Rajin-rajin lah click ya :)

Wednesday, January 21, 2009

Tidak sekali lagi...


Dah agak fobia lihat Shahmey kena berdiang bawah cahaya ultraviolet pada May 2007 disebabkan jaundice yang teruk. Kesian sangat dengan dia. Kesian jugak dengan Ummu Shahmey yang terpaksa berulang ke hospital masa dalam pantang tak sampai pun 2 minggu (walaupun sempat lagi minum air Sirap ice kat Restoran Alif depan KMC tu hehehe...).


Hari ni, Sumeyyah sepatutnya schedule untuk vaksin BCG. Kalau di Malaysia, doctor inject BCG on the first day baby lahir. Di hospital yang Neeza pergi ni cuma buat hari Selasa saja. Since Summeyyah lahir hari Khamis, kena lah datang semula iaitu hari ni.


Mula-mula jumpa paedetrician dulu - Dr Dina. Bila dia check, dia tengok ada tanda-tanda jaundice. Dia tak boleh nak agak ianya pada tahap mana sebab kulit Sumeyyah merah sangat. So, dia mintak pergi lab untuk test darah dulu. Dia nasihat jugak supaya tangguh dulu vaccination BCG tu. Tunggu sampai dia betul-betul sihat. Lagipun dia kata, vaksin tu boleh buat dalam masa 40 hari selepas lahir. Jadi, tak perlu rushing sangat.


Bila dengar macam tu, Neeza dah tak sedap hati. Memang semalam, masa balik dah nampak mata Sumeyyah macam kuning sikit, walaupun tak banyak. Tak nak lah jadi macam Shahmey dulu. Hospital ni dah lah jauh dari rumah - dalam 20 minit drive. Lepas tu, Neeza tak kuat macam dulu. Jalan pun sangat slow sebab perut sakit sangat.


Itulah salah satu sebab Neeza tak nak bila doktor mintak untuk belah perut awal lagi. Neeza tahu, kalau baby keluar tak betul-betul matang, mesti ada yang tak kena. Neeza agak (sebab Neeza bukan lah doctor), since dia keluar awal, badan tak dapat adapt lagi dengan persekitaran luar.


Esok kami perlu ke hospital lagi untuk follow up visit Neeza pulak. At the same time, kena pergi jumpa Dr Dina juga untuk tengok result darah tu. Harap-harapnya tak teruk lah jaundice nya dan dapat dipulihkan secara natural saja. Semoga doa Neeza dimakbulkan Allah...

29 comments:

Kak Elle said...

Kesian neeza kalau kena ulang alik ke hospital..insya'allah bilirubin tak tinggi..

Anonymous said...

salam akak

harap2 la sumeyyah tak kene jaundice yg teruk... tak sampai ati nak tengok baby kene 'jemur' bawah cahaya yg 'panas' tu...

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum...My dearest Neeza

Tahniah!!...bertambah seorang lagi...

Maaf lewat kirim ucapan. Sibuk memanjang...

Take good care of baby. And yourself too!

Wasalam

Anonymous said...

salam Tahniah Neeza.,
cute sangat your baby..moga jaundicenya tak melarat..beri susu lebih kerap ,jangan biarkan dia tidor lama-lama,kejut kalau perlu.

Post c-section memang sakit so jaga diri..moga cepat sembuh .

Tie said...

Mudah2an baby ok...

Letih juga kena berulang alik ke hospital tu... Sabarlah, dan jaga kesihatan sendiri...

Ummi365 said...

kesiannya neeza, masa nilah bibik diperlukan betul tak. semoga sumeyyah sihat dan tak payah duduk bawah lampu..

take care girl.

tulipurple said...

alaaa siannye kat sumeyyah yg cuteeee sgt tu!(suka sgt pic day5 dia...nampak ayuuu sgt,kalu dekat lama dah kene gomol..hehe).
insyaAllah sumeyyah dan ummunya diberi kesihatan yg terbaik.
sis pun take extra care,k.

pB said...

blogger tegar sungguh adik kak pB nie ...


dalae dok tok brapo nok segar tu , sempat lagi dok depae pC.

insyaallah , tak dok gor' satu tu ...

nurie said...

Teringat plak masa baby sy kena jaundice. Kesian & tak sabar rasanya nak balik rumah bila kena tahan di hospital lama2. Ade kwn suruh bagi baby minum air anggur hijau spy kuningnya turun. So, sy pun buatlah...esoknya terus discharge..Harap Sumeyyah ok aje...InsyaAllah.

Shima said...

kok,make sure sumeyyah menyusu 2 jam skali.kalau dlm masa 2 jam tu..dia menyusu lebih pun takpe.sbb 98% bilirubin keluor melalui najis.2% melalui air kencing.kalau dia kerap menyusu..mesti la dia kerap buang air besor.kalau dia tido..kejutkan dia.jgn plok kakok yg tido jer...hehehe.. :p

maklang said...

mintak2 semuanya oklaaa..doa maklang untuk neeza sekeluarga..

maza said...

anak sy yg sulung dekat 2 minggu kena demam kuning.... lepak kat bawah lampu ungu..


yg kedua pun dekat 3 minggu jugak..

petuanya.. minum susu kambing.. insyallah sihat..

heheheh

http://mazaaida.blog.friendster.com

noniey said...

saya pun fobia giler dengar jaundice. tak sanggup gak rasanya nak dgr anak menangis duk bawah lampu tu. huhuhu. kak neeza kat kmc ok lagi. saya ni kat htaa. sangat teruk fobia nyer..

:: Leeza Joe :: said...

kak neeza cuba letk sumeyyah kt chy matahari pg2..dlm pkl 8 @ 9 pg... tp2 hr kene bt g2..br jaundice akn berkurangan..insyaallah..

elisataufik said...

Neeza, I think biasa lah babies kat sini jaundice, sebab hospital and rumah semua tertutup, tak dapat kena cahaya matahari lansung.
Izani dulu pun kena duduk under UV light sebelum keluar hospital (elisa duduk hospital dekat seminggu jugak, sebab tunggu dia). Masa dah bawak balik rumah, elisa tidorkan dia tepi sliding door kat rumah so that dia kena the morning sun. Alhamdulillah, after that dah tak jaundice.

MAMAMIA said...

Tahniah Neeza... Lama tak menjengok sini, masuk2 dah ada orang baru.

Semoga jaundice baby tak melarat.

Mama Sumeyyah ni blogging tak berpantang ke?

Take care, ok...

Zahraa George said...

akak,adik as dulu sampai nak kena tukar darah sebab kuning
orang cina bagi petua minum susu kambing.
air sengkuang cina pun boleh gak,tapi kat sini mana nak cari..hehe.
mak as kasi adik as susu kambing jer,alhamdulillah,hilang..

Neeza Shahril said...

Kak Elle,

kalau sihat, best je ulang alik kan kak Elle.. Alhamdulillah.. doctor kata tak tinggi kak..

***********************************

Manje,

Salam manje..
Alhamdulillah.. doctor suruh banyakkan breastfeeding..
memang tak sampai hati kan.. sedih aje tengok

***********************************

Kak Umi,

Waalaikumsalam kak Umi..
Terima kasih ak..
Insyaallah...

***********************************

Kak Zeze,

Terima kasih kak zeze..
Alhamdulillah.. syukur pada Allah.. doctor kata tak teruk sangat masa check up tadi.

biasa tak sakit sangat.. kali ni mungkin dah banyak kali sangat belah.. tu yang sakit agaknya..

***********************************

Kak Tie,

Alhamduillah.. tak teruk sangat..
tak dapat neeza imagine kalau kena ulang alik.. letih sangat..

***********************************

Kak Ummi,

kalau takde bibik, tak tahulah.. ada helper dapat ringan sikit beban kerja kat rumah ni..
Alhamdulillah.. Sumeyyah okay.. harapnya berpanjangan.. Insyaallah..

***********************************

Tulip,

dia dah lah kecil sangat.. kalau kena dedah bawah lampu sedih sangat rasa..
Alhamdulillah.. level birilubin boleh dikawal lagi..

***********************************

Kak pb,

Ja bosae jugok kalu duduk sajo.. lagi sakit jah ssegho..
Alhamdulillah.. semua okay..

***********************************

Nurie,

setakat ni doctor cakap breastfeeding sekerap mungkin.. air masak doctor kata jangan bagi langsung.. air anggur tu tak pulak doctor cakap..
tapi kalau dah duduk bawah ultraviolet tu, memang boleh cure.. Insyaallah..

Neeza Shahril said...

Dik,

masa Shahmey kakok kerap tido kan. Masa Sumeyyah ni jarang sangat tido sebab kakok tak sampai hati tengok badan SUmeyyah yang kecik tu. Kalau dia nangis aje terus bagi susu. Doctor pun cakap suruh letak dia bawah lampu putih 24 jam. Kenalah Ummi dgn Abah korban sikit kan tidur dalam lampu.. ;)

***********************************

Maklang,

teirma kasih atas doa maklang sekeluarga.. Ameen..

***********************************

Maza,

susu kambing tu neeza yang kena minum atau baby?

serik kan tengok anak kena berdiang bawah ultraviolet rays tu..

***********************************

Noniey,

sedih kan kalau bersalin kat hospital kerajaan ni.. kita dah lah sakit.. anak sakit... tapi mulut diorang laser nya laaa..

***********************************

Liza,

doctor pun suggest buka curtain and biar muka baby expose pada cahaya matahari..

***********************************

Elisa,

tu la.. doctor pun cakap.. 85% babies kena jaundice.. banyak percentage tu. kat hospital, kalau kita C-sec memang susah nak breastfeed memula tu kan.. that's why baby senang kena jaundice..

***********************************

Kak Mamamia,

thanks kak.. :)

mintak2 macam tu la...

pantang jugak.. sikit2.. tapi tak tahulah sebab takde orang nak tolong masak kat rumah. kesian pulak nak mintak tolong kengkawan sebab semuanya rumah jauh2..

***********************************

As,

kat mana yek nak cari susu kambing? mungkin kedai India ada kot ya...
akak ada dengar pasal sengkuang cina tu.. tapi tak pernah cuba pulak..
nanti tengok sehari dua ni dengan breastfeeding.. hopefully dia okay la... Insyaallah..

jane said...

salam neeza.

tahniah beb, gegirl ya! alahai...sonoknya dapat baby. hilang sakit bila tengok dia, kan ?

BTW, arini baru boleh masuk belog awak. rindu...

silversarina said...

Semoga Sumeyyah tak kena jaundice yang sampai kena warded dan neeza pun kena rehat betul, usah banyak bergerak.

Take care!!

MommYaLif said...

try globetrakr for yr traffic. dont know how long it will last.

KakNi said...

Mmg penat berulang-alik ke hospital nih, take care ok.

Neeza Shahril said...

Jane,

memang hilang sakit.. tapi ada sikit rasa serik hehehh..
this time macam teruk sikit postnatal pain tu.. :(

***********************************

Kak Rina,

Alhamdulillah kak.. tak seteruk yang neeza imagine.. ni nak kena breastfeed sekerap mungkin..
Insyaallah kak.. neeza cuba rehat banyak.. :)

***********************************

Kak Siti,

nanti neeza cuba.. thanks ya :)

***********************************

Akuni,

tu la.. letih sangat..
thanks ya :)

Yuswani Effendy bin Yusof said...

alhamdulilah....mabruk222 k.ja n family n maaf ore baru buka blog ari ni..lama tok buka kom..
wah comel la baby sumeyyah ni mulut sejeput ...
moga sihat seperti biasa...

alfun mabruk dr kami sefamily

l i e y n said...

baby kalau berat dia kurang mmg senang nk dpt jaundice...
anak lieyn dua2 kena jaundice tp xle teruk sgt...merasa gak le tido wad satu mlm kat HTAA masa amir hr tu...
result untuk tgk bilirubin tu dpt lmbt ke? kalau kt msia boleh terus tahu kan?
ada org bg petua, kalau anak kena jaundice, mandi ngan air suam + labu air blender...jgn pakai sabun.
lieyn buat utk irfan hr tu n the outcome is quite good....cubalah!!

Abang Long said...

Alhamdulillah, ramai yang mendoakan semoga Neeza cepat sembuh.

Adry said...

huhu.. sabar yerr kak... hope everything ok... aminn

Neeza Shahril said...

Tiey,

terima kasih..
Alhamdulillah.. dia kecik lagi tu yang mulut sejeput.. kalu mulut dia besar, pelik pulok kan hehe..

***********************************

Lieyn,

result dia dapat 1 hour after the test tapi biasalah kan.. akak mana nak tunggu.. tapi Alhamdulillah, rendah readingnya. Jadi tak payah warded.. sekarang ni akak kerap menyusu..

***********************************

Abang Long,

Alhamdulillah.. terima kasih kepada semua kawan-kawan..

***********************************

Adry,

Moga-moga macam tu lah Adry... Insyaallah..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin