizer setuju.






11 Zulhijjah (Hari Tasyrik Pertama)

Ramai antara kami yang ikut trip beberapa buah bas untuk ke Masjidil Haram bagi Tawaf Ifadhah. Kami bergerak pagi. Tiba di Al Haram jam 9 pagi, kami terus tawaf ifadhah di tingkat 1 sebab orang sesak di ground floor. Selesai tawaf, sedang elok nak masuk waktu zohor. Kami solat dulu. Selepas itu, kami terus naik bas yang dah tunggu dibawah (dekat terowong). Kami tak plan untuk melontar jamrah selepas tawaf ifadhah at first. Tapi, since bas lalu ikut jamrah, kami pun turun. Lagipun, masing-masing dah bawak batu untuk melontar. Kami melontar ketiga-tiga jamrah ditingkat atas sekali. Orang ramai tapi tak bersesak sangat.

Selesai melontar, kami turun escalator dan jalan kaki balik ke khemah semula. Bas takdelah tunggu sebab ada orang dalam bas yang tak turun pun untuk melontar. Lagipun jarak antara jamrah dengan khemah kami cuma dalam 1.5km.

Habis tawaf ifadhah bermakna kami bukan dalam ihram lagi, completely. Alhamdulillah.






12 Zulhijjah (Hari Tasyrik Kedua)

Aktiviti utama ialah melontar ketiga-tiga jamrah. Kami pergi melontar selepas Asar. Askar masih ramai meronda. Orang pun ramai sebab ada yang nak nafar awal - mereka akan tinggalkan mina pada hari tasyrik kedua. Helicopter pun banyak di ruang angkasa.

Di khemah kami pun ada yang leave early. Mereka balik keluar dari Mina jadi mereka tak akan melontar pada hari tasyrik ketiga.


13 Zulhijjah (Hari Tasyrik Ketiga)

Hari ini adalah hari terakhir kami di Mina. Ini juga bermakna inilah hari terakhir kami melontar. That would also mean, it's time for us to go home. Terasa sayu juga. At the same time we're happy because we're getting closer to our beloved ones at home, our kids.

Melontar di hari ketiga sangat berbeza sebab keadaan jalan raya sangat lengang. Lengang dengan orang tapi banyak lah pulak kenderaan lalu lalang. Kami melontar ditingkat bawah sekali. Saje je sebenarnya. Nak rasa melontar di different level.

Our bags semua dah masuk bas. Awal betul diorang ni suruh simpan bag. Tak nak kelam kabut agaknya. Bagus jugak. Proactive :).

Selepas Isyak, kami bergerak ke Masjidil Haram untuk Tawaf Wada'. Kami diberi masa sampai jam 2 pagi di Masjidil Haram. Orang masih ramai rupanya. Mereka pun nak tawaf wada' sama macam kami agaknya. Meriah malam tak terasa macam dah tengah malam. Kami bertolah dari Mekah ke Jeddah pada jam 2 pagi. Flight kami sebenarnya jam 8.30 pagi keesokan harinya tapi perjalanan dibuat awal sebab tak nak trap dalam jam.



Dah check in bag, sedang elok masuk subuh. Jadi, kami ke surau untuk solat subuh. Selepas itu, aktiviti bebas - melepak di atas kerusi sambil tunggu masa naik flight.

Kami tiba di Dammam pada jam 11 pagi. Tak lama lepas itu, bas Al Jabar Compound datang menjemput kami. Kami tiba di Jubail lebih kurang jam 1 tengahari. Alhamdulillah. Seronok dapat jumpa anak-anak tersayang...

Perasaan Neeza? Bersyukur sebab dah selesai ibadah wajib ini. Neeza tak nafikan, ada orang suka untuk menilai sama ada haji seseorang itu mabrur ataupun tidak. Neeza pun macam tu dulu. Sebenarnya, mabrur atau tidak, Allah yang menentukan. Lagipun bukan kita yang bagi pahala atau dosa. Allah yang Maha Berkuasa diatas segala-galanya.


Saturday, November 21, 2009

Permudahkan lah urusan kami Ya Allah..

InsyaAllah, tinggal 2 hari lagi, kami akan berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan ibadah haji. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami didalam menjalankan ibadah ini. Semoga Allah memelihara anak-anak kami yang ditinggalkan di Jubail bersama sahabat-sahabat kami yang berhati mulia. Terima kasih sahabat. Hanya Allah yang dapat membalas budi kalian setimpalnya.

Kepada rakan-rakan blog yang membaca blog Neeza (tak kiralah pembaca tegar atau tak tegar), Neeza mohon maaf atas segala kesalahan sekiranya ada. Tak kiralah kesalahan besar ataupun kecil. Neeza tahu, mungkin ada yang kecil hati sebab Neeza tak jenguk pun blog mereka. Masa Neeza sekarang sangat kurang. Neeza tak boleh duduk lama depan laptop untuk membaca entry-entry menarik tu. InsyaAllah, kalau keadaan mengizinkan, Neeza akan jenguk lama blog kawan-kawan nanti. Halalkanlah juga makan minum sekiranya ada.

Neeza bukan maksum. Neeza banyak berbuat kesalahan. Maafkanlah Neeza dengan hati yang tulus ya.

Neeza ada belajar, ada satu golongan yang akan 'bankcrupt' apabila tiba di akhirat esok. Mereka ialah golongan yang banyak amalannya kepada Allah tetapi tidak menjaga hubungannya sesama manusia. Mereka mungkin ada menyakitkan hati sesama manusia lain, mengata dan mengutuk atau mungkin juga berhutang dengan mereka. Jadi, pahala-pahala amalan mereka akan diberikan kepada manusia lain berkenaan. Neeza tak nak termasuk dalam golongan itu.

Perjalanan haji satu perjalanan yang berat. Kita tak tahu apa akan terjadi kepada kita. Sebelum Allah 'menjemput' Neeza secara rasmi, Neeza seboleh-bolehnya ingin menjernihkan semua kekeruhan sesama manusia sekirannya ada. Ampunkan aku Ya Allah. Maafkan lah Neeza ya kawan-kawan.

Doakanlah perjalanan Neeza, suami neeza dan kawan-kawan Neeza yang lain dari sini dan juga semua jemaah haji dari mana juga tahun ni lancar dan selamat. Doakanlah kami beroleh haji mabrur. Ameen....

Labbaikallahummalabbaik!!!


Monday, October 19, 2009

Our 2nd visit to Bahrain


2nd visit dan bukannya vacation? Ya, sebab kami duduk dalam bilik most of the time. Macam tu lah kira-kiranya bila kita mengikut orang pergi training. Nak keluar sendiri malas. Apa tak malasnya... nak hangkut 4 kanak-kanak riang sorang-sorang? Adehh!! Kami cuma keluar bila Abang habis training session for the day. Dapat lah jenjalan ke mall.. Nak pergi tempat lain macam takde mood.

Sesampai je kami di Bahrain on the 1st day tu, mesti project mencari tempat tinggal. Dapatlah 1 hotel ni yang betul-betul di tengah bandar. Okaylah kot. Tempat training pun kat belakang hotel tu je. Badan semua dah penat. Jadi, kami tak keluar.

On the 2nd day, Ummi kena paksa anak-anak buat homework. It was not exactly homework. Budak-budak ni virtual schooling. The kingdom announced semua sekolah kena tutup sampai 16 Oct disebabkan kes h1n1. Walaupun takde yang kena disekolah, kena tutup jugak. A precaution! Walaupun macam best sebab tak payah sekolah, tapi diorang dapat tons of assignment kena buat dirumah. Yang jadi temporary teacher ialah mak masing-masing lah. Penat jugak lah nak menjerit.. "Kakak! Coan! masuk buat homework!!!! Jangan main kat luar!!!!" Imagine je lah ya bila singa mengamuk huhuu..

Malam tu, kami keluar ke mall berdekatan. Nak cari swimming attire untuk budak-budak. Ummi lupa bawak.. full stop! Tak jumpa yang bersesuaian pulak. Perut pun dah lapar. Makan dulu. Then continue kat mall lain. Jumpalah tapi tak lah yang berkenan di mata Ummi. Tapi boleh lah daripada takde.

The next day, seperti hari-hari siang sebelumnya melepak dibilik lagi. Pagi-pagi memang lah turun breakfast sambil berlari berkejaran dengan Shahmey yang suka kesana sini. Lepas breakfast, naik dan anak-anak buat homework dan Ummi pula bukak fb. Petang, Abah balik. Naik roof top sebab mereka nak swimming. Kata je swimming. Sebenarnya main air. Ummi dan Meyyah duduk saja. Tak kuasa lah nak masuk dalam tu. Malamnya, kami keluar lagi. Kali ni mencari kedai siam rachanee. Dengan guidance dari kawan-kawan dan map bahrain, jumpalah kedai tu. Alhamdulillah. Cuma yang tak bestnya, daun kesum yang memang dicari cuma ada 2 bungkus aje. Napelah diorang tak letak banyak sikit kan. Dah lah datang Bahrain setahun tak sekali pun. Benda-benda lain sama saja di kedai siam kat khobar. Harga pun lebih kurang. Cuma tempe dia mahal. Di khobar cuma 6 riyal. Di rachanee 800 fil=8 riyal. Kami tak beli pun. Lepas tu, kami pergi Lulu hypermarket. Ramainya kaum 1ndia... Rasa macam berada di Mumbai pulak hehee.. (macam pernah pergi pun :P).

The next day was our last day. Abang habis awal sikit. Jadi, kami pergi ronda mall dulu. Pergi bahrain mall. Kat situ ada carrefour. Takde benda yang menarik pun melainkan cili sos yang harganya lebih murah dari Lulu hypermarket. So, sesapa yang nak beli cili sos maggie, sila beli di carrefour... :D.

Lepas tu kami bertolak balik. Singgah makan open block (open house) di Dakheel Mahdood. Alhamdulillah...


Sorry.. gambar banyak gambar dalam hotel room saja...






















Tuesday, July 28, 2009

Kota Tinggi Waterfall Resort


Kalau bab mandi-manda di luar, Neeza pilih waterfall atau sungai. Neeza tak suka pantai sebab airnya masin, melekit bila kering. Lepas tu, bila naik dari laut tu, kaki pijak pasir, penuh lah kaki berpasir. Kalau ada air nak cuci senang. Kalau takde, haru jugak.

Baru-baru ni, semasa Neeza ke Kota Tinggi, kami berpicnic di Kota Tinggi Waterfall Resort. First time datang situ. sebelum masuk ke area waterfall, kami menikmati suasana kehijauan pokok-pokok getah dan kelapa sawit. Ada jugak pokok-pokok buah rambutan. Mak oii!!! banyaknya buah. Kalau pokok sendiri, dah lama dah Neeza panjat. Since itu pokok orang, tengok aje lah..

Memula, acara makan. Ma masak mee goreng sebagai bekal. Then Lin, adik ipar Neeza ada bawak roti krim. Kalau kat rumah tak laku pun. Tapi bila picnic, semuanya laku. Ada jugak lemang and rendang yang kami bawa dari Kemaman, hari sebelumnya. Kami makan kenyang sebelum berendam. Cantik waterfall ni. Ada jugak di touch up sikit untuk kemudahan pengunjung. Nak masuk kena bayar. Kalau tak kena bayar, sure sarat waterfall tu rasanya. Ada juga chalet bagi yang nak menginap. Overall, memang puas hati lahh kami. Sapaikan Sumeyyah yang kecik tu pun mandi sama. Tak nangis langsung walaupun air tu sejuk jugak rasaya.

Kami bergegas untuk balik sebab ada orang tunggu di rumah adik Neeza. Malangnya, bila kami dah siap nak balik, orang yang tunggu kat rumah dah pun pergi. Nak sambung mandi dah takde feel sebab float semua dah return. Baju pun dah tukar. Malas lah nak tukar semula. Anyway, we enjoyed the time there. InsyaAllah, kalau ada kesempatan, kami akan kesana lagi.






















Sunday, June 21, 2009

Doakan kami



Hehehe.. sempat lagi tu nak update blog.

Debaran semakin terasa. Macam ni lah Neeza. Bila nak travel naik flight or naik bas (any scheduled public transportation), mesti berdebar. Feels like I have a butterfly in my stomach! Kalau naik kereta sendiri tak kisah sangat sebab masa tu kita yang adjust. Bila naik kenderaan bertiket ni, jantung tu dup dap dup dap je. Dalam kepala macam-macam difikirkan. Dapat kejar flight tak? Semua benda penting dah dibawak ke. Ada tak barang tertinggal. Rumah dah kemas ke. Eh! rumah pun kena kemas jugak. At least tak lah sakit mata memandang bila balik semula kesini. Tadi plan nak basuh baju yang tinggal. Tengok lah kalau sempat.

Alamak! Chomey tak mandi lagi. Gotta go.

Doakan kami selamat didalam perjalanan ya. Selamat pergi, selamat pulang. Come back in 1 piece each. Insya Allah... Ameen ya Rabbal Alamin...


Sunday, February 22, 2009

Misi selesai


Bila sebut misi, teringat pulak, masa dulu-dulu, orang panggil nurse tu misi. Kenapa yek? Sekarang pun ada lagi orang tua-tua panggil Misi. Apa maksud Misi sebenarnya? Ada sesapa tau?


Misi kami telah selesai - errr.. bukan nurse, walaupun memang ada kakak nurse di Jubail ni dan kakak nurse di Singapore tu :). Kami ke Riyadh hari Jumaat yang lepas untuk menjalankan tugas sebagai rakyat Malaysia. Hahahhaa!!! macam besar aje bunyinya tugas tu. Tapi kan, kalau tak buat tugas tu, baby Sumeyyah tak boleh jadi warganegara lah... huhuuu.. kesian dia... arab saudi memang tak boleh dah walaupun lahir disini. Memang itulah syaratnya.. tak macam di Malaysia kan, senang aje orang luar boleh jadi warganegara hehehh...







Tiba di Riyadh lebih kurang jam 5 petang dan cari tempat sesuai untuk tidur. Dah dapat tu, berehat sekejap dan keluar lagi untuk isi perut. Dekat aje tempat makan tu (bak kata staff hotel tu - boleh jalan kaki aje..). Tapi kami tak lah jalan kaki sebab dengan anak 4 orang tu... adoiii... dah la cuaca tak berapa bagus - saki baki sand storm ada sikit-sikit lagi. Kenyang perut, suka hati. Balik semula ke hotel dan tidur! Budak-budak tak lah tidur cepat. Biasalah diorang mesti bersuka ria dulu. 2 anak dara siap sound "tak selera lah nak tidur" heheee.. tidur pun kena ada selera ke??.







Esoknya, lepas breakfast, kami tinggalkan 3 anak dengan pengasuh mereka di hotel. Kami berdua bawak puteri yang nak register kelahiran dan buat pasport tu ke Embassy Malaysia. Since Abang dah g00gle dulu tempatnya senang sikit nak cari. Errr.. kami takde gps, jadi takleh nak berangan nak guna gps hehehh..


Tiba di Embassy, kami register nama. Pak guard tu tak mintak ID pun. Dia cuma tanya nationality kami. Bila kami kata Malaysia, dia cuma suruh tulis kat buku masuk pelawat dan bagi masuk. Dalam hati Neeza berkata-kata jugak, kalau kami sebenarnya ada niat tak elok dan kami kata aje Malaysian citizen, tak ke naya. Tapi mungkin dia tengok kami bawa baby jadi pukul rata, kami bukanlah pengganas hehehehh...







Tunggu encik yang sepatutnya kami jumpa tu lama jugak. Mungkin silap kami juga. Abang cakap kat encik tu nak jumpa before 2pm. Agaknya dia memang expect kami tiba lebih kurang masa tu lah kot. Dia keluar atas urusan errrr.. tak boleh cakap sini tak pasal-pasal aje kalau dia baca blog ni atau sedara-mara dia yang baca sebab itu hal kerja dia lah kan ;). Anyway, kami tak lah kena tunggu sehari semalam pun di office embassy tu. Jadi kira okaylah tu. Lepas isi borang, borak-borak sikit, bayar then khalas. Selesai kerja kami. Dia kata kena tunggu dalam 1-3 bulan. Surat beranak siap cepat tapi pasport lambat sikit sebab kena hantar ke Malaysia. Dan dokumen yang dihantar ke Malaysia cuma sebulan sekali.


Selesai misi tu, kami pulang ke hotel. Beli food sebab anak-anak dah mengadu lapar. Breakfast di hotel tak kenyang bagi diorang. Lagipun budak-budak kalau terperap dalam bilik memanglah selalu lapar kan. Kalau kat rumah, boleh je geledah dapur tu.






Bila dah settle payment di hotel counter, kami bertolak balik, lebih kurang jam 2.30 petang. Non-stop except untuk isi minyak. Pecut betul tapi tak terasa langsung sebab orang-orang belah kiri bawak lagi laju - dalam 160-200 agaknya laaa.. Kami tukar haluan - lalu ikut Dammam airport, rasa lebih dekat (driver lah cakap dekat..). Tiba di Jubail jam 6.30 pm. Singgah restoran siam dan makan tomyam. Budak-budak (orang tua pun sama) dah mengadu pening kepala, nak muntah jadi kena lah cari food yang masam-masam sikit.


Tiba di rumah jam 7.30 pm - seronoknya sampai rumah.. home sweet home. Biarlah rumah kami tak selesa macam istana menanti bilik hotel yang mencekik darah tu, tapi tetap best bila sampai rumah.


Jadi, Sumeyyah kena tunggu lah paling lama 3 bulan untuk dapatkan pasport. Kalau tidak, ada orang yang kena extend ticket balik kampung nanti hehee..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin