Rajin-rajin lah click ya :)

Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Thursday, September 3, 2009

Blog berhibernasi



Bukan beruang kutub je pandai berhibernasi.. blog pun pandai gak.

SOALAN: BILAKAH BLOG BERHIBERNASI?

JAWAPAN: BILA TUAN BLOG TAK MAKAN NASI!!


hahahahaha!!!!!!

Blog ni terabai semenjak tuan blog terlebih rajin melepak di muka buku atau dalam bahasa omputehnya facebook huhuu...

Campur bulan puasa ni, banyak aktiviti fizikal dan mental.. bla bla bla.. jadi, masa sangat limited. Sape yang tak nak datang blog ni, takpe.. tak yah datang. Tuan blog tak marah sebab tuan blog pun tak banyak merayau-rayau sangat lately. Mintak maaf lah bebanyak...

Monday, August 31, 2009

Pantasnya masa berlalu


Hari ni dah pun 10 Ramadhan. Sekejap aje rasa. Sebelum masuk bulan puasa hari tu, ada jugak terdetik hati 'jahat' ni, alamak! puasa dah nak dekat.. Macam mana lah nanti. Neeza ni breastfeed 2 anak. Tahan ke nanti? Pasti melepek lah jawabnya. Kalau tak terjaga sahur lagilah parah. Takutnya la... Bisikan syaitan memang lah kuat.

Alhamdulillah, apa yang hati 'jahat' tu fikir, belum lagi kesampaian. Memang lah letih sikit tapi under control. Cuma semalam, sebab leka tengok tv, terlupa nak habiskan air masak. Biasanya Neeza minum banyak air masak waktu sahur (biar segah badan). Pagi-pagi semalam dah terasa, aduh!! hausnya.. larat ke nak teruskan puasa ni. Nafsu nakal kata, batal puasa je lah.. sian kat anak-anak tu. Nafsu baik kata, puasa je lah. Sayang puasa tu. Awak tu bukannya budak kecil lagi. Alhamdulillah, bertahan jugak sampai berbuka.. hahaha!! macam budak kecik pulak bunyinya..

Dalam banyak-banyak bulan, bulan Ramadhan lah bulan yang paling tenang, especially di Jubail ni. Kalau keluar pagi-pagi, jalan raya sangat tenang. Ramai yang tidur lepas Subuh. Ramai juga yang ambik cuti sebulan atas alasan nak beribadah walaupun pada hakikatnya ibadah yang dibuat hanyalah bersantai di atas katil ;).

Kalau di bulan Ramadhan, apa saja yang kita nak buat mesti teringat, eh! aku puasa ni. Tak boleh cakap benda tak elok. Tak boleh marah-marah. Tak boleh bazir masa dengan benda-benda tak berfaedah. Kalau bulan tak puasa, tak lah pulak terfikir macam tu walaupun sepatutnya kita kena berbuat baik setiap saat tak kira bulan kan. Jadi, itulah hikmahnya bulan Ramadhan. Eh! macam bagi tazkirah lah pulak. Tak kisahlah tu..

Okaylah, hari ni tiada lagi gambar food. Malam ni, tuan besar berbuka di luar. Tapi Assistant Tuan besar ada. Anak tuan besar pun ada yang puasa. Nak masak apa lah hari ni ya?

Sunday, August 30, 2009

8 Ramadhan

Tak fair betul. Kita baca blog dia and comment tapi dia takde pun nak baca blog kita and comment. Teruk tau... Neeza tau, pasti ada yang terlintas macam tu. Kalau ada yang kata gitu bila masuk blog Neeza, Neeza minta maaf. Neeza nak update blog and visit blog kawan-kawan tapi ada constraint sikit (sila rujuk di entry sebelum ini ;)).

InsyaAllah, bila semuanya okay, Neeza akan meronda seperti dulu - jalan-jalan cari gossip baca cerita menarik sahabat cyber dan yang sudah tak cyber lagi.

Hari ni, berbuka makan nasi air or nasi bubur or whatever you wanna call it :). Idea tu datang dari tuan besar tapi bila VP tuan besar dah setuju, dia pulak cakap tak nak. Since VP dah terbayangkan nasi air, VP nak jugak buat. Alhamdulillah, tuan besar suka, anak-anak mereka pun suka. Cuma... "Ummi... sup ni memang kena ada rasa tawar ke?". Hah??? Alamak! memang tawar la.. Dengan pantas kilat, ambik mangkuk besar tuang sup dalam periuk, tambah garam, pasang api. Tunggu kejap, angkat dan hidang semula. Puasa la katakan... Padahal dah banyak letak garam tu. Dah siap suruh cik Coan rasa. Coan kata, okay.. sedap! Sophea dah kata, Ummi takleh percaya sangat Coan tu.. semuanya dia kata sedap. Memang pun sebenarnya. Antara Coan dan Sophea, Sophea lebih particular bab memecat merasa makanan ni, macam errrrr... bapak borek anak rintik!! Semalam Neeza suruh Coan rasa bubur keladi. Dia kata, sedap! Bila berbuka, Neeza rasa, tawar hebey!! Takde rasa langsung. Sabor je lah..

Again, no gambar for today. Takde snap any picture pun lagi. Kelam kabut di dapur. Tak ingat camera pun. Tengok lah, bila semuanya dah back to normal, ada lah kot gambar :).

Selamat berpuasa untuk semua...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin