Rajin-rajin lah click ya :)

Wednesday, March 13, 2019

Trip Surabaya Che’Nor 2019 bersama Travel Agent Trip Javanesia

Catatan perjalanan kami, Stokis2 dan Ejen2 yang telah capai target sales yang ditetapkan HQ Che Nor Food untuk hadiah melancong ke Surabaya bagi 8-10 Mac 2019. Semoga ianya dapat dijadikan sedikit panduan bagi mereka yang ingin bercuti ke sana. InshaaAllah. 

Day 1
Seawal jam 6 pagi kami ditunggu oleh team HQ Che’Nor, Khairul Egi Ira dan Intan di KLIA2, yang membantu proses check in. Jam 8.30 pagi kami boarding dan berlepas pada jam 9.00 pagi. Kami tiba di Airport Juanda lebih kurang jam 10.30 pagi waktu tempatan. Sebaik saja selesai melalui imigresen kami disambut oleh Team Trip Javanesia - Fajar, Shila & Agnes. Seterusnya kami ke Restoran Tempo Doloe menikmati makan tengahari pertama disini. 

Perjalanan diteruskan ke Taman Safari Prigen. Ikut jadual, kami ke Muzium Mobil tapi semua setuju untuk tukar. Bagus jugak. Rasanya rata2 dah biasa tengok kereta πŸ˜‚πŸ˜‚. Masing-masing teruja tengok haiwan2 dari dalam bas. Mak2 pun teruja juga. Di tempat yang sama, ada show ala2 wild wild world gitu. Setakat yang kami sekeluarga pernah tengok, mereka menggunakan Bahasa Inggeris. Disini, bahasa Indonesia. Kelas gitu!

Hari pun dah petang. Kami terus bergerak ke Favehotel di Kota Malang. Rangkaian hotel yang sama kami duduk semasa di Jogjakarta tahun lepas. Hotel ini nampak seperti baru. Bau cat pun ada lagi 😁. 

Sebelum masuk bilik, kami dinner dulu. Kami rehatkan badan kerana seawal jam 1 pagi kami perlu bangun untuk ke Bromo. 

Day 2
Kami bergerak ke Bromo dalam jam 2 pagi. Perjalanan mengambil masa 1/2 jam. Bas berhenti dan kami di bahagikan dalam kumpulan berlima dan berenam untuk naik jip mendaki Bukit Cinta, Bromo.  Perjalanan mengambil masa 1-2 jam kerana jalan yang tidak smooth. Tapi disebabkan mengantuk, dapat je lelap mata hahah!! Jip terpaksa berhenti beberapa kali kerana ada jip rombongan kami mengalami kepanasan injin. Lupa bagi tahu. Kami dibekalkan breakfast box. Jadi,  sambil berhenti tu, ada yang makan-makan dalam jip. Cuaca agak sejuk. Pakaian perlu tebal. Tapi takdelah sampai pakai winter jacket. Sweater dah cukup. Tapi bagi yang tak tahan sejuk mungkin kena pakai tebal sikit. 

Disebabkan terlalu banyak jip terlebih dahulu sampai, kami tidak sampai ke puncak. Sepatutnya solat subuh di musolla di puncak. Tapi masing-masing solat di dalam jip sahaja. Kami turun untuk bergambar melihat matahari naik. Cantik sungguh!! Subhanallah!! 

Selepas itu kami bergerak ke kawah gunung berapi. Ada yang naik kuda. Kos IDR150K untuk naik kuda. Pastikan bayaran dibuat selepas anda dihantar semula ke tempat mula-mula naik. Kalau bayar awal2, jawabnya ada yang kena tinggal je di kawah gunung tu. 

Selepas itu kami ke Pasir Berbisik. Ianya dipanggil macam tu kerana sewaktu angin bertiup, pasir berterbangan dan keluar bunyi “sssssss”. Cam tu la lebih kurang. 

Kemudian kami ke Bukit Teletubbies. Kenapa Teletubbies? Sebab kat situ ada beberapa ‘orang’ teletubbies sedia menunggu untuk bergambar. Saya tak pergi sampai kesitu sebab angin kuat sampai masuk mata. Saya dan beberapa orang lain bergambar dengan bunga2 🌼🌼🌼 je berdekatan jip huhuu.. 

Badan dah letih, perut pun lapar. Terus pergi lunch di restoran tak ingat nama. Solat jamak disitu juga. 

Trip diteruskan ke Toko Beli Belah yang sederhana besarnya. Semua ada disitu dan harga boleh tahan sebab tempat tu macam exclusive juga kalau nak dibandingkan dengan kedai2 tepi jalan lain. Ramai yang memborong disitu. Kami, beli ala kadar sahaja sebab tujuan utama kami untuk melancong. 

Selepas itu kami terus bergerak balik ke hotel. Masing-masing dah penat sangat. Sampai hotel, dinner dulu. Lepas tu terus naik berehat. Ada yang keluar jalan-jalan. Saya dan beberapa kawan ambik kesempatan untuk massage. First time cari masseur guna apps Go-Jek. IDR95K untuk 1 jam. 

Day 3
Hari terakhir kami di Surabaya. Breakfast di hotel sebelum check out. Load semua bag kedalam bas, kami bergerak ke ladang Epal (Apel bahasa indonya). Petik epal adalah aktiviti yang ramai tunggu-tunggu. Posing2 ambik gambar tu dikira acara wajib. Epal disini hijau tapi manis. Epal yang ke merah-merahan pula yang Sweet sour gitu. Lama juga kami disini. Oleh kerana takut tidak sempat untuk kejar flight, lawatan ke Pusat Kulit dan Waterfall terpaksa dibatalkan. 

Kami singgah di Masjid Cheng Ho. Kebetulan dah masuk waktu Zohor, kami solat jamak terus disitu. Kebetulan ada gerai2 jualan disitu. Ada diantara kami ambil kesempatan membeli belah. Tak boleh lama pun sebab dah lambat. Beli-beli buah je pun. 

Masa dah suntuk. Kami singgah lunch di Restoran Tempoe Dulu. Lunch kedua disini. Ramai betul orang. Mungkin sebab weekend. Travel agent dah siap2 booking. Jadi, kami terus naik ke tingkat atas dan makan. 

Trip berakhir dengan drama air mata di AirPort 🀣🀣🀣. Siapa lagi kalau bukan anakanda bongsu Adik Meyyah kita. Sedih benor nak berpisah dengan kak Agnes & Kak Shilanya. Beriya2 mintak nombor telefon kakak berdua tu suruh Ummi simpan. Alahai anak Ummi...

Disebabkan bimbang ada yang over excess, kami buat group check in. Sharing load. Alhamdulillah semuanya ok. Terima kasih kepada ketua rombongan kami, Yusnita yang tolong organize banyak perkara dipihak kami. 

Dah masuk gate, ada yang sempat lagi membeli belah di kiosk2 kecil didalam. Alasan - nak habiskan duit rupiah hahaha!! Tapi alasan sebenar, banyak benda yang terlupa dan tak sempat beli. Jadi, di airportlah tempat paling sesuai. Harga airport, tau-tau je lah kan. 

Kami boarding agak lewat sedikit. Flight tiba lewat disebabkan hujan. Flight depart lebih kurang jam 4.45pm waktu tempatan. Perjalanan tidak smooth pada mulanya kerana awan tebal. Alhamdulillah ok selepas beberapa minit. Kami tiba di KLIA2 lebih kurang jam 7.45pm waktu tempatan. 

Amacam? Seronok ke seronok sangat? Nak melancong Free macam ni? Jom lah menyambal bersama kami!! 

#TripSurabaya2019
#CheNorFood
#TripJavanesia
#MelancongPercuma

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin