Rajin-rajin lah click ya :)

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Monday, April 20, 2009

Kacang Soya


Hari ini hari yang tak berapa best. Mood tak best. Kepala tak best. Tekak pun tak best. Bila banyak benda tak best, tuan blog selalunya meng00gle maklumat berguna. Nak tidur pun tak larat jugak. Nanti jadi dugong lemah badan kalau asyik tidur aje.

Since semenjak dua menjak ni, Neeza selalu makan makanan berasaskan soya, nak lah jugak tahu kebaikan soya yang Neeza mungkin tahu tapi tak berapa betul kot. Maklumat dibawah di pinjam dari sini. Terima kasih diatas maklumat tersebut. Sama ada maklumat dibawah ini sahih satu tak, Neeza pun tak pasti. Mungkin ada yang betul kan. Walau bagaimanapun, sesuatu makanan itu tak seharusnya diambil dalam kuantiti yang melampau-lampau walaupun ianya baik.

Neeza suka minum air kacang soya yang proses sendiri (bukan yang commercialize di pasaraya tu). Neeza juga suka makan tempe (95% kacang soya kan). Hari ni Neeza masak sambal tempe + ikan bilis + kentang + kacang. Gambar takde. Malas nak pergi dapur snap gambar (sebab semuanya tak best hari ni kan...).

Kalau nak baca info kat bawah, baca lah. Kalau tak nak pun takpe. Takde paksaan dalam apa-apa pun... Adios!

********************************************************


Kacang soya juga dikenali sebagai Glycine max merupakan salah satu daripada 7 “super foods” di dunia. Penduduk di benua Timur terutamanya masyarakat Cina mula menggunakan kacang soya sebagai makanan kesihatan sejak 5000 tahun yang lalu yang mana tauhu dan susu kacang soya merupakan barangan soya popular di kalangan masyarakat Cina.

Kacang soya merupakan “Makanan Berfungsi” yang paling banyak dikaji di antara tahun 80-an dan 90-an. Banyak penemuan saintifik yang positif membuktikan bahawa kacang soya dan protein soya boleh mempertingkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatangkan kesan yang sampingan yang memudaratkan. Di antara kebaikan yang disumbangkan oleh kacang soya dan protein soya adalah seperti berikut:-


  1. Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan paras kolesterol dalam badan oleh peptid soya 7s dan 11s di mana tindakannya seperti ubat “statins” tetapi tanpa kesan sampingan ubat.

  2. Isoflavin soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi masalah simptom mati-haid.

  3. Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi kulit.

  4. Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Selain itu, proses penuaan dapat diperlahankan.

  5. Gula kompleks dan “oligosaccaride” dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah kita daripada barah kolon.

Walaupun kacang soya ciri yang merangsang kesihatan badan optimum, anda mesti berhati-hati semasa membuat pilihan jenama di pasaran


Tambahan: Khasiat kacang soya untuk wanita

Khasiat protein kacang soya dapat disamakan dengan dua kali protein daging, empat kali telur, empat kali gandum, lima atau enam kali roti dan dua belas kali susu. Hasil kajian juga mendapati protein kacang soya bukan sahaja tinggi, tetapi baik dari segi kualitinya. Kacang soya dapat membantu keperluan wanita, di antaranya adalah, kacang soya membantu perkembangan otak, mempertingkatkan kadar metabolisme badan seterusnya serat yang terkandung di dalamnya membantu mengawal berat badan. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

Sunday, April 5, 2009

Awan larat..



Kelas Mathematic. Subjek yang menarik kalau kena pada topic. Cikgu menerangkan formula tangen. Mula-mula faham. Lepas tu macam confuse. Cikgu bagi contoh. Penuh perhatian. Contoh kedua pulak. Dah naik bosan sebab rasa macam dah faham. Tapi ada kawan dibelakang tak faham. Fikiran pula jauh melayang. Terbang jauh ke Universal Studio, Hollywood. Tangan pun ikut sama terbang. Buku nota jadi mangsa. Incredible hulk angkat kereta. Jaws makan orang lidi. Flinstones naik kereta tayar kotak. Penuh diruang kosong tepi-tepi nota tu. Siap ada matahari, awan, hujan dan bulan. Camanalah matahari boleh keluar sekali dengan bulan pun tak tahu...

Pernah tak terjadi macam tu kat sesapa? Neeza pernah! Cumanya, lokasi Neeza lebih kampung sikit - sawah padi, matahari naik celah bukit dan burung terbang huhuuu... Bila dah besar sikit, suka buat tikar kat corner buku tu. Ala.. garis-garis lukis macam tikar mengkuang tu laaa.. tak tahu? tak tahu sudah heheh..

Kalau cikgu nampak mesti kena marah kan. Tapi tak semua cikgu akan marah. Ada cikgu akan mengusik "cantiknya sawah... senang lah awak ya. Tak payah beli beras lagi...". Tebal lah muka seposen kalau kena tegur cam tu. Nampak sangat kuat berangan dalam kelas.

Ada kajian (sorry la.. tak quote sources sebab banyak sangat kajian tu sebenarnya) yang mengatakan, jangan disekat bila anak-anak menconteng-conteng macam tu (dengan syarat dia tak conteng harta awam la kan...). Sebenarnya anak-anak itu sedang bercreative. Mindanya menerawang jauh. Biarkan. Mana tahu satu hari dia akan jadi arkitek. Mungkin juga saintis untuk cipta sesuatu berguna macam mesin lipat baju ;). Lebih baik gitu daripada dia duduk senyap tak buat apa yang mana fikirannya kosong.

Kadang-kadang, apa yang dilukis itu ada makna dalam diri dia. Dia cuba ekspresi apa yang dia rasa tapi orang lain tak nampak secara fizikal. Mungkin dia sedang happy dan dia lukiskan something yang gembira macam merry go round. Mungkin juga dia stress sebab selalu kena marah dan lukis api dan dinasour. Tapi parents tak tahu yang dia stress. Dia lakarkan pada kertas something yang ganas. Sangat perlu untuk parents observe tingkah laku anak-anak untuk lebih memahami anak-anak tersayang.

Jadi, kepada ibu-bu, bapak-bapak, kalau anak rajin menconteng kertas dan melukis-lukis tu, cubalah tanya apa yang dia tulis atau lukis. Boleh lah sama-sama memahami. Anak-anak pun suka kalau hasil karya mereka dihargai (setakat tengok pun anak dah rasa proud). Mereka rasa penting dan disayangi. Biarkanlah... walaupun dia cuma lukis abah dia seperti orang lidi rambut dawai hahahah!!!

Wednesday, March 25, 2009

Something worth to know :)


Yesterday, we had a first aid session in the dakwah centre. Besides the usual procedure like what to do if your kids had a fever and a few other stuff, we also listened to a very good tips. According to our ustazah, somebody have done some research on the matter. They have summarized the findings on a piece of paper. Below is what we have received from the dakwah centre.


The Prophet as a Doctor

In his lifetime, the Prophet had recommended some things to be taken in greater quantities that the others. These then turned out to become the medicine for true mUslims, as the foods suggested are full of Shifa and act as remedy for so many mishaps that may occur.


  1. Honey




    1. It consists of sucrose, fructose, vitamins, proteins and natural salts
    2. It is antiseptic, cough depressant and a natural source of instant energy
    3. It increases immunity against infectious diseases and reduces allergies by suppressing the sensitivity system
    4. It can be used as a treatment for stomach indigestion and intestinal related diseases, wounds, cuts and burns, pimples and zits including eczema.
    5. Treatment for Diarrhea: one glass of water with 2 tbsp of honey


  2. Dates




    1. It is anti-poisonous and a good source of iron (Good for Anemic people)
    2. Treats Jaundice
    3. Dosage: seven should be taken every morning, if it is not possible three or five (try to take in odd umbers). Aajwa dates are recommended.
    4. Strengthens heart, nervous system and brain
    5. Balances cholesterol levels
    6. In 100g of dates, there are 214 calories, 2g protein, 24g of carbohydrates (starch), 75.4g potassium, 63.9g calcium, 1.61g Iron, 58.9g Magnesium, Sulfur and fiber.


  3. Black Seeds




    1. It has also been mentioned in the Bible
    2. Healing of many diseases usually taken in odd numbers preferably seven at a time.
    3. Can be used to treat respiratory oriented diseases such as ashtma and respiratory infections.
    4. Also helpful for indigestion, Flatulence (accumulation of gases), Aerophagy (informally known as burps).
    5. It kills off any parasitic worms that may be present in the intestine or stomach region.
    6. Regulates mentrual flow.


  4. Olive Oil




    1. Can be used as a moisturizer since it has soothing and healing qualities.
    2. Best for any colon (intestinal) cancer
    3. In Japan, for colon cancer, people treat themselves with olive oil and figs.
    4. It also decreases cholesterol levels, so should be used as a substitute for normal cooking oil in food
    5. Also cures ulcers in mouth and revives memory. Food for arthritis and strokes
    6. If 1 tbsp is taken for a couple of days at night, any worms will be flushed out
    7. Lightens face, making it glow and look fresh.


  5. Barley




    1. It is anti-depressant and energizing
    2. It strengthens the heart and lowers blood pressure
    3. Consumption: porridge should be prepared in milk and taken with honey in times of sickness.


  6. Water




    1. Best remedy for treating fever (a body shower is recommended as a cure)
    2. Cleanses and revives the inner body system
    3. It is un-substitutable and is the basic need of life. Consuming Zamzam is eve better



Monday, March 23, 2009

Ubat sakit dada



Dalam kelas kami, kadang-kadang ustazah berkongsi cerita. Ada satu kisah di zaman nabi. Ada seseorang mengadu sakit dada kepada Nabi s.a.w. Nabi suruh dia makan 7 biji kurma bersama-sama bijinya. Lepas itu, baginda tekan di dada orang itu sambil membaca doa pendek (ayat Al Quran dari surah Yunus).


Kata Ustazah, seelok-eloknya biarlah kurma Ajwa (kurma Madinah yang color hitam tu). Tapi, kalau takde, kurma biasa pun boleh.


Cara: Biji kurma tadi di grind sampai jadi serbuk. Then gaulkan dengan kurma yang 7 tu. 7 kurma mesti ada 7 biji benih (pits) kan. Then makan lah 7 biji sehari. Insyaallah, boleh lah jadi remedy untuk sakit dada, sakit jantung dan segala sakit yang berkaitan dengan darah ni.


Ustazah cerita lagi, baru-baru ni ada somene disahkan sakit kanser paru-paru. Dia amalkan makan kurma ni beserta biji dan baca doa tu. Alhamdulillah, berkurangan kansernya dan dia dah pun sembuh. Tentunya dengan izin Allah lah kan...


Memang kurma ni baik untuk kesihatan pun kan.. :)

Friday, March 20, 2009

Poverty motivates ;)



"I did not miss any tuition classes and group studies which the school organised as I could not afford to take private tuition with my parents small income."

"Her father is a fisherman and her mother is a cleaner."

"I plan to further my studies overseas so that I can help my parents and my siblings in the future."

- Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal


"I come from a poor family and my mother is the sole breadwinner after the death of my father two years ago.

"For me, poverty is a blessing because it motivates me to work hard and to ensure I strive for excellence in whatever I do."

- Noraziatul Atikah Idris


"The gap between students in the urban and rural areas has been bridged and this is visible in their (rural students') better performance compared with their peers in towns.




My conclusion from the above statements (extracted from the N3w Str@its T1mes)

  1. Poverty is not a hinderance to success
    On these days, one should not use poverty as an excuse for not being able to perform. There're many examples of excellent students who actually come from poor family. This year, the best student of SPM 2008 has proven it.

  2. Never miss any resources availabe. The school always organize free tuition class and I believe all teachers are ever ready to assist. Take advantage of it. Use them errrr.. wisely ;).

  3. Modern technology ie: handphone (misuse them), computer games like PSP hurt many times. The more you enjoy them, the lesser your concentration in studies :).

  4. High self esteem such as confidence in oneself is required in every individual to succeed.

  5. Never give up. Try your utmost best. Once you fail, it does not mean it is the end of the world. There are many rooms of improvement. All you need is willingness to change and be better :).

  6. Family values is crucially important. The support from every individual in a family would help a student to do better in studies. Insyaallah.


Of course, there are a few other factors could lead to one success. But, what I want to stress here is, never say "poverty cause me to fail". It's no longer valid :).

Monday, February 16, 2009

Sahabat sejati



zwani.com myspace graphic comments



Sahabat sejati (bukan best friend ya..) ialah seseorang yang:

  1. Ikhlas didalam bersahabat - tiada niat terselindung
    contoh: saya nak buat baik dengan dia sebab saya nak mintak tolong dia untuk mintak tolong kepada bapak sedara dia untuk luluskan pinjaman bank untuk beli Hummer (besarnya nafsu hehee..).

  2. Sanggup menolong dikala susah dan ceria tatkala sahabatnya bergembira
    - tak semestinya kena bagi duit atau jadi superman untuk selesaikan masalah dia - jadi pendengar setia dah cukup. Bila sahabat bergembira, kongsi kegembiraan itu dan bukannya merasa meluat sebab dia gembira sedangkan anda tidak (eleh! suka sangatlah tu dapat save duit gaji dia. Macam lah aku tak boleh. Aku ada juta juta tau dalam bank) - tu dengki namanya weiii..

  3. Tidak ada perasaan syak wasangka terhadap sahabatnya
    - Bila mana sahabat berbicara atau buat sesuatu, ada terdetik didalam hati, kenapalah dia bagi kuih pulut panggang ni ya. Mesti dia nak ngorat laki aku (apa apa perasaan syak yang sewaktu dengannya)

  4. Tiasa perasaan cemburu terhadap apa yang dimiliki oleh sahabatnya
    contoh - oooo.. dia beli tv besar ya. Aku mesti beli yang 20 kali ganda besar dari tu... (20 kali ganda?? itu tv ke gergasi??? hehehe..)

  5. Mengambil tahu mengenai sahabatnya walaupun tidak selalu berhubung terus melalui telefon, email, surat atau telegram hehee..
    - sahabat sejati akan risau jika sesuatu tidak elok berlaku kepada sahabatnya. Jadi, kalau dia tahu sahabatnya sihat walafiat, dia senang hati. Memang sukat untuk tiap2 saat bertanya khabar kan.

  6. Kunjung mengunjung jika ada kesempatan dan kelapangan
    - kadang-kadang, suara tidak menggambarkan keadaan sebenar. Sahabat kita mungkin sakit tapi tiada siapa yang tahu. Bila kita dapat melihat sendiri wajahnya, kita tahu keadaan sebenar.

  7. Tidak menyalahtafsir apa yang diperkatakan sahabatnya
    - lain yang disebut, lain pula yang kita tafsir. Kalau tak faham, elok lah bertanya (kita cakap nak pergi pasar nak beli ikan, dia kata kita cakap kat pasar tu ikan mahal, janganlah beli). Lebih mulia jika kita malu sebab bertanya daripada malu sebab menyalahtafsir apa yang sahabat kita maksudkan.

  8. Tidak menyampaikan perkara yang tidak betul mengenai sahabat kita
    contoh: sahabat kita pergi ke Thailand sebab urusan kerja. Kita cerita pada orang, sahabat kita pergi ke Thailand sebab nak berseronok di Phuket. Betul ke gitu? Kita pulak pandai-pandai jadi pengurus peribadi tak bertauliah sahabat kita...

  9. Sentiasa nasihat-menasihati demi kebaikan bersama
    - manusia tak sempurna. Kita perlukan seseorang untuk mengingatkan kita.

  10. Berkata benar walau ianya pahit - Pujian tak membantu
    - sahabat kita masak tapi tak sedap. Kita cakap, hmmm.. sedapnya hingga menjilat jari. Kalau jual di restoran ni, mesti laku - 2 saat je habis terus. Lebih baik kita diam saja daripada cakap mengarut tak tentu pasal.

  11. Peka dengan perubahan sahabat itu
    - Mungkin ada perkara yang akan membuatkan sahabat kita terasa. Kita perlu peka sebab sangatlah tidak elok membuatkan sahabat kita bersedih. Jadi, kalau boleh cepat-cepatlah mohon maaf dan perbetulkan kesilapan. Tentunya sahabat kita lebih menghargai kesungguhan kita itu. Jangan pula kita berharap, nanti dia fahamlah tu.. no way..!

  12. Elakkan berbincang perkara yang tidak digemari sahabat
    - Ada benda yang memang sahabat tidak suka. Contohnya, dia pro kepada parti harimau. Kita suka sangat bercerita mengenai parti gajah. Siap kutuk lagi tu parti harimau tu garang, hari hari mau.. hehehe.. Tak elok lah macam tu. Lebih baik cari topic lain seperti memancing ikan ke, mencedok berudu di kolam ke ataupun topic main batu seremban.. ;).

  13. Menggunakan bahasa yang boleh difahami oleh sahabat kita
    - Kita duduk dalam kumpulan dan ada seorang sahabat berbangsa Jepun. Kita bantai guna bahasa melayu dengan banyak sekali sehinggakan sahabat kita rasa kita mengata dia sebab masa kita bercakap tu, kita siap gelak-gelak dan memandang kepadanya. Macam mana kalau kita diperlakukan begitu? Best tak?

  14. Cuba memahami budaya setempat sahabat kita
    - Berasal dari 2 negara yang berbeza tidak menghalang kita daripada menjadi sahabat sejati. Jikalau sahabat kita makan menggunakan sudu garpu, janganlah kita paksa dia makan guna tangan. Nanti bersepah, kita jugak yang geram tengok. Jadi, bagi lah dia sudu garpu. Kalau takde sangat, beli lah. Kita mesti dah plan untuk sahabat kita datang rumah kan.. :)

  15. Fikirkan, kalau kita tak suka orang buat kita macam tu, janganlah kita buat sahabat kita begitu

Itu lah saja rasanya. Neeza tulis ni berdasarkan pengalaman sendiri dan pembacaan di mana-mana sahaja. Bukan senang untuk jadi sahabat sejati. Neeza pun tak terbuat kesemua kriteria tu. Susah tau sebab Neeza juga manusia biasa. Tak lepas daripada kesilapan. Neeza sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dari hari ke hari. Kita perlu lah menjadi lebih baik dari semalam. Esok, lebih baik dari hari ini, hendaknya. Insyaallah...



Wednesday, February 11, 2009

Air masak




Air masak pun boleh jadi entry? Ish ish ish... macam dah takde modal je che' mek Ja ni yek. Sebenarnya Neeza nak tulis yang Neeza suka minum air masak - air yang disejukkan pada suhu bilik (27 Celcius) setelah dimasak melebihi suhu 100 Celcius - menggelegak lah tu.


Di rumah kami, memang selalu beli drinking water dalam botol besar and tuang guna dispenser (air paip di rumah kami ni rasa tak sedap). Walaupun dah ada drinking water, Neeza purposely masak air untuk dijadikan air masak atau air suam. Air tu Neeza letak dalam botol kosong. Bila nak minum, tuang aje dalam cawan. Bagi Neeza, lain rasa air yang belum dimasak dengan air yang dah dimasak (atau mungkin psychology saja?)


Doctor kata, kita perlu minum 8 gelas air sehari - berapa liter yek? Dulu, susah betul Neeza nak minum 8 gelas sehari. Rasa kembung aje bila nak minum air. Tapi sekarang senang sungguh dapat minum air banyak. Dengan senang 2 - 3 liter sehari Neeza boleh minum. Kenapa? Sebab, Neeza breastfeed dengan kerap. Badan Neeza jadi kering kontang. Perlulah Neeza gantikan semula air tu...


Minumlah air banyak ya kawan-kawan hehehe...

Saturday, February 7, 2009

Bedung


Do you know what is Bedung? I hope you do. If you're not, look at the picture below. Basically, bedung is wrapping your baby tightly with a piece of cloth to avoid him/her from moving his/her hands and legs freely.




What is it for? Some said, it would prolong the sleeping time as the baby feels safe and secured as if somebody is holding him/her. Others said, if you don't wrap (bedung) the baby, the legs would become distorted (pengkang?). He/She won't be able to walk nicely on a straight line (like a supermodel I guess).


Is it true?? I don't know. I wrapped my baby because that piece of cloth could give warmth to her. I didn't wrap her if I don't feel like doing it though :). I just put on a blanket on her body.


Do you wrap your baby?



Tuesday, February 3, 2009

Tak salah mengaku salah



Tajuk di atas tu ada 2 makna:

1. Orang tak bersalah mengaku bersalah

2. Tak salah kalau kita mengaku salah kita


Makna yang Neeza nak ulas ialah makna Number 2. Neeza tulis topic lain kali ni sebab bosan tengok topic maid duduk atas sekali. Abang pun cakap, tak habis-habis pasal maid. Nak buat camana, dah itu yang jadi sebahagian hidup Neeza. Kali ni Neeza nak tulis mengenai Neeza juga cuma bukanlah topic maid.


Semalam, Neeza mintak anak Neeza ambilkan Tafsir Al Quran. Dalam kepala dok bayangkan colour Al Quran tu hijau. Tak tahulah kenapa. Neeza cakap pada Sophea, "tolong ambil Quran Ummi yang color hijau". Puas dia ambik yang itu, yang ini, semuanya Neeza cakap tak betul. Lepas tu angin pun naik. Tinggi lah sikit suara. Then Neeza tunjuk pada dia, "yang itu!!!" Bila dia ambik, dia cakap, "ni hijau ke?". Alamak!! malunya Ummi.. Memang color dia biru. Then Neeza cakap, "Sorry!!!" Kesian Sophea tak pasal-pasal kena marah. Abahnya pun cakap, "tu lah.. nak marah orang sangat". Memang patut Neeza kena pun.


Memang tak salah kita mengaku salah kita walaupun kita ni jauh dari lebih tua dari orang yang kita bersalah tu. In fact, kita sebenarnya mengajar mereka bahawa setiap orang yang buat salah perlu minta maaf. Memang itu yang Neeza selalu ajar anak-anak Neeza. Sebab itulah, anak-anak Neeza tak segan nak sebut "Sorry Ummi!". Tapi, ada juga masa-masa diorang terlupa. Contohnya, bila diorang terlanggar Neeza.. kalau diorang tak cakap sorry, Neeza akan cakap "Aduhhhh... sakitnyaaaa..." walaupun tak lah sakit mana pun hehee.. tapi, lepas tu cepat-cepat diorang cakap "Ooo... sorry ya Ummi..".


Bukan pasal tu saja. Cakap terima kasih pun kita kena tunjuk contoh juga. Bila dapat apa-apa, kalau diorang tak cakap thank you / terima kasih, Neeza akan ingatkan.. "cakap apa???". Then diaorang pun ingat. Begitulah sebaliknya. Macam semalam, Sophea tolong ambilkan air untuk Neeza.. dia cakap, "Ummi nampak tak apa yang ada dalam cawan tu?" - dia tuangkan air untuk Neeza. Neeza faham lah tu. Neeza pun cakap.. "Ooo.. thank you..". Then Sophea cakap, "welcome!". Memang dia betul pun. Jadi, buat apa nak marah kan... :).

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin