Rajin-rajin lah click ya :)

Saturday, April 11, 2009

Tukar milik kereta terpakai




Baca online newspaper pagi ni, nampak berita ni. Alhamdulillah. Something has been done (sebab PM baru ke? hehehh..). Teringat dulu, kami trade in kereta lama ke used car dealer. Kami beli kereta baru dari tempat lain. Since kami tak nak tertipu macam seorang kawan yang jual kereta tapi akhirnya terpaksa turun naik court (ke JPJ? tak ingat lah pulak) sampai bertahun-tahun di sebabkan kes tak tukar nama tu (tapi car dealer kata tukar nama), kami mintak assurance dari car dealer tempat kami nak beli kereta tu recommend used car dealer yang reliable. Then, dia recommend satu tempat yang mana katanya, memang dia kenal sangat dan dah lama mereka berurusan.

Sebelum kereta tu betul-betul jadi hakmilik orang lain, every month kami pantau car loan statement. Alhamdulillah, memang car dealer tu bayar loan kereta tu every month. Bab-bab lain, setakat ni takdelah lagi problem. Tapi tak tahu lah kot-kot lepas ni datang saman ekor ke, saman kepala ke, saman kepak ke.. Nauzubillah.. tak nak lah mintak kan. Kalau ada jugak, memang lah kami mengamuk sebab kereta tu dah terjual tahun 2006 lagi. Eh! betul ke 2006 yek? ke 2007? Hahaha!! memory depleted.. tulunnnnn!!!

Dibawah ni berita pasal apa yang Neeza dok bebel kat atas tu. Bacalah kalau nak baca. Anyways, benda ni dah ada kat paper pun. Mungkin ramai yang dah baca... :).



Wajib tukar milik kereta terpakai
Oleh Irwan Shafrizan Ismail
irwansha@bharian.com.my



Peraturan bagi lindungi pemilik asal kenderaan

KUANTAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mewajibkan semua syarikat kereta terpakai menukar sementara hak milik kenderaan yang dibeli bagi melindungi kepentingan pemilik asal kenderaan itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan, berkata syarikat terbabit boleh didenda sehingga RM2,000 bagi setiap kereta yang dibeli jika gagal berbuat demikian dalam tempoh seminggu selepas kenderaan itu dibeli.

Beliau berkata, ketika ini syarikat kereta terpakai tidak menukar nama pemilik asal pada geran kenderaan yang dibeli sehingga mendapat pembeli baru kerana tidak mahu menanggung bayaran pertukaran hak milik berjumlah RM100 dan menjalani pemeriksaan Puspakom.

"Ini menimbulkan pelbagai masalah pada pemilik asal apabila kenderaan yang dipandu uji disaman atas kesalahan seperti meletak kenderaan, melebihi had laju, jenayah dan kemalangan," katanya kepada pemberita selepas sesi Dialog Bersama Pengedar dan Penjual Kenderaan dan Syarikat Kewangan dan Insurans Zon Timur di sini, semalam.

Solah berkata, JPJ menerima lima aduan setiap bulan membabitkan kes saman atas nama pemilik asal, sedangkan kenderaan itu sudah dijual.

Berdasarkan rekod, 1.3 juta kenderaan ditukar nama setiap tahun, tetapi jumlah yang dipegang pengusaha kereta terpakai tanpa menukar hak milik dianggar melebihi angka itu.

Sehubungan itu, Solah berkata, JPJ akan memperkenalkan inisiatif baru dikenali e-Tukar Milik Sementara akhir tahun ini bagi mengurangkan beban syarikat kereta terbabit dan pada masa sama dapat melindungi kepentingan pemilik asal kenderaan itu.

"Melalui sistem itu, bayaran yang dikenakan lebih rendah dan pertukaran milik sementara juga akan dilaksanakan secara online tanpa perlu ke pejabat JPJ dan Puspakom," katanya.

Solah berkata, pengenalan sistem itu mendapat sokongan Persekutuan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Kereta Terpakai Malaysia yang juga turut mengemukakan cadangan kepada JPJ dan kementerian supaya sistem berkenaan dibangunkan.

Beliau juga berkata, JPJ berusaha meningkatkan sistem penyampaian tahun ini bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, termasuk usaha meningkatkan pendaftaran secara elektronik atau e-daftar.

"Dijangkakan menjelang 1 Julai depan, semua urusan pendaftaran kereta di Semenanjung akan dilaksanakan secara elektronik atau e-daftar dan bukan lagi secara manual. Ini akan diperluas ke Sabah dan Sarawak menjelang tahun depan.

"Selain itu, kita ke arah membangunkan sistem pendaftaran tanpa sempadan, contohnya kenderaan plat Pahang boleh didaftarkan di Kuala Lumpur. Ketika ini JPJ sedang menanti keputusan tender penggantian komputer baru yang lebih canggih menelan kos RM400 juta," katanya.

Beliau berkata, JPJ juga menyediakan beberapa kemudahan termasuk pengeluaran perakuan pendaftaran kenderaan, bayaran balik Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan pindaan data enjin kenderaan dengan hanya mengisi satu borang.

"Kita juga menyediakan kemudahan pembaharuan cukai jalan secara online melalui MyEG, namun sejak dilancarkan pada April tahun lalu, hanya enam peratus menggunakannya, mungkin kerana orang ramai tidak tahu," katanya.

Friday, April 10, 2009

Abang tak bayar bil api ke?



Gelap tiba-tiba. Anak dara 2 orang berlari ke dapur.

"Ummi!! Takut..."

Ngada-ngada betul. Bukannya gelap sangat pun padahal. Baru pukul 4.45 pm masa tu. Belum masuk Maghrib pun. Memang ada cahaya masuk jugak lah kalau ikutkan. Tapi, rumah kami memang kena selalu on lights walaupun siang sebab gelap sikit.

"Api kena potong! Tadi Abang nampak orang SCECO (Saudi Electric) kat bawah"

Bila sebut macam tu, terus aje Neeza fikir, haaa.. tak bayar bil lah tu. Betul lah kan. Kalau sebut api kena potong maknanya sebab tak bayar api lah tu.

"Abang tak bayar bil api ke?"

"Bayar. Outstanding 0!"


Walaupun pada Neeza saudi ni agak outdated sikit dia punya telecommunication, dari segi billing ni agak mudah. Kalau nak bayar bill, semua online. Setakat ni kami tak pernah nampak hardcopy bil api air. Ada yang kata, mereka ada terima. Mungkin depends pada area dan rumah kot. Tapi kebanyakannya memang tak terima. Bayar saja online dengan tolak daripada account (savings/current). Pada bank account kita, terus boleh nampak berapa outstanding bil - api, air, telefon/internet dan lain-lain. Lain-lain tu tak tahu apa sebenarnya :P.

Then, Abang keluar. Ingatkan nak pergi office SCECO. Rupanya dia turun tanya mat-mat SCECO yang buat kerja kat bawah tu. Abang naik rumah and bagi tahu, diorang nak repair breaker yang dah rosak. So, kena off kan electric kat rumah-rumah di area kami tinggal. Benda apa entah breaker tu, Neeza tak faham sangat walaupun Abang dah terangkan. Okay... I admit, I'm not that knowledgeable in that field. Puas hati???

"Apalah diorang ni buat kerja. Takde bagi notice pun nak putuskan electic"

"Ada keluar kat saudi channel, kat paper yang rumah sekian-sekian, api akan di offkan sekejap. Neeza je yang tak tahu.."

Terdiam sekejap sambil berfikir.

"Ek eleh!!! mengada-ngada la tuuuu..."

Nasib baik lah sekejap aje takde api. Dalam 20 minit je kot. Kalau lama, rimas lah jugak. Sekarang ni cuaca dah semakin panas. Mahu berpeluh sakan duduk dalam rumah kalau tak on aircond.

Sebenarnya, kami plan nak keluar petang semalam. Neeza dengar guruh. Hujan macam nak turun. Sekali dengar bunyi hujan. Tengok luar, memang hujan pun. Tapi taklah lebat mana pun. Sekadar membasahi jalanraya saja. Tapi still, langit nampak gelap. Jadi, cancel keluar. Malam pun tak keluar sebab angin kuat. There gone my thursday! Tapi okay gak duduk rumah sekali-sekala. Boleh gak bertidur-tiduran.. hehehe..

Thursday, April 9, 2009

Nasi dagang gulai ikan aye


Check makna kat wikineezasophea: Ikan aye = ikan saya! kikikikiiii...

Alhamdulillah! Semalam kami makan nasi dagang gulai ikan aye a.k.a ikan tongkol / tuna / kayu / papan atau apa-apa ajelah. Susah sungguh ikan banyak nama ni. Baru ni ada orang tu panggil ikan tu dengan nama CANAKA! Saudi sini panggil gitu katanya.

Kak Ani!!! Nasi dagang 6 pinggan!!

Aik?? Sumeyyah pun makan nasi dah ke?

Tak.. 2 pinggan tu untuk Neeza! heheheh...

Amboi dia ni.. asal hari Khamis je cerita pasal food... Khamis aje food... Food aje Khamis... Maklumlah kan, Rabu malam ada gathering kecil-kecilan (kelas agama) dirumah presiden. Macam dah jadi kewajipan lah pulak ada makan. Dulunya (sebelum kelas ni start), kami kata... "ala.. kita bawak kuih sikit-sikit dah la. Minum-minum lepas kelas" ala ala moreh (sebut morey) macam lepas solat tarawih tu la. Tapi nampaknya sekarang, bukan moreh lagi ni. Ini dah jadi kenduri cukur jambul lah pulak walaupun takde jambul yang kena cukur pun sebenaunyeee.. pssttt.. hopefully, takdelah pulak yang berniat, nak pergi kelas sebab nak makan semata-mata - pesanan ini adalah untuk penulis blog semata sebab dia dah kena tegur dengan kawan sebantal sebilik dia yang dia ni makan banyak!

Tapi kan.. sorrriiiiii laaaa.. gambar Nasi dagang tu tak ambik lah pulak. Pinjam gambar dari g00gle aje. Alasan tak ambik gambar ialah : camera tak bawak! Yang lain tentang gambar ni, nasi dagang semalam nasinya takde brownish tu. Putih aje tapi sedappppp...




Balik dari gathering semalam, Neeza tanyalah ahli mesyuarat tingkap keluarga Neeza, "makan apa tadi?"

"Nasi dagang... sedap la.. siap menambah-nambah"

"Ummi.. nasi dagang tu ada tak?"

Heheee.. ada! ada! Ummi bawak balik. Menapau aje kerjanya. Setahu Neeza, ada lah orang tu kan.. dia tu tak suka sangat nasi dagang sebab macam berpulut sikit, katanyalah. Tapi, boleh menambah tuuu.. ish ish ish... siap puji lagi tu.. kalau bini dia masak, tak pulak dia puji gitu.. Tahu lah bini dia tak reti masak.. uuwwwaaaaa!!!!!!

Jadinya, boleh lah kan, lepas ni sebulan sekali menu nasi dagang hehee.. pepandai aje suruh orang. Kak Ani baik kan... kan! kan! Oooo... nak bodek ye... eh! takdelah.. lalalalaaaaa..

Menu lain semalam ialah roti jala, popia basah, puding jagung, kek letak cheese (bukan cheese cake tau), agar-agar gula merah, karipap, bubur kacang, mini pizza and roti ban kecik (kalau ada yang tak listed kat sini, maaf ya. Tak boleh nak recall semua sebab takde gambar ;). Semuanya hampir licin lincau. Alhamdulillah!!!

Wednesday, April 8, 2009

Dimanakah saya?



Semalam, lepas makan Neeza rasa sangatlah kenyang. Bila kenyang, kita selalu lupa waktu kita lapar. Kita lupa pada orang-orang yang kelaparan. Ustazah pernah cerita, dugaan dari Allah ada 2 bentuk - kesenangan dan kesusahan. Bagi yang mendapat kesusahan, dugaan tu jelas. Sekiranya dia miskin, memang nampak apa yang menimpa dirinya. Hidupnya daif, makan pun kurang, rumah pun buruk, pakaian juga lusuh. Sekiranya dia bersyukur dan masih meneruskan keimanan terhadap Allah s.w.t, bermakna dia lulus ujian/dugaan Allah tu. Alhamdulillah...

Sebaliknya bagi orang yang memperolehi kesenangan, jarang sekali yang sedar bahawa itu juga merupakan satu dugaan. Dengan makanan melimpah ruah, rumah besar, pakaian berjenama, dengan mudah saja, makanan dibuang dan dibazirkan sebab senang nak dapat. Terlalu sedikit yang sedar itu lah dugaan buat mereka dan mereka gagal dalam ujian/dugaan tersebut.

Kalau ikutkan memang kita tak rasa ianya sebagai dugaan sebab minda manusia biasanya menafsirkan dugaan = susah. Senang pula = anugerah dari Allah. Betul, memang benar kesenangan adalah anugerah dari Allah tapi ia juga dugaan besar buat kita. Bila dah senang, berapa ramai yang mengingati penciptaNya? Berapa kerat yang memanjatkan kesyukuran kepadaNya? Tapi, bila susah, cepat saja ingat "Ya Allah, berikanlah kesenangan kepada kami. Jauhkanlah kami dari kesusahan ini..". Bila dah senang, ada tak kita ucapkan "Aku bersyukur padaMu Ya Allah diatas kesenangan yang Engkau kurniakan ini.."?

Maaf sekiranya entry ini nampak 'berlagak alim'. Sekelumit pun takde niat untuk bagi ceramah pada sesiapa. Tidak sesekali. Siapalah diri ini, insan kerdil yang hina diatas muka bumi Allah yang Maha luas ini. Nasihat diatas khusus untuk empunya blog dan sesiapa yang sudi berkongsi. Sama-samalah kita berusaha untuk lulus semuga ujian dan dugaan dari Allah s.w.t. Insyaallah...




Tuesday, April 7, 2009

Not in the mood

as usual, picture from g00gle


It's just a short note

I'm not in the mood today

errrr.. starting from this afternoon

Never ask why

Everyone deserves to be not in the mood right?

So am I..

But, if you still wonder

something to ponder upon..

some words are hard to be swallowed

some actions are difficult to be understood

some people are just ignorant..

Chiao!

I'll be back tomorrow though

Hopefully the mood is back by then

Pray for me please..

thank you :)

My breakfast

picture from g00gle



This morning, I had a healthy, delicious and heavy drink for breakfast:

3 tablespoon instant oatmeal
2 tablespoon nestum
1 tablespoon milo
1 tablespoon sugar
3/4 glass hot water
1/4 glass fresh milk

Yummy and burppp!!!

Minum milo... anda jadi sihat dan kuat!!!! (remember this ad??)


What was yours???

Monday, April 6, 2009

haaa.. komplen la lagi..



Sorry ya kepada sesapa yang tak suka cerita mengumpat. Bukan niat nak mengumpat sangat tapi nak ingatkan diri sendiri supaya tak jadi seperti orang yang dikata ni. Walau bagaimanapun watak dalam cerita ni terpaksa dicensorkan. Nanti berdosyeee..

Kisah ini tentang seorang dan dua tiga orang hamba Allah yang naik bas. Ada antara mereka ni selalu complain pada driver bus, kenapa mereka selalu lambat diambil waktu nak pergi sekolah. Mereka demand suruh ambik cepat. Kata mereka, kalau lambat diambil, lambatlah sampai kelas. Memang logik. Lambat naik bas, lambat sampai kelas.

Tapi!!! adakah mereka nampak dan perasan yang dalam bas tu ada jugak orang lain lagi. Orang lain yang hanya diam sahaja walaupun mereka yang paling awal diambil dan paling lambat sampai rumah time balik tapi sampai sekolah pada waktu yang sama dengan orang-orang yang banyak bising tu. Orang yang complain tu diambil lambat tapi dihantar awal kerumah selepas balik sekolah. Untungkan. Mereka tak payah duduk lama dalam bas. Orang yang diambil awal ni, lama kena duduk dalam bas. Dah lah pagi-pagi kena siap awal. Tak dapat nak tidur-tidur atau santai-santai sebab bas ambik dia dulu. Dia kena stop banyak tempat sebab bas kena ambil orang lain. Tapi, orang-orang awal ini tak bising pun.

Jadi, hari ini, driver bus dah tukar route. Sesiapa yang diambil dulu, dihantar dulu. Sesiapa yang diambil kemudian, dihantar balik kemudian. Fair kan! Bila mereka nampak driver bus tukar route, laju aje bertanya "nak kemana?". Then, ada lah suara-suara bagi tahu, hantar orang lain dulu. Terus aje dia cerita masalah dia - anak balik sekolah awal. Dia perlu sampai rumah awal. Nak aje mulut ni keluar "kalau cam tu, ambik taxi lah balik". Tapi tak keluarlah statement tu sebab yang selalu sangat complain tu bukan dia tapi kawan dia yang duduk dekat dengan rumah dia. Jadi, dia terkena sekali lah.



Moral of the story - sebelum mulut kita bising banyak sebab tak puas hati terhadap sesuatu, nilai dulu orang lain yang mungkin lebih patut bising tapi tak bising pun...

Sunday, April 5, 2009

Awan larat..



Kelas Mathematic. Subjek yang menarik kalau kena pada topic. Cikgu menerangkan formula tangen. Mula-mula faham. Lepas tu macam confuse. Cikgu bagi contoh. Penuh perhatian. Contoh kedua pulak. Dah naik bosan sebab rasa macam dah faham. Tapi ada kawan dibelakang tak faham. Fikiran pula jauh melayang. Terbang jauh ke Universal Studio, Hollywood. Tangan pun ikut sama terbang. Buku nota jadi mangsa. Incredible hulk angkat kereta. Jaws makan orang lidi. Flinstones naik kereta tayar kotak. Penuh diruang kosong tepi-tepi nota tu. Siap ada matahari, awan, hujan dan bulan. Camanalah matahari boleh keluar sekali dengan bulan pun tak tahu...

Pernah tak terjadi macam tu kat sesapa? Neeza pernah! Cumanya, lokasi Neeza lebih kampung sikit - sawah padi, matahari naik celah bukit dan burung terbang huhuuu... Bila dah besar sikit, suka buat tikar kat corner buku tu. Ala.. garis-garis lukis macam tikar mengkuang tu laaa.. tak tahu? tak tahu sudah heheh..

Kalau cikgu nampak mesti kena marah kan. Tapi tak semua cikgu akan marah. Ada cikgu akan mengusik "cantiknya sawah... senang lah awak ya. Tak payah beli beras lagi...". Tebal lah muka seposen kalau kena tegur cam tu. Nampak sangat kuat berangan dalam kelas.

Ada kajian (sorry la.. tak quote sources sebab banyak sangat kajian tu sebenarnya) yang mengatakan, jangan disekat bila anak-anak menconteng-conteng macam tu (dengan syarat dia tak conteng harta awam la kan...). Sebenarnya anak-anak itu sedang bercreative. Mindanya menerawang jauh. Biarkan. Mana tahu satu hari dia akan jadi arkitek. Mungkin juga saintis untuk cipta sesuatu berguna macam mesin lipat baju ;). Lebih baik gitu daripada dia duduk senyap tak buat apa yang mana fikirannya kosong.

Kadang-kadang, apa yang dilukis itu ada makna dalam diri dia. Dia cuba ekspresi apa yang dia rasa tapi orang lain tak nampak secara fizikal. Mungkin dia sedang happy dan dia lukiskan something yang gembira macam merry go round. Mungkin juga dia stress sebab selalu kena marah dan lukis api dan dinasour. Tapi parents tak tahu yang dia stress. Dia lakarkan pada kertas something yang ganas. Sangat perlu untuk parents observe tingkah laku anak-anak untuk lebih memahami anak-anak tersayang.

Jadi, kepada ibu-bu, bapak-bapak, kalau anak rajin menconteng kertas dan melukis-lukis tu, cubalah tanya apa yang dia tulis atau lukis. Boleh lah sama-sama memahami. Anak-anak pun suka kalau hasil karya mereka dihargai (setakat tengok pun anak dah rasa proud). Mereka rasa penting dan disayangi. Biarkanlah... walaupun dia cuma lukis abah dia seperti orang lidi rambut dawai hahahah!!!

Saturday, April 4, 2009

Popcorn




"Ummi nak popcorn!"

"Hai.. takkan lah bangun tidur terus mintak pop corn. Tunggu lah tengah hari sikit. Nanti bibik buat."

"Laaa.. Oan nak... pleaseeee.."

"Mandi dulu!"

Semalam masa buat grocery, bibik ambik setin jagung dalam tin. Dia kata nak buat popcorn untuk anak-anak. Entah macam mana dia tahu budak-budak ni suka popcorn entah... (mungkin dia nampak popcorn bersepah dalam kereta agaknya hehe..). Budak-budak pun suka lah bila tahu ada orang nak buat pop corn kat rumah. Memang As pernah cerita camana nak buat popcorn ni tapi tak pernah try pun sebab tak berani. Kak CT pun pernah cerita kat blog dia tapi biasalah kan. Tak pulak nak cuba. Beli je senang. Tapi kalau beli, bukan boleh makan bila bila mahu. Kenalah tunggu keluar and tempat tu pulak memang ada jual.

Pagi tadi, lepas suruh Coan mandi, Neeza masuk bilik untuk bersiap nak pergi sekolah. Tak lama lepas tu terbau something yang agak sedap gitu huhuuu.. Neeza kedapur and tengok atas meja ada sebesen popcorn yang dah siap. Wah!! cepat sungguh. Tanya bibik, dia pun cakap camana nak buat. Tak sampai 5 minit, minyak, garam, 1/2 penutup botol susu Shahmey (dia nak tunjuk anggaran) bla bla bla.. Tak ambik pot sangat pun.. Biarlah dia aje yang buat. Dia nak berenti esok, baru belajar hehehh..


"pandai yek bibik tu masak. Dari mana dia belajar yek?"

"Dia belajar dari rumah arab yang dia kerja dulu la.. Lepas tu dia tengok resipi kat internet. Dia surf lah resipi sambil-sambil dia blogging tu..."

Caitt!!! perli nampakkkkk... tak nak kawan!!

Friday, April 3, 2009

Makan je semua...



Hari ni kami lunch dengan burger. Favorite Sophea is Chicken Burger. Coan pula Cheese Burger. Bukan nak cerita pasal burger tapi benda lain. Since Sophea tak habis burger dia, Neeza pun ambiklah. Tinggal half yang tak habis tu. Tak baik membazir kan. Bila Neeza gigit, rasa something is not there. Lettuce! Rupanya habis dia keluarkan lettuce tu letak tepi. Memang minah tu tak suka sayur pun. Kalau Coan, gagah jugak dia makan kadang-kadang.

"laaa.. kenapa kakak tak makan sayur?"

"kakak tak suka la.. kakak suka chicken burger aje"

"chicken burger tu termasuk everything lah.."

"ye laa.. tapi kakak tak suka sayur."

"Kakak, if you like something, you have to like everything about the thing. You can't choose one part and let go the others"


Lepas Neeza cakap tu, ada orang 'terasa' yang Neeza cakap pasal dia. Aik!! camana boleh dia pulak makan cili entah heheheh.. then dia menyampuk. Malas nak tulis apa yang dia cakap tu sebab memang not in favor dengan apa yang Neeza nak dengar pun. Lagipun, kalau tulis, dia kata Neeza quote pulak apa yang dia cakap. So, conclusionnya, tak yah lah tulis. Puas hati kan.. :D.

Then sambung,

"Suka tak kalau I just like one thing about you. The rest tu, I don't like"

"At least there is something you like.."

Tapi, bagi Neeza, it is not enough. Tak boleh pilih 1 saja. Contohnya a guy tak boleh kata, dia kawin dengan a girl sebab the girl pandai masak. Dah lepas kawin, dia discover the girl bukan saja pandai masak tapi juga pandai bersolek, pandai bergaya dan pandai menghias rumah. Banyak duit habis sebab nak bersolek, bergaya dan kemas rumah. Bisinglah pulak dia. Mulalah gaduh jadinya. Dulu, awak jugak yang pilih. Awak jugak yang suka. Kalau awak dah nampak, muka dia selalu lawa, pakaiannya branded belaka, awak kena fahamlah. Terima sajalah. Pandai-pandailah awak membetulkannya (dengan hikmah okay..). Janganlah buang kat tepi macam mana Sophea buang lettuce tu kat tepi.. dan lettuce tu jadi makanan Ummi dia pulak huhuuu...

Macam kisah di atas tu, apa yang dia tak suka, mungkin disukai oleh orang lain. Jadi, awak suka ke kalau nanti orang lain ambik apa yang awak tak suka tu dan jadi kebanggaan dia?? heheh.. sendiri mahu ingat lah yaaa...


Buat baik berpada-pada..



Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Ini dipanggil peribahasa ataupun simpulan bahasa ya? Lupa lah pulak. Dulu, masa mula-mula belajar ayat tu, takde makna sangat pun pada Neeza. Mungkin sebab tak faham maksud sebenar. Lagipun pelik kan. Kenapa mesti berpada-pada nak buat baik. Buat ajelah baik selalu. Sangat digalakkan untuk berbuat baik. Rasanya semua agama didunia menggalakkan kita berbuat baik.

Bila dah tua dewasa ni barulah Neeza faham maksudnya. Itupun lepas merasa makan garam walaupun tak sebanyak orang lain yang lebih tua berpengalaman.

Orang kata, kalau kita baik dengan seseorang, kena put a distance sikit. Tak boleh lah telan segalanya. Tak elok juga seperti isi dengan kuku (langsung tak berenggang melainkan dapat cagu hahahaha!!!). Sebab, kalau kita baik dan rapat sangat, dibimbangkan nanti bila terjadi sesuatu persengketaan, akan jadi seperti kacang lupakan kulit hehehe.. (sorry yek kak Lah, takde niat nak ambik alih tugas akak sebagai cikgu BM. Percubaan untuk jadi karam singh walia pun bukan hehee..). Bila kacang dah terpisah dari kulit, takkan bertemu lagi. Mungkin jumpa dalam tanah lah kot.

Tak pasti pulak ayat tu wujud tak dalam bangsa lain seperti india, cina, pakistan, arab, rom dah lain-lain. Yang pastinya dalam bangsa melayu memang ada. Kenapa agaknya wujud didalam bangsa melayu? Sebab.... orang melayu ni ruih!! Tak semua ya tapi ada lah yang macam tu. Kalau tak banyak pun sikit.

"pssttt.. minah! awak tahu tak, kawan baik awak tu, si sepiah tu.. dia kata anak awak tu panjang tangan. Kalau datang rumah dia, mesti akan bawak balik apa-apa dari rumah dia. Tu, dia lah yag bagi tahu saya.. tapi jangan pulak awak tanya dia sebab dia kata kat saya, jangan bagi tahu awak. Awak kan baik dengan dia..."

Familiar tak? Kalau seorang yang bijak (bijak tak semestinya kena ada PhD okay... orang tak sekolah pun boleh jadi bijak kalau berfikir..), tentu dia akan periksa dulu. Selidik dulu maklumat tu betul atau tidak. Since orang tu cerita pasal anak dia, check lah dulu anak tu. Betul ke ada barang orang dia bawak balik. Lagi satu, periksa jugak latar belakang orang yang menyampaikan. Ada niat terselindung ke. Dan macam-macam lagi lah.

Selalu juga terjadi, disebabkan anak-anak, mak mak bermasam muka. Sepatutnya kita kena ajar anak kita, bukan ajar anak orang. Kalau kita nak anak kita bercampur dengan anak orang, pastikan anak kita well behave. Kalau depan mata kita dia buat perangai, terus tegur dan marah! hehehe.. bab marah tu Neeza aje. Bukan suruh orang lain buat tau. Kita tahu anak kita lebih dari orang lain. Jadi, sebelum anak kita menyusahkan anak orang, lebih baik kita buat sesuatu. Itu kalau pasal anak lah.

Orang melayu (ya.. saya orang melayu juga) ni, walau dimana saja berada, sifat ambil tahu tu agak lebih sikit sampai kadang-kadang menyusahkan diri. Contohnya, ada lah jamuan makan di rumah si polan dan dia tak dijemput. Kebetulan dia dapat tahu dari kawan dia yang dijemput kesitu. Naik angin lah dia. Lain kali, aku buat makan, aku tak nak jemput dia!! hehehee.. amboi... nak balas nampak :). Kita tak tahu kenapa orang tu tak jemput dia. Mungkin sebab rumah dia kecik. Nanti kalau jemput ramai, jadi tin sardin lah pulak. Mungkin juga sebab jamuan tu memang dibuat untuk orang tertentu. Lagi satu, suka hati dia lah dia nak jemput sape. Yang awak dok sibuk persoalkan kenapa tak jemput awak tu apahal? Awak tu penting sangat ke sampai semua orang kena jemput awak??

Kalau pasal benda lain macam binatang ternakan. Kalau kita bela ayam, itik, kambing, lembu, unta atau keldai, sila lah pastikan mereka ada makan minum yang cukup, tempat tinggal banglo 3 tingkat yang selesa. Kalau tidak, rumah orang jadi tempat tidur dan tempat cari makan. Neeza pernah dengar cerita (lama dah la), lembu orang tu breakfast dengan anak pokok getah orang yang baru berpucuk. Kesian orang tu. Dia tak marah pun tapi benda tu jadi isu. Semua orang bercakap. Kan ke tak sedap jadinya..



Nota: walaupun penulis cerita diatas adalah penulis blog ini, bukan bermakna penulis blog ini bersih dan suci daripada apa yang disebut tauuu... Dia juga manusia. Dia pernah buat silap dan mungkin akan buat silap lagi. Peringatan itu untuk diri dia jugaklah... (nanti ada pulak yang kata, elehhh.. macam lah dia baik sangat!). Kita sama-sama belajar ya... peaceeeeee!!

Thursday, April 2, 2009

Buta IT




Buta IT, celik IT. Anda dalam kategori yang mana? Neeza tengah-tengah tapi tak lah betul-betul tengah. Kalau pakai spek, mungkin kena pakai yang power 500 kot. Siapa yang pakai cermin mata, tahu lah level power 500 tu. Sekarang ni cermin mata Neeza (yang betul lekat kat mata) ni power 300. Sama dua-dua belah.

Bila sebut power 500, maknanya memang banyak benda yang Neeza agak buta @ kabur. Kalau orang bercerita pasal IT, Neeza mungkin lebih senang diam daripada cakap tapi tak tahu biji butir yang Neeza cakap. Tapi Neeza sangat curious. Selalu bertanya orang tentang itu dan ini walaupun Neeza pun tak faham apa yang Neeza tanya. Boleh gitu??

Bila cerita pasal IT ni, teringat pulak kat kawan tempat kerja lama, seorang IT programmer. Dia jadi mangsa tempat Neeza bertanya itu dan ini. Walaupun kena pakai spek power 500, masih gagah tu nak usaha supaya tak payah pakai spek. Nak jugak buat sendiri tanpa bantuan. Jadi, bila Neeza keluarkan soalan, banyak lah soalan-soalan bodoh yang tak bijak keluar. Sebijik macam budak tadika belajar. Kawan Neeza tu explain jugak. Tapi, bila setiap kali mintak dia ajar dan setiap kali itu jugaklah Neeza akan tanya soalan yang sama, last-last kawan Neeza tu senyum aje. Malas nak layan lah tu (Sam, kalau you baca ni, gelaklah puas-puas ya. I know I budak baru belajar..).

Lately, internet connection kat rumah ni slow macam.. siput dah takleh guna sebab walaupun slow, bergerak jugak si siput tu. Mungkin Neeza gunakan benda lain sebagai contoh. Slow macam harga barang nak turun yang mana tak turun-turun pun.. sekali-sekala turun tapi banyak kali kala naik.. hahahaa!!

Ada kawan suggest tukar guna apa entah. Ingat nak check balik apa yang dia tulis kat shoutbox Neeza baru-baru ni tapi tengok!!! tak boleh nak bukak page tu. Geramnya laaa.. Neeza tak ingat apa yang dia suggestkan sebab Neeza tak faham sebenarnya apa yang dia maksudkan. Macam mana rupa benda yang dia cakap tu. Lantaklah. Orang nak mengata biarlah. I admit that I'm an IT moron!! (err.. syarill yang sedang happy di malaysia bersama shida dan anak-anak tercinta, nanti tolong explain ya bila balik sini semula.. ;)).

Yang hairannya, kami ni sebenarnya baru je increase speed limit (speed limit menda pun tak tahu lah..). Dari 256MB (ye ke??) ke 516MB (rasanya la..). Bila increase tu, ongkos yang keluar pun lebih lah sikit. Patutnya better service lah kan. Ini tidak. Senak aje.. Nak nangis laaa...uuwwwaaaa!!!!

Terfikir pulak, adakah Neeza perlu enrol computer class macam 1 group of students di tempat Neeza belajar sekarang? Ataupun mungkinkah Neeza kena ada session dengan orang-orang STC (Saudi Telecommunication Company) dan bagi kaunseling kat diorang suruh buat kerja betul-betul? Jangan asyik duduk dan tak buat apa. Bila call diorang, kalau tak kena tunggu 10 minit keatas dan kadang-kadang selama-lamanya, jangan haraplah dapat cakap dengan customer service. Aduuhhh.. letih la cam ni.

Haaa... baru dapat tengok apa yang syarill tulis. Guna Al Jawal broadband. Camana tu? Kena beli sim card lain ke? Gelak lah.. gelak golek-golek kat lantai tu.. tak kisah pun... :P.

Wednesday, April 1, 2009

Nasi Lemak Antarabangsa





Sorry!! Ini bukanlah nasi lemak yang bakal jadi hidangan malam ni. Gambar ni seperti biasa, 'pinjam' dari g00gle. Menariknya nasi lemak ni kan! Kalau ada daun pisang, lagi sedap. Malam ni, kami makan nasi lemak ikan tongkol, Insyaallah... Mungkin lebih menarik dan lebih lazat dari nasi lemak kat atas tu :).

Pernah dengar tak Nasi Lemak Antarabangsa? Kenapa nama dia gitu yek? Rasanya lah, lauk-lauknya semuanya lauk-pauk melayu. Takde pulak letak dim sum ke, vadai ke, tortilla ke mahupun cheese atas tu hahaha!! Kalau nak kata antarabangsa lah...

Mungkin kerana lauk pauknya pelbagai, maka namanya jadi antarabangsa. Kononnya ayam dari India, ikan percik dari Sepanyol, telur goreng dari Afrika Selatan, paru berlada dari Saudi Arabia dan ikan kering dari Argentina. Konon aje lah. Bukan lah betul-betul. Nanti ada pulak orang tanya betul ke ikan percik asal sepanyol. Tak dapat nak tolong lah..

Okaylah, masa untuk masak nasi! Sekian dulu berita hari ini.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin