Rajin-rajin lah click ya :)

Wednesday, February 11, 2009

Air masak




Air masak pun boleh jadi entry? Ish ish ish... macam dah takde modal je che' mek Ja ni yek. Sebenarnya Neeza nak tulis yang Neeza suka minum air masak - air yang disejukkan pada suhu bilik (27 Celcius) setelah dimasak melebihi suhu 100 Celcius - menggelegak lah tu.


Di rumah kami, memang selalu beli drinking water dalam botol besar and tuang guna dispenser (air paip di rumah kami ni rasa tak sedap). Walaupun dah ada drinking water, Neeza purposely masak air untuk dijadikan air masak atau air suam. Air tu Neeza letak dalam botol kosong. Bila nak minum, tuang aje dalam cawan. Bagi Neeza, lain rasa air yang belum dimasak dengan air yang dah dimasak (atau mungkin psychology saja?)


Doctor kata, kita perlu minum 8 gelas air sehari - berapa liter yek? Dulu, susah betul Neeza nak minum 8 gelas sehari. Rasa kembung aje bila nak minum air. Tapi sekarang senang sungguh dapat minum air banyak. Dengan senang 2 - 3 liter sehari Neeza boleh minum. Kenapa? Sebab, Neeza breastfeed dengan kerap. Badan Neeza jadi kering kontang. Perlulah Neeza gantikan semula air tu...


Minumlah air banyak ya kawan-kawan hehehe...

13 comments:

Mak Teh said...

Neeza, memang elok minum air kosong banyak-banyak. Bukankah badan kita 90% water?

Kalau brastfeed memang selalu dahaga. Orang dah minum air dari badan kita mestilah kita dahagakan? Terskan menyusu bayi anda itu sememangnya amalan yang bagus!

Zahraa George said...

ya betullllllll!!!
kita minum dulu :P
as pun suka air masak..as mmg kurengg air manis..kalu minum air manis,lepas tu mesti cari air masak..
citer pasal air rasa cam nak 'mengeteh' ar..jom p mengeteh air kosong!bekelah kat tepi pantai :)

CJ said...

air kt arab sana mmg pelik sikit rasanya. sbb air laut tapis kot. hehe

doktor kata aku kurang minum air. dia suruh minum 3.5 liter sehari. mak aih... kembung je rasa.

zino said...

minum air anda jadi sihat dan kuat hehe

maklang said...

Memang kena selalu minum air ni supaya bahan toksid dalam badan terbuang...

tahniah kerana menyusukan baby...rasa puas menyusukan anak ni hanya ibu2 yang menyusukan aje yang tau..:)

Tie said...

Kak tie dulu tak suka minum air kosong tu....selalu nak buat sirap atau air oren..

Tapi sejak tua ni, dah selesa minum air masak...Kalau yang suam tu memang sedap pulak...

Abang Long said...

Sebenarnya itu adalah kuantiti minimum. Hanya kita yang mengetahui kadar terbaik buat diri kita.

l i e y n said...

kalau BF ni mmg automatic nak minum air je keje nya...

maza said...

Den suko minum air paip campur gula campur teh.......

wakakakaka

http://mazaaida.blog.friendster.com

silversarina said...

Akak memang minum banyak air kosong/masak sebab nasihat doktor tapi bila ada hari yang tekak ni nak sangat minuman manis memang akak minum jugak kehendak tekak tu, lepas tu cepat2 makan ubat .

Adry said...

minum jangan tak minum... kita minum duluuuuu

miss cloudy said...

yeah yeah... minummm.. tp jgn letak air panas dah bekas plastic dah la...

Neeza Shahril said...

Mak Teh,

thanks Mak Teh.. neeza suka menyusu anak sebab badan rasa lebih sihat.. semoga neeza istiqamah. Insyaallah..

***********************************

As,

lately akak tersangatlah suka air masak As.. jus pun dah jarang minum..
best gak kan minum air kosong tepi pantai hehee..

***********************************

CJ,

mak oiii.. 3.5 liter?? mahu kembung hehee..

***********************************

Zino,

ya betulll!!!

***********************************

Maklang,

dulu badan neeza banyak toxic.. semoga ia keluar lah banyak2.. :)

***********************************

Kak Tie,

kalau pergi kedai mintak air suam, dia bagi air panas gelegak.. adoi laaa..

***********************************

Abang Long,

minimum??? berapalah maximum agaknya ya.. hmmm..

***********************************

Lieyn,

memang cepat haus kan..

***********************************

Maza,

itu namonyo teh O! hehee..

***********************************

Kak Rina,

cam tu lah mak neeza buat.. dia memang lah sangat suka air manis :)

***********************************

Adry,

hehehh.. itu iklan nespray.. ;)

***********************************

Miss cloudy,

nehi!nehi! tak buat cenggitu.. nanti lembik bekas tu hehee..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin