Yupp.. I was bibikless for 4 hours yesterday. Nak cerita terlalu panjang. Kita pendek-pendek aje pasal tu. Bila baca pasal kesusahan Kak Ummi bila takde bibik, Neeza rasa life Neeza lebih susah. Anyway, biasalah kan, kita mesti rasa kita lebih dari orang lain.. bab susahlah.. Bab senang, Neeza tak rasa Neeza lebih senang pulak heheheh...
Sebabnya, Neeza still dalam pantang - baru 13 hari today. Anak-anak semuanya kecil. Yang paling besar baru nak masuk 9 tahun. Mungkin ada yang kata, orang dulu-dulu beranak berbelas takde masalah pun. Memang lah.. orang dulu-dulu ada orang tua jaga biasanya. Lepas tu pulak beranak normal. Lain sikit rasanya. Neeza beranak tebuk perut. Lagi pulak this time sengal sakit tu lebih sikit.
Stop pasal tu. Bibik semalam takde bukanlah sebab dia lari tapi sebab agen dia yang sebenarnya boss asal dia (disini rental maid tu memang perkara biasa) nak hantar dia pergi Jeddah untuk jaga mak dia yang dah tua sangat. Nak kena angkat masuk toilet. Memang Ani (nama bibik yang tu) agak reluctant untuk pergi tapi takkanlah dia nak derhaka pada boss sendiri kan. Nanti tak bayar gaji. Dah lah pasport dia pada boss tu.
Masa nak pergi semalam, dia nangis. Yang menulis ni pun apa lagi, memang dah namanya pun sangat lah sensitif. Jadilah drama sekejap. Ada pulak pelakon sorang lagi. Anak sulung owner blog ni. Dia tu memang macam tu. Pantang tengok Ummi dia nangis mesti nak nangis jugak.
Yang paling sedih bila Ani tengah bersiap kat bilik sambil tunggu boss dia. Dia mintak dengan Sophea untuk jumpa Shahmey. Masa tu Shahmey ada di bilik Neeza. Sedih pulak rasa. Memang dia rapat dengan Shahmey selama hampir sebulan ni (tak cukup 2 hari). Siang dengan Shahmey. Malam pun dengan Shahmey. Sebagai seorang ibu (dia ada anak 2 di Indones1a), mestilah dia dah anggap Shahmey macam anak dia kan..
Jadi, sekarang ni kami ada bibik baru. Bukan dari agen yang sama. Ini dari agen yang memula dulu. Risau jugak kalau quality macam dulu. Neeza mohon pada Allah biarlah yang ni lebih baik dari yang lepas. Ani so far takde problem. Sebab tu sedih bila dia nak pergi. Anak-anak pun sayang dengan dia. Yang ni pulak tak tahu nak kata lagi. Satu masalah besar Neeza dengan dia ialah dia tak bercakap bahasa yang Neeza cakap walaupun rupa dia macam melayu jugak sebenarnya. Bahasa Melayu tak, English pun tak. Kalau nak converse dengan dia, Neeza cuma boleh guna bahasa yang baru Neeza belajar iaitu Arabic. Itupun adalah gaya macam burung merpati bercakap dengan burung nuri. Kenapa ya? Sebab dia berasal dari India!
19 comments:
hehe,akak leh lah improved arabic language lepas nih
mesti A+++ punyer lah..
tak pun leh la akak belajar bahasa Urdu.. :P
now u r bibik-more laa ek...
haha...saya doakan semoga bibik akak yg skg bertahan laa...
semoga dier keje leklok, keje dgn tekun, jaga akak dan familii...
susah lak takde org nk tolong, terkontang-kanting sorg2...
ala kesian nya dapat yg bagus pandai kerja di ambil balik pulak...kat sana mcm tu ke..pinjam2 bibik2 ni.
semoga yg baru ni bolih bekerja...bangsa apa pulak bahasa melayu/indon tak reti?
waduh...waduh...dulu 2 nya goyang inulll...yg ini lagi dasattt..kt pusing2 poko kurma..sama golek2 ats padang pasir...blh ngak g2..:)~
pasni neeza pulak pandai cakap tamil, ha, ha....
akak tak leh buka email neeza. taktau apa email tu.
semuga yg ganti ni pun baik juga..komunikasi tu penting.. takut nanti lain yg di suruh lain yg di buat.. tak ke haru nanti..
semuga semua nya berjalan lancar..
waaa...pasni boleh bercakap bahasa arab...bagus tu kak neeza..anyway, suka nengok baby akak...merah lagi...
riani ni pun dalam usaha nak menambah anak :D
Insya Allah
www.angrianiworld.com
kesian... masalah bibik ni merata-rata dunia ye..
lama2.. riuh rendah la rumah neeza dengar burung bersiul2an...
X ade org nak urut ke? urut sikit badan tu.. jgn urut perut bagi lega lenguh2...kak olie dulu first baby ceaser gak..mmg bnyk masuk angin.. TAKE CARE ye..
macam2 masalah kak neeza kan.. dapat yang ok, ada masalah lain plak.. india ke? hopefully ok lah nanti...
Tak ada bibik, susah. Ada bibik pun susah. Macam mana dengan kawan Abang Long, dia ada 6 orang bibik dalam rumah ... alahaiiii
Dik, senyap2 pergi kidnap maid lama tuh...
kuikukui...
mesti anak2 neeza lepas nie multi-lingual nyer lah...hahahahah...
boleh cakap indon (mcm barak obama) lepas tu cakap arab (mcm bapaknya gak) lepas tu boleh bahasa tamil, bahasa melayu, hidustan, urdu....huhuhu
meriah meriah..
mudah2an neeza wokay dan selamat semuanya.....huhuhu
maza: nantikan minah arab jadi bibik...masalahnya nak ke dia?!
huhuhu
http://mazaaida.blog.friendster.com
india? pelik plak bunyi nya..
dah dapat yg ok tp tpaksa lepaskan plak...sabar je le kak neeza
nnt cite le plak apa peel bibik baru...
betulkan...ada bibik susah, tak ada lagilah susah..
jangan terlalu kerja kuat, perut tu belum baik betul lagi..tentu masih ngilu lagi..
jangan terlalu tertekan, banyak kan bersabar..
take care ye..
As,
camana nak improve as.. akak guna sebiji2 tak tahu lah dia faham ke tak.. nasib la ada belajar sikit.. kadang2 akak cakap melayu je.. hahaha!!
***********************************
Chekgu,
memang susah kalau takde orang tolong chekgu.. semoga dia boleh dipercayai la kan..
***********************************
Kak Elle,
pinjam dengan bayaran almost 3 kali ganda tau.. sebab guna temporary.. paymentnya pun tinggi..
dia tu India kak Elle..
***********************************
Liza,
tak nampak lagi dia pusing pokok kurma.. kalau nampak, akak pusing kepala dia hahaha!!
***********************************
Kak Zany,
cakap tamil? heheh.. senang la neeza nak tengok filem tamil kan..
email neeza - neeza_ramli@yahoo.com akak try ya..
***********************************
Zino,
memang dah ada yang salah pun semalam.. ingat kan dia faham hungry tu apa.. rupanya dia faham menda lain. nak tanya apa dia faham pun tak tahu.. masalah sungguh...
***********************************
Riani,
sementara riani muda ni.. elok la cepat2 buat baby hehee..
nanti dah tua cam akak, tak larat dah.. badan dan season ;)
Kak Olie,
takde kak.. banyak dah tanya tapi ada lah cakap kat khobar.. tapi takde contact number pulak.. balik malaysia lah baru urut kot..
***********************************
Noniey,
masalah bahasa lah paling ketara..
bab kerja akak dah pejam 2 belah mata aje.. sebab yang penting dia dapat jaga shahmey yang asyik mintak didokong tu..
***********************************
Abang Long,
amboi!!! sampai 6 bibik tu.. mesti rumah dia cam istana kan.. ;)
***********************************
Adiejin,
Bang.. nak kidnap bahaya sebab pasport pada tuan dia..
***********************************
Maza,
yang paling kelakar anak neeza panggil 'bibik!! bibik!!' manalah minah tu tau sebab panggilan bibik untuk indon aje..
semalam, anak2 neeza bantai cakap melayu dengan dia.. 'abah suruh buat susu'. sabor je laaa..
arab tak nak jadi bibik la maza..
***********************************
Lieyn,
peel yang ni belum nampak lagi.. hopefully takde la..
***********************************
Maklang,
neeza tak buat kerja kuat mana pun.. banyak rehat aje.. nak jalan dah boleh la laju sikit.. tapi bila lama duduk, susah sikit je..
mak aiiihhh...nasib la kak neeza nieh pandai masak...kalo tak makan kari pulak la nampaknye!:D
all the best, kak neeza...
hmm kalau minah arab jadi bibik....
ahaks.....takut2 orang rumah beradik baru!
Status bibik bertukar kepada mak baru kepada budak2 kat rumah tu....
hahahahhaa
psstt: sbb tu agaknya Tuhan tak bagi maza berbibik....
huhuhuhu
Sha,
all the bibiks tu kan.. kalau tak suruh masak, takde diorang nak masak nya...
***********************************
Maza,
oooo... ada gatal yeeee.. elok lah tu takde bibik.. kesian kat orang rumah nanti kena ada kawan baru pulak.. heheheh..
Post a Comment